Kertas Kerja Kejohanan Sukan Tahunan
Kertas Kerja Kejohanan Sukan Tahunan
0 PENGENALAN :
Sukan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan individu. Melalui kegiatan
sukan, pelajar-pelajar kita bukan sahaja dapat mencapai kecemerlangan di bidang sukan, malahan juga
dalam pengalaman lain seperti sosial, kepimpinan serta disiplin diri.
Atas kesedaran inilah, maka Sekolah Kebangsaan Taman Sri Muda sentiasa memberi perhatian
terhadap perkembangan dan kemajuan pembangunan sukan yang melibatkan pelajar. Pengalaman
bersukan penting sebagai asas pembinaan insan yang menyeluruh di masa akan datang. Olahraga
merupakan teras kepada aktiviti sukan di sekolah yang secara tradisinya akan dianjurkan setiap tahun.
Sebagai acara penting yang sepatutnya menjadi tunjang kepada aktiviti sukan di sekolah, maka
olahraga perlulah dikelolakan dengan terancang dan sempurna serta pada masa yang sesuai.
Kejohanan olahraga sekolah merupakan suatu wahana untuk mencapai wawasan negara dalam
pembudayaan sukan dalam kalangan murid sekolah. Budaya sukan dalam kalangan semua murid
adalah untuk memperlengkap kecemerlangan sistem pendidikan bagi melahirkan modal insan yang
seimbang dan holistik dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek ke arah pembinaan negara bangsa
Malaysia.
Aktiviti sukan telah pun dijadikan sebagai fokus dalam sistem pendidikan pada hari ini.
Aktiviti sukan juga akan menjadi aktiviti yang wajib dijalankan sepanjang tahun. Pihak yang terlibat
dalam pengurusan sukan di sekolah seharusnya merancang, mengurus dan melaksanakan kegiatan ini
secara sistematik, cekap dan berkesan berlandaskan keilmuan dan kemanusiaan.
1
Olahraga merupakan induk kepada semua jenis sukan. Nama olahraga berasal daripada
perkataan Greek athlos yang bermaksud “bertanding”. Olahraga boleh dibahagikan kepada acara
balapan dan acara padang. Acara balapan terdiri dari acara pecut (100 meter (m), 200 m, dan 400 m)
acara jarak sederhana (800 m, 1500 m, 3,000 m, dan 3,000 m berhalangan), acara jarak jauh (5000 m
dan 10000 m), lari berpagar wanita (100 m), lari berpagar lelaki (110 m), lari berpagar lelaki dan
perempuan (400 m), dan lari berganti–ganti (4 x 100 m, 4 x 200 m, dan 4 x 400 m). Acara padang
terdiri daripada acara lompatan (lompat jauh, lompat tinggi, lompat bergalah dan lompat kijang) dan
acara balingan (melontar peluru, merejam lembing, melempar cakera dan membaling tukul besi).
Acara–acara lain pula ialah berjalan kaki (5 kilometer, 10 kilometer, 20 kilometer dan sebagainya),
acara separa maraton (21.0975 kilometer), maraton (42.195 kilometer), acara heptatlon (7 acara untuk
wanita) dan dekatlon (10 acara untuk lelaki).
Kejohanan olahraga sekolah adalah satu aktiviti sukan yang penting dalam kalendar
sekolah dan melibatkan penyertaan murid secara menyeluruh. Setiap sekolah perlu berusaha
membangunkan dan membudayakan aktiviti sukan dalam kalangan warga sekolah agar institusi
sekolah dapat berfungsi untuk mengembangkan potensi murid secara seimbang dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani. Penglibatan murid dalam sukan dapat memupuk semangat kerjasama,
patriotik dan bersatu padu di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil. 1/1989 (Lampiran 1) menegaskan bahawa penyertaan murid dalam kegiatan sukan
diwajibkan. Setiap murid perlu mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam satu jenis permainan
atau olahraga. Oleh yang demikian, pihak sekolah perlu memperkemas perancangan dan pengurusan
sukan di sekolah agar minat dan penyertaan murid dalam kegiatan sukan dapat ditingkatkan.
