Anda di halaman 1dari 7

Tips menjadi pengucap profesional Date: Mon, 23 Nov 2009 04:12:00 +0000 Berucap di khalayak ramai memerlukan kemahiran

supaya penyampaian mesej dapat dilakukan dengan menarik dan berkesan. Anda berupaya melakukanya jika anda mengikuti tips yang diamalkan oleh perucap profesional.

1. Ketahui topik yang ingin anda sampaikan. Bidang yang perlu anda sampaikan adalahlebih baik jika ianya anda mahir , minat dan anda cuma lakukan rujukan yang sesuai supaya anda menjadi lebih informatif.Persediaan bahan adalah penting mengikut struktur yang mudah untuk dipersembahkan nanti. Dan buat latihan dan latihan untuk mantapkan penyampaian.Pastikan anda sebut buku, artikel atau nama rujukan anda sebagai autoriti bahan anda. 2. Anda perlu mengetahui dan mengenali khalayak anda dari aspek demografi seperti umur, kawasan tempat tinggal, status, taraf pendidikan atau pekerjaan. Ini hanyalah sebagai panduan untuk selaraskan isi , bahasa dan pemikiran yang sesuai dengan kategori mereka. Raikan khalayak anda dengan pujian. 3. Ketahui dan kenali tempat yang anda akan sampaikan ucapan. Anda boleh pergi dahulu atau datang awal untuk anda melihat keadaan sekeliling, peralatan seperti Pa system dan sebagainya untuk anda rasakan 'kemesraan ' tempat tersebut. JIka anda rasa terbiasa maka anda akan hilang rasa kekok bila berada di situ semasa berucap. 4. Kawalan diri . Rasa gemuruh anda hendaklah dimanfaatkan kerana perasaan ini dapat membantu anda mencapai persembahan yang mantap/Jadikan perasaan ini sebagai kawan dan bukannya lawan anda. Apa yang penting anda perlu melakukan kaedah pernafasan yang betul. Tumpuan terhadap isi yang ingin disampaikan akan membolehkan anda mengawal perasaan gemuruh tersebut. Bercakaplah dengan khalayak seperti anda bercakap dengan rakan baik anda iaitu adanya rasa kemesraan. 5. Bermulalah dengan senyuman semasa anda membuat persembahan. Jalinkan hubungan dengan khalayak. Tarik perhatian mereka dengan permulaan yang menarik misalnya cerita , pertanyaan dan maklumat terkini. Nyatakan objektif dengan jelas supaya khalayak tahu apa manfaat yang mereka akan dapat dalam ucapan anda. 6.Hubungan mata anda dengan khalayak hendaklah dilakukan dengan baik yang dapat menunjukkan anda sedang bercakap dengan mereka. Lakukan pandangan anda pada segenap sudut supaya khalayak tidak rasa ketinggalan. 7. Pakaian yang sesuai mengikut majlis anda. Jagalah kekemasan rupa paras anda seperti rambut, misai, janggut nampak kemasa dan bersih . Jangan sesekali berpakai pakaian yang menjolok mata.Berpakaian rapi dan tidak selekeh. 8. Untuk mempamerkan gerakan postur badan yang baik anda hendaklah terlebih dahulu membuat visualisasi sebelu ucapan. Gambarkan keadaan anda yang menarik dari segi penyampaian dan gerakan anggota badan juga dari aspek pertuturan dan emosi anda. lakukan berulang kali sehinggakan anda merasakan seolah-olah khallayak amat menyukai anda di pentas. Anda sebenarnya telah menghantarkan mesej ini pada minda bawah sedar anda . Dan

