Anda di halaman 1dari 20

Ekspresi Budaya kesenian tradisi Melayu dan Islam melalui

karya Mastura Abdul Rahman, Ruzaika Omar Basareee dan


Haron Mokhtar

Ahmad Hakim Abdullah, Yuhanis Ibrahim, Iqbal Badaruddin,

Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan , Universiti Malaysia Kelantan

Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan

Pusat Kebudayaan, Pengajian Siswazah, Universiti Malaya

hakimabdullah08@gmail.com, m_iqbal850@yahoo.com,

Abstrak: kajian ini akan menyiasat berkenaan nilai islam dan juga budaya melayu dalam
seni catan pelukis abad ke 20. Mastura Abdul Rahman dan Ruzaika Omar Basaree telah
membincangkan tentang karya seni catan mereka . Dalam karya seni catan Ruzaika Omar
Basaree bertajuk “Dungun Series” dan juga Mastura Abdul Rahman “ House of Harmony”
ini menitiberatkan beberapa elemen mengikut tema dari manifestasi Dasar Kebudayaan
Kebangsaan 1971 yang menetapkan tema asas keislaman dan identity tempatan menjadi idea
dan tema bagi karya seni catan pelukis tempatan. kaedah kajian penulisan ini telah
menggunakan kaedah kualitatif iaitu temubual dan pemerhatian karya mereka di dalam
kalatog pelukis. Kajian ini juga lebih memfokuskan aspek simbol kemelayuan dan juga
keislaman. Melalui identiti tersebut kajian ini akan memartabatkan seni catan di Malaysia
dengan mengekalkan budaya tempatan sebagai rujukan untuk menghasilkan karya berkaitan
dengan budaya tradisi dan akhir abad ke 20 ini.

Kata Kunci: Ekspresi tradisi Melayu, Ekspresi Islam, Mastura Abdul Rahman, Ruzaika Omar
Basaree, Catan
Pengenalan

Simbol kebudayaan Melayu-Islam adalah merupakan simbol yang diluahkan dalam


keseniaan dan kebudayaan ini termasuklah dalam aspek lukis seni catan pelukis tempatan.
Selain itu, simbol budaya melayu juga banyak dijumpai di dalam kraftangan tempatan (Liza
Marziana, 2013). Dalam erti kata lain juga, simbol budaya Melayu-Islam yang dijelmakan
oleh seniman tempatan ke atas seni catan. Seni catan adalah sebahagian dari segi fungsi
untuk penyampai mesej dan maksudnya yang tersurat dan juga tersirat.

Menurut penulisan (Anwar Din,2008) juga menerangkan tentang budaya itu sendiri
boleh disimpulkan daripada bahawa budaya itu didefinisikan sebagai kepercayaan,
adat,norma dan juga kesenian dalam sesuatu masyarakat itu. Ini jelas menunjukkan bahawa
masyarakat Melayu –Islam mempunyai adat dan budaya dalam kehidupan seharian ini juga
akan mengangkat dan meninggikan budaya melayu Islam dari segi pergaulan dan juga norma
yang diamalkan dalam kehidupan seharian contohnya hormat-menghormati, bertolak-ansur,
beramah mesra, tetapi masih dalam batas dan syariat Islam sebagainya. Hal ini kerana
manusia memerlukan bantuan dan juga berhubungan komunikasi yang telus dan jujur untuk
mencapai kehidupan yang lebih harmoni didalam khususnya masyarakat Melayu-Islam.

Budaya Melayu Islam dalam masyarakat Melayu ini perlu dipupuk sejak kecil
kerana ianya akan melibatkan seseorang itu mempraktikkan dahulu sebelum ianya akan
kekal sebagai adat dalam masyarakat. Bukan itu sahaja, mengikut (Rasid Ismail,2014) yang
mengatakan pernyataan budaya dalam masyarakat Melayu-Islam ini merangkumi kesenian
untuk memenuhi masa atau sumber pendapatan. Sebagai contoh seni kraftangan merupakan
proses menghasilkan seni dalam masa yang lapang tetapi ianya juga di praktikkan juga
sebagai sumber untuk menjana pendapatan seharian oleh pembuat kraftangan tersebut. Kesan
dan pendedahan penghasilan seni kraftangan ini akan memartabatkan budaya Melayu-Islam
bahawa ianya mempunyai banyak warisan Kesenian yang mesti dipelihara bukan sahaja dari
segi pengisian masa lapang tetapi juga seni kraftangan disimbolkan daripada aktiviti
meluahkan pengertiaan simbol budaya Melayu-islam yang mempunyai makna dan fungsinya
yang tersendiri kepada masyarakat dan negara di Malaysia.
Sorotan Kajian

Kongres Kebudayaan Kebangsaan

Menurut (DZulhaimi,2006) Dasar kebudayaan Kebangsaan telah memberikan manifestasi


dalam menghasilkan karya seni yang berteraskan kepada kebudayaan Negara mestilah
merujuk di mana kebudayaan asli dan masyarakat itu di negara ini. Islam juga memainkan
elemen yang penting di dalam menerapkan elemen kebudayaan kebangsaan. Ini juga akan
memberikan kesan kepada bidang seni di kalangan pelukis tempatan didalam pencarian
budaya Melayu dan Islam yang saling bergantung diantara satu sama lain.

