Anda di halaman 1dari 5

River of Life - HJ Nordin Mat (24/5/22)

Di lahirkan di Kg Tebuk Permatang Raja , Pantai Remis dalam sebuah pondok kecil. Keluarga saya
berhijrah dari Kedah pada 1972 dan baru saja meneroka utk tinggal di kampung ini dalam keadaan yg
1973 sangat miskin sehingga ayah saya di gelar oleh org kampung sampai sekarang dengan nama Mat
Pondok sebab kami mmg tinggal di dalam pondok kecil sehingga beberapa tahun sehinggalah mampu
membina sebuah rumah.
Anak ke empat dari 5 beradik, mempunyai 3 org kakak dan seorang adik lelaki
Tidak banyak pengalaman yg dapat diingati semasa kecil selain kenangan sebagai anak kampung biasa
yg lasak dan bermain serata ceruk kampung
Bersekolah di SK Panchor sejauh hampir 10 km dengan banyak berjalan kaki dan naik basikal bila ayah
1980 -
dah mampu membelikannya. Tidak pernah masuk tadika tapi pandai membaca dari awal lagi sebelum
1985
bersekolah dengan mengikut kakak belajar bersama
Saya memang suka membaca buku, saya baca buku tingkatan 5 walau masih bersekolah rendah
Saya pernah didenda oleh cikgu sbb nakal dengan dihukum oleh Cikgu Disiplin (Arwah Cikgui Zulhelmi)
ialah saya perlu membaca sebuah buku di perpustakaan dan bila dah selesai saya perlu ceritakan
sinopsis buku itu kpd beliau. Hasilnya saya membaca hampir semua buku dalam perpustakaan
tersebut dan menanam sikap kuat membaca sebagai hobi dlm hidup saya.
saya mempunya tempat baca istimewa iaitu sebuah pondok di atas pokok yang dibuat sendiri, byk
habiskan masa atas pokok ini dengan membaca, belajar dan buat kerja sekolah sendirian tetapi satu
hari saya jatuh dan patah tangan kiri yang teruk, lalu ayah saya tebang pokok gajus depan rumah itu
supaya saya tidak lagi dapat memanjat.
Semasa bersekolah rendah saya juga sangat suka ikut ayah saya bekerja. Ikut ayah pergi ke laut
sebelah malam, balik laut terus pergi sekolah, petang pula ikut ayah pergi ke kebun sayur, bendang
padi.
Pelajar yg cemerlang , always no 1 dalam kelas dan keseluruhan di sekolah, sbb rasanya saya mmg
bijak dari kecil dan rakan sekolah pun tak de yg pandai sgt rasanya, wpun saya tidaklah rajin sgt
belajar, hanya suka membaca buku cerita sahaja. Menjadi harapan sekolah untuk mendapat 5A dlm
Penilaian Darjah 5 sebab di sekolah itu mmg tak ada lagi pelajar boleh mencapainya. tapi kecewa
hanya dpt 4A 1B sbb bab English ni mmg tak pandai la sbb bila cuba cakap english kawan kawan selalu
ketawakan hahah
mungkin sbb saya suka membaca, maka saya rajin menulis karangan yg sering mendapat pujian guru
dan cikgu menghantar karangan saya beberapa kali juga ke majalah Dewan Pelajar dan Dewan bahasa
dan telah beberapa kali disiarkan dan mendapat bayaran RM10 yg sgt menggembirakan saya. antara
tulisan yg pernah menang ialah tajuk cita cita saya menjadi nelayan moden dan sampai sekarang
selepas hampir 40 tahun saya masih mengingati bait bait yang saya tulis itu.
Selepas dapat result yg baik , saya di tawarkan bbp sekolah asrama termasuk mrsm tapi saya meilih
1986 utk masuk ke sekolah agama izzudin shah di Ipoh sbb hajat arwah mak nak saya belajar di sekolah
agama
maka pertama kali saya hidup dlm keadaan terasing dari keluarga , namun menyedihkan sgt bila setiap
bulan perlu membayar yuran RM40 ketika itu ayah perlu meminjam wang atau menjual ayam se reban
utk mendapatkan wang tersebut.
Satu hari selepas 3 bulan , ayah dtg sekolah dan membawa surat tawaran dpd Yayasan Sarawak utk
saya belajar di Sarawak dlm program pertukaran pelajar
Ceritanya, semasa darjah 6 saya mengikuti rombongan sekolah ke kuala lumpur, dan bila lawatan ke
Subang airport , saya sgt kagum dan teruja melihat kapal terbang secara dekat utk pertama kali sampai
tak nak balik, cikgu zulhelmi memujuk saya dengan kata tak apa nanti cikgu bawak awak naik kapal
terbang ini, dan dalam dia dia membuat permohonan utk saya ke Yayasan Sarawak dan di terima pula
pun sesi persekolahan telah bermula.
Maka saya terbang ke Sarawak berseorangan dengan 2 orang lagi rakan , halim dari johor dan azmi
1986 -
dari Pahang kami di tempatkan di SMK Muara Tuang iaitu di Kota Samarahan , bhgn ke sembilan tapi
1988
tak la jauh sangat dari Kuching.
kami tinggal di asrama sepanjang tahun tapi di beri tiket pulang setahun sekali pada cuti hujung tahun
Dalam suasana sgt terasing, kami dan 3 org lagi pelajar dari Sabah mmg menghadapai masalah besar
pada awalnya untuk bercampur gaul dengan pelajar Sarawak tapi rasanya selepas 3 bulan proses
asimilasi dan integrasi itu berlaku dengan baik dan selepas kami sudah dapat menguasai bahasa
sarawak dengan baik dan mempunyai ramai kawan
Banyak sangat pegalaman yg menarik dan menjadi kenangan seumur hidup di sini
Saya meneruskan bakat menulis dan membaca dan mengikuti semua pertandingan seeprti pidato,
debat, drama, syarahan agama dan apa saja yg berkaitan dengan bahasa saya akan sertainya
Peperiksaan SRP tahun 1988 , saya mendapat keputusan agak cemerlang 7A 1B dan di pindahkan ke
sekolah di bandar Kuching
SMK Stampin di Bandar Kuching bagi memasuki aliran Sains sebab keputusan SRP yg baik tapi saya
memohon untuk masuk ke kelas aliran sastera juga, selepas seminggu cikgu memujuk saya masuk ke
1988 -
kelas sains tapi cikgu akan bantu saya dalam bidang bahasa dan sastera yg saya minati dan
1990
meneruskan minat dalam menulis cerpen dan puisi dan lain lain dan sering juga karya disiarkan di
media massa

