Anda di halaman 1dari 17

SULIT

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

PENTAKSIRAN AKHIR
SEMESTER 1 SESI 2021/2022

KOD : VCB3033 KURSUS :TERAPI ESTETIK BADAN

ARAHAN
1. Sila baca arahan pentaksiran dengan teliti.

2. Pelajar dikehendaki menyediakan skrip jawapan/tugasan/projek mengikut kepada


pentaksiran akhir yang telah ditetapkan.

3. Pelajar dikehendaki menyerahkan skrip jawapan/tugasan/projek kepada pensyarah dalam


tempoh masa yang telah ditetapkan.

PROGRAM: AT07-ISMP EKONOMI RUMAH TANGGA

TAHUN:2021/2022 KUMPULAN KULIAH : A

NO. PENDAFTARAN : D20202097308__________________

NO. KAD PENGENALAN :960701-11-5360

PENSYARAH : Profesor Madya Dr. Arasinah Bt Kamis _______________________________

SULIT
2
4
BAHAGIAN A (40 Markah)

Arahan: Jawab semua soalan.

1. Setiap perniagaan akan menghadapi cabaran dengan pesaing. Sebagai seorang


usahawan dalam bidang kecantikan, kenalpasti cabaran dan rancang strategi untuk
menghadapi masalah ini supaya perniagaan anda akan bertahan lama dan dapat menarik
lebih banyak pelanggan

Antara cabaran yang dihadapi dengan pesaing dalam bidang kecantikkan adalah
cabaran sukar mendapat pelanggan . Sebagai contoh,adakalanya,perniagaan
meningkat naik apabila ramai pelanggan. Adakalanya juga perniagaan jatuh bila
kurangnya pelanggan hal ini kerana faktor ramai pesaing berniaga barang yang sama
dengan syarikat atau perniagaan produk kecantikkan pada masa kini semakin
meningkat.Bila ini terjadi pastinya usahawan akan mula goyang menghadapi cabaran
sukarnya mendapat pelanggan.Pelanggan merupakan nadi dalam menjana pendapatan
perniagaan dan semestinya yang menonjol akan dapat ramai pelanggan.Sukar mendapat
pelanggan adalah akibat beberapa faktor mungkin juga pesaing terdekat akan
menggunakan teknik kotor mengakibatkan pelanggan kita berkurangan ini adalah salah
satu cabaran dalam peniagaan terutamanya pemula.

Seterusnya,pesaing terdekat menawarkan harga dan kaedah pembelian yang lebih


mudah. Sebagai contoh pesaing terdekat perniagaan seperti kita menawarkan harga
yang lebih murah dan senang untuk membeli dan mendapatkan produk kecantikkan
tersebut.Pada masa kini, orang ramai lebih berpuas hati dengan kaedah pembelian yang
senang dan juga terutama harga yang berpatutan dan jauh lebih murah berbanding di
tempat yang menawarkan produk yang sama tetapi harga yang mahal dan sukar untuk
mendapatkannya.Harga terlalu mahal dari pesaing yang menjual produk yang sama
akan menyebabkan juga pelanggan kita akan berkurangan dan beralih arah kepada
kedai yang lain.

Akhir sekali,kaedah promosi dan strategi pemasaran pesaing lebih


menonjol.Sebagai contoh,kaedah promosi yang menarik dan berkesan yang digunakan
pesaing merupakan cabaran yang utama kerana dengan promosi akan mampu menarik
hati pelanggan untuk membeli produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Promosi ini
termasuklah penggunaan media, penggunaan input pemasaran seperti banner dan juga
khidmat pelanggan terbaik daripada kakitangan. Pesaing terdekat lebih menonjol
menjalankan kaedah promosi yang berbeza melalui media massa dan mampu
menembusi pasaran sasaran tetapi ada juga organisasi yang masih menggunakan
kaedah lama misalnya melalui jualan runtuh dan sebagainya yang boleh meningkatkan
bilangan pelanggan dari masa ke semasa merupakan cabaran yang utama bagi syarikat
yang menjual produk yang sama dengan pesaing yang terdekat.

