Anda di halaman 1dari 13

LEMBARAN KERJA ( INSTITUSI KHALIFAH – SUMBANGAN KHALIFAH AL-RASYIDIN

DAN UMAYYAH)

Sumbangan Khalifah Abu MENYELESAIKAN ISU BERKAITAN KEWAFATAN


Bakar al-Siddiq NABI MUHAMMAD S.A.W.
- Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. pada 632 M
bersamaan 11 H. menyebabkan umat Islam
kehilangan pemimpin yang bertanggungjawab
terhadap perkembangan agama Islam dan
pentadbiran kerajaan Islam Madinah dalam
perkembangan politik, ekonomi dan sosial
- Situasi tersebut telah menimbulkan ketegangan
dalam memilih dan melantik jawatan khalifah
menggantikan kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w.
- Dalam masalah ini, Saidina Abu Bakar al-Siddiq
tampil sebagai orang tengah untuk menyelesaikan
masalah antara golongan Muhajirin dengan golongan
Ansar dalam pelantikan khalifah menggantikan
kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w.

MENYELESAIKAN ISU PENGGANTI NABI MUHAMMAD


S.A.W.
- Setelah wafatnya Nabi Muhammad s.a.w., berlaku
krisis antara golongan Muhajirin dengan Ansar
dalam menentukan pengganti Nabi Muhammad
s.a.w. untuk memerintah negara dan umat Islam
- Krisis ini dapat diatasi oleh Khalifah Abu Bakar al-
Siddiq dengan aman

MENYELESAIKAN MASALAH GOLONGAN AL-RIDDAH


- Golongan al Riddah merupakan golongan yang
bersifat anti-kerajaan Islam dan anti-ajaran Islam
yang menggugat kestabilan politik negara Islam
- Mereka terbahagi kepada tiga golongan iaitu
golongan nabi palsu, enggan membayar zakat dan
murtad
- Golongan-golongan ini muncul di lokasi yang agak
jauh kepada kota Makkah seperti di Najd, Yaman,
Yamamah, Oman, Hadhramaut dan melibatkan
kabilah-kabilah tertentu seperti Bani Assad dan Bani
Abdul Qais
- Kemunculan golongan-golongan ini sebenarnya
berkait rapat dengan ketidakfahaman sepenuhnya
terhadap ajaran Islam, menularnya semula semangat
assabiyah disebabkan keengganan menerima
kepimpinan Abu Bakar, dan munculnya beberapa
individu yang inginkan popularity seperti
Musailamah al Kazzab, Malik bin Nuwairah,
Tulaihah bin Khuwailid, al Aswad al Ansi dan lain-
lain
- Bagi menangani golongan al Riddah ini, pada
peringkat awalnya Khalifah Abu Bakar
menggunakan kaedah diplomasi namun tidak
mendapat respons positif sehinggakan terpaksa
membentuk 11 pasukan tentera
- Hasilnya, satu persatu golongan nabi palsu berjaya
dikalahkan termasuk Musailamah yang berjaya
dibunuh sekaligus dapat memelihara kesucian agama
Islam

MENANGANI ANCAMAN MUSUH LUAR 


- Bagi menangani ancaman yang dilakukan oleh orang
murtad dan musuh Islam dari luar dan dalam negara,
Khalifah Abu Bakar al-Siddiq telah menubuhkan
pasukan tentera yang teratur setelah dipersetujui oleh
Saidina Umar al-Khattab
- Untuk memimpin pasukan tentera tersebut,
panglima-panglima perang dilantik seperti Khalid al-
Walid, Akramah bin Hisham, Ayubrahbil bin
Hasanan, Amr al-As, dan Mahajir bin Umaiyah