1991 -
Keputusan yang cemerlang dalam SPM membawa saya ke program Asasi Sains di Universiti Malaya
1997
Cita cita nak jadi Doktor perubatan tapi sbb result asasi tak begitu baik, hanya layak masuk fakulti
Sains dalam bidang Geologi sbb banyak kerja lapangan dan tak perlu masuk kelas sgt
sibuk dengan aktiviti projek di kolj dan kampus dan belajar kuliah itu no 2
Banyak buat kerja part time, kilang mc food sbg microbiologist separuh masa, kilang tong drum dll utk
menampung penghidupan
1993 bertemu dengan calon isteri yg masuk sebagai pelajar tahun pertama sastera dan join kelab teater
Sebelum graduate pun dah dapat 5 tawaran bekerja sebab bila dtg interview dan cerita pernah
1997 bersekolah dalam program yayasan sarawak itu pun, kebanyakan penemuduga terus kagum dengan
kisah saya di sana

lepas graduate saja terus kerja sbg geologist membina empangan Gemencheh , tapi lari malam sbb tak
1997
minat suasana kerja dan dapat offer lain
join seri meraga construction - projek tambakan laut tjg tokong penang, berkenalan dgn Dato Nik sbg
1998
boss besar di projek tersebut atas JV syk nya Tidal Marine Engineering
Berkahwin dengan Cikgu Rosliza othman pada 2 May 1998 dan di kurniakan 4 org anak sehingga kini
Projek terbengkalai sbb kemelesetan ekonomi dan kebanyakan staff di buang kerja, mintak kerja
kilang di Penang
Dato Nik tawarkan kerja dengan beliau dalam bidang pembalakan , tapi hari pertama masuk kerja saya
1999
di mintak jaga bidang pembinaan
bertugas sebagai projek manager projek buat longkang, tapi saya mmg tak pandai langsung buat kerja
sbb bukan bidang saya tapi dapat juga siapkan projek tersebut
di pelawa buat syarikat Sumur Dagang Construction dengan adik Dato Nik tadi bernama Nik Syukri dan
2000
di berikan projek bernilai RM2 juta
Kerajinan kerja yg luar biasa juga sebab dlm satu hari saya akan pusing 4 negeri utk jaga projek
pembinaan, lombong pasir dan pembalakan pokok akasia.
Dato Nik menawarkan jawatan pengarah dan saham syarikat Bina Hormat Sdn Bhd dan diberikan
2001
projek pembinaan RM52 juta
menjalankan bbp projek selama 8 tahun dengan nilai projek lebih 200 juta
2004 Mula menternak kambing dengan sepupu di kampung dgn sykt Perfect Farm Sdn Bhd
Menubuhkan Perfect Agro utk meluaskan bidang penternakan dan berjaya revenue lebih RM10 juta
2005
setahun
2008 ditendang keluar oleh rakan kongsi Dato Nik , iaitu Arwah Datuk Razhi Yahaya
naik turun mahkahmah, sprm, bukit aman, lhdn hampir 5 tahun dan menang semua kes
2009 menubuhkan sykt Major Transglobal dalam bidang penternakan kambing dan lembu

2013 Menubuhkan Kelab GTR , Kelab Generasi Transformasi Ruminan Malaysia

2016 Pergi Haji


Sykt MTG mengalami masalah sebab importation dari australi berkurangan, projek penternakan
2017
kambing skala besar di pondok tanjung mengalami halangan
Menubuhkan Sykt Goat2Go Sdn Bhd (G2G) utk agro pelancongan dari zero semula, buat kandang
kambing, restoran, petting zoo dan wedding hall dengan baik
2018 Jual rumah, kereta dan aset yg ada utk survival
2019 semua kompenan G2G di Maeps telah lengkap pada 2019 dan tempahan utk 2020 telah hampir penuh

2020 Pandemic Covid 19 bermula dan PKP pada Mac 2020 selama hampir 2 tahun dan G2G perlu ditutup

2021 Mac 2021 , jual syarikat MTG dan G2G utk langsaikan semua hutang piutang yg sgt banyak
Jan 2021 - mengambil keputusan utk aktifkan GTR secara sepenuh masa dengan 3 projek

Mac 2021 - memulakan projek GTR Burger

bermasalah pada mulanya

Sep-21 Join Program Spire Richworks


Oct-21 Join Program Titan Richworks
Sale meningkat dari 100k sebulan pada Okt 2021 dan mencapai RM1 juta sebulan pada Mac 2022
Sasaran membantu 10,000 usahahawan utk berjaya di jalanan dengan bisnes GTR Burger ini
Sasaran melahirkan Usahawan Jutawan Jalanan dengan GTR Burger
akan ceritakan strategi berniaga untuk menjadi Jutawan Jalanan.

Anda mungkin juga menyukai