2.0 PENDAHULUAN :
Temasya Sukan Tahunan adalah satu program rasmi sekolah yang dirancang dan dilaksanakan
pada setiap tahun. Temasya ini dijalankan khusus untuk memberi pendedahan asas tentang teknik serta
kemahiran yang perlu dikuasai dalam bidang olahraga bagi setiap murid. Temasya sukan olahraga
sekolah telah dimulakan pada tahun pertama pembukaan sekolah iaitu pada tahun 1986. Oleh yang
demikian, ini adalah merupakan temasya sukan olahraga tahunan sekolah kali ke-27. Secara amnya
sukan tahunan ini diuruskan sepenuhnya oleh pihak Sekolah Kebangsaan Taman Sri Muda.
2
Kejohanan Temasya Sukan Tahunan sekolah ini kebiasaannya melibatkan penglibatan semua
murid iaitu Pra Sekolah, Tahap 1 dan Tahap 2. Acara yang dipertandingkan bagi murid Pra Sekolah
adalah sukaneka dan 4 x 50 meter. Acara bagi murid tahun 2 dan tahun 3 pula adalah sukaneka dan
lari 75 meter. Acara bagi murid tahun 3 adalah sukaneka dan lari 100 meter. Acara bagi murid tahun 4,
5 dan 6 terbahagi kepada acara padang dan acara balapan. Acara padang untuk murid tahun 4, 4 dan 6
adalah lompat jauh, lompat tinggi dan lontar peluru. Acara trek bagi murid tahun 4, 5 dan 6 pula
adalah 100 meter, 200 meter, 4x100 meter dan 4x200 meter. Temasya Sukan Tahunan ini akan
menjadi satu platform pencarian bakat baru untuk sekolah melahirkan atlit pelapis bagi negara kita
bagi jangka masa akan datang.
3.0 MATLAMAT :
i) Menyahut seruan kerajaan dalam menjalankan dasar 1 Murid 1 Sukan.
ii) Menjana minat dan azam bagi memajukan sukan untuk mengimbangi objektif Falsafah
Pendidikan Negara .
iii) Melahirkan insan yang berketerampilan, berkualiti dan mempunyai nilai-nilai murni selaras
dengan Falsafah Pendidikan Negara.
iv) Mempertingkatkan tahap kesedaran murid-murid dalam usaha menjadikan sukan sebagai
suatu Budaya Hidup Sihat .
v) Mengeratkan hubungan sesama warga sekolah terutama dalan usaha menjana kesefahaman
antara pihak sekolah dan ibu bapa melalui temasya sukan tahunan.
vi) Mendidik serta melahirkan murid-murid yang kompetitif, aktif serta mempunyai ketahanan
diri yang tinggi baik dari segi mental mahupun fizikal dalam semua bidang khususnya
bidang sukan.
3
4.0 OBJEKTIF :
i. Melahirkan insan yang cergas dan cerdas dari segi mental dan fizikal.
ii. Pendedahan peringkat awal dan dasar kepada murid mengenai sukan olahraga.
iii. Persiapan unit Kokurikulum dalam mencari atlit pelapis sekolah bagi menghadapi
Kejohanan Balapan dan Padang MSSD 2014.
iv. Meningkatkan kerjasama dan semangat kekitaan dikalangan murid dan guru.
v. Sebagai pendedahan awal murid-murid tentang potensi dan bakat diri mereka
sendiri dari aspek Kokurikulum dan seterusnya menjana industri sukan di
Malaysia ke arah yang lebih Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.
vi. Memenuhi aktiviti Ko-kurikulum di sekolah.
