Anda di halaman 1dari 6

Kata Dasar 

Imbuhan MeN...kan Maksud
Buku (kata nama) Membukukan Menjadikan buku
Darat (kata nama) Mendaratkan Membawa ke darat
Gemuk (kata adjektif) Menggemukkan Menjadikan gemuk
Jatuh (kata kerja) Menjatuhkan Menyebabkan jatuh
Beli (kata kerja) Membelikan Membeli untuk
Tindih (kata kerja) Menindihkan Menggunakan alat
Pagar (kata kerja) Memagarkan Menjadikan sebagai
Dua (kata bilangan) Menduakan Menjadikan dua

Untuk memahami lebih jelas lagi maksud yang terbentuk daripada kelas kata tersebut lihat beberapa
contoh ayat berikut:
Ayat Contoh;

1. Pemain pertahanan pasukan itu telah menjatuhkan penyerang pasukan lawan dalam kawasan


penalti.
2. Lelaki itu telah menduakan isterinya dengan berkahwin lagi.
3. Dia telah membukukan pengalamannya semasa zaman pemerintahan Jepun.
4. Mereka telah membasahkan kepala masing-masing dengan air sungai itu.
5. Ahmad melontarkan basikal adiknya ke dalam kolam.

Analisis
Semua ayat yang menerima imbuhan MeN...kan menunjukkan maksud bahawa objek tepatnya (kata
nama selepas kata kerja) kena secara langsung oleh perbuatan iaitu kena ‘jatuhkan’, kena ‘duakan’,
kena ‘bukukan’ kena ‘basahkan’ dan kena ‘lontarkan’.
Maksud Dalam Imbuhan MeN...kan
Secara umum, imbuhan apitan MeN...kan menunjukkan dua maksud yang kerap dikelirukan.

i) Maksud sesuatu perbuatan itu dilakukan secara langsung kena ke atas objek tepat dalam ayat dan
menjadi alat atau bahan untuk melakukan perbuatan ke atas objek sipi

Contoh:
Amin melontarkan sepotong kayu ke arah lembu itu.
(objek tepat) (objek sipi)
Dalam konteks ayat di atas Amin menggunakan ‘sepotong kayu’ (objek tepat) untuk melakukan
perbuatan ke atas ‘lembu itu’ (objek sipi).
Teliti contoh ayat berikut yang sama maksud pembentukannya dengan ayat di atas.
Ayat contoh;
1. Petani itu memagarkan kawat berduri ke seluruh ladangnya.
2. Orang tua itu memukulkan sebatang tongkat ke atas anaknya.
3. Dia menghadiahkan rantai mutiara kepada isterinya.
4. Kanak-kanak itu membalingkan bola kepada rakannya.
5. Sultan Selangor telah berkenan mengurniakan bintang kebesaran kepada ahli sukan tersebut
sempena Hari Keputeraan baginda.

ii) Maksud sesuatu perbuatan dilakukan ‘untuk’ objek tepat

Hal ini bermaksud sesuatu perbuatan itu dilakukan untuk orang lain iaitu pelaku melakukan perbuatan
untuk objek tepat manakala objek sipi merupakan sesuatu yang dilakukan perbuatan ke atasnya.
Contoh:
Amin membacakan adiknya buku cerita itu.
(objek tepat) (objek sipi)
Dalam konteks ayat di atas bermaksud Amin membaca buku untuk adiknya bukan untuk dirinya,
manakala buku iaitu objek sipi merupakan alat yang dibaca dan adiknya sebagai objek tepat
merupakan penerima perbuatan Amin.
Jika buku cerita mahu dijadikan objek tepat, maka akhiran ‘kan’ mesti digugurkan seperti dalam ayat
berikut:
Contoh:
Amin membaca buku cerita itu untuk adiknya.
(objek tepat) (objek sipi)
Untuk lebih jelas, teliti ayat-ayat berikut:
Ayat contoh;
1. Ibu menjahitkan kakak sehelai baju kurung sutera.
(maksud menjahit untuk kakak)
2. Rahim mencarikan isterinya buah mempelam muda
(maksud mencari buah mempelam muda untuk isterinya)
3. Dia melukiskan adiknya sekeping gambar helang.
(maksud melukis gambar helang untuk adik)