segala bayangan minda anda akan ditonjolkan secara spontan apabila anda membuat ucapan sebenar. Elakkan seluk poket, mengaru-garu anggota badan, berdiri bongkok, memeluk tubuh , bercakap menundukkan kepala.. Berdirilah dengan rasa keyakinan.Emosi yang stabil dan yakin akan menonjolkan gerakan bahasa badan yang baik.Jika emosi tidak keruan bahasa badan anda akan mempamerkan sesuatu yang tidak sedap dipandang mata dan ada rasa ketidakselesaan pada pandangan khalayak. 9.Cari bahan-bahan lawak untuk anda selitkan dalam ucapan anda. Cerita-cerita yang menarik juga boleh diselitkan dalam ucapan anda bagi menghidupkan suasana. 10. Pelbagaikan nada suara anda dari segi tempo ,kelajuan mengikut seperti isi ucapan. ucapkan dengan jelas sebutan setiap perkataan mengikut bunyi vokal dan kosonananya. masukkan emosi di dalam nada suara anda. Gunakan bahasa sastera di mana yang perlu. Jadikan ucapan anda dramatik seperti pelakon terkenal. 11.Libatkan khalayak di dalam ucapan anda seperti minta pendapat, pertanyaan dan sebagai contoh yang baik sahaja. 12.Jauhi perkataan seperti aahh,,, apa ni ,, emmmh... dan diganti dengan senyapkan suara dan bahaa badan seolah anda sedang berfikir. 13. Jangan sesekali minta maaf semasa sedang berucap kerana akan merendahkan rasa hormat khalayak pada anda. Ucapan maaf adalah diakhir ucapan. 14. Faktor 'Wow" hebatnya penceramah ini adalah rasa kekaguman khalayak anda kerana anda telah dapat memikat pendengar anda . Mereka telah dapat inspirasi, terhibur, semakin bermotivasi rasa seronok serta ada sesuatu yang dapat mereka jadikan panduan untuk kebaikan mereka. 15. Tinggalkan sesuatu pada khalayak seperti rasa ingin tahu , pertanyaan dan menyebabkan mereka berfikir atas ucapan anda menjadikan anda seorang perucap yang hebat dan diingati.

Pengucapan awam

Aktifkan karisma dalam diri anda Date: Fri, 09 Oct 2009 10:51:00 +0000 Karisma bermaksud daya tarikan yang dimiliki oleh seseorang dan dia boleh mempengaruhi orang lain dengan keistimewaan tersebut. Setiap orang adalah unik dan mempunyai kekuatan tarikan tersendiri. Memiliki karisma membolehkan anda untuk mencipta kehidupan yang lebih baik.Artikel kali ini adalah menyentuh cara kita meningkatkan karisma diri. Karisma menjadikan diri seseorang itu popular, disenangi dan dikagumi serta dihormati.Adakah anda seorang y6ang berkarisma?

Cara-cara mudah dan segera untuk tingkatkan karisma diri:1) Wajah yang disenangi. Mulai sekarang anda perlu menjadi seorang yang mudah

tersenyum. Senyum itu sedekah. Senyuman yang ikhlas adalah terpancar dari dalam diri yang bersih, jujur dan merasakan senang dengan kehadiran sesiapa sahaja tanpa syarat. Percayalah dengan melemparkan senyuman semasa bertemu seseorang, bercakap dengan wajah yang manis akan menambat hati sesiapa yang melihat. Saya amat terpegun melihat gelagat seorang kerani bank yang bercakap dengan wajah yang tersenyum dengan pelanggannya. Saya lihat pelanggan tersebut berasa gembira mendapat khidmat dari pekrja tersebut.Senyuman telah meningkatkan karisma seseorang dengan begitu hebat. JIka anda sukar untuk tersenyum , anda perlulah berlatih di hadapan cermin dan cuba ukirkan senyuman tersebut. Senyuman lamabang kegembiraan, keramahan dan kemesraan 2) Pelihara adab sopan pada perkataan dan perbuatan Orang yang berkarisma adalah mereka yang bertutur kata dengan sopan dan tingkahlaku yang beradab. Akhlak yang baik ini akan disenangi oleh sesiapa sahaja. Setiap orang akan tertarik kepada mereka yang bersopan. Jadi anda perlu berakhlak mulia supaya karisma anda meningkat 3) Hormati orang lain Anda adalah seorang yang penting dan orang lain juga penting. Jika ini yang anda amalkan maka semua orang akan tertarik kepada anda. Ini adalah kerana sesiapa sahaja yang berada di samping anda akan rasa dihargai. Mereka ingin selalu berada dengan anda. 4) JAdi pendengar yang baik Setiap orang amat gemar bercerita tentang hal mereka. Karisma anda akan dapat ditingkatkan jika anda menjadi seorang pendengar yang baik. Berikan orang lain peluang bercakap dan menyuarakan pendapat mereka . anda boleh memggalakkan mereka bercakap dengan memberikan sedikit dorongan minima iaitu seperti mengiakan dan menganggukkan kepala. Sesiapa sahaja akan suka pada anda kerana anda telah menjadikan mereka dapat meluahkan apa yang mereka ingin perkatakan 5) Tunjukkan minat anda pada apa yang mereka minat. Komunikasi akan menjadi lancar jika seseorang yang kita bertemu ditanya tentang kegemaran mereka atau menceritakan kejayaan mereka. Apabila anda menunjukkan minat anda pada mereka ianya sebagai menghantar isyarat bahawa anda adalah sealiran dengan mereka.Anda akan dilayan dengan baik dan dihormati. 6) Pujian - Jangan lokek menghadiahkan pujian jika anda melihat sesuatu yang menyenangkan pada orang lain. Pujian ikhlas akan dapat meningkatkan karisma anda kerana anda dianggap sebagai orag yang perihatin dan suka mengambil berat 7) Bersifat penyayang Seseorang yang penyayang amat disukai semua orang. Anda hendaklah sentiasa mengucapkan saya sayang pada semua orang dan semua orang sayang pada saya walau di mana sahaja saya berada. Sulai orang lain nescaya orang lain akan menyukai anda dan menyayangi anda

