Anda di halaman 1dari 17

Folio Persatuan Bulan Sabit Merah SMK Seri Serdang

Tajuk:
Muntah akibat Termakan / Terminum Bahan Beracun serta Rawatannya

Nama Kumpulan: Nama ahli:


Adam Ng Sihang 2) Chew Hui Mun 3) Chong Jun Jee 4) Chong Shek Yee 5) Hee Chee Ann 6) Keong Jia Yee 7) Yee Chui Teng
1)

Hope

Slogan Kumpulan: Hope for Everyone


(6 (6 (6 (6 (6 (6 (6 Mulia B) Kreatif B) Kreatif B) Kreatif B) Setia B) Setia B) Setia B) Puan

Nama Guru Penasihat:


Salmiah

Isi Kandungan
Perkara
1) Penghargaan 2) Objektif 3) Pengenalan 4) Faktor Muntah Berlaku 5) Langkah Mencegah Muntah 6) Kesan Muntah

Muka Surat

Penghargaan
Penghasilan folio PBSM ini telah melibatkan kerjasama daripada pelbagai pihak. Oleh itu, kumpulan kita, Hope ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan sehingga projek ini dihasilkan dengan sempurnanya. Terlebih dahulu, kita ingin berterima kasih kepada sekolah kita, iaitu SMK Seri Serdang yang telah memberi kita peluang untuk menghasilkan folio ini. Malah, guru penasihat Persatuan Bulan Sabit Merah sekolah ini, iaitu Puan Salmiah, telah menerangkan pelbagai maklumat tentang penghasilan folio ini. Misalnya, topik folio, isinya, cara mendapat maklumat dan membuat folio. Kita turut ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sekumpulan yang sudi bekerjasama untuk menjalankan tugas yang dibahagikan. Tiada kata dan madah yang dapat menggambarkan rasa terhutang budi kita. Penghargaan dan ucapan terima kasih sesungguhnya tidak dapat dilahirkan dengan sempurna dalam beberapa baris ucapan ini. Namun, setinggi-tinggi penghargaan ditunjukkan kepada mereka yang telah menyumbangkan tenaga.

Objektif
Objektif menghasilkan folio ini adalah untuk:
1)

Mengumpul maklumat tentang sebab muntah berlaku akibat termakan atau terminum bahan beracun serta kesannya terhadap tubuh kita.

2)

Memahami cara merawat muntah akibat termakan atau terminum bahan beracun.

3)

Mengenalpasti amalan buruk yang menyebabkan muntah akibat termakan atau terminum bahan beracun dalam kehidupan seharian.
4)

Mengetahui cara dan amalan kebersihan untuk mencegah muntah akibat termakan atau terminum bahan beracun.

5)

Menanamkan

sifat

prihatin

dan

bertanggungjawab

semasa

mengendalikan makanan.

Pengenalan
Muntah ialah satu proses aktif yang membabitkan pengecutan otot perut yang membolehkan kandungan di dalamnya dikeluarkan melalui perut. Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan muntah. Salah satu sebabnya adalah ketika kita keracunan, iaitu semasa kita termakan atau terminum bahan beracun serta makanan yang telah dicemari racun, biasanya bakteria. Inilah tindakan tubuh kita yang biasa sebagai satu kaedah pertahanan. Bergantung pada jenis racun, muntah berlaku dalam tempoh 3 hingga 24 jam selepas kita keracunan. Kesan yang dibawa oleh muntah boleh agak serius. Kekurangan air tubuh yang terlalu serius boleh membawa kematian. Dalam konteks sains, muntah merupakan satu proses kompleks yang membabitkan bahagian otak manusia. Pusat muntah di bahagian otak mempunyai banyak reseptor neurotransmiter seperti serotonin, asetikolin, kortikosterol, histamin, kanabonoid, opiod dan reseptor NK 1. Jika reseptor ini diaktifkan oleh bahan kimia tertentu seperti toksin yang dihasilkan oleh bakteria, impuls inferen dari pusat muntah akan dihantar ke bahagian otot abdominal, pusat pernafasan dan saraf kranial. Ini menyebabkan proses muntah berlaku. Antara jenis bakteria yang menghasilkan toksin tersebut temasuklah salmonella, shigella, staphylococcus, E.coli, entamoeba histolytica ,yersinia enterocolitica dan campylobacter. Campylobacter terdapat dalam ayam mentah, daging dan susu tidak pasteur. Muntah akibat keracunan makanan sering berlaku. Malah, kematian yang berpunca daripadanya pernah dilaporkan. Ramai di antara kita mengalami muntah sekurang-kurangnya sekali setahun. Dari Januari hingga Ogos pada tahun yang lepas, 13 kes yang melibatkan 801 orang

dan satu kes kematian telah dilaporkan. Daripada jumlah tersebut, 601 orang mangsa terdiri daripada pelajar sekolah. Dari segi perundangan, kita mempunyai Akta Makanan 1983 yang bertujuan untuk melindungi orang ramai daripada bahaya penipuan dalam penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan. Tetapi, kita jarang mendengar ada orang didakwa kerana kesalahan tersebut.

