Anda di halaman 1dari 15

KOD KURSUS:

CTU152

NAMA KURSUS
VALUES AND CIVILIZATION

KERTAS KERJA
TAJUK: RASUAH DAN HUBUNGKAITNYA DALAM KERUNTUHAN
PERADABAN

DISEDIAKAN OLEH:
No. Nama No Matrik Kumpulan
1. Muhammad Aqil Bin Syafrul Yamani 2022477648 4

2. Puteri Emiliya Natasya Binti Amirudin 2022479628 4

3. Zaidan Iman Bin Razali 2022889688 4

4. Muhammad Luqman Bin Muhammad 2022678912 4

No Penilaian Markah Markah Diperolehi


1 Pengenalan 2
2 Susunan isi/idea 4
3 Analisa & perbincangan 12
4 Rumusan & kesimpulan 4
5 Etika penulisan 4
6 Bibliografi/ rujukan 4
Total 30
ISI KANDUNGAN

NO. PERKARA MUKA SURAT

1 PENGENALAN. 3

2 OBJEKTIF KAJIAN. 3

3 METODOLOGI KAJIAN. 4

4 SOROTAN KAJIAN. 5

5 DEFINISI RASUAH. 6

6 SURUHANJAYA PENCEGAHAN 7
RASUAH MALAYSIA.

7 KES RASUAH DI MALAYSIA. 8


8 KESAN RASUAH TERHADAP 9-10
PERADABAN.

9 PUNCA BERLAKUNYA RASUAH. 10-11

10 CARA MENGATASI RASUAH. 11-12

11 RUMUSAN DAN KESIMPULAN. 12-13

12 ETIKA PENULISAN. 13

13 RUJUKAN. 14
1. PENGENALAN

Pada pasca kemerdekaan ini, apabila kita melayari internet kita sering didedahkan
dengan berita berkenaan rasuah. Adakah kita tahu apa itu rasuah? Hal ini sudah terjadi
sejak zaman duhulu kala lagi cuma kita sedar atau tidak sahaja. Sekiranya, kita
mengetahui dan faham akan perbuatan rasuah pasti hal ini tidak akan berlaku dan pupus
seiring waktu berjalan. Disini kita sedar akan masyarakat yang kurang terdedah dengan
ilmu agama dan keburukan yang akan berlaku apabila amalan rasuah berleluasa. Secara
amnya, rasuah bermakna seseorang yang menggunakan kuasa atau jawatan yang tinggi
untuk mendapatkan kelebihan peribadi dan berat sebelah dalam suatu keputusan.

2. OBJEKTIF KAJIAN

Kerja khusus ini dilaksanakan bagi mencapai beberapa objektif kajian. Antara objektif
kajian ialah untuk
i) Mengenalpasti maksud rasuah.
ii) Mengumpul maklumat tentang kewujudan entiti pencegahan rasuah di
Malaysia.
iii) Menganalisis kesan rasuah terhadap negara dan rakyatnya.
iv) Mengetahui kesan rasuah terhadap peradapan.
v) Mengenalpasti punca terjadinya rasuah.
vi) Mengatasi masalah rasuah.
3. METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini adalah satu kajian kualitatif yang dilakukan dengan menggunakan
sumber-sumber perpustakaan mengenai rasuah dan hubungannya dengan keruntuhan
peradaban. Oleh itu, proses penyelidikan perpustakaan digunakan untuk mengumpul
maklumat dari sumber-sumber yang dipercayai. Pengumpulan dokumen merujuk kepada
sumber-sumber utama seperti akhbar, jurnal, minit mesyuarat, laporan rasmi dan sumber-
sumber sekunder seperti jurnal peribadi, diari, surat dan e-mel Creswell (2003). Data
yang dikumpulkan ini dapat membantu mengenalpasti beberapa implikasi dalam
permasalahan gejala rasuah dalam kalangan penjawat awam. Selepas membuat
pengumpulan data, pengkaji menganalisis data menggunakan pendekatan analisis
kandungan dokumen kerana data akan menjadi lebih bermakna dan terperinci dengan
membuat analisis terhadap data yang dikumpulkan. Data-data ini akan dianalisis secara
lebih mendalam dan berterusan bagi menentukan sama ada data yang sedia ada ini
berfokus, tidak berulang, sesuai dan cukup bagi menjawab persoalan kajian (Zetty
Nurzuliana Rashid et.al, 2017). Menerusi analisis dokumen terhadap kajian-kajian lepas
terhadap rasuah dan hubungkaitnya dalam keruntuhan peradaban, pengkaji mendapatkan
dapatan kajian berkenaan implikasi negatif perbuatan rasuah yang meruntuhkan
peradaban masyarakat.
4. SOROTAN KAJIAN