8) Jujur ,amanah dan bertanggung jawab Sifat ini memang akan meningkatkan kredibiliti anda. Anda akan dikagumi kerana skap ini adalah sikap yang disenangi semua orang 9) Personaliti yang anggun JIka dalaman anda telah baik maka hiasan luar juga amat penting . Pakaian yang sesuai mengikut suasana, tempat dan majlis akan memperlihatkan karisma anda 10) Tingkatkan kemahiran berkomunikasi. Berlatih bertutur dengan intonasi yang menyenangkan dan mudah difahami oleh orang lain. Bercakap dengan pen keyakinan akan uh dapat meningkatkan karisma anda 11) Berdoalah supaya Allah memperelokkan tingkah laku anda. 12) Karisma yang paling hebat ialah anda menjadi insan yang bertaqwa. Inilah puncak segala karisma diri yang telah ditunjukkan contoh dan tauladan oleh Nabi junjugan kita Muhammad s.a.w Selamat meningkatkan karisma anda!

SELF CONFIDENCE

Tip dan rahsia kecantikan (Tambah kecantikan anda dengan meningkatka n imej diri) Date: Mon, 28 Sep 2009 10:48:00 +0000 Diciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian. Anda sebenarnya cantik. Tambahkan kecantikan anda dengan meningkatkan imej diri. saya akan berkongsi teknik-teknik bagi menambahkan kecantikan yang sedia ada pada diri anda. Caranya adalah mudah dan memberikan kesan yang amat luarbiasa.

1) Kecantikan kulit dan rupa paras. Kecantikan kulit dan paras muka akan terserlah jika ianya dipancarkan dari kecantikan dalaman. Kecantikan dalaman adalah rasa ketenangan yang dimiliki oleh seseorang.Kegelisahan menyebabkan kesan yang muram pada wajah anda. Wajah yang mencerut dan seperti mencuka menjadikan diri anda tidak elok. Wajah dan tenang dan santai amat senang dipandang orang untuk ditatapi.Orang yang selalu gelisah dan berdulacita akan menyebabkan masalah pada kulit iaitu mudah berkedut dan mudah mendapat penyakit kulit seperti panau,kurap dan alahan pada kulit. Hanya dengan memperbanyakkan mengingati Allah hati akan jadi tenang tenteram.Inilah wajah ahli syurga yang bersinar-sinar akan terpancar di wajah anda .Ketaatan pada Allah dengan melakukan suruhannya dan meninggalkan laranganya akan memancarkan sinar pada wajah anda dengan begitu bersinar. Ianya dapat menambahkan rupa paras kecantikan anda. a) Sentiasa kekal gembira kerana rasa bersyukur atas nikmat yang