5.0 TEMA :
Kecemerlangan Sukan Menjana Kecemerlangan Sekolah
4
8.0 PERBELANJAAN :
Bil. Perkara
1. Hadiah / Cenderahati Murid Kuantiti Jumlah (RM)
Acara Jantina
Murid Tahun 1 :
- Sukaneka P L 114 x RM 3.50 RM 399.00 2295.00
- 75m P L (3 x RM 3.50) x 2 RM 21.00
Murid Tahun 2 :
- Sukaneka P L 117 x RM 3.50 RM 409.50
- 75m P L (3 x RM 3.50) x 2 RM 21.00
Murid Tahun 3 :
- Sukaneka P L 147 x RM 3.50 RM 514.50
- 100m P L (3 x RM 3.50) x 2 RM 21.00
Murid Tahun 4 :
- 100m P L (3 x RM 3.50) x 2 RM 21
- 200m P L (3 x RM 3.50) x 2 RM 21
- 4 x 100m P L (12 x RM 3.50) x 2 RM 84
- 4 x 200m P L (12 x RM 3.50) x 2 RM 84
- Acara Padang P L (9 x RM 3.50) x 2 RM 63
Murid Tahun 5 :
- 100m P L (3 x RM 3.50) x 2 RM 21
- 200m P L (3 x RM 3.50) x 2 RM 21
- 4 x 100m P L (12 x RM 3.50) x 2 RM 84
- 4 x 200m P L (12 x RM 3.50) x 2 RM 84
- Acara Padang P L (9 x RM 3.50) x 2 RM 63
Murid Tahun 6 :
- 100m P L (3 x RM 3.50) x 2 RM 21
- 200m P L (3 x RM 3.50) x 2 RM 21
- 4 x 100m P L (12 x RM 3.50) x 2 RM 84
- 4 x 200m P L (12 x RM 3.50) x 2 RM 84
- Acara Padang P L (9 x RM 3.50) x 2 RM 63
Terbuka Murid :
- Tarik tali P L (10 x RM 3.50) x 2 RM 70
Terbuka Ibu Bapa &
Pegawai :
- Tarik Bola Dalam P L (3 x RM 3.50) x 2 RM 21
Gelung
5
Bil. Perkara Kuantiti Jumlah ( RM )
2. Makanan & Air Mineral Murid 963 x RM 1.50 1444.50
3. Banner 1 x RM 60 60.00
4. Pasir Halus (Lompat Jauh) 120.00
5. Khemah 6 x RM 250 1500.00
Jumlah 5419.50
- Jumlah perbelanjaan temasya sukan sebanyak RM 5088 akan dipohon melalui peruntukan
kokurikulum sekolah.
- Peruntukan sebanyak RM 331.50 bersama unit-unit di bawah akan dipohon melalui sumbangan
PIBG :
Bil. Perkara Kuantiti Jumlah ( RM )
1. Minyak Hitam 2 tong x RM 50 100.00
2. Cenderamata Pegawai 17 x RM 5 85.00
3. Sewa PA Sistem 2 hari x RM 250 500.00
Jumlah 685.00
6
9.0 ACARA :
9.1 Sukaneka
7
9 4 x 200 m Perempuan Tahun 4 P4 306
(Acara Pasukan) Lelaki Tahun 4 L4
Perempuan Tahun 5 P5
Lelaki Tahun 5 L5
Perempuan Tahun 6 P6
Lelaki Tahun 6 L6
8
10.0 UNDANG-UNDANG KEJOHANAN
Acara Balapan
i) Acara 301 (4 x 50 m)
Semasa berada di garisan permulaan, pelari tidak dibenarkan menyentuh
garisan permulaan dengan tangan atau kaki.
Jika berlaku fault start, semua pelari akan diberikan amaran.
Apabila berlaku fault start kali kedua, perserta yang melakukan fault
start tersebut terpaksa dikecualikan WALAUPUN dia baru sekali
melakukan fault start.
Pelari hendaklah berlari dalam lorong sendiri hingga tamat larian.
Pelari yang mengganggu larian pelari lain akan dibatalkan lariannya.
9
ii) Acara 302 (75 m)
10
vi) Acara 306 (4 x 200 m)
Pelari pertama dan kedua akan berlari dalam lorong sendiri, manakala
pelari ketiga akan memasuki cutting zone iaitu masuk ke dalam lorong
pertama apabila tiba selekoh pertama.
Membuat pertukaran baton dalam zon pertukaran baton.
Jika baton terjatuh, peserta boleh mengambil baton dengan syarat tidak
mengganggu peserta di lorong yang lain.
Pelari yang menjatuhkan baton DIWAJIBKAN mengambil baton yang
dijatuhkan.
Jika berlaku fault start, semua pelari akan diberikan amaran.
