Anda di halaman 1dari 17

‫هلل َعلَى نِ ْع َم ِة اِإل ْسالَِم‬

‫هلل ‪ ...‬احلم ُد ِ‬
‫َْ‬
‫‪.‬احلم ُد ِ‬
‫َْ‬
‫َأ ْش َه ُ'د َأ ْن الِإلهَ ِإال اهللُ َوَأ ْش َه ُد َّ‬
‫َأن َسيِّ َدنَا حُمَ َّم ًدا َعْب ُد ُه‬
‫َو َر ُس ْولُهُ‬
‫ص ْحبِ ِه‬ ‫و‬ ‫اللّه َّم ص ِّل على سيِّ ِدنَا حُم َّم ٍد وعلَى آلِِ‬
‫ه‬
‫َ َ‬ ‫َ ََ‬ ‫ُ َ َ َ َ‬
‫ني‪ََّ .‬أما َب ْع ُد‬ ‫……َأمْج عِ‬
‫َ َ‬
‫َّ‬ ‫ِ‬
‫! َفيَا َأيُّ َها الـْ ُم ْسل ُ َ ُ ْ َ‬
‫اهلل‬ ‫ا‬ ‫و‬‫ق‬ ‫ات‬ ‫!‬ ‫ن‬‫'‬ ‫و‬ ‫م‬
‫ُأو ِصي ُكم وِإيَّاي بَِت ْقوى ِ‬
‫اهلل َف َق ْد فَ َاز املَّت ُق ْو َن‬
‫ُ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫ْ‬ ‫ْ‬
Wahai hamba-hamba Allah !
Bertaqwalah kepada Allah dengan
sebenar-benar taqwa.

Saya  menyeru diri saya sendiri


dan juga sidang hadirin, marilah 
sama-sama 
meningkatkan ketaqwaan  
kepada  Allah  dengan  melakukan 
segala  suruhanNya  dan  menjauhi 
segala  laranganNya.
 
Hadirin jemaah sekalian,
Nabi Muhammad sollahu alaihi wa
sallam bersabda :
Dua nikmat yang sering dilalaikan
oleh kebanyakan manusia, adalah
kesihatan dan masa lapang.
( Hadith Riwayat Al-Bukhori )
Hadis ini memberi peringatan
kepada kita agar sentiasa
memanfaatkan nikmat kesihatan
dan masa dengan sebaiknya.
Hadirin Jemaah yang dirahmati
Allah,
Bagaimana kita dapat
memanfaatkan masa kita yang
terhad di dunia ini agar kita
beruntung pada masa akhirat nanti?
Jawapannya sudah tentu kita perlu
memanfaatkan masa kita di dunia
dengan sebaik mungkin. Seperti
firman Allah swt dalam Surah
Al-'Asr, ayat 1-3,
Maksudnya :
“Demi masa! Sesungguhnya manusia
itu dalam kerugian. Melainkan orang
yang beriman dan beramal soleh,
serta berpesan-pesan kepada
kebenaran dan kesabaran.”
Surah ini sarat dengan panduan dan
sangat luas dengan makna. Padanya
terkandung empat pengajaran
utama yang perlu kita beri
perhatian agar kita tidak menjadi
orang yang rugi di dunia dan
akhirat.
Yang pertama: Kita perlu
menerapkan dalam diri kita
keimanan yang jitu. Apakah itu
keimanan yang jitu? Iaitu beriman
sepenuhnya dengan qada dan qadar
Allah swt. Kita tidak tahu apakah
qada dan qadar Allah. Ia rahsia
Allah swt.
Maka kita perlu berusaha
sepenuhnya dan tidak bermalas-
malasan dalam kehidupan kita.
Perancangan yang teliti adalah
kunci kejayaan. Orang yang gagal
merancang, bermakna dia
merancang untuk gagal.
Pada masa kita berada dalam
fasa pandemik Covid-19, rancanglah
dengan sebaiknya agar masa kita
diisi dengan amal soleh dan aktiviti-
aktiviti yang bermanfaat.
Yang kedua: Berkaitan
penerimaan. Keimanan kepada qada
dan qadar juga menjadikan kita
menerima keputusan yang telah
ditetapkan oleh Allah swt walaupun
kita merancang sebaliknya.
Kita tidak akan rasa dukacita dan
putus asa atas kegagalan.
Sebaliknya, kita akan menjadikan
kegagalan itu pemacu kepada
kejayaan.
Begitu juga, kita tidak akan
terlalu gembira dengan kejayaan
yang Allah berikan. Sebaliknya, kita
belajar apakah faktor yang
mendorong kejayaan tersebut.
Inilah resepi kegemilangan dalam
kehidupan dunia dan akhirat.
Hadirin Jemaah ,
Pengajaran ketiga: Penumpuan
kepada amal soleh. Selain
memperkukuh keimanan kita, kita
juga perlu memberikan tumpuan
kepada amal soleh kita.
Tiada gunanya kita berjaya
dalam kehidupan, dengan harta
serta pangkat kedudukan, tetapi
apabila berdiri di hadapan Allah
swt, kita berdiri dengan amalan
yang sangat sedikit.
Oleh itu, pentingnya kita isikan
masa kita dengan amal soleh. Agar
kita tidak rugi pada hari akhirat
nanti.
Yang keempat: Saling menasihati.
Ia merupakan antara amalan soleh
yang perlu kita usahakan.
Ini yang dimaksudkan dalam
Surah Al-'Asr tadi, iaitu berpesan-
pesan kepada kebenaran. Pastikan
nasihat dan ajakan kita kepada
kebenaran dihiasai dengan penuh
hikmah dan akhlak yang mulia.
Selain itu juga, antara amal soleh
yang boleh kita laksanakan adalah
menasihati orang yang ditimpa
musibah, sedang kecewa, atau
sedang marah agar bersabar.
Firman Allah :

“ Sesungguhnya Allah Bersama


dengan orang-orang yang sabar.”
Inilah empat perkara yang perlu
kita berikan penumpuan dalam
kehidupan ini agar kita dapat
memanfaatkan masa kita sebaik
yang mungkin.

Anda mungkin juga menyukai