dikurniakan. Keredhaan anda menjadikan anda begitu gembira kerana kesediaan menerima apa yang telah ditetapkan pada anda. Untuk anda gembira maka anda juga hendaklah sentiasa mengembirakan orang lain. Wajah orang gembira sungguh menwan dan dikagumi. LIhatlah bagaimana penghibur perlu menunjukkan wajah gembira untuk membuat anda gembira. b)Berfikiran positif akan menguatkan pendirian anda dan membolehkan anda mengawal perasaan anda dari gelisah dan dukacita. Orang yang optimis memiliki wajah yang gemilang dan cantik. Darah semangatnya mengalir lalu memancarkan pada wajah mereka.Stabilkan emosi anda .Jauhi dari sikap busuk hati, dengki, sombong. Miliki sifat mahmudah untuk mencantikkan dalaman diri anda. Orang yang hati baik memang dipandang cantik pada wajahya. Bagi kebersihan luaran pula ialah sentiasa menjaga kebersihan diri tubuh badan ,mulut,gigi, rambut. Kecantikan juga terletak pada bauan . Jika badan dan pakaian bersih , tambah pula dengan haruman dan wangian maka akan melengkapkan kecantikan anda. Berwangianlah terutama berada di rumah kerana kecantikan ahli syurga adalah kerana mereka sentiasa bersalut sentiasa dengan haruman syurga. c) Kawal perasaan marah. Orang yang selalu marah akan menyebabkan kehodohan pada wajahnya. Ianya juga akan merosakkan sistem badan seperti jantung dan hati. d) Selalu tersenyum dan bercakap dengan iringan senyuman akan menyerlahkan kecantikan anda. Kita akan sering tertarik pada seseorang yang bercakap dengan wajah yang tersenyum. Ini menunjukkan mereka suka dengan kita. Senyuman akan mncantikkan wajah seseorang 100 kali ganda. e) Jaga kesihatan anda. Dengan pemakanan yang betul dan tabiat bersenam akan menyegarkan tubuh badan anda. Kesegaran akan sentiasa menyerlahkan kecantikan anda. Jika anda sering sakit iany6a akan memberikan kesan pada penampilan diri anda F) Banyakkan makan buah-buah, sayuran dan air meneral juga air beralkali. Kia terdiri daripada 70% air. Badan kita selalu kehilangan air yang akan menjejaskan kesegaran sel dan kulit. Minum air 8 gelas atau lebih untuk mengekalkan kesegaran anda. Kurangkan minuman dan makanan yang masam kerana ianya akan menyebabkan anda cepat tua.Kekalkan keremajaan anda dengan bahan-bahan yang beralkali seperti sayuran hijau dan buahbuahan.Vitamin untuk kecantikan adalah seperti E , D ,C dan B g)Kekalkan tubuh badan ikut kesesuaian ketinggiann anda Gunakan sistem BMI iaitu ukuran yang telah ditetapkan oleh sumber kesihatan iaitu berat unggul yang sesuai. Berat unggul akan menambahkan kecantikan fizikal anda h)Memakai pakaian yang sesuai iaitu tidak terlalu ketat dan terlalu longgar. i)Jaga adab diri. Bercakap dengan tutur kata yang lemah lembut dan tidak bercakap kuat dan kasar dan berperangai sopan akan menyerlahkan kecantikan personaliti anda. Orang yang berakhlak mulia memang cantik dipandang. Inilah yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w. Beliau adalah orang yag cantik kerana akhlaknya amat mulia. Diri anda akan dipandang cantik jika anda seoarang yang berakhlak mulia j) Postur yang betul sewaktu berdiri hendaklah sentiasa tegak,anggun. dan berjalanlah dengan

gaya yang sopan. Begitu juga cara anda menampilkan mimik muka, pergerakan tangan dan badan yang menarik.

