Anda di halaman 1dari 6

BOLEH TERANGKAN TENTANG SITUASI MASALAH KESIHATAN MENTAL

REMAJA DI MALAYSIA?
MASALAH KESIHATAN MENTAL di kalangan remaja semakin meningkat sekiranya dibandingkan
dengan tahun 2012 dan 2017.

 TINJAUAN KEBANGSAAN KESIHATAN DAN MORBIDITI @ National Health and


Morbidity Survey
 2017 yg membuat tinjauan kesihatan remaja : Melalui penyaringan DASS-21
 1 daripada 5 remaja Malaysia BERASA MURUNG
 2 daripada 5 remaja Malaysia BERASA BIMBANG
 1 daripada 10 remaja Malaysia BERASA STRESS (mempunyai tekanan)
Peningkatan MASALAH KELAKUAN BUNUH DIRI di kalangan remaja juga membimbangkan
(meliputi idea, rancangan dan/atau cubaan bunuh diri)

Jika dibandingkan dengan tahun 2012 dan 2017:


 IDEA BUNUH DIRI di kalangan remaja Malaysia meningkat dari 7.9 peratus pada tahun
2012 kepada 10 peratus pada tahun 2017.
 RANCANGAN BUNUH DIRI meningkat dari 6.4 peratus kepada 7.3 peratus pada tempoh
yang sama,
 sementara PERCUBAAN BUNUH DIRI meningkat dari 6.8 peratus menjadi 6.9 peratus.

Baru-baru ini 1 Julai 2021, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan kenyataan media
yg melaporkan KEJADIAN BUNUH DIRI DAN STATISTIC TERKINI

 Pada Tahun 2021 (Januari - Mei – dalam masa kurang dari setengah tahun ) jumlah
kes : 468
 Kes bunuh diri dilaporkan pada Tahun 2020 ialah 631 dan
 Manakala tahun 2019 pula ialah 609 orang.
 Secara purata 2 kes bunuh diri setiap hari dari tahun 2019 sehingga Mei 2021
 Apa yg menyedihkan, Lebih dari separuh dari jumlah kes bunuh diri yang berlaku
dalam tempoh masa pandemic covid-19 ini adalah dari golongan berumur antara
15-18 tahun (872 kes)
 dan diikuti pula dengan yang berusia antara 19-40 tahun (668 kes).

Tingkahlaku bunuh diri (suicidal behaviour) ini biasanya berkait rapat dengan penyakit
kemurungan ataupun depression.

APA PERBEZAAN DENGAN KESEDIHAN BIASA DENGAN DEPRESSION / KEMURUNGAN?

 KESEDIHAN adalah reaksi normal terhadap kehilangan, kegagalan, masalah, atau


apa-apa peristiwa kehidupan negatif yang lain.
 Contohnya,
Bagi golongan kanak-kanak & remaja, situasi yg menyedihkan adalah seperti:
o Kegagalan peperiksaan, masalah dalam keluarga, masalah kawan,

Bagi golongan dewasa pula,


o isu rumahtangga, masalah kewangan, kehilangan pekerjaan atau pendapatan, dan
kehilangan orang yang disayangi biasanya membuatkan seseorang itu sedih.

 Bagi kesedihan biasa, perasaan sedih ini akan hilang dengan cepat dan seseorang itu
boleh menjalani kehidupan seharian seperti biasa.

 KEMURUNGAN menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan.


Biasanya, lebih lama dari 2 minggu. Ia merupakan keadaan serius yang menjadikan
seseorang itu susah untuk menguruskan kehidupan harian seperti bersosial, belajar
dan bekerja.

APAKAH TANDA-TANDA/ SIMPTOM KEMURUNGAN?


Kemurungan bukan sahaja mempunyai tanda emosi, tetapi juga dari segi perubahan tanda
fizikal dan pemikiran.

Dari segi emosi,


 Sedih yg berpanjangan, kebanyakan masa. Seringkali menangis.
 Hilang minat untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang disukai sebelum ini. Hilang
minat untuk bergaul dan suka bersendirian
 Ada juga yg cepat marah, emosi senang menjadi sensitif
Dari segi fizikal,
 Perubahan tidur, samada susah tidur atau tidur berlebihan, tetapi masih rasa penat
 Perubahan selera makan, samada kurang makan atau makan berlebihan
 Kurang tenaga atau senang menjadi penat dari biasa
 Mungkin juga terdapat rungutan sakit yg tidak spesifik (contohnya, sakit belakang
dan sakit kepala)
Dan seterusnya, segi pemikiran atau kognitif,
 Tidak dapat focus
 Rasa bersalah (excessive guilt)
 Rasa diri tidak berguna
 Rasa tiada masa depan
 Fikiran ingin mati atau bunuh diri
BAGAIMANA KITA BOLEH MENGENALPASTI SEKIRANYA SESEORANG MENGALAMI KEMURUNGAN/
MASALAH KESIHATAN MENTAL YANG PERLUKAN RAWATAN?