MEMULAKAN USAHA PENGUMPULAN AYAT-AYAT


AL-QURAN
- Ayat-ayat suci al-Quran (wahyu) yang diturunkan
pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. dikumpul
dengan cara menulis pada kulit kayu, kulit binatang
dan dihafal oleh para sahabat yang dikenali sebagai
hafiz al-Quran
- Bagi menggalakkan ayat-ayat suci al-Quran ini
hilang disebabkan kerosakan pada kulit binatang dan
kayu serta kematian pada hafiz al-Quran, Khalifah
Abu Bakar al-Siddiq mengarahkan Zaid bin Sabit
untuk mengumpulkan ayat-ayat suci al-Quran
tersebut untuk disimpan sebagai khazanah negara
- Melalui usaha tersebut, ayat-ayat suci al-Quran dapat
dihimpun, disimpan, serta dibukukan secara teratur
pada zaman Khalifah Uthman bin Affan (644 – 656
M.) yang dikenali sebagai Mushaf Uthmani

MENYUSUN DAN MENGEMASKINIKAN PENTADBIRAN


- Khalifah Abu Bakar al-Siddiq bertindak menyusun
pentadbiran dengan membahagikan negara Islam
kepada 10 daerah seperti Makkah, Taif, Yaman,
Hadhramaut, Khalwan, Zabid, al Janad, Najran, Jarsh
dan Bahrain.
- Setiap daerah akan diketuai oleh seorang Amir,
dibantu oleh imam, hakim, setiausaha, dan pegawai
di Baitul Mal
- Madinah kekal sebagai pusat pemerintahan di bawah
pemerintahan Khalifah Abu Bakar sendiri dengan
dibantu oleh para sahabat seperti Abu Ubaidah
(Bendahari Baitulmal), Zaid bin Thabit (Setiausaha
Negara) dan Umar al Khattab (Hakim)
- Bagi setiap daerah yang dikuasai, Khalifah Abu
Bakar akan menempatkan wakil kerajaan Islam,
umpamanya Uwaim bin al Kahil al Aslami bagi
mengawal kota Ain al Tamar dan al Zibriqan bin
Badar di al Anbar

MELAKSANAKAN DASAR DAN EKSPEDISI


KETENTERAAN
- Sebelum Nabi Muhammad s.a.w. wafat, baginda
telah membentuk pasukan tentera yang     diketuai
oleh Usamah bin Zaid ke sempadan Syam untuk
menyerang Ghassan yang ketika itu berada dibawah
jajahan Byzantine
- Tindakan tersebut dilakukan kerana beberapa orang
utusan Nabi Muhammad s.a.w. telah dibunuh
- Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., Khalifah
Abu Bakar al-Siddiq berhasrat untuk menyambung
semula usaha baginda
- Walau bagaimanapun, cadangan tersebut kurang
dipersetujui oleh sesetengah para sahabat
- Mereka mencadangkan kepada Khalifah Abu Bakar
al-Siddiq supaya ekspedisi ketenteraan ke sempadan
Syam ditangguhkan memandangkan ancaman al-
Riddah yang lebih berbahaya dan memerlukan
penyelesaian segera.
- Namun, Khalifah Abu Bakar al-Siddiq tetap tegas
dengan keputusan beliau
- Setelah berperang selama 40 hari, pasukan perang
Usamah bin Zaid peroleh kemenangan
- Kemenangan ini menyedarkan kaum yang berhasrat
menyerang Madinah, tentera Islam adalah kuat dan
tidak mudah untuk dikalahkan
- Setelah pasukan Usamah bin Zaid kembali ke kota
Madinah, pasukan beliau ditugaskan menjaga
keselamatan kota Madinah
- Tindakan ini dapat menghindarkan kota Madinah
daripada ancaman kaum Zubyan dan lain-lain.
Sumbangan Umar al-Khattab  PENUBUHAN MAJLIS SYURA
- Majlis syura merupakan majlis perunding negara
yang tertinggi yang terbahagi kepada dua iaitu Majlis
Syura Tertinggi dan Majlis Syura Am
- Majlis ini dianggotai oleh enam tokoh Islam dan
sahabat Nabi iaitu Uthman bin Affan, Ali bin Abi
Talib, Sa’ad bin Waqqas, Abd Rahman bin Auf,
Talhah dan al-Zubair.
- Fungsi utamanya ialah bagi menentukan jawatan
khalifah. Beliau membuka peluang dan kebebasan
untuk bersuara dan mengemukakan pendapat di
majlis ini

