Anda di halaman 1dari 1

Home > Laman Utama > Jenis-jenis Ubat Bagi Rawatan Asma

Jenis-jenis Ubat Bagi Rawatan Asma


42

Rawatan asma boleh diberi dalam beberapa cara :

Sedutan/inhalasi

Mulut/Oral (Ubat ditelan)

Suntikan

Rawatan secara sedutan adalah TUNGGAK utama rawatan


penyakit asma.!

Ubat-ubat sedutan diberi menggunakan alat sedutan. Ubat


yang disedut terus memasuki saluran pernafasan. Ini
bermakna anda hanya perlu dos yang sedikit jika
dibandingkan bila ubat ditelan samada pil atau cecair Oleh
itu, kesan sampingan ubat sedutan adalah amat rendah.

Terdapat beberapa jenis alat sedutan.di pasaran. Artikel ini


memberi pengetahuan tentang :

Ubat-ubatan yang terdapat dalam alat sedutan.

Jenis-jenis alat sedutan.

Infomasi tentang alat-alat sedutan.

INGAT! PENTING untuk anda mengenali atau


mengingati nama alat sedutan anda supaya kekeliruan
tidak berlaku.
Langkah yang lebih bijak adalah merekodkan dan
menyimpan nama ubat di dalam dompet atau telefon
bimbit!

Ubat-Ubatan di dalam Alat Sedutan

Secara umumnya, ubat sedutan asma boleh di bahagikan


kepada:

Ubat Pencegah (“preventer”)

Ubat Pelega (“reliever/recuer”)

Ubat Kawalan (“controller”)

1. Sedutan Pelega (Pengembang salur


pernafasan)

Ubat pelega diambil semasa anda mendapat gejala


seperti sesak nafas, batuk, nafas berbunyi dan ketat
dada.

Ubat pelega mengembangkan salur pernafasan anda


yang sempit dan anda akan berasa lega dalam masa
yang singkat.

Jadi, penggunaan ubat pelega adalah bila perlu atau


semasa serangan asma akut.

Ubat pelega ini biasanya berkesan untuk jangkamasa


pendek dalam masa 4-6 jam sahaja (“short acting beta 2
agonist”) dan anda mungkin perlu mengulangi
penggunaannya.

Nama ubat pelega yang biasa digunakan ialah


salbutamol (ventolin) dan terbutaline (bricanyl).
Terdapat juga ubat generik yang lain

Umumnya, ubat pelega berwarna biru.


Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan supaya
sentiasa membaca label pada ubat dan alat sedutan.

Jika simptom atau gejala anda berlaku sesekali sahaja,


anda mungkin hanya perlu menggunakan ubat pelega
sahaja.

Jika anda perlu menggunakan pelega lebih dari dua


kali seminggu anda perlu berjumpa doktor kerana
anda mungkin perlu menggunakan sedutan
pencegah .

2. Sedutan Pencegah (Biasanya


mengandungi ubat sedutan steroid)

Ubat sedutan pencegah SANGAT penting untuk


mengawal gegala asma dan mencegah serangan asma
akut.

Ubat pencegah adalah TUNGGAK utama rawatan asma

Ubat pencegah yang biasa digunakan adalah sedutan


steroid (“inhaled corticosteroid”) dimana ia akan
mengurangkan radangan yang berlaku di saluran
pernafasan.

Apabila radangan hilang, saluran pernafasan menjadi


terbuka seperti biasa dan simptom asma dapat dikawal.

Ubat pencegah biasanya digunakan dua kali sehari.

Jika anda kerap mendapat serangan anda mungkin


dinasihatkan menggunakan ubat pencegah pada dos
yang lebih tinggi mengikut arahan doktor.

Ubat pencegah mengambil masa sekurang-kurangnya


beberapa minggu untuk kesan yang optima.

Penting untuk memahami bahawa ubat pencegah tidak


memberi kelegaan sertamerta seperti ubat pelega.

Apabila asma anda telah terkawal selama beberapa


bulan, dos pencegah boleh dikurangkan dan adakalanya
boleh diberhentikan langsung.Adalah penting untuk
mendapat rawatan susulan mengikut nasihat doktor.

Selain daripada sedutan steroid, ubat pencegah yang


lain adalah cromoglycate (jenama Intal), nedocromil
(jenama Tilade) atau Montelukast (jenama Singulair).

Walaubagaimanapun, ubat pencegah ini tidaklah sebaik


ubat pencegah jenis sedutan steroid.

Terdapat pelbagai jenis dan warna ubat sedutan


pencegah di pasaran.

Antara contoh ubat pencegah sedutan steroid adalah:

1. Beclometasone. Ubat sedutan ini biasanya berwarna


coklat atau merah.

2. Budesonide. Warnanya adalah coklat.

3. Ciclesonide. Berwarna merah.

4. Fluticasone.Ini berwarna kekuningan dan oren.

5. Mometasone.

3. Ubat Kawalan (”Controller”)

Ubat kawalan mengandungi kombinasi ubat sedutan


steroid (“inhaled corticosteroid”) dan ubat pelega yang
berkesan untuk jangkamasa panjang (“long acting beta 2
agonist”)

Ubat ini diberi untuk asma yang sukar dikawal dengan


ubat pencegah sahaja

Komponen ubat pelega untuk jangkamasa panjang


memberi kelegaan/ pengembangan salur pernafasan
sehingga 12 jam selepas sedutan.

Contoh-contoh ubat Kawalan adalah seperti berikut:

Seretide ( salmeterol dan fluticasone). Ini berwarna


ungu.

Symbicort ( formoterol dan budesonide). Ini berwarna


merah.

Last Reviewed : 12 November 2014

Writer : Dr. Norhaya bt. Mohd Razali

Accreditor : Dr. Mariana bt. Daud

Related Articles

Dr. Othman Warijo


Dr. Layuza Bt. Aliasad

Senaman Warga Emas (di Dapur)

Related Videos
Puberphonia Before Treatment

Transnasal Endocopy

Sublingual Glyceryl Trinitrate (GTN)

Tarikh Kemaskini
06 September 2021

Notis Hakcipta
Hakcipta Terpelihara ©2005-2021 Bahagian Pendidikan
Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Paparan Terbaik
Menggunakan Internet Explorer 10 ke atas atau Mozilla Firefox
40 ke atas atau Google Chrome 40 ke atas atau Safari 4 ke atas
dengan resolusi melebihi 1024 x 768 dan ke atas.

Bilangan Pengunjung
169,845,430 sehingga 31 Ogos 2021

! " # !
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Panduan
Pengguna | Jaminan Kualiti $

Anda mungkin juga menyukai