Anda di halaman 1dari 9

Sentiasa menjaga kebersihan

o o o o

Basuh tangan dengan betul sebelum menyentuh makanan Basuh tangan selepas keluar dari tandas Basuh dengan bersih permukaan tempat makan atau penyediaan makanan dan peralatan yang digunakan untuk menyediakan makanan Pastikan kawasan dapur bebas dari serangga dan haiwan seperti tikus dan haiwan-haiwan yang lain

Sentiasa pisahkan makanan mentah dari yang telah dimasak:


o

Asingkan daging ayam dan makanan laut yang mentah dari yang telah dimasak

o o

Gunakan peralatan seperti pisau dan papan pemotong yang berbeza untuk penyediaan makanan yang belum dimasak Simpan makanan yang telah dimasak dan yang mentah didalam bekas yang berbeza untuk mengelakkan dari pencemaran silang

Sentiasa masak dengan sempurna


o o

Masak dengan sempuna, terutama sekali daging, ayam, telur dan makanan laut Panaskan makanan atau lebihan makanan dengan sempurna

Sentiasa simpan makanan pada suhu yang betul


o o

Jangan tinggalkan makanan pada suhu bilik lebih dari 4 jam Simpan semua makanan yang telah dimasak dan yang mudah basi didalam peti sejuk

Sentiasa gunakan air dan bahan mentah yang bersih


o o o

Minum hanya air yang telah dimasak atau air minuman yang dibotolkan/berbungkus. Pilih makanan yang segar dan berkhasiat Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran dengan sempurna jika dimakan mentah (ulam, salad)

Sentiasa pilih kedai makan yang bersih jika makan diluar


o

Hindari dari gerai/kedai makan yang kotor

Keselamatan Makanan Di Musim Perayaan

Tidak lama lagi masyarakat Cina akan menyambut kedatangan Tahun Baru Cina. Pastinya, pelbagai jenis makanan akan disajikan kepada tetamu yang hadir. Namun begitu, dalam keghairahan kita menyediakan juadah, janganlah dilupakan aspek keselamatan makanan. Dengan memastikan makanan adalah selamat, anda boleh mengelakkan pelbagai penyakit akibat makanan antaranya keracunan makanan. Keracunan makanan boleh berlaku apabila seseorang mengambil makanan yang tercemar dengan bakteria. Kesannya boleh dirasai selepas 3 hingga 24 jam yang boleh menyebabkan sakit perut, muntah-muntah dan cirit-birit. Keracunan makanan boleh bermula daripada pembelian dan penyimpanan bahan mentah, penyediaan makanan dan penyajian hidangan serta penyimpanan semual makanan yang telah dimasak. Semua ini biasanya berlaku secara berperingkat. Ia berlaku apabila bahan mentah yang dibeli awal dalam kuantiti yang banyak. Pengguna menggunakan alasan takut harga akan melambung tinggi, kekurangan bekalan bahan mentah dan tiada peniaga yang berniaga pada cuti perayaan. Pembelian bahan mentah yang banyak ini memerlukan ruang penyimpanan dan suhu yang sesuai. Jika semua makanan yang mudah rosak dimasukkan ke dalam peti sejuk, ia tidak dapat menampungnya kerana ruang penyimpanannya adalah terhad dan tidak mencapai suhu yang sesuai untuk penyimpanan. Pencemaran silang juga boleh berlaku apabila bahan mentah yang disimpan bercampur suhu yang sesuai untuk penyimpanan. Pencemaran silang juga boleh berlaku apabila bahan mentah yang disimpan bercampur aduk dan tidak mengikut tatacara simpanan yang betul, bakteria boleh berpindah daripada makanan mentah kepada makanan yang telah dimasak, contohnya, melalui titisan air daging atau ayam yang menitik pada makanan tersebut. Namun begitu, biskut raya dan kerepek seperti rempeyek dan maruku biasanya kurang risiko tercemar kerana makanan ini bersifat kering dan mudah disimpan.

Tips-tips keselamatan makanan:

i.

Pengendalian bahan mentah o Makanan mentah yang dibeli tidak bertukar warna, berbau busuk atau berulat o Sayur-sayuran masih segar,tidak bertukar warna atau layu o Daging, ikan, ayam dan sebagainya dalam keadaan segar. Jangan pilih daging, ikan, ayam yang telah berbau, berubah warna atau berubah tekstur

ii.

Membeli makanan yang selamat

Baca label Jangan terpedaya hanya dengan label yang menarik pada bungkusan makanan. Teliti bahan-bahan yang terkandung di dalamnya Pastikan makanan berada dalam keadaan baik dan belum tamat tarikh luput Baca dengan teliti arahan cara penyimpanan pada label. Ini dapat mengelakkan makanan menjadi rosak sebelum tamat tarikh luput

Tidak menggunakan atau memakan makanan dalam kotak atau tin jika: Penutup kotaknya retak, terbuka, koyak atau bocor Tin berkarat, mengelembung atau bocor Rosak dalam apa jua bentuk Tamat tarikh luput

Pengendalian makanan yang selamat Pulang segera selepas membeli bahan mentah dan makanan yang mudah rosak untuk mengurangkan makanan tersebut terdedah lama pada suhu bilik Makanan yang mudah rosak hendaklah disimpan dalam peti sejuk di ruang yang sepatutnya dengan segera Makanan mentah yang kering seperti laksa, beras dan sebagainya hendaklah disimpan dalam keadaan kering. Keadaan lembap sangat sesuai untuk pertumbuhan kulat Pastikan makanan mentah seperti ayam, daging, ikan dan sebagainya diletakkan berjauhan daripada makanan yang telah dimasak. Ini bagi mengelakkan pencemaran silang daripada berlaku Pastikan peralatan dibersihkan sebelum dan selepas digunakan

Pengendalian makanan yang telah dimasak Simpan makanan pada suhu yang betul untuk mengelakkan pembiakan bakteria: Makanan panas pada suhu yang panas Makanan sejuk pada suhu yang sesuai Makanan yang telah dimasak tetapi tidak dihidangkan hendaklah disejukkan segera sebelum disimpan di dalam peti sejuk. Jangan masukkan makanan panas ke dalam peti sejuk kerana ia akan meningkatkan suhu dalam peti sejuk Jangan mencampur adukkan makanan yang telah dimasak dengan makanan mentah di dalam peti sejuk Basuh tangan menggunakan sabun sebelum dan selepas penyediaan makanan

Panduan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO): 5 panduan makanan yang selamat i. ii. iii. iv. v. Jaga kebersihan Asingkan makanan mentah dari makanan yang sudah dimasak Masak dengan cara yang betul Simpan makanan pada suhu yang selamat Gunakan air dan bahan mentah yang selamat

GUNAKAN DERIA ANDA DI TAHUN BARU CINA Semasa berkunjung ke rumah sanak saudara dan sahabat handai di Tahun Baru Cina, pada kebiasaaanya kita akan disajikan dengan pelbagai jenis juadah. Walau bagaimanapun, juadah yang disediakan menjelang sambutan Tahun Baru Cina boleh juga menjadi punca kepada keracunan makanan. Untuk mengelakkannya, anda boleh mengamalkan konsep LIHAT, HIDU, RASA dalam membuat penilaian ringkas sama ada makanan tersebut masih elok atau telah basi. LIHAT - Berbuih, berlendir, berkulat, tamat tarikh luput HIDU - Berbau tidak menyenangkan dan berbeza daripada biasa RASA - Makanan yang telah menjadi basi atau busuk. Kebiasaannya akan memberi rasa masam atau tidak enak Oleh demikian, gunakanlah kebijaksanaan anda dalam memilih makanan yang selamat.

5 HEALTHY DIET 1. Apakah 5M?


o 5M merupakan satu pendekatan baru Kementerian Kesihatan Malaysia dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat Malaysia terutamanya dalam pengambilan makanan secara sihat. 5M merupakan singkatan bagi: Mengurangkan gula Mengurangkan garam Mengurangkan minyak Melebihkan buah-buahan Melebihkan sayur-sayuran

2. Bagaimanakah kita boleh kurangkan gula sepanjang lebaran ini?

o o

Gula sebenarnya boleh terdapat secara semulajadi (dalam buah-buahan, sayursayuran berkanji, susu dan hasil tenusu) atau secara tersembunyi (gula yang ditambah semasa memproses makanan dan semasa memasak di rumah. Contohnya minman bergas, minuman kordial, minuman bergula, gula-gula serta kuih-muih tradisional) Pengambilan gula yang sederhana dalam sehari adalah dalam lingkungan 10 sudu teh (50gram) termasuk bagi gula semulajadi atau gula tersembunyi. Gula dalam minuman adalah amat berbahaya kerana badan kita tidak dapat tukarkan gula ini kepada tenaga. Gula yang terkumpul ini akan ditukar kepada lemak yang menyebabkan seseorang itu gemuk dan berisiko mengidap penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung. Gigi juga boleh rosak. Bagaimana kurangkan gula semasa lebaran? Kurangkan memakan kuih-muih yang manis. Boleh diambil tapi pastikan dalam kuantiti yang sederhana. Lebihkan meminum air kosong daripada air gas atau air manis yang lain. Jika membuat kek atau biskut raya sendiri, kurangkan penggunaan gula dalam resepi. Contohnya kandungan gula dalam kek boleh dikurangkan kepada separuh tanpa menjejaskan rasa atau kualitinya. Pilih buah-buahan segar sebagai pencuci mulut. Kalau menggunakan buah dalam tin, pastikan memilih buah-buahan dalam tin yang menggunakan air atau jus semulajadi. Kurangkan gula dalam makanan, tambahkan senyuman sepanjang lebaran.

3. Garam diperlukan dalam menyedapkan juadah makanan. Tetapi pengambilan


garam secara berlebihan merbahayakan kesihatan. Apakah cara lain untuk mengurangkannya? o Kita memerlukan garam dalam kuantiti yang sedikit. Ini kerana garam yang berlebihan berkait dengan tekanan darah tinggi. Jadi, sepanjang lebaran pastikan tidak menggunakan garam secara berlebihan. o Selain itu, bahan-bahan makanan seperti herba (kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang) boleh juga dijadikan pengganti dalam menyedapkan juadah. Bahan-bahan seperti ini kurang bahan perisa dan ia juga mempunyai khasiat tersendiri yang baik untuk kesihatan.

4. Apabila menjelang lebaran, masyarakat kita banyak menggunakan minyak dalam


masakan. Ini ditambah pula dengan penggunaan santan untuk membuat rendang. Macam mana pula dengan penggunaan minyak? o Dalam konsep 5M, penggunaan minyak perlu dikurangkan. Ini kerana penggunaan minyak yang berlebihan dalam masakan boleh mengundang penyakit. o Sekiranya untuk membuat rendang, cuba elakkan menggunakan minyak masak. Cukuplah hanya menggunakan santan sahaja kerana santan boleh bertindak sebagai minyak. Jadi, apabila minyak dan santan digunakan sekali, ia menyebabkan minyak berlebihan. o Cuba elakkan menggunakan santan yang terlalu pekat. o Sekiranya menggunakan minyak, elakkan memasak makanan yang menggunakan santan dan amalkan memasak cara deep frying. Ia dapat mengurangkan minyak dalam makanan.

5. Buah-buahan sering dilupakan semasa menghidang juadah semasa lebaran.


Bagaimana untuk menggalakkan masyarakat mengambil buah-buahan di hari raya nanti? o Kebanyakkan masyarakat pada hari ini sering menjadikan kek, coklat dan gulagula sebagai hidangan atau pemanis mulut. Tetapi mereka lupa bahawa buahbuahan juga boleh dijadikan sebagai pemanis mulut juga. o Buah-buahan yang berbagai jenis rasa, warna, bentuk dapat menarik tetamu. Bukan itu sahaja, malah buah-buahan juga kaya dengan vitamin C yang amat diperlukan badan terutamanya kesihatan gigi. o Jadi, tiada masalah untuk kita melebihkan buah-buahan dalam kita menyambut lebaran.

6. Sayur-sayuran penting untuk kesihatan. Tetapi semasa lebaran kebanyakkan


juadah lebih menjurus kepada daging dan ayam. Jadi, adakah dengan pengambilan sayur-sayuran dapat mengimbangi diet yang sihat? o Sayur-sayuran mengandungi serat dan zat mineral yang penting untuk tubuh dan sistem penghadaman. Kehadiran serat ini dapat membantu mengurangkan tahap kolesterol darah. o Jadi, hidangan sayur-sayuran amatlah penting semasa menikmati juadah lebaran kerana ia dapat mengimbangi diet kita terutama sekali tahap kolesterol darah yang terhasil daripada pengambilan daging dan ayam. o Misalnya, semasa memasak mi goreng, lebihkan sayur-sayuran sebagai rencah dalam masakan mi tersebut. Sayur-sayuran juga boleh dihidang sebagai ulamulaman semasa menikmati juadah yang lain. Selain itu, terdapat juga juadah o lebaran yang mengandungi sayur seperti lontong.

Konsep Pusat Promosi Kesihatan Komuniti

Pusat Promosi Kesihatan Komuniti merupakan satu tempat yang menyediakan perkhidmatan promosi kesihatan yang terancang dengan tumpuan terhadap membina pengetahuan dan kemahiran gaya hidup sihat (healthy lifestyle skills) dikalangan peserta. Pusat ini menyediakan peluang dan memberi faedah kepada masyarakat sekitar bagi mencapai visi KKM. Pusat ini akan diuruskan oleh Pegawai Pendidikan Kesihatan dan dibantu oleh beberapa petugas sukarela yang mahir dalam bidang berkaitan.Fasilitator Kempen Cara Hidup Sihat yang dilatih akan menjadi faeder kepada pusat ini.

Perancangan serta penyeliaan pusat ini akan dikendalikan oleh satu jawatankuasa khas yang keanggotaanya terdiri dari Pengerusi, Naib Pengerusi, Pengurus dan ahli jawatankuasa. Program-program yang berbentuk latihan kemahiran dan lain-lain akan disediakan secara berjadual dan berkala. Semua peserta akan didaftar sebagai ahli pusat dan untuk tujuan tersebut kad ahli akan disediakan.

Objektif pusat ini antara lain ialah :

Memberi peluang kepada masyarakat membina pengetahuan dan kemahiran gaya hidup sihat. Membimbing peserta mencapai matlamat ke arah kesejahteraan. Menanam kesedaran pentingnya menjaga dan meningkatkan kesihatan. Membentuk rangkaian individu yang bertindak sebagai petugas penting (fasilitator) yang menyokong usaha promosi kesihatan.

Tempat

Pusat akan ditempatkan di Unit Promosi Kesihatan Negeri dan menggunakan kemudahan sedia dengan sedikit tambahan ruang untuk menempatkan bilik latihan. Peserta Tumpuan peserta program ialah :

Anggota perkhidmatan awam dan swasta Pelajar (sekolah dan pusat pengajian awam/swasta) Belia Ibubapa Wanita Badan/persatuan bukan kerajaan

Aktiviti Pusat Latihan kemahiran gaya hidup sihat yang meliputi:


Pengurusan tekanan dan relaksasi Pengurusan masa Bertegas diri (assertiveness) Keibubapaan berkesan Kecergasan Komunikasi

Penilaian tahap kesihatan yang meliputi:

Penilaian kecergasan

Tekanan darah Kandungan gula dalam darah Tahap kolesterol Body Mass Index

Aktiviti berkumpulan meliputi:


Senaman arobik / Tai Chi / Regangan Masakan sihat Sukanika sihat ceria

Promosi Promosi kesedaran dan galakan tentang pusat dan aktiviti akan dibuat menggunakan kemudahan kesihatan, pejabat/tempat kerja, sekolah/pusat pengajian, radio dan tempat awam melalui risalah, poster dan sesi penerangan.

Panduan Pelaksanaan PPKK

Modul Makan Secara Sihat

Modul Minda Sihat

Modul Modul berhenti Senaman dan Merokok aktiviti fizikal

Anda mungkin juga menyukai