Anda di halaman 1dari 14

FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

GARIS PANDUAN LATIHAN MENGAJAR

DIPLOMA PENDIDIKAN PASCASISWAZAH

KANDUNGAN MUKA SURAT

1. LATAR BELAKANG KURSUS LATIHAN MENGAJAR....................................................................................2


2. HASIL PEMBELAJARAN.........................................................................................................................2
3. MATLAMAT LATIHAN MENGAJAR...........................................................................................................2
4. PELAKSANAAN.........................................................................................................................................3
A. TEMPOH PELAKSANAAN..................................................................................................................3
B. LATAR BELAKANG PELAKSANAAN....................................................................................................3
C. KEHADIRAN......................................................................................................................................4
D. PENILAIAN.......................................................................................................................................4
E. PENCERAPAN LATIHAN MENGAJAR.................................................................................................4
5. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU PELATIH.............................................................................5
6. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU PEMBIMBING DAN PENYELIA............................................6
Lampiran A : Garis Panduan Penilaian Komponen Amalan Pengajaran.................................................8
Lampiran B: Borang Penilaian Latihan Mengajar.................................................................................11
Lampiran C: Borang kehadiran guru pelatih..........................................................................................12
Lampiran D : Format umum RPH...........................................................................................................13

1
1. LATAR BELAKANG KURSUS LATIHAN MENGAJAR

 Latihan Mengajar adalah komponen kedua dalam pendidikan profesional guru pra-
perkhidmatan yang akan dijalankan selama 10 minggu pada Semester Dua Sesi
2020/2021. Guru pelatih adalah dikehendaki untuk mengajar di bawah penyeliaan
seorang pensyarah Universiti Malaya dan seorang guru pembimbing daripada
institusi pendidikan.
 Dalam tempoh ini, guru pelatih cuba menyatupadukan apa yang telah mereka pelajari
tentang teori pendidikan dan kaedah pengajaran dalam mata pelajaran pengkhususan
masing-masing dalam proses pengajaran dan pembelajaran sebenar di bilik darjah.
 Guru pelatih perlu menyediakan rancangan pengajaran semester, rancangan
pengajaran mingguan, rancangan pengajaran harian, alat bantu mengajar, bahan
pentaksiran dan menyimpan rekod keputusan pentaksiran murid. Guru pelatih juga
dikehendaki untuk menjalankan kajian tindakan semasa Latihan Mengajar ini. Guru
pelatih perlu melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti penting di
institusi pendidikan berdasarkan ketetapan pihak pentadbir.

2. HASIL PEMBELAJARAN

1. Mereka bentuk dan membangunkan rancangan pengajaran dan bahan pengajaran


yang berkesan.

2. Memilih dan mengaplikasi pendekatan pengajaran yang sesuai untuk mengajar


matapelajaran pengkhususan.

3. Merefleksi pengajaran dan melaporkan keputusan kajian tindakan yang telah


dijalankan di kelas.

3. MATLAMAT LATIHAN MENGAJAR

Melalui kursus latihan mengajar ini, guru pelatih akan berpeluang untuk :

1. mengaplikasi teori dan prinsip pengajaran dalam kelas

2. mengembangkan kecekapan merancang pengajaran

3. mencuba pelbagai teknik pengajaran

4. memahami proses pembelajaran guru pelatih

5. mengasah kemahiran menilai dan memajukan pembelajaran guru pelatih

2
6. menilai keberkesanan pengajaran sendiri

7. menghayati ciri dan peranan guru yang berkesan

4. PELAKSANAAN

A. TEMPOH PELAKSANAAN

Latihan Mengajar akan bermula daripada 25 / 26 Julai 2021 hingga 30


September / 1 Oktober 2021.