PEMBAHAGIAN WILAYAH
- Khalifah Umar al-Khattab telah menghadapi masalah
kesan daripada kejayaan tentera Islam menakluki
kawasan yang luas, meliputi dari sempadan negeri
China di sebelah Timur hingga ke Eropah di sebelah
Barat
- Untuk mengatasi masalah ini, Khalifah Umar al-
Khattab telah membahagikan wilayah-wilayah Islam
kepada beberapa bahagian bagi memudahkan
pentadbirannya
- Wilayah-wilayah itu ialah Kufah, Basrah, Syam,
Jazirah (Mesopotamia), Mawsil, Yaman dan Bahrain
- Beliau juga telah menjadikan Madinah sebagai
sebuah pusat pemerintahan Islam

DASAR PELANTIKAN GABENOR DAN PEGAWAI-


PEGAWAI KERAJAAN
- Setiap wilayah tersebut dilantik beberapa orang
pegawai
- Ia terdiri daripada seorang wali gabenor dan seorang
setiausaha dengan dibantu oleh pegawai-pegawai
tertentu di beberapa buah jabatan seperti Jabatan
Setiausaha Tentera (Kitab al-Diwan), Jabatan
Percukaian (Sahib al-Kharaj), Pegawai Polis (Sahib
al-Syurtah), Pegawai Perbendaharaan Negara (Sahib
Bait al-Mal) dan seorang kadi
MEMPERBAHARUI UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN
TANAH
- Tanah-tanah awam dijadikan tanah kerajaan dan
hasilnya digunakan sebagai pembiayaan negara
- Tentera ataupun umat Islam tidak lagi membenarkan
untuk mengambil tanah dari jajahan kecuali melalui
cara pembelian
- Tanah-tanah dikenakan cukai dan tidak lagi dirampas
- Pembahagian tanah umat Islam terbahagi kepada dua
jenis iaitu; Tanah Safawi dan Tanah Dhimah
- Tanah Safawi yang bertuan yang ditadbir oleh
pemegang amanah. Tanah ini tidak boleh dibeli atau
dimiliki oleh sesiapapun
- Tanah Dhimah pula tanah yang bertuan dan dijaga
oleh pemiliknya

MENGEMASKINIKAN SISTEM KEWANGAN DAN


PERBENDAHARAAN
- Baitulmal memudahkan pengurusan harta dan
sumber kewangan kerajaan seperti zakat, jizyah,
ghanimmah, kharaj dan usyur
- Meyimpan semua rekod perbelanjaan dan kewangan
negara
- Semasa pemerintahannya, sistem baitulmal berada
pada tahap yang paling cemerlang

KEHAKIMAN

- Prinsip perundangan dan kehakiman yang berlandaskan


Islam
- Memisahkan jabatan dengan jabatan lain bagi memastikan
keadilan
- Menentukan syarat pemilihan kadi dan hakim seperti,
berilmu dan berpengetahuan
- Hakim dan kadi dibayar gaji yang bersesuaian

PENDIDIKAN DAN KEILMUAN


- Menyediakn guru-guru yang mengajar al-Quran di
setiap daerah seluruh negara
- Golongan guru ini dibayar gaji lumayan dan diberi
keistimewaan lain
- Banyak sekolah ditubuhkan untuk mengajar al-Quran
- Memperbanyak masjid dan dijadikan pusat pengajian
ilmu agama dan al-Quran
- Setiap penduduk digalakkan menghafaz al-Quran
dan mendapat penghargaan daripada khalifah
- Semasa menjadi khalifah, Umar al-Khattab juga
sentiasa menggalakkan umat Islam untuk mendalami
ilmu-ilmu seperti tauhid, tawasuf, fekah dan ilmu
dunia lainnya
- Menggalakkan ilmu mempertahankan diri atau ilmu
peperangan kepada penduduk
- Antaranya, bermain pedang, memanah dan
menunggang kuda
- Mewajibkan setiap alhi masyarakat mengetahui dan
memahami asas perundangan Islam

