Anda di halaman 1dari 2

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR KOTA TINGGI

MINIT MESYUARAT TS25 BIL 3 / ( 2021 )

Tarikh : 23 NOVEMBER 2021 (SELASA)

Masa : 2.00 Petang

Tempat/Aplikasi : Bilik Mesyuarat Tun Aminah

Pengerusi : Puan Hayati Bt Hasyim

Kehadiran(Bilangan) : 4 ORANG

Pn Hayati Bt Hasyim

Pn Nazirah Bt Othman

Pn Roslina Bt Zahri

Pn Raimi Qamariah Bt Shafie

Turut Hadir (Jika ada)

AGENDA:
i. Susun atur/hiasan bilik TS25
ii. Penyusunan Fail TS25
iii. Susun Atur Bahan dan paparan informasi TS25
iv. Hal-hal lain

1.Perutusan Pengerusi

Majlis dimulakan dengan membaca surah Al fatihah. Pengerusi mengucapkan


terima kasih atas kehadiran guru-guru AJK TS25. Pengerusi berharap agar semua
dapat tugas tugas TS25 dapat disiapkan dengan baik.

2. Susun atur/hiasan bilik TS25

2.1 Pn hayati mencadangkan agar bilik TS25 dicat terlebih dahulu supaya lebih ceria
dan harmoni. Pn Nazirah juga mencadangkan agar bahagian hadapan di pasang
wallpaper agar bilik tersebut lebih menarik. Wallpaper dengan harga berpatutan boleh
didapati di shopee.Bahagian belakang bilik tidak perlu diubah kerana sudah kemas
menarik. Pn Roslina mencadangkan langsir atau bidai perlu di tukar baharu kerana
yang lama kelihatan usang dan pudar. Pn Raimi berpendapat bidai lebih sesuai
kerana kelihatan lebih kemas. Pn Nazirah mencadangkan agar bidai dibeli di Shopee
untuk mendapatkan harga yang lebih rendah.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

3. Penyusunan Fail TS25


3.1 Pn Roslina mencadangkan pembelian rak buku yang berketinggian dua kaki
setengah untuk menempatkan fail fail TS25. Pn Hayati juga mencadangkan agar
pintu rak tersebut adalah pintu cermin untuk memudahkan pelawat melihat fail2 fail
tersebut. Pn Roslina bersetuju untuk meninjau kedai yang menjual rak dengan harga
yang lebih rendah. Pn Raimi bersetuju untuk menyusun fail tersebut supaya nampak
lebih kemas dan mudah dicapai.

4. Susun Atur Bahan dan paparan informasi TS25


4.1 Pn Hayati mencadangkan pembelian divider atau pembahagian kayu untuk
paparan informasi TS25. Pn hayati berpendapat dengan penggunaan divider tersebut
maklumat TS25 lebih mudah untuk dilihat oleh pelawat kelak. Selain lebih menarik
penggunaan divider tersebut akan lebih menceriakan bilik TS25 nanti. Pn Roslina
bersetuju dengan pembelian divider tersebut kerana SMK Tan Sri Jaafar Albar juga
menggunakan divider atau pembahagian tersebut untuk memaparkan informasi dan
ia kelihatan kemas dan menarik.

5. Hal-hal lain
5.1 Pn Hayati menyatakan masih terdapat fail TS25 yang kosong dan belum ada
bahan di dalamnya. Beliau berharap bahan bahan tesebut dapat dimasukkan dalam
fail kerana kemungkinan pelawat akan datang untuk menyemak fail tersebut. Pn
Raimi bersetuju untuk memberitau AJK yang terlibat untuk mengemaskini fail dengan
kadar segera. Pn Roslina mencadangkan wayering bilik tersebut dibaik pulih kerana
kemungkinan ada kerosakan. Pn nazirah juga menyatakan pendingin udara tidak
berfungsi dengan baik dan perlu dibaiki atau ditukar.
Disediakan oleh, Disemak oleh,

10 Penutup
..................................................... .....................................................
a. Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat / ahli mesyuarat dan
(PUAN NAZIRAH BT OTHMAN) ( )
penetapan tarikh mesyuarat yang berikutnya.
Setiausaha TS25 SMK Bandar Kota Tinggi
b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 Tghari
SMK Bandar Kota Tinggi

Disahkan oleh,

.....................................................
()
SMK Bandar Kota Tinggi

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

Anda mungkin juga menyukai