Untuk mengatasi cabaran-cabaran tersebut perniagaan saya telah merancang strategi


dengan melakukan kajian dan analisis terhadap prestasi pasaran produk syarikat
dengan persaingan yang berdekatan. Oleh itu, pernigaan saya sering melakukan
perubahan strategi pemasaran supaya berbeza dengan syarikat persaingan. Tujuannya
adalah untuk menjadikan syarikat kami unit dan berbeza. Setiap keunikan yang dibuat
merupakan imej syarikat kami yang sentiasa dikenali pelanggan.Persaingan merupakan
perkara biasa dalam perniagaan. Bagi memasukki perniagaan ini, kami perlu bersaing
dengan lebih dari segi mutu dan kualiti. Pelanggan akan memilih perkhidmatan yang
berkualiti dan harga yang berpatutan.

Seterusnya,merancang strategi dengan menjaga kualiti dari segi harga dan kualiti
produk juga perlu diutamakan. Kami memiliki pesaing yang amat ramai kerana industri
kecantikkan sebagai contoh merupakan industri yang makin meluas zaman ini.Terdapat
pelbagai pesaing yang kami perlu bersaing sama ada dari segi pemasaran,harga produk
ataupun kualiti produk. Setiap cawangan perniagaan semestinya mempunyai pesaing
yang berbeza beza. Oleh itu, saya akan lebih fokuskan apa yang pelanggan kehendak
supaya pelanggan berpuas hati dengan produk yang kami tawarkan.

Akhir sekali,strategi yang tepat diperlukan dari segi inovasi, akses mudah untuk
membeli serta pemasaran dan penjenamaan untuk mendorong pertumbuhan lebih
besar.Dalam mendepani perkembangan ini, sokongan daripada pasaran digital termasuk
penggunaan media sosial merupakan satu inisiatif positif bagi menyokong
perkembangan perusahaan kosmetik tempatan.Untuk itu, bahagian pemasaran di
syarikat kami perlu terlibat dengan lebih aktif bagaimana untuk membantu
perkembangan barangan tempatan, terutamanya produk kecantikan untuk bersaing
dengan produk berskala antarabangsa.
[8 markah]
2. Huraikan empat (4) maklumat diagnosis yang perlu ada dalam Kad Analisis Kulit
Pelanggan.

[4 markah]

Empat maklumat diagnosis yang perlu ada dalam kad analisis kulit pelanggan adalah
yang pertama maklumat peribadi pelanggan atau dipanggil butiran peribadi
pelanggan tersebut yang merangkumi nama,alamat,pekerjaan dan lain-lain sebelum
proses rawatan dimulakan.

Seterusnya,maklumat diagnosis kulit pelanggan. Di permulaan datang untuk mohon


rawatan, tugas utama juru kecantikkan ialah mendapatkan maklumat untuk mengenali
profil pelanggan tersebut dan mengambil tahu jenis kulit,keadaan,warna kulit dan
sebagainya.Seterusnya maklumat yang terkumpul ditafsirkan untuk merumuskan
diagnosis.

Disamping itu,maklumat masalah kulit yang dihadapi pelanggan. Sebagai


contoh,setiap individu yang ingin mendapatkan rawatan akan diambil maklumat
berkaitan masalah kulit yang dihadapi sebelum memulakan sesuatu rawatan dan akan
diberi penerangan jelas mengenai kaedah yang paling bersesuaian dengan kulit
mereka.

Akhir sekali maklumat berkaitan Indikasi kontra sebelum rawatan. Dalam perubatan,
kontra indikasi adalah keadaan atau faktor yang menjadi sebab untuk menahan ubat
tertentu. Juru kecantikkan menerangkan sebab untuk menggunakan rawatan tertentu
selepas maklumat tersebut diisi oleh pelanggan sama ada boleh meneruskan rawatan
atau tidak. Kontraindikasi adalah situasi tertentu di mana ubat, prosedur atau
pembedahan tidak boleh diteruskan rawatan kerana ia mungkin berbahaya kepada
pelanggan.
3. Terangkan prosedur menyedia pelanggan untuk rawatan muka.

