Anda di halaman 1dari 12

APAKAH ITU KERACUNAN MAKANAN

Keracunan makanan adalah penyakit yang berlaku akibat memakan makanan yang tercemar. Makanan dikatakan tercemar jika ia mengandungi sesuatu benda atau bahan yang seharusnya berada di dalamnya.

Tiga jenis pencemaran makanan utama

Biologikal bakteria, fungi (kulat dan yis ) dan virus

Kimia racun serangga, Racun rumpai, bahan pencuci kimia dan bahan pengawet berlebihan.

Fizikal benda atau bahan asing seperti rambut, cebisan kaca, paku dan lainlain.

PUNCA-PUNCA KERACUNAN MAKANAN

Punca utama berlakunya keracunan makanan adalah dengan memakan makanan dan minuman yang : Mengandungi toksid atau racun semulajadi seperti sesetengah jenis kulat, cendawan, makanan laut (shell fish) dan sebagainya.

Tercemar oleh kuman yang berbahaya.

Tercemar oleh bahan-bahan kimia.

Tercemar oleh bahan-bahan / bendasing

TANDA-TANDA DAN GEJALA

Gejala yang dialami berbeza dari seorang ke seorang yang lain dan bergantung kepada : Jenis racun atau jenis bakteria. Jumlah racun atau bacteria yang termakan. Umur seseorang Ketahanan seseorang.

Tanda-tanda dan gejala keracunan

MENGAPA IA BERLAKU ?

Pengendali makanan Tidak mengamalkan kebersihan diri ketika menyediakan, menghidang dan menjual makanan. Mengamalkan kelakuan / amalan buruk seperti merokok, berbual-bual, bersin kea rah makanan, meludah semasa menyedia dan menjual makanan.

Tidak mengendahkan kebersihan persekitaran luar dan dalam premis makanan. Membiarkan makanan terdedah kepada serangga / haiwan lain dan pencemaran fizikal. Mengamalkan amalan pelanggan mengambil sendiri makanan BAGAIMANA PENGGUNA BOLEH MENGELAKKAN tanpa kawalan atau layan diri oleh pelanggan.

MAKANAN?

Keracunan makanan dapat dielakkan apabila pengguna secara bijak menuntut hak-hak mereka untuk : Memilih makanan yang dijual oleh pengendali makanan yang mengamalkan kebersihan diri dan persekitaran. Tidak melanggani premis makanan yang kotor dan yang tidak mematuhi peraturan kebersihan. Melaporkan kepada pejabat kesihatan / Pihak Berkuasa Tempatan tentang peniaga yang tidak mematuhi peraturan. Tidak menggunakan atau memakan makanan dalam tin atau paket : - Tin kemek atau karat - Rosak dalam apa jua bentuk - Tamat tempoh penggunaan.

BAGAIMANA MENCEGAH KERACUNAN MAKANAN ?

Cara yang paling baik dan berkesan untuk mencegah kajadian keracunan makanan adalah dengan melindungi makanan dari tercemar dan mengawasi punca-punca pecemaran seperti berikut:1 Manusia (pengendali makanan)

Mengelakan amalan buruk seperti merokok, mengorek hidung dan telinga serta menggaru kepala atau bahagian-bahagian lain semasa mengendalikan makanan.

Sentiasa mengamalkan kebersihan dan kesihatan diri supaya tidak menjadi punca jangkitan kepada orang lain. Membasuh tangan secara teliti terutama selepas ke tandas, memegang bahan mentah dan mengangkut sampah sarap. Menjaga 2 kebersihan persekitaran di dalam dan di luar premis. Bahan mentah Sentiasa tudung makanan yang dihidang. Bahan-bahan mentah, terutama daging atau hasilnya harus disimpan pada suhu yang rendah (<40C). Bahan mentah harus disimpan berasingan daripada makanan yang sudah dimasak dan sedia untuk dimakan. Ini dapat mengelakkan pencemaran silang dari bahan mentah ke makanan yang sedia dimakan.

Gunakan peralatan seperti pisau dan papan memotong yang berasingan untuk mengelakkan pencemaran. Cuci bahan mentah dengan teliti untuk mengeluarkan kekotoran atau bendasing pada permukaannya. Basuh tangan secara teliti setelah memegang bahan mentah seperti daging mentah sebelum mengendalikan makanan yang sedia dimakan seperti kuih-muih dan salad.

Serangga dan haiwan

Makhluk perosak seperti lalat, lipas, tikus, burung dan binatang peliharaan adalah pembawa habuk, kekotoran dan bakteria. Kawalan serangga dan haiwan ini akan membantu mengurangkan pencemaran makanan secara berkesan.

Bekalan air

Jika air yang digunakan tidak diperolehi secara langsung dari sumber utama ( contohnya dari tangki yang terdedah atau menggunakan sambungan paip getah ), pencemaran boleh berlaku melalui kebocoran ini.

Sisa dan bahan buangan

Bahan buangan yang mengandungi makan yang sedang mereput, sisa kulit kupasan dan bahan organic

yang menjadi sumber bakteria hidup dan membiak dengan mudah.

Bekas sisa dan sampah sarap yang terdedah atau melimpah akan menarik haiwan dan serangga perosak seperti tikus, burung, lalat dan lipas.

Anda mungkin juga menyukai