KEADILAN SOSIAL
- Umar al-Khattab mensyaratkan golongan hamba
tidak boleh ditindas serta dalam perkara-perkara
tertentu, taraf golongan hamba akan disamakan
dengan tuannya
- Golongan hamba dibenarkan menjalani hidup seperti
orang yang bebas
- Kebajikan golongan hamba tetap terjaga seperti
golongan bebas
- Hamba-hamba yang bekerluarga juga tidak boleh
dipisahkan
- Hamba yang terdiri daripada golongan ibu tidak
boleh dijual sewenang-wenangnya

EKONOMI
- Membina tali air, empangan dan terusan
- Menggunakan tanah-tanah terbuar sebagai tanah
pertanian untuk penduduk
- Rakyat digalak membuka tanah baru untuk
meluaskan pertanian
- Mengubah sistem pungutan cukai yang terdahulu
yang membebankan dan tidak adil kepada petani
- Memperkenal cukai baru berdasarkan jenis tanaman
dan kesuburan tanah
- Banyak membuat kajian untuk tanaman baru yang
bersesuaian dengan jenis tanah

MEMPERKENALKAN TAKWIM HIJRAH


- Umar al-Khattab telah menetapkan kalendar hijrah
sebagai kalendar rasmi umat Islam
- Iaitu dengan menjadikan tahun Hijrah Rasulullah
SAW ke Madinah sebagai perkiraan kalendar hijrah
tersebut
Sumbangan Khalifah Umar PENTADBIRAN BERDASARKAN AL-QURAN DAN
Abdul Aziz HADIS
- Menjalankan polisi pemerintahan berdasarkan al-
Quran dan Hadis
- Beliau telah mengarahkan semua pegawai dan
kakitangan kerajaan untuk menjalankan tugas
berlandaskan al-Quran dan Hadis
- Beliau juga telah menghantar surat pekeliling kpd
pegawainya iaitu...“Sesungguhnya Allah SWT
mengutuskan Nabi Muhammmad SAW sebagai
petunjuk jalan yg benar” dan “Dia Allah yg
mengutuskan RasulNya dgn petunjuk dan agamaNya
yg benar supaya ditinggikan ke atas segala agama,
sekalipun yg dibenci oleh org-org musyrikin”
- Beliau turut memecat pegawai dan kaki tangan
kerajaan yang zalim dan tidak mengikut al-Quran
serta hadis seperti memecat Usman bin Zaid al-
Taikhi (Gabenor Mesir), Yazid bin Abu Muslim
(gabenor Afrika Utara), Saleh bin Abdul Rahman
(gabenor Iraq) dan al-Harith bin Abdul Rahman
(gabenor Sepanyol)
- Beliau juga telah bertindak menghapuskan amalan
rasuah di jabatan kerajaan dan penggunaan wang
negara sewenang- wenangnya
- Beliau juga sentiasa menjalin hubungan dgn pegawai
dan kakitangan kerajaan serta rakyat tanpa mengira
kedudukan dan keturunan
- Khalifah Umar turut membahagikan wilayah Islam
kepada 5 daerah yanag diketuai oleh seorang
pemerintah supaya pentadbiran menjadi lebih licin
- Antaranya ialah Yaman, Hijaz dan Arab Tengah;
Mesir, Arab Utara dan Arab Selatan

MENGHIDUPKAN KEMBALI AMALAN SYURA DALAM


PENTADBIRAN
- Beliau telah mengembalikan semula demokrasi al-
syura mengikut Islam khususnya dalam membuat
keputusan yang menyentuh dasar-dasar negara dan
perkara yang berkaitan dengan rakyat
- Demokrasi ini telah lama hilang dan tidak
dipraktikan pada masa khalifah Bani Umayyah
kecuali di zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz
sahaja
- Khalifah Umar juga telah membentuk pelbagai
jabatan bagi melincinkan lagi urusan pentadbiran spt
Jabatan Ketua Setiausaha Kerajaan, Jabatan
Penerangan, Jab. Cukai, Jab. Hasil Dalam Negeri,
Jabatan Pertahanan