Seni Islam dan Falsafahnya

Mengikut buku Falsafah dan seni kreatif Melayu (1966), menekankan persoalan agama
menjadi titik-tolak, penentu dan peletak dasar seni dan budaya dalam Islam. Ini tidak
menghairankan Justeru dalam falsafah Islam, Tuhan adalah penentu segala perkara berbeza
dengan tradisi dan falsafah secular barat yang lain di mana manusia penentu segala perkara.
Apabila titik berangkatnya sudah berbeza maka sudah tentulah perbezaan itu mempengaruhi
seluruh spektrum kehiudpan secara umum dan serta seni budaya.

Walaupun Islam mempunyai konsep ‘keindahan’ tetapi ia tidak boleh dibandingkan


dengan tradisi lain khususnya Barat. Fahaman tentang ‘indah” dengan juga ‘baik”amat
berlainan dengan fahaman Barat. Menerangkan tentang persoalan yang diterangkan oleh
falsafah Barat, iaitu sebuah karya seni perlu beautiful dan beneficial , tetapi yang sebenarnya
pengertian Barat ini jauh berbeza jika dibandingkan dengan perngertian ‘indah” dan ‘baik’
dalam Islam. Konsep keindahan dalam dalam islam adalah satu hanya Allah sahaja yang
benar dan kebenaran Hakiki itulah indah bukan hanya cara atau teknik penyampaian
Kebenaran hakiki itu yang indah. Begitu juga dengan pengertian ‘baik’, baik pada Islam
ialah nilai-nilai yang ditetapkan oleh Allah, iaitu Kebenaran Hakiki. Berbeza dengan ‘baik’
atau beneficial di Barat yang ditetapkan oleh manusia (1981).

Selain daripada prinsip dan falsafah tauhid dalam penghasilan seni ini dalam karya
seni orang Melayu, keseluruhan motif akan dianalisa dan diterjemahkan mengikut kaedah
penghayatan seni yang berdasarkan kepada konteks penghayatan Islam. Konsep Islamisasi
merujuk kepada penghijrahan akidah dengan pengucapan kalimah syahadah sebagai satu
bentuk perakuan (hati) terhadap Keesaan Allah Taala yang dituturkan oleh lidah serta
melaksanakan dengan perbuatan.

Kepercayaan mutlak yang diletakkan di sebalik ucapan kalimah syahadah ini adalah
kepercayaan kepada ketunggalan kewujudan Allah sebagai Tuhan semesta alam, Dia tidak
beranak dan diperanakkan. Dengan menerapkan konsep dan prinsip Tauhid ini Dengan itu
pengkarya seni akan sentiasa mengakui bahawa keindahan Islam yang dijadikan elemen dan
teras penting dalam kesenian tradisi Melayu ini menjadikan seni Melayu-Islam ini lebih
mencapai nilai keindahan yang berkait terus kepada Allah Maha Pencipta., Maha Indah dan
yang mencintai keindahan. Umumnya, pandangan keindahan Imam Al-Ghazali menekankan
kepada dua aspek iaitu pertama ,nilai keindahan luaran (dharir) yang merujuk kepada fizikal
karya dan yang kedua, makna keindahan dalam (batin) yang merujuk kepada moral dalam
berkarya (Idris etal.,2015).

Seni dari Pandangan Orang Melayu

Seni dan seni reka merupakan sesuatu yang membawa makna membentuk dan
menggayakan keindahan sehingga terhasilnya ‘Ornament’(hiasan). Hiasan yang dihasilkan
pula merupakan sesuatu yang menampilkan nilai estetika yang mengandungi falsafah dan
lambang berdasarkan kepercayaan dan pandangan umum sesuatu masyarakat yang
menghasilkannya. Istilah seni berkait dengan motif dan juga reka bentuk yang terdapat dalam
seni bina, kraftangan, seni halus dan grafik merupakan sesuatu yang meransang kepada
kreativiti seorang seniman. Dalam kesenian Melayu, seni ialah satu cabang seni rakyat juga
merupakan peransang kepada perkembangan seni hias yang lebih berbentuk ‘non-verbal’.dan
tiga dimensi (Siti Zainon Ismail,1986).

Dalam kesenian Melayu, seni yang dilahirkan oleh Masyarakat Melayu merupakan
alat kepada budaya yang dikenal sebagai peralatan budaya. Dari sudut antropologi pula, seni
atau seni hias merupakan model kepada peralatan budaya yang bersama-sama menentukan
perkembangan sesuatu budaya. Berkaitan dengan seni hias orang Melayu, dua perkara yang
selalu diambil kira, iaitu gunaan dan hiasan. Seni yang melibatkan gunaan dan hiasan ini
kebiasaannya terdapat dalam kesenian rakyat. Ia juga selalunya merujuk kepada seni
peralatan budaya tradisi yang dikaitkan dengan ‘peasant art’ atau kesenian desa bermula dari
zaman primitif lagi (Wan Abdul Kadir,1986). Seni atau seni Melayu mempunyai kaitan
dengan asas kebudayaan setempat yang berkembang sehingga terhasilnya tekstil yang
dimiliki sebagai keperluan peralatan bagi tujuan gunaan dan juga perhiasaan.