Sekiranya seseorang itu, samada orang dewasa, remaja atau kanak-kanak


Disyaki mempunyai masalah kesihatan mental sekiranya dia menunjukkan samada:
1. Perubahan emosi,
2. Tanda-tanda fizikal,
3. Perubahan pemikiran,
4. Perubahan tingkah laku atau pergaulan
o Dan Simptom-simptom tersebut mengganggu kehidupan harian

 Contoh 1Perubahan emosi,


 Reaksi atau perasaan yang kelihatan lebih besar daripada keadaan.
 Mudah sedih, bimbang, takut, atau marah
 Selalu menangis atau beremosi

 Contoh 2 Tanda-tanda fizikal:


 Masalah tidur atau makan.
 Semakin kurus, bertambah berat badan mendadak,
 Nampak penat selalu.
 Kerap sakit kepala, sakit perut, sakit leher, atau sakit umum
 Contoh: 3 Perubahan pemikiran:
 Masalah menumpukan perhatian – kemerosotan pembelajaran / pekerjaan
 Pemikiran negatif yang kerap.
 Mengatakan perkara negatif mengenai diri mereka atau menyalahkan diri
sendiri atas perkara yang di luar kawalannya.
 Fikiran bunuh diri
 Memberitahu bahawa dia mendengar suara bisikan, ternampak bayang-bayang
yang tidak dapat didengar atau dilihat orang lain

 Contoh: 4 Perubahan tingkah laku atau pergaulan


 Mahu bersendirian selalu.
 Hilang minat atau menarik diri dari sukan, permainan atau aktiviti lain yang
biasanya mereka nikmati.
 Menghabiskan banyak masa melamun.
 Kembali kepada tingkah laku yang kurang matang (regression).
 Masalah bergaul dengan rakan atau keluarga
 Bercakap sendiri tanpa sebab
 Mencederakan diri
DI MANAKAH SESEORANG ITU BOLEH DAPATKAN RAWATAN?
Klinik Kesihatan terdekat
Mentari Kota Kinabalu
Klinik Psikiatrik, Hospital Mesra Bukit Padang
Klinik Psikiatrik, Hospital Queen Elizabeth
Klinik atau hospital swasta

RAWATAN
Kemurungan boleh dirawat.
Perlu berjumpa doctor untuk rawatan professional.
Jika rawatan dimulakan lebih awal, keberkesanannya akan menjadi lebih baik.
Rawatan termasuklah rawatan bukan ubatan dan ubatan:

 Kaunselling & Terapi perbincangan (juga dipanggil psikoterapi)


 Teknik menangani stress yang sihat (Good coping skills)
 Teknik Relaksasi
 Amalkan gaya hidup sihat : seperti senaman, tidur secukupnya, pemakanan yang
seimbang dan perhubungan sosial yang sihat.
 Elakkan penyalahgunaan dadah atau pengambilan alcohol yg berlebihan

Ubat-ubatan: antidepressant untuk kes sederhana ke teruk.

DI MANA SESEORANG BOLEH MENDAPAT SUMBER UNTUK SOKONGAN


KESIHATAN MENTAL DI SABAH & MALAYSIA?
Kerajaan
Khidmat kaunseling di sekolah atau agensi kerajaan
Mental health and psychosocial support (MHPSS) QEH
Talian sokongan psikososial CoVID-19

Bagi agensi bukan kerajaan/ NGO


BEFRIENDER KK
Sabah Women's Action Resource Group (SAWO)
MERCY Malaysia
Talian Kasih
BAGAIMANA KITA MEMAINKAN PERANAN DALAM MEMBANTU
SESEORANG YANG MEMPUNYAI MASALAH KEMURUNGAN?
 Meningkatkan kesedaran tentang penyakit kemurungan
 Kurangkan stigma atau tanggapan buruk berkaitan penyakit kesihatan mental,
kemurungan.
• Mendidik diri dan orang lain tanda-tanda penyakit kemurungan
 Mengambil serious untuk seseorang yg mempunyai masalah kemurungan ini
• Memberi sokongan dengan cara, cuba mendengar tanpa menkritik /menghakimi dan
memahami masalah mereka.
 Prihatin dengan mereka yang mengalami penyakit kemurungan dan berisiko
untuk bunuh diri
 Membawa mereka mendapatkan rawatan daripada doctor yang berprofessional

APA YANG SAYA BOLEH BUAT JIKA SESEORANG YANG SAYA KENALI
MENUNJUKKAN KELAKUAN BUNUH DIRI?

Anda boleh
1. Tanya – dengar dengan prihatin
2. Respond – berikan sokongan, non judgmental (jgn kritik/ hakimi dia secara
agama/pegangan individu masing-masing – tidak membantu waktu crisis) dan
temankan dia supaya tidak berseorangan
3. Rujuk – rujuk ke tempat sewajarnya mana-mana klinik kesihatan atau hospital
berdekatan.

Ryna.I.B

Anda mungkin juga menyukai