Apabila berlaku fault start kali kedua, perserta yang melakukan fault
start tersebut terpaksa dikecualikan WALAUPUN dia baru sekali
melakukan fault start.
Acara Padang
11
Peluru yang dilontar mendarat di luar sektor lontaran
Pelontar keluar di bahagian hadapan bulatan selepas melakukan
lontaran.
Mana-mana bahagian tubuh badan menyentuh permukaan bumi
di hadapan pengadang sektor selepas melakukan lontaran.
Peluru dibaling ataupun dilempar dan bukan di lontar
Semua acara yang dipertandingkan menawarkan pingat EMAS bagi tempat pertama, pingat
PERAK bagi tempat kedua dan pingat GANGSA bagi tempat ketiga.
Bagi acara berkumpulan, ahli yang mendapat tempat dalam acara tersebut. Semua ahlinya akan
turut menerima pingat.
Jumlah mata yang disumbangkan kepada rumah sukan masing-masing berdasarkan pingat yang
dimenangi peserta :
12
12.0 JADUAL :
12.1 Sukantara :
Bil Acara Hari Tarikh Masa
13
12.4 Raptai :
Bil Raptai Hari Tarikh Masa
12.5 Kejohanan :
Bil Raptai Hari Tarikh Masa
14
16.0 PENUTUP :
Oleh yang demikian, diharapkan agar segala perancangan dan perangkaan yang telah dibuat ini
dapat berjalan lancar sepenuhnya pada hari kejohanan kelak. Sokongan padu daripada semua warga
SK Taman Sri Muda serta PIBG SK Taman Sri Muda adalah amat ditagih dalam memastikan
kelancaran perjalanan Temasya Sukan Tahunan kali ke-27 SK Taman Sri Muda. Selain daripada itu,
diharapkan juga agar lebih ramai murid yang menyertai acara yang dipertandingkan. Ini adalah
bertujuan untuk memastikan unit kokurikulum SK Taman Sri Muda sentiasa mempunyai pelapis atlit
olahraga untuk masa akan datang selain daripada menyahut seruan kerajaan iaitu meneruskan dasar 1
Murid 1 Sukan. Apabila semakin ramai murid yang menyertai pertandingan, lebih ramai bakat baru
yang akan dapat dikenal pasti. Dan juga tidak lupa agar semua ibu bapa dan penjaga hadir pada hari
kejohanan untuk memberikan sokongan yang padu terhadap anak-anak mereka. Sokongan dan
dorongan yang kuat daripada ibu bapa adalah amat berkesan bagi murid-murid. Selain itu, kehadiran
ibu bapa dan penjaga juga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim bersama semua warga SK
Taman Sri Muda.
……………………………………. ………………………………………
(Mohd Firdaus bin Ibrahim)
Setiausaha Sukan SKTSM
Disahkan Oleh:
……………………………………..
15
Lampiran 1
AJK Pelaksana
Temasya Sukan Tahunan SK Taman Sri Muda Kali Ke-27 Tahun 2013
Persiapan Padang :
NAMA TUGAS
En. Mohd Firdaus bin Ibrahim (K) Mendapatkan bekalan minyak hitam.
En. Hanim Azahari bin Tajudin Mengukur garisan trek.
En. Wan Azimi bin Wan Abd. Rahim Membuat garisan trek.
En. Mohd Fazlee bin Abdul Wahab Menghias padang dengan bendera segi tiga dengan
En. Aizal Arman bin Mohamad meminta bantuan daripada pekerja am sekolah.
En. Norhasrudy bin Ruslan
En. Shahril Azrin bin Azizan
16
Siaraya & PA Sistem :
NAMA TUGAS
En. Ahmad Rafedy bin Ahmad Raidin (K) Membuat tempahan banner.
En. Mohd Azwan bin Mohd Basri Penyediaan PA sistem.
En. Roduan bin Pin
En. Ramli bin Mat Saad
Pembaca Doa :
NAMA TUGAS
En. Mohd Azwan bin Mohd Basri Mengetuai bacaan doa.
17
Juruacara :
NAMA TUGAS
Pn. Nuurul Izzah bt. Mohamed ( K ) Mempengerusikan majlis.