Ringkasnya imbuhan MeN...kan menunjukkan maksud objek tepat sebagai alat atau bahan untuk
melakukan perbuatan ke atas sesuatu. Selain itu, juga membawa maksud sesuatu perbuatan itu
dilakukan untuk benda lain iaitu ‘untuk objek tepat’, manakala perbuatannya dilakukan ke atas ‘objek
sipi.
Pembentukan Imbuhan MeN...i.
Imbuhan MeN...i juga terbentuk daripada beberapa kelas kata dasar dan membawa makna yang
tertentu. Teliti pembentukannya secara ringkas dan cuba buat perbandingan dengan pembentukan
imbuhan MeN...kan.
Kata Dasar Imbuhan MeN...i Maksud

Pagar Memagari Meletakkan sesuatu
(kata Nama) sebagai pagar
Pukul Memukuli Melakukan perbuatan
(kata kerja) berkali-kali pada objek
Duduk Menduduki Melakukan perbuatan
(kata kerja) pada objek
Kirim Mengirimi Menyebabkan objek
(kata kerja) menerima sesuatu

Untuk memahami lebih jelas lagi maksud yang terbentuk daripada kelas kata tersebut lihat beberapa
contoh ayat berikut:
Ayat contoh;
1. Dia akan mengirimi bapanya sepucuk surat pada setiap bulan.
2. Jepun telah menduduki Tanah Melayu selama lebih kurang empat tahun.
3. Dia memukuli lembu yang memasuki kebunnya dengan sebatang kayu.
Analisis
Dalam ketiga-tiga ayat di atas, semua objek kena secara tidak langsung. Objek-objek tersebut
menerima sesuatu daripada perbuatan yang dilakukan oleh pelaku. Contohnya dalam ayat (1) ‘bapa’
sebagai objek tepat menerima surat bukannya benda yang dikirimkan kepada seseorang.
Maksud Imbuhan MeN...i

Secara umum, imbuhan apitan MeN...i, menunjukkan maksud objek tepat menerima sesuatu daripada
pelaku perbuatan, manakala benda yang diterima daripada perbuatan itu dinyatakan sebagai objek
sipi.

Maksud ayat juga menunjukkan bahawa objek tepat tidak bergerak tetapi objek sipi yang bergerak
menuju ke arah objek tepat. Lihat dan teliti contoh ayat-ayat di bawah;
Ayat contoh;
1. Petani itu memagari ladangnya dengan kawat berduri.
2. Orang tua itu memukuli anaknya dengan sebatang tongkat.
3. Dia menghadiahi isterinya seutas rantai mutiara.
4. Kanak-kanak membalingi rakannya dengan sebiji bola.
5. Sultan Selangor telah berkenan mengurniai ahli sukan itu bintang kebesaran sempena Hari
Keputeraan baginda.
Bandingkan ketiga-tiga ayat yang menerima apitan MeN...i dengan ayat-ayat yang menerima apitan
MeN...kan seperti yang dibincangkan terdahulu.

Adakalanya apitan MeN...i menunjukkan maksud perbuatan yang berulang-ulang dilakukan ke atas


objek tepat.

Teliti ayat (2) yang menunjukkan maksud anaknya menerima pukulan berulang kali. Dalam konteks
ayat (1), (3), (4) dan (5) ladangnya menerima kawat berduri, isterinya menerima rantai mutiara,
rakannya menerima balingan dan ahli sukan menerima kurniaan.
Perbezaan Makna Dalam Imbuhan MeN...kan dan
Imbuhan MeN...i
Sekiranya pelajar meneliti pembentukan kedua-dua imbuhan tersebut, pelajar akan mendapati
terdapat perbezaan yang ketara di antara kedua-dua imbuhan itu.

Perbezaan yang paling ketara ialah apabila kedua-dua imbuhan apitan ini menggunakan kata dasar
yang sama dan menerima dua objek iaitu objek tepat dan objek sipi. Lihat contoh ayat berikut untuk
pemahaman yang lebih jelas.