Antara prosedur yang diperlukan untuk menyedia pelanggan untuk rawatan muka adalah
memastikan pelanggan mengisi semua kad analisis muka yang merangkumi
maklumat peribadi pelanggan dan masalah-masalah kulit semasa mula-mula pelanggan
masuk dalam pusat kecantikkan.

Seterusnya, menjelaskan kepada pelanggan secara terperinci indikasi kontra sebelum


mulakan rawatan yang akan dijalankan oleh pelanggan dan kesan-kesan yang akan dapat
jika masih ingin meneruskan rawatan walaupom mempunyai sejarah penyakit yang
kronik atau sebagainya.

Disamping itu,baringkan pelanggan di tempat yang disediakan dan pastikan


pelanggan berada dalam postur atau kedudukan yang selesa sebelum rawatan dijalankan
kerana rawatan mengambil masa yang lama . Pastikan pelanggan dalam keadaan bersih
dan selesa sebelum memulakan rawatan di tempat kecantikkan kita.

Akhir sekali,selimutkan pelanggan apabila selesai menerangkan semua maklumat dan


pelanggan sudah berada dalam keadaan yang selesa dan rawatan boleh diteruskan seperti
biasa apabila semua prosedur menyediakan pelanggan sudah lengkap.
[4 markah]

Jun 2013 Julai 2013

Sebelum Selepas
Rajah 1

4. Hasil rawatan dalam Rajah 1 mampu menjadikan kulit lebih segar, cantik, mulus, aktif,
tegang dan anjal. Rawatan ini dapat meransang pengaliran oksigen dan memperbaiki
struktur atas dan bawah lapisan kulit.

a. Terangkan jenis rawatan yang sesuai bagi tujuan melaksanakan rawatan


badan tersebut.

Rawatan yang sesuai bagi rajah 1 adalah mengunakan rawatan galvanic


iontphoresis .Produk kosmetik untuk iontophoresis dipolarisasi dan
mewakili satu penyelesaian elektrolit di mana ion membentuk kompleks hidro
filik yang dikenakan. Pengaliran arus elektrik melalui penyelesaiansedemikian
menyebabkan pergerakan ion ke kutub secara bertentangan.

Rawatan ini adalah untuk melembutkan kawasan lemak degil dan


menyebarkan sebarang cecair yang dikekalkan di kawasan tersebut.Rawatan
itu juga, dapat menyebarkan sel lemak yang berkaitan dengan selulit dimana
kesannya dicapai dengan menggunakan sifat-sifat semasa dan sering bahan-
bahan aktif dalam bahan kimia, yang mempunyai kesan merangsang.Semasa
prosedur ini, gel yang dikenakan positif dikenakan pada kulit anda. Kemudian,
elektrod negatif diletakkan berhampiran bahu anda, atau anda diminta
memegangnya. Kini, arus yang positif dikenakan melalui kulit anda, yang
membantu menolak bahan aktif yang digunakan pada kulit anda dalam lapisan
epidermis.

b. Huraikan langkah-langkah bagi setiap prosedur rawatan tersebut.

Langkah-langkah untuk memulakan rawatan adalah beautician mestilah


menyediakan bahan,peralatan dan mesin yang sesuai untuk rawatan tersebut
sebelum memulakan apa-apa rawatan kepada pelanggan.
Seterusnya,beautician hendaklah sentiasa memeriksa pendawaian dan
peralatan sebelum memulakan rawatan supaya tidak berlaku perkara yang tidak
diingini semasa rawatan.

Langkah seterusnya,beautician menyediakan pelanggan dengan memastikan


pelanggan dalam keadaan yang selesa dan postur yang baik . Aksesori seperti
jam,gelang dan lain-lain dibuka dan disimpan ditempat yang betul.

Selain itu, pada bahagian pelanggan peha pelanggan(bahagian banyak selulit)


Pastikan kena disemua bahagian paha pelanggan supaya memudahkan rawatan
dan rawatan berkesan.

Meletakkan padding negatif yang telah disarungkan span lembab padabahagian


yang banyak selulit positif pula,diletakkan pada bahagian bersebelahan denga
n padding negative.Pastikan padding tidak tertukar diantara mereka.