Dalam kesenian melayu juga elemen seperti keislaman memainkan peranan penting
dalam contoh di dinding masjid ini mempunyai elemen dan rekcorak ‘ arabesque’ yang
bermotif rekaan seperti motif kosmos yang mengutamakan konsep islam itu sendiri kerana
pengkarya seni itu mestilah merasai keagungan dan keindahan melalui seni islam itu supaya
kekal sebagai kepercayaan dan ketauhidan pengkarya bahawa Islam itu mempunyai
falsafahnya yang mempertahankan nilai keindahan dalam sesebuah karya seni. Ini kerana
menurut penulisan (Othman Mohd Yatim, 1989) (tumbuh-tumbuhan yang digaya menurut
sesuatu stail) yang terdiri daripada beraneka bentuk seperti geometrik , tumbuh-tumbuhan
yang digaya dan juga khaligrafi.

Kaedah Kajian

Pendekatan kajian berbentuk kualitatif deskriptif dengan pelaksanaan melalui temubual


dengan ahli akademik, pelukis dan artis terpilih berkenaan. Selain itu, kaedah kajian ini juga
merujuk kepada jurnal, katalog karya pelukis, buku dan artikel yang berkaitan dengan
penulisan kajian ini. selain daripada itu, penyelidik juga merujuk kepada katalog Balai Seni
Lukis Negara dimana penyelidik melakukan pemerhatian pada karya pengkarya itu melalui
kaedah visual rakaman, dan analisis dokumentasi bagi mendapatkan maklumat mengenai
subjek , reka bentuk, dan makna. Data dikumpul berasaskan kepada kerja lapangan secara
empirikal data yang diperoleh ketika berada di lapangan.

Sehubungan dengan itu, kajian ini juga memerlukan kepakaran didalam aspek islam dan juga
kemelayuan dimana jurnal dan buku itu berpandukan kepada kajian utama iaitu untuk
mengkaji budaya kesenian tradisi Melayu dan Islam dalam karya dua pelukis Melayu
tempatan dalam Era Moden ini. kajian lapangan ini juga telah disediakan soalan temubual
yang lengkap dengan aspek beberapa soalan aspek budaya kemelayuan dan juga beberapa
soalan berkaitan dengan tradisi seni keislaman.
Teori Pendekatan

Jadual 1 Perbandingan teori penghayatan seni Barat dan Islam boleh dilihat dalam jadual 1
di bawah:

Teori Penghayatan Seni Asas-Barat (Art Aprreciation)

Erwin Panofsky

Aspek fizikal pertama- Objek utama dan subjek idea


Dan Luaran Ekpresi,berfakta,motif
(Formalistic) Kedua - Objek kedua atau konvensional subjek idea,
dan Penceritaan.

Aspek Makna
(Content &context) Makna intrinsik atau kandungan, tentang dunia persimbolan

Teori Nilai keindahan oleh Imam Al-Ghazali

Aspek Fizikal Keindahan Luaran (dharir) atau extrinsic values)


Luaran Tersurat, perincian karya-artis,tajuk, bahan,dll.

Bagaimana subjek digambarkan (elemen seni).

Bagaimana subjek disusun-komposisi (prinsip rekaan).

Aspek Makna keindahan dalaman


Makna Batin atau intirinsic values)-moral berkarya.

Tersirat, makna, tafsiran.

Konteks kefahaman yang lebih mendalam-pengenalan Zikir,Nur,al-khalik,

Tauhid,akhirat dan sebagainya.

Penghayatan makna dan ilmu tinggi atau filosofi Islam-Sufi, Tasauf, dan

lain-lain.

Dalam penghasilan karya-karya seni pengkaji menggunakan teori penghayatan Islam


Imam Al- Ghazzali ini kerana berdasarkan jadual 1 menunjukkan nilai budaya melayu dan
Islam ini saling berkaitan antara satu sama lain. Ini jelas sebagaimana diterangkan didalam
penulisan (Shaliza Dasuki, 2017) pemikiran Imam Al-Ghazzali juga banyak juga diwarisi
oleh ramai pemikir, penggiat, dan ahli akademik seni pasca-moden dan kotemporari seperti
Nakula,Sulaiman Esa, Zakaria Ali dan beberapa lagi yang lain dimana teori ini dikemukakan
oleh mereka banyak menyebut tentang nilai keindahan yang berkait terus kepada Allah Maha
pencipta, dan Maha Indah yang menyukai keindahan. Secara umumnya, keindahan teori
Imam Al-Ghazzali menitikberatkan kepada dua aspek estetika, iaitu yang pertama nilai
keindahan luaran (dharir) yang merujuk kepada fizikal karya dan yang kedua, makna
keindahan dalaman ( batin ) yang merujuk kepada moral dalam berkarya (Idris et al.,2015).

Bukan itu sahaja, dalam penghasilan seni juga pendekatan Imam Al-Ghazzali ini amat
sesuai digunakan didalam teori seni Melayu dan Islam ini kerana sesuatu penghasilan kerja
seni itu bergantung kepada hati manusia kurniaan Allah s.w.t. Hal ini kerana seni ditakrifkan
sebagai sebahagian daripada kebudayaan yang diciptakan oleh sekelompok manusia kerana
fitrah manusia yang cinta kepada sesuatu yang menyenangkan hati melalui pancaindera yang
dijadikan oleh Allah s.w.t. Dalam menciptakan hasil kerja seni ini bentuk-bentuk tersebut
mengandungi nilai estetika itu ialah akhlak. Oleh itu, pendekatan Al-Ghazali ini masih
relevan untuk di gunakan kerana didalam penghasilan karya seni ini memerlukan teras nilai
keislaman yang mesti wujud sebagai pengkarya seni yang beragama Islam yang seharusnya
kita pertahankan dengan berkonsepkan nilai ketauhidan dalam sesebuah karya seni itu.