Perbincangan mengenai rasuah adalah penting berikutan kesan rasuah yang amat
dahsyat sehingga boleh melumpuhkan sesebuah organisasi dan mengkucar-kacirkan
pentadbiran negara. Dalam mendapatkan gambaran jelas tentang rasuah dan
hubungannya dengan keruntuhan peradaban, tinjauan terhadap kajian-kajian lepas yang
turut mengaitkan kesan rasuah terhadap nilai moral, akhlak, etika dan integriti
masyarakat antaranya: Megat Ayob dan Abd Halim (2016) mengaitkan etika yang wujud
dalam diri seseorang dengan disiplin dan kekuatan diri yang utuh. Hasil soal selidik yang
dijalankan di dalam kajian mereka bertajuk “Kepentingan Budaya Integriti dan Etika
Kerja Dalam Organisasi di Malaysia: Satu Tinjauan Umum” mendapati ketirisan integriti
masih berlaku berpunca dari sifat peribadi individu itu sendiri yang mengatasi prosedur
dalaman, struktur dan sistem. Oleh yang demikian, penting bagi sesebuah organisasi
memainkan peranan dalam menyediakan diskripsi kerja, kod etika dan peraturan yang
jelas bagi menerangkan ciri-ciri tingkah laku beretika.

Yusuf al-Qaradhawi (2016) meletakkan rasuah sebagai perbuatan batil yang


mengundang kesan buruk terhadap individu, masyarakat dan negara. Apabila dilihat dari
sudut moral, akan lahir masyarakat yang mementingkan diri sendiri, menghasilkan nilai
kerja yang buruk, tiada pengalaman dan kemahiran terhadap pekerjaan serta
menghancurkan keadilan kesan dari perbuatan rasuah yang diamalkan. Justeru, Nooraini
Othman (2009) menekankan kepentingan penerapan nilai-nilai Islam dalam diri
masyarakat memandangkan mereka adalah aset kepada pembangunan negara. Pelbagai
program telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi meningkatkan nilai moral dan integriti
termasuklah meluluskan akta Pencegahan Rasuah 1961 selain meletakkan nilai jujur,
amanah, bijaksana, adil dan telus sebagai asas yang perlu dihayati dan diamalkan oleh
sektor awam. Penulisan ini jelas menunjukkan kepentingan personaliti yang baik seiring
dengan pencapaian akademik yang tinggi dalam membentuk modal insan yang seimbang,
berintegriti dan mempunyai nilai moral yang tinggi yang akan menyumbang tenaga dan
kepakaran dalam pentadbiran kerajaan dan sektor awam.
5. DEFINISI RASUAH

1. Asal usul dari perkataan Arab iaitu 'al-Risywah' bermaksud sesuatu perkara yang
memenuhi keperluan atau hajat seseorang dengan cara pujukan
2. Penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang
individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan
dengan tugas rasmi. Suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi,
perkhidmatan, jawatan, upah, diskaun.
3. Menurut Akta Pencegahan Rasuah 1997, rasuah merupakan aktiviti pemberian
suapan daripada pelbagai bentuk daripada seseorang kepada seseorang untuk
mendapatkan bantuan dan faedahnya sendiri.
6. SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

