Anda di halaman 1dari 9

1.

0 Pendahuluan

Istilah astronomi berasal dari perkataan yunani yaitu astro bererti meliputi sekalian objek di
langit, manakala nomi bererti ilmu. Menurut Saliba (1994), astronomi atau nama lainnya ilmu
bintang mempunyai tiga skop kecil iaitu astrologi (tanjim), sains angkasa dan ilmu falak (ilm al-
hay'a). Pertamanya, astrologi menggunakan angkasa untuk membuat ramalan berkaitan masa
hadapan. Selain itu, sains angkasa mengkaji sifat fizikal dan jisim angkasa serta mempunyai
peranan yang penting dalak konteks pembangunan negara. Seterusnya, ilmu falak merujuk
kepada angkasa untuk melaksanakan aktiviti berkaitan ibadat dan kemaslahatan keperluan
manusia. Allah SWT ada berfirman :

ٍ َ‫وهو الَّ ِذي خلَق اللَّيل والنَّهار والشَّمس والْ َقمر ۖ ُكلٌّ يِف َفل‬
‫ك يَ ْسبَ ُحون‬ ََ َ َ ْ َ َ َ َ َ ْ َ َ َُ َ

Maksudnya: Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-
masing dari keduanya itu beredar di dalam garis edarnya. (Surah Al-Anbiya' : 33)

Perkataan falak diambil berdasarkan ayat di atas.

Syaikh Muhammad Arsyad Al-Banjari (1985), ada menyatakan bahawa Imam al-Ghazali
mengatakan ilmu bintang bersama kira-mengira seperti zakat dan faraid adalah ilmu yang terpuji
(kerana tidak meyebabkan syirik. Ilmu inilah yang dinamakan ilmu falak. Dalam pada itu, ilmu
falak terkeluar dari ilmu tidak terpuji kerana digunakan dalam perlaksanaan ibadat.Penggunaan
konsep ilmu falak amat penting dalam perlaksanaan ibadat. Hal ini demikian kerana, ilmu falak
mendorong manusia kepada perlaksanaan ibadat yang sempurna. Diriwayatkan dari Umar bin
Al-Khattab bahawa beliau berkata ,:

" Pelajarilah ilmu falak sekadar untuk mengetahui arah kiblat dan arah jalan. Tahanlah dirimu
dari perkara selain itu ". (Sahih Jami' Bayanil 'Ilmi , 1016)

Pelbagai contoh aplikasi ilmu falak dalam perlaksanaan ibadat yang dapat disimpulkan.
Antaranya, ilmu falak digunakan sebagai tanda bagi waktu ibadat. Di samping itu, fenomena
hijab turut digunakan untuk menentukan waktu awam yang tepat. Pada masa yang sama, ilmu
falak boleh menentukan arah kiblat yang betul. Hal ini merujuk firman Allah SWT:

1
ِِ ِ ‫السم ِاء ۖ َفلَنولِّين‬
ُ ‫ك َشطَْر الْ َم ْسجد احْلََر ِام ۚ َو َحْي‬
‫ث َما ُكْنتُ ْم‬ َ ‫اها ۚ َف َو ِّل َو ْج َه‬
َ‫ض‬ َ ‫َّك قْبلَةً َت ْر‬
َ َ َُ َ ‫ب َو ْج ِه‬
َ َّ ‫ك يِف‬ َ ُّ‫قَ ْد َنَر ٰى َت َقل‬
‫اب لََي ْعلَ ُمو َن َأنَّهُ احْلَ ُّق ِم ْن َرهِّبِ ْم ۗ َو َما اللَّهُ بِغَافِ ٍل َع َّما َي ْع َملُو َن‬ ِ ِ َّ ‫ِإ‬
َ ‫َف َولُّوا ُو ُج‬
َ ‫وه ُك ْم َشطَْرهُ ۗ َو َّن الذ‬
َ َ‫ين ُأوتُوا الْكت‬