Konsep kesenian Islam dan Melayu juga tidak dapat dipisahkan dalam penghasilan
motif yang berteraskan pendekatan Islam contohnya dalam menerangkan falsafah melayu
yang masih wujudnya hubungkait antara fahaman kemelayuan dan juga fahaman keislaman.
Hasil Kajian dan Perbincangan

Rajah 1 Mastura Abdul Rahman, " Interior No. 29 " (1987), Mixed media, 115 x 115cm.
(Sumber: Rupa Malaysia: , Kuala Lumpur, National Art Gallery (1998))
Unsur Kemelayuan

Jadual 3 Congkak Abad ke 21

Congkak adalah sejenis permainan tradisional yang telah menjadi sebahagian daripada
kehidupan yang dilalui oleh ibubapa dan nenek moyang kita sewaktu zaman kanak-kanak
dahulu. Bukan semata-mata mengisi masa lapang tetapi juga satu kaedah pembelajaran,
mengasah minda dan belajar menjadi ketua. Budaya tradisional ini juga sinonim dengan
masyarakat wanita melayu pada zaman dahulu kala dimana permainan tradisional menguji
pemikiran pemain disamping congkak itu sendiri memiliki motif reka corak yang sangat unik
. Permainan tradisional ini juga telah melalui banyak trasformasi sejak dari zaman purba
hingga ke zaman moden.

Alat permainan tradisional didalam karya Mastura Abdul Rahman ini menunjukkan
reka bentuk sebuah congkak lama yang terlalu berat dan juga besar untuk di bawakan oleh
pemain khususnya bagi pemain congkak kanak-kanak. Berbeza dengan permainan congkak
di telah di beri nafas baru khasnya bagi menarik pemain dikalangan kanak-kanak iaitu
diberikan warna-warna yang menarik perhatian mereka. Jika dahulu warna congkak yang asli
lebih kepada penggunaan warna yang kusam dan kurang menarik perhatian dikalangan
kanak-kanak tetapi pada masa kini telah diinovasi dan direka mengikut permintaan pada
masa kini supaya ianya menjadi lebih moden dan sesuai bagi citarasa pemain congkak pada
zaman serba moden ini.Warna congkak yang beri variasi baru pada masa kini lebih kepada
warna yang terang dan juga warna yang menarik perhatian pemain.

Pengaruh barat yang semakin berleluasa pada masa kini telah memberikan kesan
negatif kepada permainan tradisional melayu dan aktiviti-aktiviti kebudayaan dalam
menekankan pertembungan budaya antara kehidupan budaya bermasyarakat zaman dahulu
dengan aktiviti kehidupan bermasyarakat pada zaman masa kini. Hal ini kerana artis cuba
untuk menyampai mesej bahawa permainan congkak ini telah mengalami banyak perubahan
dalam memelihara nilai keaslian congkak sebagai permainan tradisional, juga kekurangan
generasi muda untuk melibatkan diri didalam permainan tradisional bagi tujuan untuk
meransang minda pemain tradisional congkak ini.
Surah Yaasin dan Sejarah (Simbol Islam)

Labu Sayong

Mastura Abdul Rahman,House Of Flowers,House of Harmony,1999,Media Campuran, 83cm X 276


cm

Labu Sayong sebagai unsur kemelayuan

Labu Sayong merupakan tembikar Melayu yang mempunyai kaya dengan nilai tradisinya
yang tersendiri. Labu Sayong juga sebenarnya dizahirkan dalam pelbagai bentuk dan rupa
berinspirasikan dari sumber alam flora dan juga fauna. Namun, Tembikar Sayong juga tidak
ketinggalan zaman dalam mengenengahkan makna dan falsafah yang tersendiri dalam bentuk
dan motifnya. Setiap satunya mempunyai membawa maksud yang tersirat dan tersurat seperti
mana yang terkandung dalam seni tradisi kemelayuannya yang lain.

Selain dari pemaknaan dan falsafah dalam melayu, terdapat juga bentuk yang
merupakan unsur utama dalam labu sayong dimana motif bungaan merupakan motif utama
dalam kesenian tradisi didalam karya Mastura Abdul Rahman ini. Pucuk rebung ,siku kluang,
potong wajik dan sebagainya merupakan motif utama di dalam Labu Sayong tradisi Melayu
yang motif catan Mastura Abdul Rahman ini kerana manusia lebih cenderung menghasilkan
sesuatu yang sama, justeru motif yang bertali arus hingga kini biarpun telah berlaku
perubahan tamadun dalam kehidupan manusia termasuk para pandai seni Melayu tradisi di
semenanjung Tanah Melayu.
Inspirasi Bentuk Labu Sayong

Buah labu kering sememangnya dijadikan asas utama dalam penciptaan labu dalam
masyarakat Melayu tradisi. Penggunaan labu kering sebagai bekas minuman dikesan
penggunaan bagi kesemua negeri di semenanjung Malaysia. Hasil dari daya kreativiti
kepelbagaian bentuk namun masih kekal pada hari ini adalah labu kepala yang lebih dikenali
sebagai labu air, labu gelugur, dan labu panai, selebihnya telah ditinggalkan dan hanya dibuat
atas permintaan sahaja. Inspirasi dari burung puchung telah dijadikan bentuk dalam
penghasilan bentuk labu berpandukan kepada bentuk dari aspek pandangan hadapan . jika
dilihat dari pandangan sisi tidak terdapat sebarang bentuk yang menyerupai labu air. Ini
membuktikan disinilah ketajaman pemerhatian para pandai tanah tradisi Melayu dalam
mengadaptasikan bentuk labu tersebut.