DASAR PELANTIKAN GABENOR DAN PEGAWAI


KERAJAAN

- Khalifah Umar bin Abdul Aziz sangat berhati-hati


dalam pemilihan gabenornya
- Gabenor-gabenor yang cuai, zalim dan
mementingkan diri sendiri akan dipecat
- Contohnya, Muhammad bin Yusuf (Yaman) dan
Yazid bin Abu Muslim (Afrika Utara)
- Hanya pegawai yang layak sahaja akan dilantik
- Gabenor-gabenor yang dilantik perlulah
mengisytiharkan harta masing-masing
- Sekiranya ada kurniaan yang tidak sewajarnya, harus
dikembalikan kepada Baitulmal

MENGEMASKINI DASAR LUAR NEGARA DAN POLISI


PELUASAN WILAYAH
- Khalifah Umar turut mengubah dasar luar kerajaan
Bani Umayyah iaitu sebelum beliau kerajaan Bani
Umayyah kerap mengadakan ekspidisi ketenteraan
untuk meluaskan empayar dan pengaruh Islam
- Pada zaman Khalifah Umar, beliau telah
menggunakan kaedah diplomasi untuk meluaskan
pengaruh kerajaan Islam kerana beliau tidak suka
kepada pertumpahan darah dan benci kepada
peperangan
- Beliau telah bertindak memanggil pulang tentera-
tentera Islam yang berada di Contantinople ketika
panglima Musallah al-Syria sedang menyusun
strategi untuk bertindak ke atas orang Kristian.

MENGGALAKKAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN


DAN PENGALAMAN AJARAN ISLAM
- Kegiatan keilmuan amat digalakkan oleh Khalifah
Umar bin Abdul Aziz.
- Para ulama diarahkan agar mengembangkan ilmu
masing-masing dan diberi perhatian oleh kerajaan.
- Antara ilmu yang dimajukan ialah bidang kajian
hadis, ilmu tatabahasa dan ilmu perubahan.
- Dalam pada itu, dakwah telah menggantikan gerakan
penaklukan
- Pendakwah dihantar untuk penyebaran Islam ke
India, Cina dan Asia Tenggara
- Islam tersebar di Alam Melayu

MEMULIHKAN PERANAN BAITULMAL


- Beliau telah menetapkan supaya wang Baitulmal
tidak digunakan untuk majlis keramaian
- Khalifah menyerahkan barang kemas isteri untuk
menampung sumber Baitulmal
- Menghapuskan segala perayaan (mahrajan), upacara
perasmian kerajaan dan semua perbelanjaan yang
membazirkan

MENGEMASKINI JURANG PENDAPATAN DAN


KEDUDUKAN SOSIAL-EKONOMI RAKYAT
- Beberapa projek ekonomi juga dilaksanakan seperti
membina saluran air, membuka kebun-kebun baru,
dan membina jalan-jalan untuk pengangkutan dan
perdagangan
- Khalifah Umar bin Abdul Aziz juga memperkenal
peraturan sukatan dan timbangan bagi mengatasi
masalah kemiskinan rakyat

MENGHAPUSKAN CACIAN TERHADAP SAIDINA ALI


BIN ABI TALIB DALAM KHUTBAH JUMAAT
- Khalifah Umar bin Abdul Aziz telah menghapuskan
adat pencacian Ali bin Abi Talib dari atas mimbar
pada hari Jumaat
- Keluarga Sayyidina Ali bin Abi Talib dan orang-
orang yang bersimpati terhadap mereka tidak lagi
memusuhi mereka

MENGHAPUSKAN JAWATAN PENGAWAL PERIBADI


KHALIDAH
- Pada zaman Rasulullah SAW dan Khalifa’ al-
Rasyidin, tidak wujud jawatan pegawai peribadi
untuk menjaga keselamatan mereka
- Keadaan ini telah membuka peluang kepada orang
ramai untuk berjumpa dengan pemerintah di mana-
mana sahaja
- Jawatan ini mula diwujudkan ketika pemerintahan
Khalifah Muawiyah bin Abu Sufian demi untuk
menjaga keselamatan khalifah kerana khalifah
mempunyai ramai musuh seperti golongan Syiah dan
Khawarij
- Di zaman Khalifah Umar Abdul Aziz, penggunaan
perkhidmatan ini telah dihapuskan kerana sukar
untuk rakyat menemuinya bagi membuat sebarang
aduan serta mengemukakan pendapat mereka
- Dengan penghapusan jawatan ini telah membolehkan
rakyat menemui khalifah pada bila-bila masa sahaja