Kewujudan entiti pencegahan rasuah di Malaysia bermula dengan sebuah unit


kecil di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang bertanggungjawab menjalankan
aktiviti pencegahan rasuah. Ketika itu, siasatan kes rasuah dijalankan oleh Jabatan
Siasatan Jenayah (Jenayah Khas) di bawah pasukan Polis Diraja Malaysia manakala
pendakwaan kes rasuah pula dikendalikan oleh Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam
Negara. Kerajaan kemudiannya telah menggabungkan usaha pencegahan rasuah oleh
ketiga-tiga agensi itu dengan mewujudkan Badan Pencegah Rasuah pada 1 Oktober 1967.

Pada 29 Ogos 1973, entiti pencegahan rasuah negara diwujudkan berasaskan undang-
undang apabila Akta Biro Siasatan Negara diperkenan, sekaligus mengubah entiti BPR kepada
Biro Siasatan Negara (BSN). Perubahan itu telah meluaskan kuasa perundangan BSN dengan
mandat untuk menyiasat kes berkaitan kepentingan negara, disamping kes rasuah. Bagaimanapun,
perubahan sekali lagi berlaku apabila Akta Badan Pencegah Rasuah 1982 diluluskan oleh
Parlimen pada 13 Mei 1982. Akta ini meletakkan semula tugas pencegahan rasuah kepada BPR
yang secara rasminya juga menggantikan BSN. Perubahan ini memartabatkan peranan BPR
sebagai entiti tunggal yang dipertanggungjawabkan khusus untuk mencegah jenayah rasuah.

Seterusnya pada tahun 1997, Parlimen telah meluluskan Akta Pencegahan Rasuah 1997
bagi memperkasakan peranan Badan Pencegah Rasuah sebagai agensi penguatkuasa pencegahan
rasuah negara.Pada tahun 2008, Parlimen telah bersetuju supaya satu Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) diwujudkan bagi menggantikan Badan Pencegah Rasuah (BPR),
selaras dengan hasrat masyarakat yang mahukan entiti pencegahan rasuah yang lebih bebas, telus
dan professional.
7. KES RASUAH DI MALAYSIA

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah


13 September 2018 - Muhammad Shafee, 67, seorang peguam terkenal, didakwa di
Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan menerima hasil daripada aktiviti haram
berjumlah hingga RM9.5 juta daripada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak dan dua pertuduhan membuat suatu penyata yang tidak betul di bawah Akta Cukai
Pendapatan 1967.
Datin Seri Rosmah Mansor
4 Oktober 2018 - Rosmah, 67, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas 12
pertuduhan pengubahan wang haram, membabitkan RM7,097,750 dan lima pertuduhan
gagal mengemukakan penyata pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri
(LHDN). Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan menetapkan 21 Mac bagi
pengurusan kes.
15 November 2018 - Rosmah didakwa di Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan
meminta suapan RM187.5 juta dan menerima RM1.5 juta bagi projek bekalan elektrik
kepada sekolah-sekolah bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi :
19 Oktober 2018 - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, 66, yang juga Presiden Umno
mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas 10 pertuduhan pecah amanah jenayah
dan lapan pertuduhan rasuah membabitkan RM42,083,132.99 dan 27 pertuduhan
pengubahan wang haram berjumlah RM72,063,618.15.
14 Disember 2018 - Ahmad Zahid mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen dengan
tambahan pertuduhan pecah amanah jenayah berjumlah RM10 juta milik Yayasan
Akalbudi.
8. KESAN RASUAH TERHADAP PERADABAN