Pn. Puziah bt. Abd. Rahman Membuat pengumuman berkaitan kejohanan.
Buku Program :
NAMA TUGAS
Cik Rubini Devi a/p Raman ( K ) Menyediakan buku program.
Pn. Dermawati bt. Deraman
Hadiah :
NAMA TUGAS
- Penyelia Pn. Rozita bt. Abu Bakar Membawa murid yang menerima hadiah ke tempat
Penerima Pn. Sathiya Bharathi a/p Murti penyampaian hadiah.
Hadiah
Pn. Woo Lai Chun
Disiplin Murid :
NAMA TUGAS
En. John Thomas ( K ) Menjaga dan mengawal disiplin murid.
En. Sures a/l Supamaniam
Semua guru rumah sukan
Peralatan :
NAMA TUGAS
En. Mohd Zairi bin Drahman ( K ) Menyediakan alatan yang bersesuaian.
En. Ahmad Rafedy bin Ahmad Raidin Melantik murid Tunas KRS sebagai pembantu.
18
Kebersihan :
NAMA TUGAS
Ketua setiap rumah sukan Memastikan padang dalam keadaan bersih dari
sampah semasa dan selepas kejohanan.
Melantik murid Pengakap sebagai pembantu.
Persembahan :
NAMA TUGAS
Pn. Thaarani a/p Perialathan ( K ) Melatih murid acara persembahan.
Pn. Hasliah bt. Husin
Sumbangan (Sponsor) :
NAMA TUGAS
Mohd Firdaus bin Ibrahim Menyediakan surat sumbangan (sponsor) untuk
disampaikan kepada syarikat yang berkenaan bagi
mendapatkan sumbangan wang / hamper.
19
Lampiran 2
Juri Rayuan :
NAMA TUGAS
Pn. Raja Rokiah bt. Raja Ismail Menyelesaikan bantahan-bantahan yang dibuat
En. Mohd Jazid bin Iman mengikut Peraturan 146 undang-undang kejohanan
Cik Zainab bt. Ahmad Sisman olahraga KOAM.
Ketua Kepegawaian :
NAMA TUGAS
En. Norhasrudy bin Ruslan Memberikan taklimat kepada para pegawai
mengenai tugas dan peranan masing-masing.
Pelepas :
NAMA TUGAS
En. Wan Azimi bin Wan Abd. Rahim (K) Melepaskan peserta mengikut acara.
En. Sures a/l Supamaniam Membantu pelepas.
20
Penyelia Peserta :
NAMA TUGAS
En. Airulnizam bin Abd. Rasid Memanggil nama peserta untuk berkumpul di
tempat yang disediakan.
Mengumpulkan peserta dari setiap rumah sukan
untuk dihantar masuk ke tempat permulaan larian.
Menyusun peserta mengikut lorong yang telah
diundi.
Pengurus Peserta :
NAMA TUGAS
Pn. Zuraidah bt. Hj. Saad (Merah) Mengumpulkan peserta rumah masing-masing di
Pn. Salwahalhana bt. Ahmad Tajuddin (Biru) tempat yang disediakan sebelum dibawa kepada
Pn. Maznah bt. Mat (Hijau) hakim balapan.
Pn. Adibatul Anniah bt. Abd. Hamid (Kuning)
Pengadil Balapan :
NAMA TUGAS
En. Mohd Firdaus bin Ibrahim (K) Membawa peserta ke garisan permulaan (acara
individu).
En. Norhasrudy bin Ruslan
Membawa peserta ke garisan permulaan dan tempat
En. Mohd Fazlee bin Abd. Wahab menunggu bagi pelari kedua, ketiga dan keempat
(acara pasukan).
En. Rosman bin Sapiai Memastikan tidak berlaku kesalahan waktu sebelum
dan semasa permulaan larian.
21
Hakim Penamat :
NAMA TUGAS
Pn. Rohizat bt. Baharudin (Tempat Pertama) Mengenal pasti peserta yang mendapat tempat
Pn. Hafiza bt. Kassim (Tempat ke-2) pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima dan
Pn. Annam a/p Muthusamy (Tempat ke-3) keenam (peserta mendapat tempat ketujuh dan
Pn. Nordiana Azni bt. Alias (Tempat ke-4) kelapan tiada markah untuk rumah).