Maksudnya: Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh
Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah
Masjidil Haram. Dan dimana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya. Dan
sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Al Kitab (Taurat dan Injil)
memang mengetahui, bahwa berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar dari Tuhannya; dan
Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan. (Surah Al-Baqarah: 144)

Seterusnya, ilmu falak digunakan untuk menetapkan jadual takwim hijri yang betul.
Perkara ini berdasarkan firman Allah SWT:

َّ ‫وت ِم ْن ظُ ُهو ِر َها َو ٰلَ ِك َّن الْرِب‬


َ ُ‫س الْرِب ُّ بَِأ ْن تَْأتُوا الُْبي‬ ِ ِ ُ ِ‫اَأْلهلَّ ِة ۖ قُ ْل ِهي َم َواق‬
ِ ‫يسَألُونَك ع ِن‬
َ ‫يت للنَّاس َواحْلَ ِّج ۗ َولَْي‬ َ َ َ َْ
‫وت ِم ْن َْأب َواهِبَا ۚ َو َّات ُقوا اللَّهَ لَ َعلَّ ُك ْم ُت ْفلِ ُحو َن‬
َ ُ‫َم ِن َّات َق ٰى ۗ َوْأتُوا الُْبي‬

Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu tentang bulan sabit. Katakanlah: "Bulan sabit itu adalah
tanda-tanda waktu bagi manusia dan (bagi ibadat) haji; Dan bukanlah kebajikan memasuki
rumah-rumah dari belakangnya, akan tetapi kebajikan itu ialah kebajikan orang yang bertakwa.
Dan masuklah ke rumah-rumah itu dari pintu-pintunya; dan bertakwalah kepada Allah agar kamu
beruntung.

Masyarakat lebih selesa menjadi pengguna sahaja kerana ilmu falak dianggap sains
matematik. Sebagai contoh jadual waktu-waktu solat yang dikeluarkan oleh ulama' terkemuka
digunakan oleh masyarakat tanpa banyak soal. Perbincangan terhadap isu ini membolehkan
masyarakat jelas akan kepentingan ilmu falak dalam perlaksanaan ibadat, bukan hanya
mempercayainya sahaja tetapi masyarakat tahu akan kepentingannya.

2
2.0 Latar Belakang

Biarpun ianya berkembang seiring dengan tamadun manusia tetapi ramai yang tidak menyedari
akan kepentingan ilmu falak. Contohnya, mereka menggunakan jadual yang telah dibuat oleh
ulama' terkemuka tanpa banyak soal. Oleh sebab itu, mereka tidak memahami akan kepentingan-
kepentingan ilmu falak.

Berdasarkan permasalahan ini, timbulnya pelbagai persoalan untuk menerangkan secara


jelas akan perkara ini. Secara keseluruhannya, persoalan yang timbul telah dipilih mengikut nilai
majoriti. Antara persoalannya ialah:

(a) Mengapakah ilmu falak penting dalam perlaksanaan ibadat?

(b) Bagaimanakah ilmu falak disebar luaskan dalam masyarakat?

3.0 Sorotan

Menurut Taufiqurrahman Kurniawan (2009), secara umum ilmu falak mengandungi dua
pengertian. Pertama, ilmu Falak berasal kata Falak, yang bererti lintasan benda-benda langit, di
dalam bahasa Inggris disebut dengan orbit. Kedua, ilmu falak adalah ilmu pengetahuan yang
mempelajari lintasan benda-benda langit, seperti Bulan, Matahari, bintang-bintang, dengan
tujuan untuk mengetahui posisi dari benda-benda langit itu serta kedudukannya dari benda-benda
langit yang lain. Ada yang berpandangan bahawa ilmu Falak ialah sama dengan ilmu Hisab
kerana kedua-duanya menggunakan perhitungan. Walaubagaimanapun ilmu Falak dan Ilmu
Hisab adalah perkara yang berbeza.