Amalan rasuah yang dibuat dalam kalangan masyarakat ini seolah-olah


mengkhianati kepercayaan yang diberikan kerajaan kepada mereka. Menurut Tan Sri Lee
Lam Thye (2017) kesan rasuah oleh masyarakat sangat besar dan turut menyebabkan
negara menanggung kerugian jutaan dan berbilion ringgit, selain perbelanjaan untuk
manfaat rakyat tidak sampai sepenuhnya kepada sasaran. Rasuah juga memberi impak
yang besar sehingga mampu meruntuhkan peradaban rakyat (Utusan Online, 2016).
Gejala rasuah yang semakin berleluasa di negara kita seharusnya dibanteras. Berdasarkan
laporan Utusan Online yang diterbitkan pada 2016, gejala rasuah diibaratkan seperti anai-
anai yang cepat menumbangkan sebatang pohon yang besar. Kerajaan dan negara akan
tumbang sekiranya negara tidak dapat mengawal perbuatan rasuah terutamanya dalam
kalangan penjawat awam. Selain itu, kepercayaan masyarakat juga akan terhakis apabila
penjawat awam yang dipertanggungjawabkan untuk memberikan perkhidmatan kerajaan
melakukan penyelewangan (Mstar Online, 2016). Apabila berlaku banyak tangkapan
terhadap masyarakat yang melakukan rasuah, imej negara terutamanya pihak kerajaan
akan tercemar di mata dunia.

Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada cerdik pandai dan profesional


yang ada. Kegiatan rasuah akan hanya menghakis kepercayaan orang awam terhadap
cerdik pandai negara kita. Selain itu pemerintahan menjadi lemah kerana setiap kali
rasuah berlaku, maka pemerintah kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakan-
tindakan yang sepatutnya. Umpamanya jika cukai terhadap sesuatu yang telah ditentukan,
maka pemberian rasuah telah menggantikan wang cukai yang sepatutnya dikutip dan
manfaatnya hanya dinikmati oleh segelintir pemberi rasuah. Kesan yang paling besar
daripada gejala rasuah ini ialah akan menyebabkan pentadbiran sesebuah negara menjadi
kucar-kacir. Akibatnya, ia menimbulkan masalah lain seperti kemerosotan ekonomi,
pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya. Budaya rasuah juga boleh
menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara seperti yang berlaku di
Filipina yang mencatatkan sejarah kejatuhan kerajaan presiden Marcos dari tampuk
kepimpinan disebabkan amalan rasuah yang tidak terbendung. Setiap rasuah yang berlaku
pasti ada kaitannya dengan pihak rakus rebut kuasa yang cuba menguasai sesuatu
perniagaan. Lama-kelamaan, pergaduhan sesama golongan seerti berlaku sehingga
membawa pembunuhan dan kejadian yang ngeri meningkat. Sesungguhnya amalan
rasuah bisa mendorong kepada pelbagai kejadian jenayah yang secara tidak langsung
menjadi wabak. Oleh itu, pihak kerajaan dan badan penguatkuasa terutamanya
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hendaklah melakukan usaha
pembasmian gejala rasuah secara berterusan, ikhlas dan menyeluruh tanpa pilih bulu.

9. PUNCA BERLAKUNYA RASUAH

Antara punca-punca berlakunya rasuah adalah daripada kelemahan peribadi seperti


kurang iman dan takwa. Seseorang itu tahu bahawa rasuah dilarang oleh agama dan
undang-undang, tetapi dilakukan juga dengan seribu satu alasan peribadi. Hal ini
termasuk dalam teori “Technique of Neutralization” oleh Grisham Sykes dan David
Matza. Mereka mengatakan, “Lakukan rasuah secara rahsia asalkan tiada siapa yang
tahu”. Sikap mahu hidup mewah, riak, menunjuk-nunjuk, tamak, ingin cepat kaya dan
sebagainya adalah pendorong berlakunya rasuah bagi mereka yang lemah
keperibadiannya. Kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi menyebabkan
kurangnya penyeliaan, tiada pemantauan, lembap menjalankan tugas dan terbuka kepada
penyelewengan khususnya rasuah.