B. LATAR BELAKANG PELAKSANAAN

i. Setiap guru pelatih akan dibimbing dan diselia oleh seorang pensyarah dari
Universiti Malaya dan seorang guru pembimbing / pensyarah matrikulasi (sekiranya
di kolej matrikulasi) yang dilantik oleh pihak institusi pendidikan. Guru pelatih akan
dicerap sekurang-kurangnya dua kali oleh pensyarah penyelia dari Fakulti
Pendidikan dan sekurang-kurangnya empat kali oleh guru pembimbing / pensyarah
pembimbing matrikulasi berkenaan.
ii. Semasa Latihan Mengajar, setiap guru pelatih dijangka akan mengajar di antara 8
sehingga 10 waktu dalam seminggu (6 masa kaedah pertama dan 4 masa kaedah
kedua jika berkaitan).
iii. Pada minggu pertama setiap guru pelatih dikehendaki menyiapkan rancangan
pengajaran semester yang mengandungi perancangan untuk 10 minggu.
iv. Setiap guru pelatih perlu menulis rancangan pengajaran mingguan yang dibuat pada
setiap minggu sebelum pengajaran dilaksanakan pada minggu berikutnya.
v. Guru pelatih perlu menyediakan rancangan pengajaran harian dan bahan pengajaran.
Rancangan pengajaran harian perlu dibuat awal sebelum proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku (rujuk contoh rancangan pengajaran seperti di lampiran D) .
vi. Selepas pengajaran, guru pelatih dikehendaki menulis refleksi dalam rancangan
pengajaran harian.
vii. Guru pelatih bertanggungjawab memaklumkan / menjemput pensyarah penyelia /
guru pembimbing untuk menyertai sesi pengajaran dan pembelajaran atas talian bagi
tujuan pencerapan.
viii. Pada minggu ke 7 atau 8, guru pelatih dikehendaki merakam satu video pengajaran
yang dipilih sendiri dalam mana-mana sesi pengajaran dan dihantar kepada penyelia
dalam bentuk soft copy beserta rancangan pengajaran harian yang dilaksanakan
semasa sesi tersebut.
ix. Semasa latihan mengajar, guru pelatih juga perlu melakukan kajian tindakan. Ini
memerlukan guru pelatih mengenal pasti dan mendiagnosis masalah pengajaran dan
pembelajaran dan mengenal pasti beberapa penyelesaian untuk masalah tersebut.
3
Kemudian, guru pelatih akan memilih salah satu penyelesaian dan percubaan dalam
situasi pengajaran dan pembelajaran sebenar dan menilai keberkesanan percubaan
ini. Guru pelatih akan menulis laporan penyelidikan tindakan yang akan diserahkan
kepada penyelia untuk dinilai pada hujung minggu ke-10.
x. Guru pelatih juga perlu mengisi borang kehadiran setiap hari persekolahan sebelum
bermula waktu persekolahan dengan melaporkan kehadiran kepada guru pembimbing
sekiranya pembelajaran dilakukan secara maya.

C. KEHADIRAN

i. Kehadiran harian di institusi pendidikan adalah 100% pada waktu operasi.


ii. Namun sekiranya institusi tidak dibuka, guru pelatih perlu memaklumkan kehadiran
mereka kepada guru pembimbing dengan mengisi borang kehadiran yang disediakan
(Lampiran A) .

ii. Sekiranya guru pelatih tidak dapat memenuhi syarat ini kerana alasan perubatan,
guru pelatih harus menyerahkan Sijil Cuti Sakit tidak lebih dari 5 hari. Sekiranya
guru pelatih tidak hadir antara 5–10 hari, maka guru pelatih tersebut perlu melakukan
penempatan dua minggu tambahan. Sekiranya guru pelatih tidak hadir melebihi dari
10 hari, maka guru pelatih tersebut perlu menangguhkan Latihan Mengajar ke suatu
tarikh mengikut ketetapan fakulti.