PERKEMBANGAN ILMU PENGETAUAN


- Zaman pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz
merupakan zaman kemuncak perkembangan ilmu
pengetahuan
- Beberapa kota telah muncul sebagai gedung ilmu
pengetahuan spt Kufah, Damsyik dan Basrah
- Masjid dijadikan pusat perkembangan ilmu
pengetahuan
- Gol intelek bukan Islam diambil untuk mengajar
ilmu pengetahuan yang tidak bertentangan dengan
akidah Islam
- Ilmu duniawi dan ukhrawi dititiberatkan untuk umat
Islam berjaya di dunia dan kesenangan di akhirat
- Beliau turut menggalakkan ilmu pengetahuan
berkaitan dgn al-Quran dan hadis
- Dengan ini lahirlah ilmu tafsir, ilmu al-Quran dan
hadis, ilmu berbentuk duniawi seperti geografi,
bahasa, sains, algebra, perubatan dan lain-lain

MENGGALAKKAN ASIMILASI PERKAHWINAN


ANTARA ARAB DAN BUKAN ARAB
- Khalifah Umar bin Abdul Aziz menggalakkan
perkahwinan antara Arab dan bukan Arab yang
bertujuan untuk menghapuskan permusuhan antara
kedua-dua pihak
- Di samping itu, langkah seterusnya ialah memujuk
orang-orang bukan Islam untuk memeluk agama
Islam
- Secara tidak langsung, keadaan ini dapat
mewujudkan persamaan hak kepada kedua-dua pihak
terhadap agama dan negara

Sumbangan Harun al-Rasyid DASAR PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN


- Harun al-Rasyid telah melantik wazir yang bijak
daripada keluarga Barmaki dalam pemerintahan
beliau
- Salah seorang daripada keluarga Barmaki, iaitu
Yahya bin Khalid dilantik sebagai menterinya
- Yahya telah memberikan khidmat yang cemerlang
kepada kerajaan Harun al-Rasyid
- Namun, prestasi mereka yang cemerlang telah
menimbulkan perasaan dengki pegawai- pegawai
yang lain terhadap mereka
- Ekoran daripada itu, fltnah dilemparkan kepada
keluarga Barmaki sebagai golongan yang lebih
condong kepada fahaman Syiah dan
membelakangkan ahli Sunnah
- Oleh itu, beliau bertindak untuk menghapuskan
peranan keluarga Barmaki dengan serta- merta
- Beliau juga berjaya membanteras segala kekacauan
yang berlaku semasa pemerintahannya dan berusaha
bersungguh-sungguh untuk menghapuskan golongan
yang menjurus kepada fahaman Syiah

HUBUNGAN DIPLOMATIK
- Banyak menjalankan hubungan diplomatik dengan
kuasa-kuasa besar seperti kerajaan Perancis di
Eropah dan kerajaan Ummaiyah di Andalus
- Sering bertukar-tukar bingkisan dengan kerajaan
Perancis kerana mempunyai hubungan yang sangat
baik
- Dan perancis pernah membantu kerajaan Harun Al-
rasyid untuk menentang kerajaan Byzantine
- Mengamalkan dasar berbaik-baik dengan kerajaan
Ummaiyah di Andalus
- Ancaman sebenar datang daripada kerajaan
Byzantine di Kota Constantinople kerana setelah
bertukar raja, raja yang baharu enggan membayar
ufti seperti mana raja yang terdahulu lakukan
- Khalifah Harun Al-rasyid mnyerang kerajaan
Byzantine dan kemenangan berpihak kepadanya.