Antara sebab lain yang mungkin terjadi akibat daripada sosial dan budaya kita
sendiri. Malaysia mengamalkan tradisi memberi hadiah dalam bentuk wang dan benda,
sempena menyambut hari-hari kebesaran hari perayaan, majlis hari jadi, hari
perkahwinan dan sebagainya. Hari yang baik ini memberi kesempatan kepada perasuah
dan penerima rasuah melakukan rasuah sama ada diminta, disogok atau diumpan tanpa
disedari. Seterusnya ialah modenisasi. Pembangunan sosial ekonomi yang tidak
diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian akan memudahkan terjadinya rasuah.
Projek pembangunan bercambah seperti cendawan tumbuh. Pengaliran wang juga akan
meningkat. Golongan yang terlibat juga mengambil kesempatan untuk mengaut untung
sebanyak-banyaknya. Perlumbaan moden memperlihatkan para kontraktor berlumba-
lumba mendapatkan tender. Mereka juga akan berusaha untuk memenangi hati pegawai
pengurusan atau pembuat keputusan. Rasuah diberikan sebagai jalan pintas untuk
mendapatkan tender, mempercepatkan bayaran, melepaskan hukuman atau tindakan jika
gagal atau lambat menyiapkan projek dan sebagainya.

Selain itu Rasuah juga berlaku kerana wujudnya birokrasi dalam sistem
pemerintahan yang secara tidak langsung memberi peluang kepada pegawai-pegawai
kerajaan daripada berbagai-bagai peringkat mengambil kesempatan. Hal ini berlaku
kerana proses pengurusan pentadbiran terpaksa melalui banyak saluran. Apabila keadaan
ini berlaku, sudah tentulah pemprosesan sesuatu permohonan memerlukan masa yang
lama atau panjang. Bagi individu yang terdesak atau mahu segera menyelesaikan
masalah, mereka akan mudah memberikan imbuhan dengan harapan pemprosesan
permohonan didahulukan oleh penerima rasuah. Oleh hal yang demikian, sudah tentu
situasi ini akan menimbulkan perasaan tidak puas hati terhadap golongan yang tidak
terlibat dengan rasuah. Sebab yang terakhir ialah politik. Sesetengah ahli politik
menggunakan kesempatan untuk berbakti kepada masyarakat dengan menerima dan
memberi rasuah untuk mendapatkan kuasa, memenangi pemilihan jawatan politik,
mengumpul kekayaan, menagih populariti dan sebagainya.

10. CARA MENGATASI RASUAH

Antara langkah yang boleh diambil bagi mengatasi isu rasuah ialah dengan
memantapkan iman dan mengukuhkan jati diri. Keimanan dan keperibadian yang tinggi
adalah benteng yang paling ampuh untuk membenteras gejala rasuah. Apabila setiap
individu bencikan rasuah sama ada rakyat biasa, pemimpin, peniaga, atau jentera kerajaan
bahkan sesiapapun maka amalan rasuah dapat diatasi. Kekuatan iman dan jati diri dapat
menangkis habuan rasuah sekali pun tiada sesiapa yang tahu dan peluang terbuka luas di
hadapan mata. Seterusnya, penekanan bahaya rasuah dalam sistem pendidikan. Benci
kepada rasuah akan dapat dihayati dalam diri sekiranya diajar dan dididik sejak zaman
persekolahan lagi. Generasi yang dididik benci rasuah akan membesar menjadi individu
yang lebih bertanggungjawab, amanah, ikhlas. Sistem pendidikan hanya membentuk
generasi akan datang yang bebas daripada rasuah.