D. PENILAIAN

Guru pelatih akan dinilai berasaskan kepada komponen berikut:

i. Pencerapan oleh penyelia


ii. Pencerapan oleh guru pembimbing
iii. Laporan Kajian Tindakan

E. PENCERAPAN LATIHAN MENGAJAR

i. Setiap guru pelatih akan dicerap dan dinilai sekurang-kurangnya 4 kali oleh guru
pembimbing dan 2 kali oleh penyelia. Setiap pencerapan akan dinilai dengan
menggunakan borang penilaian bertajuk “Borang Penilaian Latihan Mengajar”.
ii. Pemberatan penilaian adalah seperti berikut:
 30% Perancangan pengajaran (Planning)
 60% Pelaksanaan pengajaran (Implementation)
 10% Sikap dan personaliti (Attitudes & Personality)

4
iii. Panduan penilaian komponen setiap pemberatan adalah dilampirkan. (rujuk
Lampiran A).
iv. Guru pelatih akan diberi skala pengusaan dalam Borang panduan Penilaian Latihan
Mengajar (rujuk Lampiran B)
v. Setiap pencerapan akan diberikan markah penuh 100% dan gred seperti dibawah :

Markah Gred Mata Gred Maksud

90-100 A+ 4.0 Amat Cemerlang


80-89 A 4.0 Cemerlang
75-79 A- 3.7 Cemerlang

70-74 B+ 3.3 Lulus


65-69 B 3.0 Lulus

60-64 B- 2.7 Gagal


55-59 C+ 2.3 Gagal
50-54 C 2.0 Gagal
45-49 C- 1.7 Gagal
40-44 D+ 1.5 Gagal
35-39 D 1.0 Gagal
< 35 F 0 Gagal

vi. Markah dan gred daripada setiap pencerapan akan digunakan dalam
mempertimbangkan markah akhir Latihan Mengajar.

5. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU PELATIH

i. Menghadiri taklimat untuk kursus Latihan Mengajar dan penyelidikan


tindakan
ii. Memahami objektif kursus Latihan Mengajar

5
iii. Mengemukakan surat penempatan Latihan Mengajar daripada Universiti
Malaya semasa melapor diri di institusi pendidikan yang ditempatkan dan
membina hubungan positif dengan komuniti institusi.
iv. Ikuti kod dan etika pakaian pegawai kerajaan dengan tanda nama
v. Tandatangan kehadiran setiap hari dalam Borang Kehadiran Latihan
Mengajar dan borang ini perlu disahkan oleh guru pembimbing setelah tamat
penempatan Latihan Mengajar. ( Lampiran C)
vi. Menghantar jadual pengajaran kepada penyelia yang dilantik oleh Fakulti
Pendidikan.
vii Mematuhi semua peraturan dan garis panduan yang ditetapkan oleh institusi
pendidikan.

6. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU PEMBIMBING DAN PENYELIA

i. Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada guru pelatih tentang:


 Jadual waktu
 Kurikulum
 Rancangan kerja semester dan persediaan mengajar harian
 Sumber pengajaran pembelajaran
 Proses pengajaran pembelajaran
 Pengurusan tingkah laku murid di dalam kelas (secara atas talian/
bersemuka)
 Pembinaan ujian bertulis
 Penyediaan Buku Rekod Mengajar

ii. Membimbing guru pelatih ke arah perkembangan sahsiah pendidik terutama


dari segi pergaulan yang sihat, peningkatan jati diri dan pemupukan nilai
profesional keguruan.

iii. Menyelia pengajaran guru pelatih dengan menggunakan borang penyeliaan


yang disediakan.

iv. Menyimpan rekod dan dokumen penyeliaan yang kemas kini dan
menyerahkannya kepada universiti mengikut jadual kerja yang ditetapkan.

v. Memaklumkan kepada pentadbir sekolah / institusi pendidikan dan Fakulti


Pendidikan, UM mengenai kemajuan guru pelatih daripada masa ke masa.

vi. Memantau dan memaklumkan sebarang masalah disiplin guru pelatih kepada
pentadbir sekolah/ institusi pendidikan dan Fakulti Pendidikan UM dengan
segera.