Faktor Muntah Berlaku akibat

Termakan / Terminum Bahan Beracun


Antara punca muntah berlaku akibat termakan atau terminum bahan beracun termasuklah kemunculan bakteria dalam makanan kerana proses pengendalian makanan kotor, makanan tidak dimasak dengan sempurna atau makanan terdedah kepada suhu persekitaran 30 darjah Celsius.

Makanan yang menyebabkan muntah dicemari oleh:

toksin daripada sesetengah jenis kulat seperti aflatoksin yang terdapat pada bijirin toksin daripada cendawan dan tumbuh-tumbuhan yang beracun

kuman yang berbahaya

mikroorganisma

virus bahan-bahan kimia

racun seperti racun serangga yang tinggi kepekatannya lalat

habuk

Contoh makanan yang sering dipengaruhi bakteria:


makanan mentah telur susu atau makanan bersusu seperti keju dan krim masakan berlemak seperti nasi lemak, nasi beriyani dan mi

roti kuih-muih makanan laut seperti kerang daging lembu, ayam dan ikan makanan dalam tin yang telah kemik, yang kembung pada bahagian atasnya atau yang berkarat

Amalan Buruk Penjaja yang Menyebabkan Muntah


tidak menjaga kebersihan diri ketika menyediakan, menyimpan dan menghidang makanan seperti merokok, berbual-bual, bersin ke arah makanan dan meludah di merata-rata tempat. tidak mengendahkan kebersihan persekitaran luar dan premis makanan seperti mendedahkan makanan kepada lalat, habuk dan sebagainya. tidak mengikut langkah keselamatan semasa mengendalikan makanan seperti tidak menyimpan makanan dengan cara yang betul, tidak menyimpan daging di tempat dingin, membiarkan makanan beku mencair di suasana yang panas dalam masa yang terlalu lama, mendedahkan makanan tin kepada suhu bilik selepas dibuka, mendedahkan makanan basah dan berair di tempat panas dan tidak mencuci buahbuahan serta sayur-sayuran dengan baik.

Amalan Buruk Pengguna yang Menyebabkan Muntah


tidak mengamalkan kebersihan diri mengambil makanan seperti menjamah dengan tangan yang kotor.

semasa makanan

tidak mempedulikan kebersihan makanan yang dibeli.

tidak menuntuk hak-hak pengguna yang sepatutnya.

Langkah Mencegah Muntah akibat Termakan / Terminum Bahan Beracun


Tindakan Pengguna untuk Menuntut Hak-hak secara Bijak

tidak melanggani premis makanan yang kotor dan tidak mematuhi peraturan kebersihan. hanya memilih makanan yang dijual oleh pengendali makanan yang mengamalkan kebersihan diri dan persekitaran. melaporkan nama penjaja yang tidak mematuhi peraturan kebersihan kepada Pejabat Kesihatan atau Pihak Berkuasa Tempatan. tidak mengambil makanan yang rosak dalam apa jua bentuk, misalnya, tin makanan kemek atau berkarat, paket makanan bocor dan makanan telah tamat tempoh penggunaannya.

Amalan Kebersihan yang Mencegah Muntah

Makanan yang telah dimasak perlu disimpan dalam keadaan yang sesuai seperti dalam bekas yang ditutup atau dibungkus, di atas pemanas atau kawasan dingin. Makanan yang dihidang pula, patut ditudung daripada lalat, serangga dan habuk. Makanan yang mudah rosak seperti daging, ikan dan sayur-sayuran hendaklah disimpan di dalam peti sejuk. Peti sejuk mestilah kurang daripada 4 atau 0 darjah Celsius. Kita perlu ingat bahawa suhu sejuk tidak dapat membunuh bakteria, tetapi hanya dapat menghalang bakteria daripada membiak.Kita juga harus mengasingkan makanan yang telah dimasak daripada makanan yang belum dimasak atau yang mentah. Hal ini kerana makanan yang telah dimasak lebih mudah tercemar berbanding dengan makanan yang belum dimasak. Seterusnya, kita patut membasuh tangan dengan teliti sebelum dan selepas menyentuh makanan bagi mengelakkan pencemaran bakteria salmonella dan organisma yang lain. Jangan mengambil makanan dengan tangan, tetepi dengan menggunakan garpu, sudu atau penyepit. Gunakan alat-alat yang bersih untuk menyediakan makanan. Peralatan dapur seperti alat pemotong perlu dibasuh dengan air panas sebelum penggunaan terutamanya alat pemotong daging. Alat pemotong yang terbaik ialah jenis arkrilik kerana mudah dibasuh dan tidak meninggalkan alur yang membolehkan bakteria hidup. Kita juga harus menggunakan alat-alat yang berasingan bagi makanan mentah dan makanan yang dimasak. Contohnya, menggunakan alat pemotong yang berasingan bagi daging dan sayur- sayuran. Tambahan pula, kita perlu mengelak menggunakan telur retak yang berkemungkinan mangandungi bakteria salmonella. Walau bagaimanapun, telur yang sempurna juga berkemungkinan mengandungi salmonella. Oleh sebab salmonella mudah dihapuskan pada suhu tinggi, masak telur dengan sepenuhnya merupakan cara yang terbaik. Telur mentah dan yang separuh masak patut dielakkan. Kita lebih baik makan makanan yang dimasak serta merta. Tetapi, makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran agak selamat dalam keadaan semula jadinya. Apabila

