Anda di halaman 1dari 12

Unit 5 : Serlahkan

Potensi Diri
Kerajinan, Kejujuran, Harga Diri,
Hemah Tinggi, Kesederhanaan,
Bertanggungjawab
Definisi “Potensi”
• Setiap orang termasuk anda mempunyai potensi diri. Potensi
diri bermaksud bakat, kebolehan atau kekuatan yang ada pada
seseorang. Namun masih terdapat individu yang belum
menyedari akan potensi yang ada pada mereka. Apabila anda
sudah mengenali potensi diri anda, mudah untuk anda
mencapai kejayaan dalam bidang yang anda ceburi.
Cara mengenali potensi diri

Kenal pasti Fikirkan cara Hargai


kekuatan dan untuk membaiki keistimewaan
kelemahan diri kelemahan diri diri
Apakah potensi
yang ada pada
saya?

Petah
Kreatif Suku melukis
berbicara
Kreatif

Saya mempunyai banyak idea. Saya melihat sesuatu dari


pelbagai sudut. Saya berani mengambil risiko untuk
menghasilkan sesuatu yang baharu.
Petah berbicara

Saya suka bercakap tentang pelbagai perkara yang boleh


menambahkan ilmu pengetahuan saya. Saya petah
berkata-kata.
Suka melukis

Saya mempunyai bakat dalam seni lukis. Saya boleh


melukis dengan cantiknya. Saya sanggup menghabiskan
masa yang lama untuk menghasilkan sesuatu lukisan
Cara Saya Mengembangkan Potensi
Kreatif
• Mencari idea baharu daripada pelbagai sumber seperti bahan bacaan dan
Internet.
• Menyertai pertandingan reka cipta dan inovasi.

Petah berbicara
• Menonton cara orang lain berpidato dan berbahas.
• Meningkatkan pengetahuan dengan membaca pelbagai jenis bahan bacaan.

Suka melukis
• Mengikuti kelas seni lukis.
• Menyambung pelajaran dalam bidang seni lukis
Apakah
kelemahan diri
saya?

Lemah dalam
Bahasa Inggeris
Pemalu dan Bahasa
Melayu

Saya malu bercakap di Saya tidak pandai dan tidak


hadapan orang ramai. Saya mempunyai keyakinan untuk
bimbang orang akan bertutur dalam Bahasa
mentertawakan saya. Inggeris dan Bahasa Melayu.
Cara Saya Membaiki Kelemahan Diri
Pemalu
• Saya perlu lebih kerap bergaul dengan orang lain.
• Saya perlu berlatih di hadapan cermin untuk meningkatkan keyakinan diri.
Lemah dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu
• Saya perlu berani untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.
• Saya akan bertutur dengan guru dan rakan supaya mereka boleh membantu
saya membetulkan kesalahan dan menambah kosa kata.
Setelah mengenal pasti
kekuatan dan berjaya
mengatasi kelemahan
diri, anda boleh
menentukan kerjaya
yang ingin diceburi
pada masa hadapan.
Tahukah anda kerjaya
yang bersesuaian
dengan potensi yang
dimiliki?
Ketika mengharungi kehidupan untuk mencapai
kejayaan, kita pasti akan menghadapi pelbagai
dugaan dan halangan. Kita jangan mudah berputus
asa. Kita juga hendaklah sentiasa membaiki segala
kelemahan yang ada. Serlahkan potensi yang dimiliki
untuk terus mencapai kejayaan yang lebih gemilang.

Anda mungkin juga menyukai