6
vii. Memantau kehadiran guru pelatih

viii. Guru pembimbing menghantar borang penilaian penyeliaan kepada penyelia


guru pelatih / Penyelaras Persediaan Professional Fakulti Pendidikan.

7
Lampiran A : Garis Panduan Penilaian Komponen Amalan Pengajaran

A. Garis Panduan Menilai Perancangan

1. Hasil pembelajaran yang jelas

Guru pelatih diharapkan dapat menulis rancangan pengajaran mereka dengan objektif
pelajaran yang eksplisit, jelas dan spesifik mengikut kebolehan murid berdasarkan
spesifikasi kurikulum.

2. Organisasi Kandungan

Kandungan pelajaran yang ditulis dalam rancangan pengajaran harus tepat dan sesuai
dengan hasil pembelajaran dan spesifikasi kurikulum. Pemeringkatan isi pelajaran sangat
jelas mengikut urutan untuk mencapai hasil pembelajaran.

3. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Strategi pengajaran dan aktiviti pembelajaran yang dicadangkan dalam rancangan pelajaran
sesuai, bertepatan dan mengambil kira semua hasil pembelajaran, isi pembelajaran dan
PAK21. Guru pelatih guru harus mengambil kira kepelbagaian kemampuan murid dalam
memilih strategi pengajaran pembelajaran yang sesuai.

4. Pemilihan teknik pedagogi terkini

Memilih amalan pedagogi masa kini yang sesuai untuk perancangan pengajaran dan
pembelajaran (PdP) dengan menekankan kepada kemahiran 6C.

5. Pernyataan Nilai

Guru pelatih harus menyatakan nilai dalam rancangan pelajaran dan bagaimana nilai ini
akan dapat ditanamkan secara berkesan dalam pelajaran

6. Pernyataan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Penyataan elemen KBAT harus dinyatakan dalam langkah-langkah pengajaran dan


pembelajaran serta aktiviti murid. Aktiviti PdP yang dijalankan perlu merangsang minda
murid untuk menjana idea baharu dengan sokongan motivasi berterusan daripada guru
pelatih.

8
B. Garis Panduan Menilai Pelaksanaan

1. Permulaan Pengajaran

Berjaya mewujudkan kesediaan murid untuk belajar dan menimbulkan perasaan ingin tahu.
Set induksi sangat sesuai, menarik, menyeronokkan dan berjaya memberi motivasi kepada
murid.

2. Pengetahuan mengenai matapelajaran

Guru pelatih harus menunjukkan kefahaman tentang pengetahuan kandungan. Tidak


menyampaikan maklumat atau fakta yang salah atau tidak tepat. Mampu mengembangkan
penguasaan dan pemahaman murid mengenai pengetahuan kandungan. Guru Pelatih
menunjukkan bukti pemahaman konsep atau isi.

3. Kaedah pengajaran

Berjaya menyampaikan pengajaran secara koheren dan terkawal. Kadar dan urutan
penyampaian pengajaran sesuai dengan tahap kemampuan murid. Mampu mengubah
aktiviti mengikut keperluan dan kebolehan murid, sesuai dengan hasil pembelajaran dan
berjaya menguruskan aktiviti pembelajaran.

4. Pengurusan bilik darjah

Berjaya mewujudkan persekitaran yang mendorong pembelajaran dalam kalangan


sebilangan besar murid. Mampu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif
dan mampu memotivasikan sebahagian besar murid. Mampu mengawal disiplin. Memberi
arahan jelas yang dipatuhi oleh kebanyakan murid.