Antara cabang matematik ialah ilmu falak yang menjadi warisan terbesar yang
ditinggalkan oleh penulis Melayu silam (Mat Rofa Ismail, 1996). Penggunaan matematik
penting dalam pengamalan ajaran Islam itu sendiri kerana ajaran Islam sangat menitikberatkan
soal ketepatan dalam beribadat seperti ibadat sembahyang, puasa dan seumpamanya juga
menitikberatkan dalam hal perhitungan seperti menghitung sudut koordinat. Antara ilmu yang
melibatkan matematik dan kepentingannya seperti ilmu falak. Ilmu ini penting dalam
menentukan penentuan awal Ramadan dan Syawal, perjalanan matahari termasuk pengiraan
waktu sembahyang, gerhana bulan dan matahari, kedudukan bintang Thabitah dan sayyarah,

3
galaksi dan seumpamanya. Ilmu Geometri dan Trigonometri digunakan dalam mengira dan
menentukan arah kiblat, masalah koordinat sesebuah bandar, masalah yang berkaitan sfera bumi,
kompas perjalanan dan pelayaran.

Sumbangan ahli-ahli astronomi Islam ternyata telah memberi kesan langsung kepada
bidang ilmu falak dan sehingga kini penyelidikan bidang ini semakin berkembang. Nurul Laila
(2011) menyatakan kemajuan di bidang astronomi ketika ini telah memasuki era moden untuk
menentukan posisi objek di langit dengan ketelitian tinggi, termasuk di dalamnya penentuan
posisi bumi, bulan dan matahari. Perkembangan astronomi moden ini dapat dimanfaatkan untuk
membantu menentukan awal bulan Islam. Oleh hal demikian, ilmu falak tidak dinafikan
memainkan peranan yang penting memberi sumbangan yang sangat besar dari segi pelaksanaan
ibadat kepada masyarakat dahulu sehingga kini. Tanpa ilmu falak, masyarakat tidak dapat
melaksanakan ibadat dengan baik.

Produk paling utama bagi ilmu falak ialah takwim. Takwim hijri merupakan salah satu
dari takwim al-Qamari yang digunakan oleh masyarakat Islam. Ia merujuk kepada peredaran
bulan mengelilingi bumi dan antara nama lain bagi takwim hijri ialah takwim al-Islami.
Masyarakat Islam menggunakan takwim al-qamari sejak permulaan dakwah Rasulullah s.a.w
hinggalah hijrahnya baginda ke Madinah al-Munawwarah. Permulaan penggunaan Kalendar
Tahun Hijrah ialah hasil daripada ilham Khulafa Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Sayidina Umar
Al-Khattab. Menurut al-Taii (2007) pendapat yang lebih tepat Rasulullah SAW telah sampai ke
Madinah pada hari Isnin 11 Rabiulawal tahun pertama hijrah bersamaan 16 Julai 622 Masihi (al-
Taii, 2007). Oleh demikian, tarikh tersebut dijadikan tarikh permulaan dalam kalendar Hijrah.
Dewasa ini, terdapat kalendar Hijrah yang pelbagai. Setiap kalendar tersebut mempunyai asas-
asas astronomi tertentu dalam menentukan awal bulan Hijrah.

Penentuan tarikh-tarikh dalam kalendar hijri akan memberikan implikasi besar kepada
sosial, budaya, agama dan ekonomi dalam sebuah masyarakat. Menurut Radzuan Bin Nordin dan
Ab Rahim Bin Ibrahim (2016) umumnya takwim masihi digunakan secara meluas di Malaysia
dalam pelbagai urusan seharian mencakupi ekonomi, perundangan, politik hingga kepada
hubungan antarabangsa. Berbanding takwim hijri hanya digunakan dalam skop yang amat terhad
terutamanya berkaitan tiga bulan sahaja iaitu Ramadan, Syawal dan Zu al-hijjah. Kepentingan
takwim hijri dan kesan pelaksanaan takwim dalam menyelesaikan beberapa permasalahan fiqh

4
semasa amat perlu untuk dibincang, dikaji dan dikemaskinikan seiringan dengan maqasid al-
syar’iyyah.