Ayat contoh;
1. Amin melontarkan sepotong kayu ke arah lembu itu.
(objek tepat) (objek sipi)
2. Amin melontari lembu itu dengan sepotong kayu.
(objek tepat) (objek sipi)
3. Amin membacakan adiknya buku cerita itu.
(objek tepat) (objek sipi)
4. Amin membaca buku cerita itu untuk adiknya.
(objek tepat) (objek sipi)

Ulasan ringkas:
Ayat (1) dan (2) menggunakan kata dasar yang sama iaitu lontar (kata kerja) tetapi menggunakan
apitan yang berbeza. Oleh itu pembentukan objek dan maknanya juga berbeza. Perkataan
‘melontarkan’ menunjukkan maksud ‘sepotong kayu’ sebagai objek tepat menjadi alat atau bahan
yang digunakan untuk melakukan perbuatan. Manakala perkataan ‘melontari’ menunjukkan maksud
‘lembu itu’ sebagai objek, menjadi penerima perbuatan ‘melontari’. Oleh itu jika ayat (1) menerima
apitan MeN...kan, maksudnya menunjukkan lembu itu menjadi alat atau bahan untuk perbuatan
melontar, ini pasti mustahil kerana tidak mungkin Amin mampu mengangkat lembu itu dan
melontarkannya.
PROSES TRANSFORMASI IMBUHAN Men-kan DAN Men -i
1.meN-..kan = apa kepada siapa(objek tak bernyawa)
meN-..i = siapa , apa(objek bernyawa)

1.menghadiahi adik sebuah basikal
menghadiahkan sebuah basikal kepada adik

2. mengajar pelajar mata pelajaran Matematik
mengajarkan Matematik kepada pelajar

3. mengirimi Suzana sepucuk surat
mengirimkan sepucuk surat kepada Suzana

4. menganugerahi pembesar pingat kebesaran
menganugerahkan pingat kebesaran kepada pembesar

5. menghutangi mereka wang
menghutangkan wang kepada mereka

6. menjatuhi pesalah hukuman bunuh
menjatuhkan hukuman kepada pesalah

7. En. Ghafar menasihati pelajar supaya berkelakuan baik
En. Ghafar menasihatkan perkara itu kepada pelajarnya

2.meN = subjek yang bergerak(apa?.....untuk/kepada...siapa?)
meN-kan = objek tak bergerak(benefaktif)( siapa?.......apa?)

1. Saya akan membuat secawan kopi untuk ayah
Saya akan membuatkan ayah secawan kopi

2. Ibu menjahit sehelai baju kurung untuk adik.


Ibu menjahitkan adik sehelai baju kurung.

3. Azman mencari ubat sakit pinggang untuk Pak Badar.
Azman mencarikan Pak Badar ubat sakit pinggang

4. Aminah menyuntik kucing ubat bius.
Aminah menyuntikkan ubat bius kepada kucing

5 Ahmad membeli sebuah buku untuk Nabila.


Ahmad membelikan Nabila sebuah buku

6. Asraf membaca sepucuk surat untuk nenek


Asraf membacakan nenek sepucuk surat.

3.meN-i = subjek bergerak
meN-kan = objek bergerak

1. Banjir menenggelami rumah-rumah di taman itu.
Banjir menenggelamkan rumah-rumah di taman itu.
2. Azhar melayari samudera.
Azhar melayarkan perahu kertas di kolam.

3. Anggota bomba menaiki tangga untuk ke tingkat dua.
Anggota bomba menaikkan tangga ke tingkat dua
.
4. Kerongsang mutiara menghiasi tudung Pn. Hasnah.
Pn.Hasnah menghiaskan kerongsang pada tudungnya

Kesalahan penggunaan imbuhan meN-i di tempat meN-kan

1. Badan Amal itu membantu kanak-kanak miskin dengan memberi keperluan asas
kepada mereka.(memberikan)
2. Pihak polis telah menemui mayat di Ladang getahGuthrie.(menemukan)
3. Pihak TV3 memberi bantuan kepada mangsa tanah runtuh.((memberikan)

.
Kesalahan penggunaan imbuhan menN-kan di tempat meN-.
1. Hanifah sedang mengambilkan air untuk ibunya
2. Ibu sedang menjahitkan baju untuk adik

NOTA:
meN..i-
- digunakan apabila bertemu dengan kata nama hidup (bernyawa)
- digunakan untuk menunjukkan apabila subjek bergerak
- digunakan apabila perkara tersebut jatuh pada subjek

meN…kan
- digunakan apabila bertemu dengan kata nama tidak hidup(benda,perkara)
- digunakan untuk menunjukkan objek bergerak

Anda mungkin juga menyukai