5. Komunikasi dan Interaksi

Berjaya menggerakkan murid melalui penggunaan bahasa dan teknik penyoalan yang
berkesan dan ekspresif. Mempunyai suara yang jelas dengan intonasi yang kuat dan cara
bercakap yang sesuai. Mampu menarik perhatian murid melalui komunikasi yang jelas,
tepat, dan menarik. Mempunyai banyak interaksi dengan murid. Melakukan soal jawab
dengan berkesan.

6. Kaedah pentaksiran

Guru pelatih mengoptimumkan penggunaan kaedah pentaksiran yang sesuai dan berkesan
yang melibatkan pelbagai tahap kognitif semasa dan di akhir pelajaran dengan memberi
maklum balas serta memotivasikan murid. Pelbagai kaedah pentaksiran digunakan untuk
menilai proses pengajaran dan pembelajaran.

9
7. Pencapaian hasil pembelajaran

Hasil pembelajaran yang dirancang dapat dicapai melalui aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Murid menunjukkan bukti pencapaian hasil pembelajaran.

8. Aplikasi KBAT

Elemen KBAT diaplikasikan pada masa yang sesuai.

9. Penggunaan teknologi dan bahan bantu mengajar (BBM)

Guru pelatih mempraktikkan penggunaan sumber bahan bantu mengajar dengan


menggunakan kemahiran teknologi maklumat secara berkesan.

10. Penerapan nilai

Guru pelatih menanamkan nilai murni dengan baik dan sesuai dalam aktiviti PdP yang
dijalankan.

11. Penutup

Guru pelatih dapat mengakhiri pelaajran dengan aktiviti pengukuhan / penilaian yang
sangat berkesan. Guru pelatih juga berjaya merangkum perkara-perkara penting dalam
pembelajaran, memberi arahan untuk mengakhiri pengajaran dan pembelajaran dengan
berkesan. Aktiviti susulan juga mencabar dan menarik.

12. Pengurusan masa

Guru pelatih dapat menyesuaikan kandungan dan isi pengajaran dengan tempoh
pengajaran. Fleksibel dalam melaksanakan langkah dan strategi pengajaran yang dirancang
dengan respon murid di dalam kelas. Mampu mengendalikan situasi luar kawalan dengan
baik.

C. Garis Panduan untuk Menilai Sikap dan Keperibadian

1. Personaliti / Keperibadian

Guru pelatih menggambarkan keperibadian yang yakin pada setiap masa, sedar / peka
terhadap keperluan murid yang berbeza, integriti terpuji, sopan dan dapat menyesuaikan
tingkah laku sebagai seorang guru.

2. Nilai Profesionalisme

10
Guru pelatih mengamalkan ciri profesional. Antara ciri termasuk tanggungjawab,
komitmen, dedikasi dan sumbangan idea.

Lampiran B: Borang Penilaian Latihan Mengajar


UNIVERSITI MALAYA
DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN
BORANG PENILAIAN LATIHAN MENGAJAR
Nama : No Matrik :
Sekolah / Kolej : Tingkatan / :
semester
Matapelajaran : Topik :
Tarikh : Masa :
Tahap 1: Terdapat banyak kelemahan yang perlu diatasi (Sangat Lemah)
Tahap 2: Terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperhatikan (Lemah)
Tahap 3: Pencapaian sederhana, masih memerlukan penambahbaikan
Penilaian: Bulatkan nombor yang menunjukkan (sederhana)
skala penilaian anda terhadapguru pelatih dalam Tahap 4: Baik dalam banyak aspek (Baik)
setiap kategori yang disenaraikan. Tahap 5: Sangat baik, sangat baik dalam pelbagai aspek (Cemerlang)

Kategori Skala

Tiada asas Sangat Lemah Sederhana Baik Cemerlang


penilaian lemah
1. Hasil pembelajaran jelas 0 1 2 3 4 5
2. Organisasi kandungan 0 1 2 3 4 5
PERANCANGAN