Oleh itu, jelas bahawa ilmu falak penting dalam pelaksanaan ibadat melalui penentuan
tarikh dalam Kalendar Hijri kerana memerlukan aktiviti pencerapan dan sebagainya.

4.0 Ilmu Falak Dalam Pelaksanaan Ibadat

Ilmu falak merupakan salah satu cabang ilmu sains tabie yang mempelajari dan mengkaji tentang
pergerakan badan-badan cakerawala khususnya bumi, bulan, matahari dan bintang-bintang. Ilmu
falak disebarkan sebagai satu disiplin ilmu agama yang menjadi sebahagian daripada keperluan
ilmu fiqh dan ianya merupakan suatu ilmu yang relevan sesuai dengan kemajuan sains dan
teknologi zaman ini. Agama Islam mewajibkan setiap orang Muslim menuntut ilmu. Seseorang
Muslim yang mempunyai ilmu dapat memelihara akalnya dan menggunakannya untuk mendapat
petunjuk, hidayah dan nikmat Allah SWT. Menuntut ilmu adalah amalan fardhu dan mulia bagi
setiap Muslim dan Muslimah di sisi agama Islam. Menurut agama Islam lagi sesiapa yang
menuntut ilmu akan mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah SWT sebagaimana Rasulullah
SAW bersabda:

“Sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu, maka Allah akan
memudahkan baginya jalan ke syurga”

( Riwayat Muslim )

4.1 Kepentingan Ilmu Falak Dalam Pelaksanaan Ibadat

Antara beberapa manfaat ilmu falak kepada manusia adalah mereka dapat mengetahui
pergerakan, penyebaran dan ciri-ciri objek samawi di langit, dapat menentukan waktu atau masa
berpandukan matahari dan bulan, membantu untuk menentukan arah mata angin, petunjuk
fenomena alam di bumi dan membuat ramalan cuaca setiap hari. Hari ini, manusia memilih
untuk menggunakan taqwim (kalendar) yang mana ia diwujudkan berdasarkan pergerakan bulan
dalam orbitnya mengelilingi matahari secara sistematik sebagai sumber utama untuk merancang
aktiviti kehidupan mereka setiap hari. Pergerakan bulan dalam orbitnya mengelilingi matahari
juga mempengaruhi dalam menentukan dan menghitung hari, bulan (Januari – Disember) dan
tahun.Firman Allah Taala:

5
“Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga
diakhir peredarannya kelihatan kembalinya pula keperingkat awalnya (berbentuk melengkung)
seperti tandan yang kering”

(Surah Yaasin 36:39)

Oleh itu, kita juga perlu mengetahui bahawa setiap tamadun mempunyai takwim tersendiri dan
berbeza hitungannya manakala agama Islam mengambil setiap takwim tersebut dan
memuliakannya dengan berpandukan kepada pergerakan bulan dalam orbitnya mengelilingi
matahari.

Di samping itu, ilmu falak menjadi wasilah ibadat yang mana dengannya manusia dapat
mengabdikan diri kepada Allah dengan cara melaksanakan tugas ataupun tanggungjawab sebagai
khalifah di muka bumi ini. Selain kelihatan cantik dan indah menghiasi langit, bintang dan
seluruh ciptaan alam semesta mempunyai makna yang penuh rahsia dan fungsinya tersendiri.
Seperti contoh, peredaran bulan dan bintang perlu bagi menentukan masuknya waktu solat dan
penentuan arah kiblat. Bersesuaian dengan firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dialah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya dan ditetapkanNya
manzilah-manzilah (tempat-tempat) bagi perjalanan bulan itu supaya kamu mengetahui
bilangan tahun dan perhitungan (waktu). Allah tidak menciptakan yang demikian itu melainkan
dengan hak. Dia menjelaskan tanda-tanda (kebesaranNya) kepada orang yang mengetahui.”