Seterusnya,disetiap 5 minit, beautician hendaklah sentiasa


memeriksa pada bahagian bawah padding dalam keadaan baik atau tidak
supaya tidak berlaku perkara yang tidak
diingini.Sekiranya tidak ada kesan merah pada bahagian tersebut ia boleh
diteruskan tetapi jika ada kesan merah kita perlu berhenti meneruskannya.

c. Jelaskan indikasi kontra bagi rawatan tersebut.

Antara indikasi kontra untuk menghalang pelanggan meneruskan rawatan


tersebut adalah pelanggan yang mempunyai penyakit jantung. Pelanggan
yang mempunyai penyakit kronik ini tidak dibenarkan oleh meneruskan
rawatan bimbang perkara tidak diingini berlaku.

Seterusnya,pelanggan yang menderita dari epilepsi atau tekanan darah tinggi


yang teruk tidak dibenarkan untuk meneruskan rawatan ini kerana bimbang
memberi kesan yang memudaratkan kepada pelanggan.

Disamping itu, mempunyai luka, melecet pada kulit tidak boleh meneruskan
rawatan kerana jika teruskan bimbang luka semakin membesarkan dan akan
memberi kesan yang negatif juga kepada pelanggan dan juru kecantikkan.

Akhir sekali, wanita hamil atau ibu mengandung tidak dibenarkan untuk
meneruskan rawatan kerana bimbang akan kesihatan bayi dalam kandungan
dan risiko kepada bayi tersebut jika rawatan ini masih diteruskan tanpa unsur
periksa kerana rawatan ini menggunakan elektrik yang akan memberi kesan
buruk kepada bayi didalam kandungan.
[7 markah]

[Lihat Sebelah

Rajah 2

5. Rajah 2 menunjukkan salah satu kaedah yang menggunakan arus frekuensi tinggi
melibatkan litar arus yang mana mengalir dari saturator untuk mengecas pelanggan.

a)Terangkan tempoh rawatan bagi rajah 2 berdasarkan jenis kulit.

Tempoh rawatan menggunakan arus frekuensi tinggi adalah berdasarkan daripada


kulit muka pelanggan itu sendiri. sebagai contoh , untuk pembersihan kulit secara
umumnya atau kulit yang tidak mengalami sebarang masalah mengambil masa tiga
hingga 5 minit sahaja untuk satu-satu masa rawatan tersebut dijalankan oleh setiap
pelanggan yang datang untuk membuat rawatan.

Seterusnya, untuk merawat kulit berminyak dan berjerawat semestinya mengambil


masa yang lebih lama berbanding kulit pelanggan yang tidak mempunyai masalah
kulit.tempoh yang diperlukan adalah lapan hingga dua belas minit untuk setiap
pelanggan 8-12 minit untuk rawatan tersebut siap sepenuhnya.
b.Huraikan kesan selepas melaksanakan rawatan pada Rajah 2.

Kesan daripada melakukan rawatan tersebut adalah yang pertama, dapat


menenangkan deria hujung saraf. Dengan adanya rawatan ini , sudah tentunya
sistem saraf akan berfungsi dengan baik dan masalah akan dapat dapat dielakkan dari
perkara yang tidak diingini.

Seterusnya,dapat merehatkan tisu badan . Tisu badan akan dapat berehat dengan
lancar apabila sudah melakukan rawatan ini kerana dengan adanya rawatan ini dapat
membantu melancarkan peredaran tisu badan pelanggan.

Disamping itu, meningkatkan peredaran dalam badan . Dengan melakukan rawatan


ini peredaran darah didalam badan pelanggan akan bergerak secara lancar dan akan
memberi keselesaan kepada pelanggan yang melakukan rawatan ini.