Tambahan pula, meningkatkan lagi penguatkuasaan undang-undang dan


hukuman. Siasatan dan penguatkuasaan undang-undang perlu dipergiatkan lagi agar
masyarakat sedar betapa bahaya dan serius masalah rasuah jika tidak dibenteras dan
dibendung untuk keselamatan negara. Selain itu para pengamal rasuah akan berfikir
banyak kali sebelum cuba melakukan rasuah lantaran hukuman berat yang bakal diterima.
Langkah lain yang boleh diambil kira ialah dengan memudahkan urusan menggunakan
ICT. Prosedur diproses yang panjang, sukar dan lambat perlu diperkemaskan dan
dipermudahkan dengan menggunakan kelebihan ICT. Penggunaan borang, proses temu
duga dan seumpamanya perlu diringkaskan supaya tidak membebankan orang ramai
khususnya para peniaga, kontraktor dan pelabur. Proses yang mudah dan telus dapat
menghindari bahaya rasuah kerana tidak perlu disogok semata-mata untuk
mempercepatkan proses.

11. RUMUSAN DAN KESIMPULAN

Dalam kajian ini kita dapat mengetahui berlakunya rasuah berpunca daripada
pelbagai segi aspek yang melibatkan individu, kelemahan para pemimpin, peranan yang
dimainkan oleh masyarakat dan kurang tindakan undang – undang yang diambil. Hal ini
menyababkan peningkatan kes rasuah di dalam negara kerana pemberi rasuah dan
penerima rasuah tidak takut atau ambil ringan atas hukuman yang akan dijatuhkan
kepadanya.
Selain itu, kita sebagai masyarakat perlulah memilih pemimpin negara yang betul
dan tepat seperti seseorang yang bertanggungjawab, amanah dan jujur. Hal ini dapat
memberi keuntungan yang besar kepada negara dan masyarakat kerana kerja harian tidak
terganggu dan tiada ketidakadilan yang terjadi kepada orang lain. Tiada penambahan
hutang kepada negara akan mengekalkan keutuhan negara tersebut akibat tiada masalah
ekonomi yang dapat menyebabkan mata wang negara jatuh dan terjadinya inflasi.
Di samping itu, negara kita iaitu Malaysia yang mempunyai rakyat majoriti
beragama Islam perlulah menjadikan agama Islam sebagai rujukan terlebih dahulu
sebelum melakukan sesuatu perkara. Contohnya, kita perlu menyelidik sesuatu tentang
perbuatan atau perkara yang ingin dilakukan apa hukumnya di dalam Al- quran dan
hadis. Hal ini demikian kerana dapat menjadikaan seorang individu tersebut berada di
jalan yang benar dan diredhai oleh Allah S.W.T.
Seterusnya, Kita perlulah melakukan sesuatu dengan ikhlas tanpa mengharapkan
balasan. Tambahan pula, kita mestilah bertanya tentang tujuan ganjaran atau hadiah yang
diberikan supaya kita tidak terjerumus dalam perbuatan rasuah ini. Contohnya, kita
diberikan sesuatu yang terlampau berharga daripada selayaknya kita dapat apabila
melakukan perkerjaan kita tetapi dengan bersyarat dan syarat tersebut akan meanayakan
pihak lain lebih baik kita menolak. Hal demikian kerana perkara tersebut dapat
menyababkan hidup kita di masa akan datang menjadi tidak tenang atas perbuatan
jenayah yang dilakukan. Kita hendaklah mencari rezeki yang halal agar tidak menyalahi
undang – undang dan syariat islam agar berjaya di dunia dan di akhirat.
Oleh itu, kita mestilah mengambil serius akan masalah ini agar kes jenayah rasuah
dapat dikurangkan. Hal ini demikian kerana dapat menyelakkan kejatuhan negara dan
menghindar daripada dijajah oleh orang asing. Contohnya, apabila kes rasuah meningkat
negara kita akan dilanda hutang yang banyak dengan negara luar. Hal ini akan
menyababkan kita harus memberi tanah dan kekayaan negara kita kepada negara luar
tersebut untuk membayar hutang. Dari sini mereka akan ambil banyak kesempatan seperti
membawa masuk rakyat mereka ke negara kita untuk berkerja dan tinggal disini. Akhir
kat, kita perlu memerangi rasuah sehabis baik .