(Surah Yunus 10:5)

Selain itu, matahari merupakan sumber utama dalam menentukan waktu masuknya solat zuhur
dan asar dengan menggunakan jam suria. Dalam Al-Quran ada menyebut:

“Dan (sebahagian dari dalil tersebutlah) matahari; ia kelihatan beredar ketempat yang
ditetapkan baginya; itulah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui”

(Surah Yaasin 36:38)

Ilmu falak adalah ilmu yang cenderung pada masalah perhitungan. Antaranya ialah
perhitungan hilal Syawal. Hilal merupakan bulan sabit muda pertama yang dapat dilihat setelah
terjadinya ijtimak pada arah dekat matahari terbenam yang menjadi permulaan bulan dalam
kalendar Islam. Ghalibnya, hilal diamati pada hari ke-29 bulan Ramadhan untuk menentukan

6
masuknya bulan Syawal pada keesokan harinya. Terdapat dua metod penentuan hilal yang biasa
dilakukan iaitu hisab dan rukyah. Hisab ialah perhitungan matematik astronomi yang biasa
dilakukan oleh muhammadiyah manakala rukyah ialah pandangan mata kasar. Hadith yang
diriwayatkan oleh Ath-Thabarani :

“Sesungguhnya sebaik-baik hamba adalah mereka yang selalu memerhatikan matahari


dan bulan untuk mengingati Allah”

( Ath-Thabarani)

Dengan ini, ilmu falak merupakan satu kepentingan kepada manusia yang mana ianya
dapat membuat ibadat seseorang itu menjadi lebih baik sekaligus menjadikan aktiviti kehidupan
seharian mereka teratur dan sistematik.

4.2 Usaha Melebar Luaskan Ilmu Falak

Ilmu falak merupakan salah satu ilmu yang terpenting kepada masyarakat kerana penggunaannya
banyak diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Dengan itu, masyarakat perlu mengetahui cara
pelaksaan ilmu falak agar sesuatu pekerjaan dapat dilakukan dengan baik. Cara menyebar
luaskan ilmu falak kepada masyarakat adalah seperti berikut :-

a) Yang pertama ialah ilmu falak ini dapat memberi motivasi kepada umat Islam sebagai
pembakar semangat untuk bersungguh-sungguh dalam menyempurnakan ibadah seharian
mereka. Hal ini kerana, ilmu falak sangat berkait rapat dengan agama. Mengetahui cara
pelaksanaan ilmu falak dalam ibadah dapat mendekatkan diri kepada Allah s.w.t kerana
dalam al-quran surah al-Fussilat ayat 53 menyatakan alam ini menunjukkan tanda-tanda
kebesaranNya. Firman Allah dalam surah al-Imran ayat 190 juga menyatakan suatu galakan
kepada manusia yang berakal untuk memerhatikan dan manfaatkan alam ini.

b) Seterusnya, ialah mengadakan kempen tentang ilmu falak seperti mengedarkan poster atau
pamplet kepada masyarakat, membuka tapak pameran dan menjual poster atau gambar-
gambar yang menarik seperti gerhana atau menjual buku seperti buku ilmiah dan komik
yang sesuai untuk setiap lapisan masyarakat. Selain itu, pihak sekolah atau pihak universiti
ataupun pihak masjid juga boleh menjemput ahli falak untuk memberi ceramah tentang

7
aplikasi ilmu falak dalam ibadah. Sebagai contoh pada 18 September 2017 telah diadakan
satu ceramah ringkas tentang ilmu falak di Masjid Cina, Melaka.