Akhir sekali,dapat menstabilkan keanjalan kulit. Sebagai contoh, apabila melakukan


rawatan ini sudah tentulah kulit pelanggan akan semakin anjal dan kelihatan awek muda
jika melakukan rawatan ini secara berterusan. Kulit kelihatan semakin cantik dan
berseri-seri disamping dapat mengambalikan keanjalan kulit kita.
[4 markah

Rajah 3
6. Rajah 3 menunjukkan peralatan untuk kegunaan rawatan elektroterapi faradic.
a. Hasilkan satu peta i-think yang menerangkan prosedur rawatan elektroterapi
faradic. Gunakan kreativiti anda untuk menghasilkan peta i-think yang mudah
difahami.

[6 markah]
b. Jelaskan empat (4) indikasi kontra bagi rawatan elektroterapi faradic.

Empat indikasi kontra rawatan elektroterapi faradic adalah pelanggan yang


mempunyai penyakit migrain tidak dibenarkan melakukan rawatan.
Migraine adalah sakit kepala yang menyerang secara berulang, biasanya
berlaku di sebelah bahagian kepala sahaja. Adakalanya ia bermula di sebelah
kepala dan kemudiannya melarat ke kedua dua belah bahagian
kepala.Pelanggan yang mempunyai penyakit ini tidak dibenarkan melakukan
rawatan.

Seterusnya,ganguan peredaran darah . Pelanggan yang mengalami


gangguan peredaran darah tidak dibenarkan melakukan rawatan faradic
kerana bimbang penyakit ini akan berpanjangan dan risiko kepada pelanggan
jika rawatan ini masih diteruskan seperti biasa .Sistem darah tergangu amat
berbahaya jika diteruskan rawatan.

Disamping itu,luka atau melecet di kulit . Luka melecet biasanya tidak akan
menyebabkan banyak pendarahan dan bersifat luka ringan sehingga ianya
boleh sahaja dirawat sendiri di rumah. Walau bagaimanapun, penyakit ini
juga perlu diberi perhatian kerana tidak dapat sembuh dengan cepat dan tidak
boleh meneruskan rawatan seperti biasa.

Akhir sekali, pelanggan yang mempunyai penyakit kulit . Sebarang penyakit


kulit seperti kudis , enzema atau sebagainya tidak dibenarkan melakukan
rawatan faradic kerana bimbang penyakit kulit tersebut semakin berpanjangan
dan semakin teruk jika meneruskan rawatan.
[4 markah]

[Lihat Sebelah
Rajah 4

7. Rajah 4 menunjukkan gerakan pengurutan. Nyatakan tiga (3) kesan yang dapat dirasai
oleh pelanggan selepas diurut.

1) Pelanggan dapat menghilangkan stress selepas urutan


2) Dapat melancarkan pengaliran darah pelanggan
3) Mengurangkan sakit migrain pelanggan yang menerima rawatan
[3 markah]

5
[Lihat Sebelah
BAHAGIAN B (30 Markah)
Arahan: Jawab semua soalan.

Rajah 5

Rajah 5 adalah skrub badan untuk menyegar, membersih dan melembutkan kulit.
1.
Sebagai seorang juru kecantikan hasilkan satu resepi untuk menghasilkan satu produk
scrub badan yang diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi atau bahan-bahan yang
bersesuaian berdasarkan kreativiti anda. Senaraikan resepi bahan-bahan dan lukiskan
produk scrub badan yang telah dihasilkan.

Resepi Skrub Kunyit Semulajadi


Bahan-bahan untuk scrub badan kunyit semulajadi

1- Kunyit
2- Limau kasturi
3- Beras

Cara-cara membuat scrub badan kunyit

1. Sehari sebelum proses membuat, hendaklah me rendam terlebih dahulu beras


dalam air dan biarkan semalaman.

2. Keesokan harinya, cuci dan buang air beras yang direndam semalam. Kemudian
toskan beras.

3.Campurkan sekali kunyit dan beras tadi.Kemudian, tumbuk sampai beras benar-
benar halus supaya senang disapu pada badan.

4.Setelah halus ditumbuk, masukkan di satu bekas kemudian picit limau kasturi ke
dalam scrub. Gaul sebati dan siap untuk digunakan di badan

5.Sapu di badan dan tempat bermasalah seperti ketiak, siku, celah kelangkang, lutut
dan tumit kaki. Biarkan selama 20 minit, dah boleh basuh macam biasa guna air
bersih.Guna seminggu 2 kali, pasti kulit bersih dan sihat.

