Anda di halaman 1dari 4

Pemandangan Kuching pada awal tahun 1839

SEJARAH 'KUCHING'
Ada pendapat yang menyatakan bahawa Kuching mendapat nama sempena
sebatang sungai kecil, Sungai Kuching yang mengalir di antara Muzium Cina dan
Kuil Tua Pek Kong. Sungai Kuching pula barangkali memperoleh nama daripada
Kucing Hutan yang kerap mengunjunginya. Sungai tersebut juga berhampiran
dengan sebuah bukit yang banyak ditumbuhi oleh pokok Buah Mata Kucing.
Lantaran tersebut ianya diberi nama Bukit Mata Kucing.

Bagaimanapun, fakta sejarah menunjukkan bahawa Kuching telah dikenali dengan


nama tersebut semenjak kedatangan pengembara Inggeris, James Brooke pada
tahun 1839. Selain itu, pendapat lain menyatakan pada zaman pemerintahan
Brooke, Kuching memainkan peranan penting dalam aktiviti perdagangan Indo-
China serta Asia Pasifik. Kedudukannya di selatan kepulauan Borneo merupakan
lokasi yang strategik untuk dijadikan pelabuhan persinggahan pedagang-pedagang
Indo-China.

Justeru, terdapat teori yang menyatakan Brooke mengambil nama Kuching dari
perkataan 'Cochin' yang bermaksud pelabuhan pada zaman itu. Sebelum
meneruskan pelayaran, pedagang-pedagang dari India mahupun China sering
singgah sebentar Kuching (Borneo) untuk mendapatkan bekalan dan ada yang
mengambil kesempatan untuk memperbaiki kapal-kapal mereka.

Pada Tahun 1841, beliau telah menjadi Rajah pertama dalam sejarah pemerintahan
Sarawak dan dikenali sebagai Rajah Putih (White Rajah). Keluarga Brooke telah
memerintah Sarawak selama tiga generasi, dan menjadikan Kuching sebagai pusat
pentadbirannya.
UNIT 4 SEJARAH TEMPAT TINGGAL

Berdasarkan petikan yang telah anda baca, sila jawab semua soalan yang berikut :

1. Nyatakan asal-usul nama Kuching

_______________________________________________________________

_______________________________________________________________

_______________________________________________________________

_______________________________________________________________

2. Siapakah pengembara British yang datang ke Kuching?

_______________________________________________________________

3. Apakah peranan bandar Kuching ketika pemerintahan James Brooke?

___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

4. Nyatakan gelaran bagi James Brooke

___________________________________________________________________

5. Apakah faktor yang menyebabkan Kuching menjadi tarikan kepada pedagang-


pedagang Indo-China?

___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
KEPENTINGAN SIKAP MENGHARGAI KAWASAN TEMPAT TINGGAL

Soalan 6-11 : Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.


Tarik kotak jawapan ke kotak kosong pada soalan

penyatuan bersemangat Kerosakan

lancar Keindahan memanfaatkan

6. Memudahkan penduduk ______________________ kemudahan

7. Menjadi medium ______________________ bangsa dan kaum

8. ________________ kawasan sekitar terpelihara

9. Penduduk _______________________ melakukan rutin harian

10. _____________________ harta setempat yang tidak berlaku

11. aktiviti penduduk setempat berjalan ____________________

Anda mungkin juga menyukai