Surah Yaasin dan sejadah sebagai simbol keislaman

Dalam karya Mastura juga terdapat nilai keagamaan dan keislaman juga memainkan peranan
penting didalam luahan karya beliau. Surah yaasin adalah surah yang biasanya diamalkan
oleh masyarakat Islam untuk diamalkan didalam ibadah seharian. Ini jelas sepertimana yang
diterangkan dalam penulisan (Gadaffi,2019) , masyarakat Melayu Islam juga menekankan
adat yang tidak bercanggah dengan Islam dan juga mendekatkan masyarakat Melayu kepada
Islam seperti berkumpul beramai mengingati peristiwa seperti Maulidul rasul, Israk Mikraj
dan bersama membaca surah Yaasin. Disamping itu, Mastura juga menitikberatkan tradisi
ornamentasi Islam yang diinspirasikan daripada seni bina masjid dan catan miniatur.

Hal jelaslah bahawa Mastura seorang yang mengutamakan isu berkaitan keagamaan
ini kerana agama adalah asas dalam kehidupan kita sementara adat hanya menjadi
pelancarnya. Orang Melayu meletakkan agama Islam di kedudukan yang selayaknya. Agama
telah menjadi penentu kepada nilai kebudayaan dan keintelektualan Melayu dalam rangka
membina dan membentuk suatu identity bangsa tersendiri. Orang Melayu perlu sentiasa
mengingati diri mereka bahawa setiap perbuatan dan pekerjaan yang ingin mereka lakukan
hendaklah jangan biar sampai bertentangan antara adat dengan agama. Pepatah ada
mengatakan “ Adat bersendikan syarak, syarak bersendi kitabullah”.

Budaya mentaati agama telah menjadi teras dalam jati diri Melayu. Ketaatan
beragama meliputi aspek imaniah,ibadah,muamalah, muasyarah dan akhlak. Ia penting
kerana agama merupakan jalan hidup untuk menghantarkan seseorang dapat selamat di dunia
dan di akhirat. Dalam hal ini dapat dicontohkan dengan pegangan orang Melayu dengan
pepatah atau peribahasa yang berbunyi “Biar mati anak jangan mati adat” yang memberi
maksud adat yang tidak boleh dilanggar. Hal ini disebabkan oleh adat itu sendiri dibentuk
berdasarkan hukum agama. Manakala hukum agama didirikan berdasarkan kitab Allah yakni
al-Quran.
Motif keislaman dalam karya Haron seni khat Thuluth

Seni Khat (Thuluth)

Haron Mokhtar, Zahir Mosque, Akrilik atas kanvas,2014, 81cm x91 cm

Bentuk dan rupa sebenar Masjid Zahir.Kedah

Sumber:https://en.wikipedia.org/wiki/Zahir_Mosque
Unsur keislaman Masjid zahir

Seni Khat (Thuluth) Motif Kosmos (Bintang)

Jadual 4 Pandangan hadapan sebenar Masjid Zahir

Dalam karya Haron Mokhtar beliau mengambil inspirasi idea dalam catan iaitu Masjid Zahir adalah
salah satu Masjid yang tertua di negeri Kedah. Dari segi aspek pemaknaan dan ikonografi adalah
Haron cuba untuk mengetengahkan nilai keislaman dimana terdapat seorang lelaki memakai jubah
dan juga lengkap berserban bersama seorang lelaki yang hanya memakai kopiah. Kemudian, terdapat
juga seorang wanita yang memakai skaf. Dalam karya ini beliau lebih menekankan kepada objek seni
bina dan juga tiga figura manusia yang berpakaian yang mempunyai nilai keislaman. Selain itu,
Terdapat beberapa elemen islam iaitu seni khat Thuluth dan motif kosmos iaitu bintang berdasarakan
jadual 4 di atas ini.

