Anda di halaman 1dari 2

Tajuk: mengkaji struktur bunga

Tujuan: memerhatikan dan mengenal pasti struktur bunga

Bahan: pelbagai jenis bunga, pita selofan

Radas: pisau cukur, kanta pembesar, mikroskop

Tujuan:

1. Buat satu keratan rentas membujur sekuntum bunga


2. Lekatkan hasil keratan rentas tersebut di ruang yang disediakan dengan pita selofan dan
labelkan bahagian-bahagian bunga tersebut.
3. Potong dengan berhati-hati dengan menggunakan pisau ovari beberapa jenis bunga yang
berlainan secara kerratan memanjang dan keratan rentas.
4. Perhatikan ovari bunga yang berlainan dengan menggunakan kanta pembesar dan kemudian
mikroskop dengan kuasa rendah (10X)
5. Selepas itu, ovari bunga diperiksa dengan menggunakan kuasa mikroskop yang tinggi (40X)
6. Lukis, label dan rekodkan pemerhatian dalam ruang pemerhatian.

Pemerhatian

Keratan rentas bunga berlabel dibawah kanta pembesar

Perbincangan

1. Nyatakan bahagian bunga


(a) Ranggi – menarik perhatian agen pendebungaan
(b) Sepal – melindungi bahagian bunga pada peringkat kudup
(c) Filamen – menyokong anter
(d) Anter – menghasilkan butir debunga
(e) Debunga – mengandungi gamet jantan
(f) Stigma- menerima butir debunga
(g) Stil- menyokong stigma
(h) Ovari – melindungi ovul
(i) Ovul – mempunyai gamet betina
2. namakan bahagian jantan bunga, stamen – anter dan filamen
3. Namakan bahagian-bahagian betina bunga, pistil – stigma, stil, ovari dan ovul

Kesimpulan:

Organ jantan bunga adalah stamen, yang terdiri daripada anter dan filamen.

Organ betina bunga adalah pistil, yang terdiri daripada stigma, stil, ovari dan ovul

Anda mungkin juga menyukai