SELF CONFIDENCE

Cara mudah untuk atasi dan mengawal rasa takut. Date: Sat, 26 Sep 2009 09:55:00 +0000 Takut menurut istilah kamus dewan ialah:1. gentar (gerun, ngeri) menghadapi sesuatu yg dianggap boleh membahayakan diri: 2. berasa segan dan hormat, takwa: hendaklah kita ~ akan Allah; 3. berasa bimbang (ragu-ragu, khuatir), gelisah: 4. tidak sanggup (menghadapi bahaya, menanggung derita, dll), tidak berani, kecut: Takut adalah berpunca dari respon semulajadi di dalam sistem biologi kita sebagai persediaan tubuh badan untuk mempertahankan diri secara untuk berlawan (fight) atau cabut lari (flight). Ianya adalah petanda (signal)amaran untuk kita bertindakbalas bagi melakukan tindakan yang sewajarnya. Apa yang ingin dibincangkan dalam artikel kali ini adalah berkenaan rasa takut yang menjadi batu penghalang kepada perubahan dan kejayaan diri dan cara-cara berkesan untuk mengawal rasa takut.

Perasaan takut telah menyebabkan ramai orang terpaksa menangguhkan dan memendamkan keiginan dan impian mereka. Walau pun mempunyai keinginan cita-cita yang tinggi mereka lenih rela tidak brtindak kerana dibelenggu oleh persepsi lingkungan rasa takut tidak berjaya. Dari awal lagi mereka telah menetapkan pada diri bahawa mereka memang benar-benar tidak mampu melakukan. Mereka hanya berupaya untuk mengeluh nasib mereka yang tidak sebaik orang lain . Padahal mereka belum menguji keupayaan sebenar yang ada dalam diri mereka. Rasa takut telah menyekat potensi diri. Teknik mudah atasi rasa takut. 1) Bersedia dan lakukkan apa yang kita takuti. Lama kelamaan dengan belajar dari kesilapan dan kegagalan juga dari mereka yang telah berjaya akan menjadikan anda seorang

yang berani untuk melakukan perkara yang anda takuti. I jump, you jump. Prinsip ini ialah kalau orang lain boleh buat ,saya juga pasti boleh lakukan. 2) Peniruan. Apa sahaja yang anda ingin lakukan tetapi anda takut untuk lakukan maka anda perlu cari role model untuk anda tiru tindakan mereka. Dengan mengunakan kaedah duplikasi maka rasa takut anda akan berkurangan apabila anda ada panduan yang betul untuk melakukan perkara yang anda takuti. 3) Menyedari setiap sesuatu perkerjaan dan perkara berlaku secara proses atau berperingkatperingkat. Jadi jangan terlalu memikirkan tentang kesempurnaan. Anda perlu bersedia untuk menerima kekurangan diri dan kegagalan sebagai jalan menuju kecekapan seperti orang lain kerana mereka yang anda anggap bagus sebenarnya bermula dari kekurangan. Dengan rasa penerimaan ini akan dapat menghilangkan rasa takut. Bila berlaku kekurangan katakan pada diri anda :saya maafkan anda , saya terima anda dan saya sayang anda. 4) Rendamkan diri anda dengan tenaga positif iaitu dari alam kanak-kanak, alam semulajadi dan alam binatang. Ingat . Semasa anda masih kanak-kanak lagi anda telah berjaya menakluk rasa takut dengan hanya menumpukan matlamat anda iaitu untuk berjalan seperti orang lain. Adakah anda rasa takut? Tidak sama sekali. Anda begitu berani cuba dan terus mencuba sehinggga berjaya. Lakukan tindakan anda seperti sifat kanak-kanak yang hanya mencintai keseronokan dan kepuasan sehingga menenggelamkan rasa takut dalam diri. Dengan memerhatikan tingkah laku kanak-kanak ,anda akan lebih dapat memahami tenaga tersebut. Mereka bebas bergaul dengan sesiapa sahaja tanpa rasa prejudis. Lihat pergerakkan alam bulan, bintang ,pokok air terjun dan sebagainya akan memberikan anda ilham untuk jadi lebih berani. Begitu juga dengan perhatikan tingkah laku haiwan Sesungguhnya rasa cinta itu dapat menakluki rasa takut. Tip ini hanyalah beberapa panduan yang dapat dikongsikan. Ada banyak lagi tip yang berkesan akan dikongsikan untuk dipraktikkan.

Anda mungkin juga menyukai