makanan telah sejuk, bakteria lebih mudah mencemarinya. Oleh itu, jika ingin makan makanan yang telah sejuk, panaskannya semula dengan teliti sebelum makan.

Kesan Muntah akibat Termakan / Terminum Bahan Beracun


Jika makanan dicemari bakteria, bakteria akan menghasilkan toksin yang memberikan kesan langsung pada tubuh badan kita. Antara kesan muntah akibat termakan atau terminum bahan beracun termasuklah: kurang atau tiada selera makan badan penat status mental terganggu gagal menjalani aktiviti seharian saluran kerongkong terluka luka badan mudah terbuka gagal merawat penyakit tertentu seperti kanser kurang zat makanan keseimbangan metabolik terganggu mengalami dehidrasi, iaitu kehilangan air dalam badan. Sekiranya kekurangan air badan terlalu serius, maut boleh dibawa.

Rawatan Muntah akibat Termakan / Terminum Bahan Beracun


Mangsa tidak harus diberi apa-apa melalui mulut sekiranya racun itu daripada kategori ubat-ubatan sehinggalah nasihat doktor diperoleh terlebih dahulu . Mangsa harus diberi setengah gelas susu atau air biasa dengan segera sekiranya racun tersebut merupakan bahan kimia yang digunakan dalam rumah, umpamanya sabun kecuali apabila mangsa tidak sedar diri , tidak berupaya menelan atau mengalami sawan. Ia bergantung pada kepekatan kandungan bahan pencuci dalam perut . Kanak-kanak disyorkan minum lebih daripada 60 ml ( 1 cawan ) susu atau air biasa, manakala orang dewasa minum kurang daripada 150 ml ( 2 .5 cawan ) . Mangsa juga boleh minum air panas yang dicampurkan dengan buah pelaga yang ditumbuk halus atau minum minuman yang dicampurkan dengan sejenis serbuk yang mengandungi glukosa. Bagi bayi yang menyusu botol, hentikan pemberian susu.

Mangsa patut disuruh muntah jika faktor muntah disebabkan oleh keracunan yang melibatkan dadah, racun serangga dan tumbuhan yang beracun . Mangsa keracunan produk petroleum dan produk kaustik tidak digalakkan muntah kerana akan mendatangkan kesan yang lebih buruk . Mangsa perlu dihantar ke hospital untuk diberi bendalir secara intravena sekiranya mengalami dehidrasi, diberi suntikan dadah antiemetik sekiranya mengalami muntah yang teruk atau diberi ubat muntah seperti Dimenhidrinat Dolasetron Mesilat Dronabinol Granisetron Hidroklorida Meklizin hidroklorida Metoklopramida Hidroklorida Prokloperazin Maleat Prometazin Hidroklorida Trimetabenzamida Hidroklorida

Garis Panduan semasa Rawatan


elakkan makanan pejal, susu, kopi dan jus oren elakkan makanan yang pedas elakkan makanan yang berminyak dan berlemak minum minuman bergas, jus buah-buahan sedikit demi sedikit kerap makan makanan dalam jumlah yang sedikit sepanjang hari kerap mandi dan minum untuk mengelakkan kekeringan tubuh

Lampiran

Muntah akibat termakan atau terminum bahan beracun

Makanan laut yang berkemungkinan mengandungi bakteria

Cendawan beracun yang menyebabkan muntah

Pemberian bendalir secara intravena sebagai rawatan muntah

Membasuh tangan untuk menghalang pencemaran bakteria

Rujukan
1) Pre-U Text STPM Biology, Lee Ching, 2011 2) Ace Ahead Biology, Lee Soon Ching, Charlie Lok, 2008
3) 4)

http:// www.infosihat.gov.my http:// health.groups.yahoo.com

Anda mungkin juga menyukai