12. ETIKA PENULISAN

Etika dalam bahasa ringkasnya adalah perkara atau peraturan yang perlu dipatuhi
apabila melakukan sesuatu. Penulisan akedemik pula bermaksud gagasan pemikiran dan
idea seorang penulis yang diterjemahkan dalam penulisan mereka. Hal ini dapat
disimpulkan bahawa etika dalam penulisan ialah tatatertib yang perlu dilakukan oleh
seseorang dalam penulisan mereka. Tambahan pula, seseorang yang menulis mestilah
mempunyai nilai kejujuran, kredibiliti dan integriti agar penulisan kajiannya tiada
sebarang masalah dikemudian hari. Selain itu, isu-isu etika dalam penulisan yang perlu
dielakkan mengirimkan atau menyedarkan sesuatu dokumen atau bahan penulisan secara
haram dan tanpa kebenaran pihak tersebut. Seterusnya, penulis tidak digalakkan sering
menggunakan huruf-huruf besar kerana akan disalah anggap bahawa penulis sedang
marah, lebih baik menggunakannya hanya pada isi – isi yang penting sahaja .
Oleh itu, penulisan kajian kertas kerja saya lampirkan ini adalah menepati etika
penulisan. Sebarang data dan idea adalah dari hasil rujukan serta olahan sendiri dengan
erti kata lain tiada sebarang plagiat di dalam penulisan kajian ini. Di samping itu kami
telah didedahkan bahawa sekiranya ada sebarang penipuan atau penirun dalam kajian ini,
kami akan dikenakan tindakan undang – undang atau disaman oleh pihak yang terlibat.

13. RUJUKAN

1. Ahmad, N. H., et al. (2006). Bicara Media 1, Kolej Universiti Islam Malaysia.
2. Baharom, H. N. b. (2013). Kamus Dewan Edisi Keempat. Bandar Baru Bangi,
Selangor, Utusan Printcop Sdn. Bhd.
3. Dictionary, O. (1998). Oxford Dictionary. London, Oxford University Press.
4. Hasymy, A. (1990). Sejarah Kebudayaan Islam di Indonesia, Bulan Bintang.
5. Hoesin, O. A. (1964). Kultur Islam: sedjarah perkembangan kebudajaan Islam dan
pengaruhnya dalam dunia internasional, Bulan Bintang.
6. Murgianto, S. (1996). "Cakrawala Pertunjukan Budaya Mengkaji Batas dan Arti
Pertunjukan." Yogyakarta: Yayasan Bentang Budaya & MSPI.
7. Mustapha, A. S. and M. Z. Mubarak (2006). "Dakwah melalui muzik dan
nyanyian; suatu perbincangan."
8. Ahmad, N. H., Othman, S. S. H., & Ramle, N. A. (2006). Bicara Media 1: Kolej
Universiti Islam Malaysia.
9. Hasymy, A. (1990). Sejarah Kebudayaan Islam di Indonesia: Bulan Bintang.
10. Hoesin, O. A. (1964). Kultur Islam: sedjarah perkembangan kebudajaan Islam dan
pengaruhnja dalam dunia internasional: Bulan Bintang.
11. Murgianto, S. (1996). Cakrawala Pertunjukan Budaya Mengkaji Batas dan Arti
Pertunjukan.
12. Mustapha, A. S., & Mubarak, M. Z. (2006). Dakwah melalui muzik dan nyanyian;
suatu perbincangan.
13. https://www.sinarharian.com.my/article/11936/berita/nasional/kronologi-kes-kes-
berprofil-tinggi-di-malaysia
14. https://books.google.com/books?
hl=en&lr=&id=TtYS464qMuAC&oi=fnd&pg=PA1&dq=cara+mengatasi+rasuah
&ots=R74KVMFl4Y&sig=fHaJrhCWKpex2RtcXCscxvOauag
15. https://www.ukm.my/fep/perkem/pdf/perkemVIII/PKEM2013_1E4.pdf

Anda mungkin juga menyukai