MEMAJUKAN PENDIDIKAN DAN INTELEKTUAL

- Menubuhkan Baitul Hikmah (perpustakaan agung)


sebagai institusi pendidikan
- Melalui penubuhannya, kerja-kerja menterjemah
dijalankan dengan lebih sistematik
- Banyak karya Sanskrit, Yunani dan ilmu falsafah
diterjemahkan oleh cendekiawan islam
- Mendirikan maktab, sekolah dan universiti bagi
menyampaikan ilmu pengetahuan kepada seluruh
rakyat
- Penubuhannya juga telah Berjaya meningkatkan
bidan penyelidikan
- Contohnya, Al- Kawarizmi ; Bidan Matematik Dan
Astronomi
- Menjalankan kegiatan pembukuan sebab ilmu pada
awalnya hanya berdasarkan hafalan dan lisan, jika
seseorang meninggal dunia, ilmu tersebut akan
terhenti dan tidak disampaikan
- Oleh itu, penulisan dilakukan pada kulit binatang dan
kulit kayu
- Kesannya, muncul banyaknulama yang membukukan
hadis, fiqah dan tafsir
- Menyusun ilmu pengetahuan islam. Perkembangan
dan kegiatan penyusunan semula ilmu pengetahuan
Islam yang berhubung dengan hukum-hakam telah
bermula sejak pemerintahan Khalifah Abu Jaafar al-
Mansur 754 - 775 M. (1236 -158 H.)
- Apabila Khalifah Harun al-Rasyid memerintah
negara dan umat Islam 786 - 809 M. (170 - 193 H.),
beliau menumpukan perhatian yang lebih terhadap
perkembangan ilmu pengetahuan Islam
- Untuk tujuan itu, penyusunan ilmu tersebut sangat
diperlukan supaya tidak terkeluar daripada konsep al-
Quran dan Hadis
- Penumpuan dibuat kepada ilmu tafsir, hadis, faraid,
usuluddin, syariah, tauhid, dan fiqah.

MEMPERKUKUHKAN ANGKATAN TENTERA


- Khalifah Harun telah melakukan pembaharuan dalam
bidang ketenteraan khususnya dari segi logistik,
pentadbiran dan peralatan berkaitan dengan
ketenteraan dengan berfokuskan tentera darat dan
tentera laut
- Pembinaan kapal-kapal perang yang besar dan kukuh
telah membantu kempen ketenteraan di kawasan
perairan termasuk menangani ancaman lanun
- Kejayaan terbesar pada zaman ini ialah mengalahkan
Rom sebanyak dua kali, iaitu sewaktu pemerintahan
Irene diikuti zaman Nicpehorus
- Kemenangan atas Rom telah membolehkan kerajaan
Islam pada zaman ini mendapat ufti sebanyak 90,000
dirham dan menandatangani gencatan senjata
- Tindakan Nicephorus yang melanggar perjannian ini
telah menyebabkan Khalifah Harun bertindak lebih
keras termasuk menguasai wilayah di Asia Minor
seperti Tyre, Heraclea, Iconum dan Empheus
- Kekuatan tentera ini juga digunakan untuk
memadamkan pemberontakan dalam negeri seperti
menghantar Ibrahim bin Aghlabiah untuk
menghapuskan pemberontakan di Nosol, Armenia
dan Afrika Utara dan mengakhiri pemberontakan di
Samarqand serta kebangkitan puak Syiah di bawah
pimpinan Idris bin Abdullah dan Yahya bin Abdullah

MEMAJUKAN BIDANG EKONOMI KHASNYA


PERDAGANGAN
- Khalifah Harun al-Rasyid telah menjadikan kota
Baghdad sebagai pusat perdagangan Timur dan Barat
yang terbesar dan tersibuk di dunia
- Banyak aktiviti perdagangan dijalankan di situ dan
ini menarik kedatangan ramai pedagang asing untuk
berdagang di kota tersebut
- Contohnya, pedagang dari India membawa kain dan
rempah-ratus, pedagang dari China pula membawa
teh dan sutera serta pelbagai barangan dagangan lain
seperti dari Mesir, Turki, Afrika dan Syria
- Selain kegiatan perdagangan, pertanian juga
diutamakan.
- Untuk itu, baginda membuka banyak tanah-tanah
pertanian yang baharu serta memberikan benih
tanaman kepada para petani.

Anda mungkin juga menyukai