Anda di halaman 1dari 1

Bahaya Riba

Riba sangat bahaya bagi pelakunya baik dari Al-Quran mahupun hadis Nabi, pelbagai ancaman
bahaya tersebut antaranya adalah hilangnya keberkatan pada harta riba. Riba telah dilarang dalam
islam kerana riba hanya meng-ungtungkan salah satu pihak dan merupakan kezaliman pada pihak
yang lain, orang yang berhutang bermaksud ia memerlukan bantuan supaya masalahnya selesai. Akan
tetapi lebih memberatkan bagi yang berhutang. Keuntungan yang diperoleh dari jalan berbuat dosa
tidak akan bernilai pahala akan tetapi mendapat balasan dosa yang dilakukan. Allah SWT berfirman,
‫ هّٰللا‬6 ‫د َٰق‬6‫الص‬
َّ ‫رْ بِى‬66ُ‫ق هّٰللا ُ ال ِّربٰ وا َوي‬
ٍ َّ‫ َّل َكف‬6‫ت ۗ َو ُ اَل ي ُِحبُّ ُك‬
dalam Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 276 ‫ار اَثِي ٍْم‬ ِ ُ 6‫ يَ ْم َح‬yang
bermaksud “Allah memusnahkan riba dan memperbanyak sedekah”.
Ayat tersebut menjelaskan bahawa Allah menghancurkan riba dan memperbanyakkan sedekah,
maksudnya menambahkan, mengembangkannya serta melipat gandakan pahalanya (dan Allah tidak
menyukai setiap orang yang ingkar) yang menghalalkan riba maksudnya yang memakan riba dan
derhaka itu akan menerima hukuman Allah SWT. Maksud dengan memusnahkan riba ialah
memusnahkan harta itu atau menghilangkan keberkatannya. Dan yang dimaksudkan dengan
memperbanyakkan sedekah ialah memperkembangkan harta yang telah dikeluarkan sedekahnya atau
melipat gandakan berkatnya. Dibangkitkan di hari kiamat dalam keadaan gila, orang-orang yang
memakan riba tidak akan berdiri dari kubur mereka kelak kecuali seperti berdirinya orang gila pada
saat mengamuk dan kerasukan syaitan, iaitu mereka berdiri dengan keadaan yang tidak sewajarnya.
Sebagaimana firman Allah swt dalam QS al-Baqarah ayat 275: ْ‫اَلَّ ِذ ْينَ يَْأ ُكلُوْ نَ الرِّ ٰبوا اَل يَقُوْ ُموْ نَ اِاَّل َك َما يَقُوْ ُم الَّ ِذي‬
‫ا‬66‫هٗ َم‬66َ‫ا ْنتَ ٰهى فَل‬66َ‫ةٌ ِّم ْن َّرب ِّٖه ف‬6َ‫ا َء ٗه َموْ ِعظ‬6ۤ 6‫وا فَ َم ْن َج‬ۗ ‫وا َواَ َح َّل هّٰللا ُ ْالبَ ْي َع َو َح َّر َم ال ِّر ٰب‬
ۘ ‫ك بِاَنَّهُ ْم قَالُ ْٓوا اِنَّ َما ْالبَ ْي ُع ِم ْث ُل الرِّ ٰب‬ ۗ ‫يَتَخَ بَّطُهُ ال َّشي ْٰطنُ ِمنَ ْال َم‬
َ ِ‫سِّ ٰذل‬
ۤ ‫هّٰللا‬
ٰ ُ ‫ا َد فَا‬66‫ ر ٗ ُٓه اِلَى ِ ۗ َو َم ْن َع‬6‫فَ َواَ ْم‬ ۗ َ‫ل‬6 ‫ َس‬yang bermaksud “Orang-orang yang makan
َ‫ ُدوْ ن‬6 ِ‫ا ٰخل‬66َ‫ار ۚ هُ ْم فِ ْيه‬ ِ َّ‫ ٰحبُ الن‬6 ‫ص‬
ْ َ‫ول ِٕىكَ ا‬
(mengambil) riba, tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan
lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka
berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah
menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan
dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya
dahulu (sebelum datang larangan) dan urusannya kembali kepada Allah. Orang yang kembali
(mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka dan mereka kekal di dalamnya”.
Mereka yang melakukan tindakan riba tidak dapat berdiri seperti berdirinya orang yang kemasukan
syaitan lantaran yang diibaratkan seperti orang yang sedang mabuk. Kemudian Allah memasukkan
mereka ke dalam neraka yang kekal. Allah SWT dan Rasulullah SAW akan memerangi mereka, serta
mereka dianggap kafir. Begitu tegasnya larangan riba sehingga setiap perilaku riba adalah orang yang
memerangi agamanya dan orang yang memerangi agama Allah maka akan diperangi oleh Allah dan
Rasul-Nya. Jelaslah, dalam Qs. Al-Baqarah2/278-279, perintah menjauhi riba tersebut menegaskan
bagi orang yang mengaku beriman tetapi masih juga menuntut riba walaupun riba itu telah dilarang.
Memakan riba lebih buruk dosanya daripada perbuatan zina, maka perbuatan itu merupakan perbuatan
dosa besar serta para ulama bersepakat riba adalah haram dan termasuk dosa besar.

Anda mungkin juga menyukai