Haron juga mengetengahkan motif Masjid Zahir dalam karya beliau yang mengetengahkan
motif seni Khat Islam iaitu Thuluth mengikut penulisan (Ridzuan,2017) adalah gaya penulisan yang
bertenaga dengan memanjang menegak. Khat jenis hiasan elastik,dekoratif dan menarik dihasilkan
pada kurun ke-7 dan lengkap pada kurun ke 9. Seni khat Thuluth biasanya dijadikan penulisan pada
permukaan yang kecil seperti buku, kulit buku, majalah iklan dan menulis semula isi kandungan ayat
al-Quran dan Thuluth Jali biasanya dijadikan hiasan pada permukaan hiasan dalam bangunan, pintu
masjid , kelambu kaabah di masjid al-Haram. Dengan ini jelas melalui pernyataan (Abd
Rahman,2011), ‘Islamic calligraphy as one of the mosque unique form of arts and has a special place
in the hearts of Muslims. In most mosques in the Islamic world, calligraphy is part and parcel of their
interior design”.
Segala hasil kesenian Islam khat ini dihasilkan ditempat yang suci (masjid) agar dapat
dinikmati oleh mereka yang sujud dan tunduk sambil menikmati penciptaan seni yang disampaikan
oleh Allah dalam bentuk arabesque,corak geometrik dan khaligrafi. Apabila berada di masjid manusia
memerlukan bukti apa yang dinyatakan dalam kitab Al-Quran oleh Allah SWT. Menyampaikan dan
dilakukan oleh mereka-mereka yang mendapat ilmu kepada generasi yang baru daripada generasi
lama yang mahir dan berpengetahuan dari dahulu hinggalah sekarang. Generasi hari ini tidak dapat
menandingi generasi terdahulu yang cukup mendalam ilmu mereka dalam seni khat turun-temurun
yang dipilih oleh Allah SWT. Kepandaian ilmu yang dimiliki oleh generasi yang lama dapat
dimanfaatkan kepada seluruh makhluk dari zaman dahulu hingga ke masa kini. Kebiasaanya kalimah
yang lazimnya digunakan iaitu kalimah Muhamad SAW kebanyakkanya sudah lama digunakan dan
tujuan ianya dihasilkan kalimah tersebut kerana kalimah itu adalah kekasih Allah, tidak boleh
dipisahkan lagi begitu juga dengan pegangan empat mazhab iaitu Imam As-syafie,Imam Maliki,
Imam Hambali, dan Imam Ghazali menyatakan bahawa Nabi Muhamad SAW itu tidak boleh
dipisahkan di dalam masjid.

Subjek Masjid Zahir sebagai aktiviti masyarakat Islam

Dalam seni catan Haron ini telah menekankan makna tersurat daripada kerja seni beliau dimana
subjek Masjid dan figura menjadi simbol keislaman yang begitu sinonim dengan akktiviti bagi
masyarakat Melayu Islam di negeri Kedah ini. Aktiviti masyarakat yang dijalankan di Masjid negeri
Kedah ini sebahagian daripada strategi pengimarahan masjid dengan tujuan untuk mendekatkan
masyarakat dengan institusi tersebut. Selain daripada itu, masjid dianggap sebagai tempat rasmi
dalam menyampaikan mesej Islam kerana masjid merupakan tempat yang strategik untuk
melaksanakan aktiviti dakwah.

Peranan masjid juga sebagai satu agen dakwah tidak dapat dinafikan lagi dari segi
kepentingannya. Namun, peranan dan fungsi masjid sebenar selain tempat beribadat masih
dipersoalkan. Tugas dan tanggungjawab untuk mengembalikan peranan dan fungsi masjid seperti
zaman Rasulullah s.a.w. merupakan cabaran yang paling besar untuk difikirkan. Ini disebabkan,
menurut Sidi, fungsi masjid telah menjadi semakin buruk selepas kejatuhan kebudayaan masyarakat
Islam apabila masyarakat ditanamkan satu bentuk tradisi seolah-olah masjid hanya tempat untuk
beribadat semata-mata.

Bukan itu sahaja, fungsi dan peranan masjid hendaklah dimanfaatkan sepenuhnya bagi
perkara-perkara yang berkaitan dengan peribadatan dan kebajikan masyarakat. Masjid juga
merupakan tempat untuk melaksanakan pendidikan jasmani dan rohani masyarakat Islam dalam usaha
memperkukuhkan akidah dan keimanan masyarakat Islam. Sebarang kegiatan dan aktivit yang
bercorak keagamaan atau kegiatan sosial yang mendatangkan kebaikan kepada masyarakat sepatutnya
dijalankan di masjid atau kawasan disekitarnya. Dengan itu, masjid boleh berfungsi sebagai one-stop
centre dalam hal-hal yang berkait rapat dengan kehidupan komuniti Islam.

Haron juga ingin mengekspresikan karya beliau dimana beliau ingin menyebarkan ilmu dan
juga nilai keislaman dalam karyanya dengan memperlihatkan dengan jelas dimana masjid ini adalah
bukan sahaja tempat beribadat tetapi juga sebagai tempat penyebaran ilmu peranan masjid yang
seharusnya diperluaskan sesuai dengan perkembangan semasa dan pelbagai sasaran masyarakat.
Sehubungan dengan itu, kaeadah mengimarahkan masjid melalui penganjuran aktiviti di masjid
khususnya di Kedah dan di Malaysia ini supaya nilai dakwah dan Islam dalam karyanya terus
menjadi impak dan juga kesan positif melalui wujudnya karya Haron yang berkonsepkan keislaman
ini.