3. Strategi pengajaran dan 0 1 2 3 4 5


pembelajaran
4. Pemilihan teknik pedagogi terkini 0 1 2 3 4 5
A

5. Penyataan nilai 0 1 2 3 4 5
6. Penyataan Kemahiran Berfikir 0 1 2 3 4 5
Aras inggi (KBAT)

1. Permulaan pengajaran 0 1 2 3 4 5
2. Pengetahuan mengenai 0 1 2 3 4 5
matapelajaran
3. Kedah /strategi pengajaran 0 1 2 3 4 5
PELAKSANAAN

PAK21
4. Pengurusan bilik darjah 0 1 2 3 4 5
5. Komunikasi dan interaksi 0 1 2 3 4 5
B

6. Kaedah Pentaksiran 0 1 2 3 4 5
7. Pencapaian hasil pembelajaran 0 1 2 3 4 5
8. Aplikasi KBAT 0 1 2 3 4 5
9. Penggunaan teknologi dan BBM 0 1 2 3 4 5
10. Penerapan nilai 0 1 2 3 4 5
11. Penutup 0 1 2 3 4 5
12. Pengurusan masa 0 1 2 3 4 5
KEPERIBA

1. Personaliti / keperibadian 0 1 2 3 4 5
SIKAP

DIAN
DAN

2. Nilai Profesionalisme 0 1 2 3 4 5
C

Komen: Sila nyatakan kekuatan dan kelemahan tertentu serta potensi sebagai guru yang berkesan.
A. Aspek Perancangan

B. Aspek pelaksanaan:

C. Aspek Sikap dan Keperibadian :

11
GRED
Perancangan (Maksimun 30%) + Pelaksanaan (Maksimum 60%) + Sikap dan keperibadian (Maksimum 10%) =

Tandatangan Pensyarah Penyelia / Guru Pembimbing: Tarikh :

Nama Pensyarah Penyelia / Guru Pembimbing:

Salinan Borang Penilaian hendaklah dihantar kepada guru pelatih untuk rujukan
Lampiran C: Borang kehadiran guru pelatih.

FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA


KEHADIRAN PELAJAR DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN
SEMASA LATIHAN MENGAJAR SEMESTER 2 SESI 2020/2021

NAMA PELAJAR :
NOMBOR MATRIK :
NAMA KOLEJ/SEKOLAH :

Tarikh

Tandatangan
pelajar

Tarikh

Tandatangan
pelajar

Tarikh

Tandatangan
pelajar

PENGESAHAN PENGARAH / PENGETUA / GURU PEMBIMBING:

12
……………………………… ………………………………….
(TANDATANGAN ) (COP)

Lampiran D : Format umum RPH

FORMAT UMUM RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

A. BUTIRAN PdP

Mata Pelajaran

Tarikh

Masa

Kelas

Bilangan Murid

Tema M/P

Tajuk

Kemahiran/Fokus

Kemahiran Sedia Ada

Standard Kandungan

Standard Pembelajaran

Objektif Pembelajaran

Pentaksiran

KBAT

Elemen Merentas Kurikulum


(EMK)

Penyataan Nilai

Bahan Bantu Mengajar (BBM)

13
Fasa/ Isi Kandungan Aktiviti guru Aktiviti murid Catatan
Masa(
Minit)

Set 1. Guru menunjukkan 2. Murid BBM:


Induksi KBAT
TMK:
Nilai:

Langkah BBM:
1 KBAT
TMK:
Nilai:

Langkah BBM:
2 KBAT
TMK:
Nilai:

Langkah BBM:
3 KBAT
TMK:
Nilai:

Penutup BBM:
KBAT
TMK:
Nilai:

Catatan Refleksi Kendiri:

Catatan / refleksi Guru Pembimbing:

Catatan / refleksi Penyelia:

Nota: Ini adalah format umum RPH. Sebarang pindaan bergantung kepada keperluan bidang
masing-masing dan perbincangan bersama penyelia dan guru pembimbing

14

Anda mungkin juga menyukai