Pn. Hayani bt. Md Ishak (Tempat ke-5)
En. Mohd Haron bin Abdullah Umar (Tempat
ke-6)
Penjaga Masa :
NAMA TUGAS
Pn. Normashila Hayati bt. Ismail ( 1 & 2 ) Merekodkan catatan masa yang dilakukan oleh
Pn. Yasmin bt. Aliar ( 3 & 4) peserta yang berlari dalam lorong yang
Pn. Fauziah bt. Zainon Abidin ( 5 & 6 ) diperhatikan.
Statistik :
NAMA TUGAS
Pn. Nurul Husna bt. Shafie ( K ) Merekodkan semua keputusan akhir yang rasmi.
Menyerahkan keputusan kepada juruacara.
Menyerahkan keputusan kepada jawatankuasa
hadiah.
Pn. Raihan bt. Ismail
Memaparkan keputusan kejohanan di tempat yang
disediakan.
Mengemas kini jumlah kutipan mata setiap rumah
di papan markah.
22
Lampiran 3
Pn. Wan Suhana bt. Wan Salam - Membawa peserta ke tempat acara.
23
Pelan Acara Sukaneka (Pra Sekolah) :
NAMA TUGAS
Pn. Wan Suhana bt. Wan Salam Mendapatkan pelan acara sukaneka mengikut kelas
daripada guru Pendidikan Jasmani kelas-kelas pra
sekolah.
Menyampaikan pelan yang diperoleh kepada AJK
peralatan sukaneka pra sekolah.
Peralatan (Tahun 1) :
NAMA TUGAS
Pn. Nurul Husna bt. Shafie (K) Menyediakan dan mengatur alatan mengikut
En. Mohd Zairi bin Drahman perancangan kelas-kelas tahun 1.
Peralatan (Tahun 2) :
NAMA TUGAS
En. Mohd Haron bin Abdullah Umar (K) Menyediakan dan mengatur alatan mengikut
Pn. Ra’anah bt. Sidek perancangan kelas-kelas tahun 2.
24
Peralatan (Tahun 3) :
NAMA TUGAS
En. Rosman bin Sapiai (K) Menyediakan dan mengatur alatan mengikut
Pn. Saemas bt. Samsudin perancangan kelas-kelas tahun 3.
Disiplin Murid :
NAMA TUGAS
En. John Thomas Menjaga dan mengawal disiplin murid.
25
Pegawai Sukaneka :
Pelepas En. Mohd Firdaus bin Ibrahim Melepaskan peserta mengikut acara.
26
Lampiran 4
Disiplin Murid :
NAMA TUGAS
Semua guru rumah sukan Menjaga dan mengawal disiplin murid rumah sukan
masing-masing.
Peralatan :
NAMA TUGAS
En. Mohd Zairi bin Drahman ( K ) Menyediakan alatan yang bersesuaian.
Melantik murid Tunas KRS dan Pengakap sebagai
En. Ahmad Rafedy bin Ahmad Raidin
pembantu.
27
Pegawai Acara Padang :
Lompat Tinggi :
PERANAN NAMA TUGAS
Hakim En. Wan Azimi bin Wan Abd. Rahim Mengadili pertandingan.
Pencatat Pn. Normasyila Hayati bt. Ismail Mencatat keputusan pertandingan.
Lompat Jauh :
PERANAN NAMA TUGAS
Hakim En. Hanim Azahari bin Tajudin Mengadili pertandingan.
Pencatat Pn. Hafiza bt. Kassim Mencatat keputusan pertandingan.
Lontar Peluru :
PERANAN NAMA TUGAS
Hakim En. Mohd Firdaus bin Ibrahim Mengadili pertandingan.
Pencatat En. Mohd Fazlee bin Abd. Wahab Mencatat keputusan pertandingan.
28
Lampiran 5
Tarik tali murid terbuka (P), Tarik tali murid terbuka (L)
Tarik bola dalam gelung ibu bapa & pegawai terbuka (P), (L)
29