Ruzaika Omar Basaree, Siri Dungun (1981), Media Campuran 170.8cmX 76cm

(Sumber. https://www.academia.edu)

Selain itu, dari segi gaya Ruzaika omar mengetengahkan yang gaya budaya ukiran Awan
Larat yang kebanyakkan dapat di jumpai di negeri Terengganu ini. Tambahan pula, ukiran
Melayu ini biasanya saling berkaitan dengan prinsip estetetika kesenian islam. Berteraskan
kepada konsep ketauhidan yang membawa kepada dengan lebih mendalam lagi nilai-nilai
estetika islam. Dari segi gaya Ruzaika Omar Basaree cuba untuk lebih menekankan falsafah
akal dan budi Melayu dan kaitannya dengan konsep ketauhidan kerana nilai Melayu dan
islam tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain. Menurut menyatakan Zakaria Ali,(1987)
Dari segi kehalusan sesuatu seni yang dihasilkan oleh karya “Siri Dungan” Ruzaika
melibatkan ketelitian dan juga bahan yang sesuai dihasilkan.karya diatas. Prinsip berlambang
adalah sesuatu seni yang melibatkan sosiobudaya Melayu yang berlambang adalah sesuatu
seni yang berkaitan dengan melambangkan kehalusan seni ukiran Melayu yang lebih
menekankan konsep sebagaimana yang terangkan oleh Zakaria Ali berhalus,berguna, bersatu,
berlawanan, dan berlambang.
Motif Bunga Lawang sebagai simbol motif warisan Melayu

Jadual 5 Motif bunga lawang yang ditekap menggunakan perisian Adobe Illustrator

Berkenaan jadual 5 di atas adalah menunjukkan motif flora iaitu bunga lawang yang
merupakan bunga yang menjadi rekacorak tradisi khususnya dalam ukiran tradisi Melayu
dalam catan Siri Dungun ini. Motif ini dijadikan dalam karya Siri Dungun kerana menurut
tradisi masyarakat Melayu bunga lawang biasanya dijadikan rempah-ratus dalam makanan
tradisional masyarakat Melayu. Ini kerana Bunga lawang telah dilegasikan khususnya dalam
penggunaan bunga lawang didalam masakan begitu sinonim dengan masyarakat Melayu yang
menghargai bunga lawang sebagai bunga yang dijadikan bahan rempah-ratus terutama bagi
menghasilkan masakan tradisional Melayu.

Jika dilihat daripada motif yang, motif flora banyak sekali digunakan kerana selaras
dengan ajaran Islam yang melarang penggunaan berbentuk figura. Hasil kajian juga
mendapati motif-motif yang digunakan adalah olahan dari tumbuhan di persekitaran kawasan
masyarakat Melayu. Oleh itu, masyarakat Melayu kita sangat menghargai setiap ciptaan
Allah SWT. Ini kerana sebagai masyarakat Melayu tidak digalakkan untuk mengagungkan
seni berbentuk figura, realistik dan sebagainya yang berupa makhluk bernyawa kerana seni
dalam Islam itu sendiri dijadikan supaya hanya menghargai alam sekeliling kita dan
bukannya untuk dijadikan hasil kerja seni yang realistik.

Motif Pucuk Rebung

Allah

Manusia dan alam

Reka corak Pucuk Rebung

Jadual 6 Motif Pucuk Rebung di bahagian ukiran kerawang dalam karya Siri Dungun
Motif geometrik pucuk rebung sebagai konsep ketauhidan Islam

Dalam merungkaikan seni ukir Awan Larat sebagai seni tradisi yang berkaitan dengan
falsafah Islam dengan Melayu. Bunga lawang yang dihasilan oleh Ruzaika Omar ini yang
menggunakan rupa dan bentuk sahaja diinspirasikan daripada Bunga lawang yang
sebenarnya tetapi tidak dihasilkan dalam rupa yang lebih real ini kerana menurut pandangan
Islam dalam berkarya (moral of value) dapat dilihat dari segi beberapa ciri yang boleh dikenal
pasti dalam karya-karya kesenian Islam iaitu, sumber ilham dan idea adalah daripada
pemerhatian setiap artis itu kepada alam semula jadi.

Menurut penulisan (Shaliza Dasuki,2017) tukang-tukang mahir kesenian tradisional


sentiasa tradisional sentiasa memerhati dan menimba ilmu daripada alam dan mendapatkan
idea daripadanya. Peraturan yang menjadi prinsip mereka adalah, walaupun ilham
bersumberkan alam yang nyata, tapi reality itu terpisah daripadanya. Dalam penerangan ini
jelaslah bahawa artis perlu menghargai dan menghayati keindahan seni itu sendiri bukan
sahaja elemen seni Islam tetapi juga setiap idea dan olahan dari segi motif ataupun dari segi
makna (content ) melalui penyampaian mesej yang tersirat mahupun secara tersurat di dalam
setiap karya yang dipersembahkan oleh setiap artis itu sendiri.

Ini kerana kepercayaan agama Islam mesti mementingkan hubungan dengan Allah
(diatas) melalui ibadah dan kemudian hubungan manusia antara manusia. Hakikat manusia
sebagai hamba Allah dan manusia itu hidupnya bermasyarakat ,maka jagalah hubungan
sesama manusia dengan adab , ibadat, muamalat , munakahat dan lain-lain.

Cadangan Kajian

Dengan wujudnya kajian ini mengikut tema kebudayaan tradisi Melayu dan Islam dalam seni
catan ini sedikit sebanyak dapat memberikan perkembangan dan corak seni yang masih
mengekalkan nilai-nilai tradisonal dan keislaman tetapi mengikut peredaran masa kini.
Sehubungan dengan itu, pengaruh aliran seni dan juga pendidikan mereka semasa diinsitusi
juga memainkan peranan penting dalam memberikan pendedahan dan juga ilmu kesenian
tradisi Melayu dan juga Islam terutamanya dalam penghasilan karya seni ini. Nilai
keagamaan Islam diletakkan supaya menjadi elemen dan unsur penting dalam kebudayaan
kebangsaan disamping penerapan kebudayaan-kebudayaan lain juga diterima asalkan tidak
bertentangan dengan budaya Islam. Dengan ini jelaslah bahawa pengkarya seni,golongan
akademik, dan juga penyelidik memainkan peranan penting dalam mengekalkan kebudayaan
tradisi supaya ianya dijadikan amalan didalam kehidupan masyarakat di Malaysia.

