Anda di halaman 1dari 4

Keracunan Makanan Kita Boleh Mengelakkannya

Apakah itu keracunan makanan? Keracunan makanan adalah penyakit yang berlaku akibat memakan makanan yang tercemar. Makanan dikatakan tercemar jika ia mengandungi sesuatu benda atau bahan yang tidak seharusnya berada di dalamnya. Tiga jenis pencemaran makanan utama

Biologikal bakteria, fungi (kulat dan yis) dan virus. Fizikal benda atau bahan asing seperti rambut, cebisan kaca, paku dan lain-lain. Kimia racun serangga, racun rumpai, bahan pencuci kimia, aditif makanan seperti pengawet yang berlebihan.

Punca-punca keracunan makanan Punca utama berlakunya keracunan makanan adalah dengan memakan makanan atau meminum minuman yang : Mengandungi toksin atau racun semulajadi seperti sesetengah jenis kulat, cendawan, makanan laut (shellfish) dan sebagainya. Tercemar oleh kuman yang berbahaya Tercemar oleh bahan-bahan kimia Tercemar oleh bahan-bahan/bendasing

Tanda-tanda dan gejala Gejala yang dialami berbeza dari seorang ke seorang yang lain dan bergantung kepada : Jenis racun atau jenis bakteria Jumlah racun atau bakteria yang termakan Umur seseorang Ketahanan seseorang

Biasanya tanda-tanda dan gejala mulai timbul beberapa jam selepas memakan makanan yang tercemar atau beberapa hari kemudiannya. Tanda-tanda dan gejala keracunan Loya dan muntah Memulas dan sakit perut Kadangkala demam dan dehidrasi Cirit birit

Mengapa ia berlaku? Pengendali makanan Tidak mengamalkan kebersihan diri ketika menyedia, menghidang dan menjual makanan Mengamalkan kelakuan/amalan buruk seperti merokok, berbual-bual, bersin ke arah makanan, meludah merata-rata semasa menyedia dan menjual makanan. Tidak mengendahkan kebersihan persekitaran luar dan dalam premis makanan. Membiarkan makanan terdedah kepada serangga/haiwan lain dan pencemaran fizikal. Menggalakkan amalan pelanggan mengambil sendiri makanan tanpa kawalan atau layan diri oleh pelanggan.

Bagaimana pengguna boleh mengelakkan keracunan makanan? Keracunan makanan dapat dielakkan apabila pengguna secara bijak menuntut hak-hak mereka untuk :

Memilih makanan yang dijual oleh pengendali makanan yang mengamalkan kebersihan diri dan persekitaran. Tidak melanggani premis makanan yang kotor dan yang tidak mematuhi peraturan kebersihan. Melaporkan kepada Pejabat Kesihatan/Pihak Berkuasa Tempatan tentang pengendali makanan yang tidak mematuhi peraturan kebersihan makanan. Tidak menggunakan atau memakan makanan dalam tin atau paket jika : Tin kemek atau karat

Paket bocor Gelembong Rosak dalam apa jua bentuk Tamat tempoh penggunaan

Bagaimana mencegah keracunan makanan? Cara yang paling baik dan berkesan untuk mencegah kejadian keracunan makanan adalah dengan melindungi makanan dari tercemar dan mengawasi punca-punca pencemaran seperti berikut : 1. Manusia (pengendali makanan) Mengelakkan amalan buruk seperti merokok, mengorek hidung dan telinga serta menggaru kepala atau bahagian-bahagian lain pada badan/semasa mengendalikan makanan. Sentiasa mengamalkan kebersihan dan kesihatan diri supaya tidak menjadi punca jangkitan kepada orang lain. Membasuh tangan secara teliti terutama selepas ke tandas, memegang bahan mentah, mengangkut sampah sarap atau sisa makanan. Menjaga kebersihan persekitaran di dalam dan luar premis. Memastikan peralatan yang rosak, sumbing atau retak tidak digunakan lagi. Sentiasa tudung makanan yang dihidang. Tidak menyediakan makanan terlalu awal.

2.

Bahan mentah

Bahan-bahan mentah, terutama daging atau hasilnya harus disimpan pada suhu yang rendah (<4C). Bahan mentah harus disimpan berasingan daripada makanan yang sudah dimasak dan sedia untuk dimakan. Ini dapat mengelakkan pencemaran silang dari bahan mentah ke makanan yang sedia dimakan. Gunakan peralatan seperti pisau dan papan memotong (chopping board) yang berasingan untuk mengelakkan pencemaran silang.

3.

Cuci bahan mentah dengan teliti untuk mengeluarkan kekotoran atau bendasing pada permukaannya. Basuh tangan secara teliti setelah memegang bahan mentah seperti daging mentah sebelum mengendali makanan yang sedia dimakan seperti kuih-muih dan salad.

Serangga dan Haiwan Makhluk perosak seperti lalat, lipas, tikus, burung dan binatang peliharaan adalah pembawa habuk, kekotoran dan bakteria. Kawalan serangga dan haiwan ini akan membantu mengurangkan pencemaran makanan secara berkesan.

4.

Bekalan Air Jika air yang digunakan tidak diperolehi secara langsung dari sumber utama (contohnya dari tangki yang terdedah atau menggunakan sambungan paip getah), pencemaran boleh berlaku melalui kebocoran ini.

5.

Sisa dan Bahan Buangan Bahan buangan mengandungi makanan yang sedang mereput, sisa kulit kupasan dan bahan organik yang menjadi sumber bakteria hidup dan membiak dengan mudah. Bekas sisa dan sampah-sarap yang terdedah atau melimpah akan menarik haiwan dan serangga perosak seperti tikus, burung, lalat dan lipas.

Anda mungkin juga menyukai