c) Justeru itu, pihak yang terlibat juga memainkan peranan dalam mewujudkan subjek ilmu
falak sebagai subjek teras seperti subjek sains robotik dan menubuhkan kelab atau persatuan
ilmu falak di setiap pusat pengajian seperti sekolah, universiti, sekolah atau kolej kemahiran
dan lain-lain supaya anak-anak remaja dapat pendedahan awal tentang kepentingan ilmu
falak dalam kehidupan seharian umumnya dan dalam ibadah khasnya.

d) Selain itu, bagi mengekalkan semangat mereka dalam meminati ilmu falak ini, pihak yang
lebih cenderung kepada teknologi aplikasi juga boleh mencipta serta memperkenalkan
aplikasi sedia ada atau baru yang berkaitan dengan ilmu falak kepada setiap lapisan
masyarakat, seperti contoh kanak-kanak atau remaja lebih gemar kepada aplikasi permainan.
Manakala, dewasa atau remaja yang menggunakan aplikasi untuk belajar lebih gemar
kepada sesuatu yang membantu mereka dalam pembelajaran seperti aplikasi pengiraan,
umur anak bulan, arah kiblat atau lain-lain.

e) Disamping itu, semangat masyarakat yang berkobar ini perlu dikagumi oleh kerajaan dengan
menubuhkan lebih banyak balai cerap yang lengkap dengan pelbagai peralatan dan mudah
diluluskan untuk aktiviti lawatan agar masyarakat lebih memahami dalam bidang yang
diceburi ini. Dengan itu, di tempat awam terutamanya surau atau masjid perlu mewujudkan
tempat untuk melakukan aktiviti cerapan supaya masyarakat yang mempelajari ilmu ini
dapat mempraktikkannya disana serta dapat menarik minat masyarakat yang kurang
menceburi kearah ilmu falak.

Akhir sekali, inisiatif-inisiatif ini perlu dititik beratkan oleh pihak terlibat agar ilmu falak tidak
pupus dalam kalangan masyarakat. Penonjolan ilmu falak ini menjadi aset utama dalam
mengembalikan kegemilangan ilmu falak seperti suatu ketika dahulu. Dengan ini jelaslah
bahawa isu masyarakat kurang berpengetahuan tentang ilmu falak terutamanya aplikasi ilmu
falak dalam ibadah dapat dibanteras dengan baik.

8
5.0 Kesimpulan

Kesimpulannya , ilmu falak memberi kepentingan yang besar kepada manusia supaya
mereka dapat mengetahui pergerakan, penyebaran dan ciri-ciri objek samawi di langit, dapat
menentukan waktu atau masa berpandukan matahari dan bulan, membantu untuk menentukan
arah mata angin, petunjuk fenomena alam di bumi dan membuat ramalan cuaca setiap hari.
Selain itu, ilmu falak juga menjadi satu kepentingan kepada manusia yang mana ianya dapat
membuat ibadat seseorang itu menjadi lebih baik sekaligus menjadikan aktiviti kehidupan
seharian mereka teratur dan sistematik. Penonjolan ilmu falak menjadi aset utama
mengembalikan kegemilangan ilmu falak. Dengan ini, tamadun Islam akan terus maju sehingga
mampu menghasilkan produk sendiri sekaligus terus menyumbang kepada negara.

RUJUKAN

1. Taufiqurrahman Kurniawan. (2010). Ilmu Falak Tinjauan Matlak Global. Yogyakarta :


MPKSDI.
2. Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari. (1985) Kitab Sabilal Muhtadin. Surabaya :
Bina Ilmu.

3. http://journals.sagepub.com/doi/pdf/10.1177/002182869402500102

4. http://www.islam.gov.my/images/ePenerbitan/jurnal_falak_bil1_2015.pdf
5. http://www.kuim.edu.my/journal/index.php/JILMI/article/view/36/31
6. Muhammad Zambri bin Zainuddin, Ilmu Falak Dalam Kehidupan ( PDF )

Anda mungkin juga menyukai