Kesimpulan

Kesenian Melayu dan Islam sudah lama wujud sejak zaman dahulu kala lagi ini kerana
fitrah seorang manusia untuk menyukai sesuatu yang bersifat cantik ini tetapi masih lagi
didalam batas-batas yang jelas yang membawa kepada kemaslahatan dan menjauhkan
manusia dari sebarang keburukan. Melalui karya Mastura Abdul Rahman, Ruzaika Omar
Basaree dan Haron Mokhtar memberikan penciptaan bentuk-bentuk kesenian tersebut telah
menjadikan perubahan kepada aliran dalam seni catan moden ini dengan adanya ciri-ciri
budaya tradisi Melayu dan juga Islam. Bermula daripada kewujudan Kongres Kebudayaan
Kebangsaan pada tahun 1971 memberikan impak yang positif dalam kalangan pelukis
Melayu ini dalam mengenengahkan karya seniman terutamanya seni catan bertemakan
kebudayaan alam serantau dan juga berpaksikan kepada ketauhidan Islam ini.

Rujukan

Abdul Kadir, N. A., Dahalan, N., Naemah, N., & Jamaludin, N. (2018). Seni dalam Islam:
kajian khusus terhadap seni ukir. E-Journal of Islamic Thought and Understanding, 1(1),
1-15.

Basri, F. (2002). Seni bina masjid di Malaysia/Fairuzah Hj. Basri. Jurnal Tasawwur Islam, 5,
61-69.

Bakar, A. L. B. A. (2012). Jati diri Dan Patriotisme Berpaksikan Sejarah, Perlembagaan Dan
Dasar Kerajaan. Isi Kandungan, 1,academia.edu.

Dasuki, S., Abdulah, N. H., Idris, N., Mohd Radzi, F., & Ali, S. (2017). Keindahan konsep
tauhid dalam rekabentuk motif-motif seni tradisi Melayu. 2nd International Islamic
Heritage Conference (ISHEC 2017)

Daud, N. I. M. K., Arbi, A., & Faisal, M. (2012). Pengaplikasian ukiran kayu melayu dalam
seni bina di Malaysia. Journal of Design and Built Environment, 11, 1-14.

Idris, N., Mohammad Noh, L. M., & Abdul Rahim, M. H. (2019). Konsep tauhid sebagai
analisa kontekstual dalam reka bentuk Masjid Tengkera Melaka. Jurnal Inspirasi Seni
Intelektual (ISI), 16-25.

Musa, A. H., & Adzaman, M. T. N. (2020). Thematic Analysis Of Self-Experience, Cultural


Expression And Islamic Expression On Haron Mokhtar's Series Of Paintings. Idealogy,
5(1), 17-22.

Rizali, N. (2012). Kedudukan seni dalam islam. Tsaqafa-Jurnal Kajian Seni Budaya Islam,
1(1), 1-8.

Sulaiman, R., & Husain, H. (2019). Apresiasi karya siri Dungun melalui elemen simetri
dalam konteks etnomatematik. Kupas Seni: Jurnal Seni Dan Pendidikan Seni, 7, 1-11.
Sulaiman, R., Husain, A. H., & Sulaiman, R. (2019). Appreciation of Siri Dungun Paintings
in Ethnomathematics Context. International Journal Of Academic Research In Business
And Social Sciences, 9(9).

Zakaria, I. (2012). Islam dan falsafahnya dalam kebudayaan melayu (Islam and its
philosophy in Malay culture). Jurnal Hadhari: An International Journal, 91-108

Hussin, R., Mokhtar, A., & Jabbar, A. R. A. (2017). Seni Kaligrafi (Khat) di mihrab masjid-
masjid negeri Malaysia dan hubungannya dengan seni visual. Kupas Seni: Jurnal Seni dan
Pendidikan Seni, 5.

Hanafiah, M. G. (2019). Isu Membidaahkan Amalan Masyarakat Melayu: Analisis Wacana


Media Massa. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 35(2).

Hussin, H. Aktiviti Seni Dan Budaya Lampau: Penghasilan Dan Penggunaan Tekstil Di Alam
Melayu Dari Sudut Sejarah Silam. Jebat, 33, 96.

Ismail, A., Hasan, A., & Mohamed Roshdi, S. (2016). Alam sebagai sumber reka bentuk
motif-motif seni hiasan fabrik masyarakat melayu,ISME Colloquium 2016 : Pengukuhan
Budi Dan Jati Diri.

Hamat, M. R., & Yusoff, M. Y. M. (2020). Motif Alam Flora Dalam Seni Ukiran Logam
Halus Kelantan. Jurnal Melayu, 19(1).

Siti Hajar, M. (2018). Congkak variations through design transformation, Idealogy, 3(3), 114-
126.

Anda mungkin juga menyukai