Gambar Skrub Kunyit


[10 markah]

Rajah 6

3. Rajah 6 menunjukkan salah satu prosedur semasa menjalani rawatan galvanic-


iontophoresis.

Gunakan kreativiti anda untuk menghasilkan satu peta i-think yang mudah difahami
bagi menerangkan berkenaan dengan :

a) Tujuan rawatan dalam Rajah 6.


b) Kelebihan selepas menjalankan rawatan tersebut.
c) Indikasi kontra bagi rawatan tersebut.

[10 markah]

[Lihat Sebelah
Rajah 7

4. Rajah 7 menunjukkan kesan daripada salah satu rawatan yang menggunakan


gelombang bunyi dengan frekuensi.

a. Nyatakan fungsi rawatan tersebut.


1) Memperbaiki tisu kulit pelanggan yang rosak
2) Membuang toksik yang berlebihan dalam badan
3) Memperbaiki fungsi otot pelanggan
4) Mengurangkan keradangan pelanggan
5) Merawat sciatica,fibromyalgia,dan neuropati

b. Terangkan kesan pemanasan dalam bagi rawatan tersebut.

Kesan pemanasan dalam ultrasound sering digunakan untuk menyediakan


pemanasan dalam kepada struktur tisu lembut di dalam badan. Pemanasan dalam, ot
ot atau ligameningkatkan peredaran pada tisu-tisu,yang dianggap membantu proses
penyembuhan..

Peningkatan suhu tisu dengan ultrasound jugadigunakan untuk membantu menguran


gkan kesakitan .Terapi ultrasonografi adalah rawatan yang digunakan oleh ahli terapi
fizikal atau melegakan kesakitan dan mempromosikan penyembuhan tisu.
Walaupun terapi ultrasound tidak berkesan untuk semua keadaan keadaan
sakit kronik, ia boleh membantu mengurangkan kesakitan anda.
c.Huraikan kepentingan penjagaan di rumah selepas menjalani rawatan tersebut.,
[10 markah]

Kepentingan penjagaan dirumah selepas menjalani rawatan tersebut adalah dengan


minum air kosong secukupnya. Dalam memastikan badan bertindak balas dengan
baik selepas rawatan, pastikan tahap hidrasi badan adalah sentiasa mencukupi.
Pengambilan air kosong yang mencukupi sebelum dan selepas rawatan Ultrasound
dijalankan adalah sangat penting.Elakkan pengambilan alkohol selama 24 jam selepas
Rawatan dijalankan bagi pelanggan yang bukan beragama islam.

Seterusnya,makan makanan seimbang. Kurangkan pengambilan gula dan garam


dalam makanan sera makanan yang diproses dan amalkan pengambilan makanan
yang sihat sperti sayur-sayuran dan buah-buahan dengan memastikan badan
memanfaatkan rawatan yang dilakukan dengan sepenuhnya Rawatan ini tidak
memusnahkan sel-sel lemak,sebaliknya, in mengosongkan kandungannya. Hal
in bermaksud sel-sel mash mampu menyimpan lemak lagi.

Disamping itu, melakukan aktiviti senaman.Sebagai contoh,bersenam selepas


rawatan dijalankan dapat membantu mempercepatkan pengurangan dan
pembakaran sel-sel lemak.Senaman boleh dilakukan sekurang-kurangnya 2
hingga 3 kali dalam seminggu.

Akhir sekali, merangsang kawasan yang dirawat dengan pelanggan boleh


menggunakan sikat badan semasa mandi untuk member gerakan di sekitar kawasan
yang dirawat.Boleh menggunakan pelembap dan mengurut ke kawasan rawatan.
Lakukan urutan untuk clak lemak dan toksik menjadi stagnan (bertakung) dalam
badan.Elakkan panas yang berle bihan seperti mandi yang terlalu lama, spa, bilik wap
dan sauna sekurang-kurangnya 24 jam selepas rawatan.
SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai