Anda di halaman 1dari 5

Punca Keracunan Makanan:

Punca keracunan makanan:

 Bakteria atau racun (toksin) bakteria tersebut dan virus


 Bahan kimia seperti racun serangga dan racun rumpai
 Logam berat seperti tembaga, raksa dan plumbum
 Tumbuhan dan hasil laut yang beracun seperti kulat, cendawan dan hasilan laut
bercengkerang seperti kekerang

Tanda dan Gejala keracunan makanan:

Tanda dan gejala keracunan makanan bergantung kepada :

 Keracunan tersebut
 Kuantiti/jumlah bakteria, virus atau agen penyebab toksin yang telah dimakan
 Umur seseorang
 Sistem ketahanan badan (imuniti) seseorang

Pesakit itu mungkin akan mengalami :

 Rasa loya
 Cirit-birit
 Muntah-muntah
 Sakit perut
 Berpeluh/demam
 Sakit kepala

Antara sebab terjadinya keracunan makanan ialah:

 Makanan ditinggalkan pada suhu bilik untuk tempoh yang lama (lebih dari 4
jam)
 Makanan tidak dimasak dengan sempurna
 Makanan tidak disimpan dengan baik (makanan yang mentah di disimpan
bersama dengan makanan yang telah dimasak)
 Makanan yang telah sejuk tidak dipanaskan dengan sempurna
 Makanan yang beku seperti daging tidak dinyahbekukan dengan sempurna
sebelum dimasak
 Memakan lebihan makanan secara terus tanpa dipanaskan dengan sempurna
 Kaedah penyediaan makanan yang tidak bersih
 Makanan tersebut disediakan oleh orang yang menghidapi atau pembawa
penyakit yang disebarkan melalui makanan seperti typhoid dan taun

Keracunan Makanan.

1.0 Langkah-Langkah & Pencegahan Keracunan Makanan.

Bagaimana untuk mengelakkan keracunan makanan?

1. Sentiasa menjaga kebersihan


2. Basuh tangan dengan betul sebelum mengendalikan makanan
3. Basuh tangan selepas keluar dari tandas
4. Basuh dengan bersih permukaan dan peralatan yang digunakan untuk menyediakan
makanan
5. Pastikan kawasan dapur bebas dari serangga , makhluk perosak dan haiwan-haiwan yang
lain
6. Sentiasa pisahkan makanan mentah dari yang telah dimasak:
7. Asingkan daging ayam dan makanan laut yang mentah dari yang telah dimasak
8. Gunakan perkakas seperti pisau dan papan pemotong yang berbeza untuk penyediaan
makanan yang belum dimasak
9. Simpan makanan yang telah dimasak dan yang mentah didalam bekas yang berbeza untuk
mengelakkan dari pencemaran silang
10. Sentiasa masak dengan sempurna
11. Masak dengan sempuna, terutama sekali daging, ayam, telur dan makanan laut
12. Sentiasa simpan makanan pada suhu yang betul
13. Jangan tinggalkan makanan pada suhu bilik lebih dari 4 jam
14. Simpan semua makanan yang telah dimasak dan yang mudah basi didalam peti sejuk / peti
sejuk beku
15. Sentiasa gunakan air dan bahan mentah yang bersih
16. Minum hanya air yang telah dimasak atau air minuman yang dibotolkan/berbungkus.
17. Pilih makanan yang segar dan berkhasiat
18. Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran dengan sempurna jika dimakan mentah (ulam, salad)
19. Jangan makan makanan yang telah melepasi tarikh luput
20. Sentiasa pilih kedai makan yang bersih jika makan diluar
21. Hindari dari gerai/kedai makan yang kotor.
2.0 Apa yang perlu saya lakukan jika mengalami keracunan makanan?

1. Segera ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan


2. Ikut nasihat doktor
3. Simpan makanan yang disyaki untuk siasatan oleh pegawai berkuasa
4. Pastikan tiada orang lain makan makanan tersebut
5. Maklumkan dengan segera Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat.

http://www.myhealth.gov.my/keracunan-makanan/

3.0 Risiko Aditif & Pencemaran Makanan.

Pengenalan.

Bahan semula jadi atau bahan sintetik yang ditambah ke dalam campuran makanan
ternakan untuk meningkatkan pertumbuhan, menghalang sesuatu penyakit, membaiki
kekurangan nutrien, menambahkan cita rasa, menggalakkan pengambilan makanan,
meningkatkan jangka masa penyimpanan dan memudahkan pemprosesan makanan.
Contoh bahan-bahan ini ialah antibiotik, antelmintik, bahan perasa, prebiotik dan
probiotik, antioksidan, natrium bentonit dan molas. Walau bagaimanapun, bahan-bahan
ini tidak semestinya perlu dimasukkan ke dalam makanan ternakan.

Apakah Itu Aditif Makanan?


Aditif makanan adalah bahan yang selamat dimakan yang ditambah secara sengaja ke dalam
makanan dalam kuantiti yang sedikit tetapi tidak termasuk vitamin dan mineral.

Tujuan aditif makanan ditambah dalam makanan adalah untuk :

1. Memanjangkan jangka hayat penyimpanan makanan


2. Meningkatkan kualiti makanan dan persembahan (tekstur, warna, rupa, rasa dan
konsistensi)
3. Menambah keenakan makanan
4. Memberi pilihan kepada pengguna

Aditif makanan seharusnya tidak dikelirukan dengan bahan pencemaran (kontaminan).


Bahan pencemaran adalah bahan yang tidak ditambah secara sengaja dalam makanan
seperti logam berat, residu racun perosak dan drug veterinar.

Bagaimana Penggunaan Aditif Makanan Dikawal?


Kementerian kesihatan bertanggungjawab mengawal dan meluluskan penggunaan aditif
dalam makanan. Oleh kerana penggunaan aditif digunakan secara meluas dalam makanan
kawalan ketat terhadap penggunaan aditif amatlah penting.  Hanya aditif yang sesuai dan
selamat saja yang boleh ditambah pada makanan. Penggunaan aditif makanan hanya
dibenarkan dalam makanan tertentu sahaja dan kadar maksimum adalah ditetapkan seperti
yang disenaraikan di bawah peraturan-peraturan makanan 1985. Kementerian kesihatan
hanya meluluskan aditif makanan untuk kegunaan dalam makanan apabila terdapat bukti
kukuh bahawa aditif makanan tersebut tidak mendatangkan kesan bahaya kepada kesihatan
manusia hasil dari penggunaannya. Pada masa yang sama, kementerian kesihatan
menjalankan program pemantauan yang berterusan bagi memastikan penggunaan aditif
makanan mematuhi kadar yang dibenarkan di bawah peraturan-peraturan makanan 1985.

Bagaimana Untuk Mengetahui Aditif Makanan Telah Ditambah Ke Dalam Makanan?

1. Pengguna perlu membaca label.

Di bawah  undang-undang sedia ada, apa-apa makanan yang telah ditambah dengan aditif
makanan mesti mempunyai  penyataan “mengandungi (jenis aditif makanan yang
berkenaan) yang dibenarkan di senarai ramuan. Contohnya “mengandungi pewarna yang
dibenarkan“.Kadang kala label juga memberikan maklumat tambahan berkaitan jenis aditif
makanan secara spesifik yang telah ditambah ke dalam makanan. Contohnya “mengandungi
pewarna yang dibenarkan (ponceau 4r)”.
Ada juga label yang mengandungi maklumat tambahan di mana nombor rujukan aditif yang
digunakan di peringkat antarabangsa dinyatakan pada label. Contohnya “Mengandungi
pengemulsi (sodium pyrofosfat (e450) sebagai kondisioner makanan yang dibenarkan”.

http://www.myhealth.gov.my/aditif-makanan-apa-yang-perlu-anda-tahu/

4.0 Penyediaan Bahan Makanan Yang Boleh Dan Selamat.

Makanan Selamat
Makanan yang selamat ialah makanan yang bebas dari pencemaran. Penyediaan makanan yang
selamat adalah penting untuk mencegah keracunan makanan.

Panduan Penyediaan
1. Jaga Kebersihan
-Basuh tangan anda sebelum dan selepas menyediakan makanan.
-Basuh tangan anda selepas keluar dari tandas.
-Cuci peralatan yang digunakan untuk menyediakan makanan dengan bersih.
-Lindungi kawasan dapur dan makanan daripada dicemari oleh serangga, tikus dan lain-lain.
-Jika makanan dan kuman bersentuhan, ia boleh menyebabkan makanan tercemar dan
mengakibatkan keracunan makanan.

2. Asingkan Makanan Mentah


-Makanan mentah seperti daging, hasil ayam dan makanan laut serta air lelehannya mengandungi
kuman berbahaya yang boleh mencemarkan makanan lain semasa penyediaan dan penyimpanan
makanan.
-Makanan mentah seperti daging, hasil ayam dan makanan laut serta air lelehannya mengandungi
kuman berbahaya yang boleh mencemarkan makanan lain semasa penyediaan dan penyimpanan
makanan.

3. Masak Dengan Cara Yang Betul.


-Masak makanan berkuah dan sup sehingga mendidih. Bagi daging dan hasil ayam, pastikan air
rebusannya kelihatan jernih dan bukan berwarna merah jambu.
-Memasak makanan dengan sempurna dapat membunuh semua bakteria berbahaya.

4. Simpan Makanan Pada Suhu Yang Selamat


-Simpan makanan yang telah dimasak dan cepat rosak di dalam peti sejuk (pada suhu di bawah 5°C).
-Tidak membiarkan makanan lebih daripada 2 jam pada suhu bilik.
-Pada suhu bilik, kuman boleh membiak dengan cepat. Pertumbuhan kuman akan berkurangan atau
terhenti pada suhu di bawah 5°C atau atas 60°C.

5. Gunakan Air Dan Bahan Mentah Yang Selamat.


-Guna air yang bersih atau yang telah dirawat.
-Elakkan makanan yang telah tamat tarikh luputnya.
-Bahan mentah termasuk air dan ais boleh tercemar oleh kuman dan bahan-bahan kimia berbahaya.
-Bahan toksik boleh terhasil pada makanan yang berkulat dan rosak.

http://www.myhealth.gov.my/penyediaan-makanan-yang-selamat/

Anda mungkin juga menyukai