Anda di halaman 1dari 1

ROOT OF

SCIENCE
SOLVING MYTHS | SPREADING TRUTH | SIMPLIFYING KNOWLEDGE

HOME / 2020 / SAINS FIZIKAL / FIZIK / PRINSIP


BERNOULLI: PRINSIP UNTUK TERBANGKAN KAPAL TERBANG

Fizik

Prinsip Bernoulli:
Prinsip untuk
terbangkan Kapal
Terbang
Farah Hazwani

Prinsip ini dinamakan sempena Daniel


Bernoulli seorang ahli matematik dan ahli
fizik yang berasal dari Belanda. Lahir
pada 8 Februari 1700 dan meninggal
dunia pada 17 March 1782 semasa
berumur 82 tahun. Prinsip Bernoulli
dinamakan sempena namanya dan beliau
menerbitkan buku Hydrodynamica dan
menerangkan prinsip tersebut dalam
bukunya.

Apakah Prinsip Bernoulli?


Prinsip Bernoulli menyatakan apabila
halaju suatu bendalir itu meningkat,
tekanan dalam bendalir itu akan
berkurang. Bendalir yang dimaksudkan
ialah bahan yang mengalir seperti cecair
ataupun gas.

Download

MobioTV Open
Ini bermakna prinsip ini boleh diguna
pakai untuk kedua-dua kes yang
melibatkan gas, udara ataupun cecair.
Persoalannya, bagaimana pergerakan
udara atau gas akan menyebabkan
perubahan tekanan menurut Prinsip
Bernoulli?

Pada asasnya prinsip menerangkan,


sekiranya satu bendalir (udara/air)
melalui dua permukaan dan berbeza
halaju, bendalir yang mempunyai halaju
yang tinggi akan mempunyai tekanan
yang rendah.

Manakala halaju rendah akan


menghasilkan tekanan yang tinggi.
Perbezaan tekanan ini akan
menghasilkan daya angkat yang cukup
untuk mengangkat satu objek.

Lihat contoh eksperimen di bawah:

1. Pegang sehelai kertas secara


mengufuk di bawah bibir.

2. Hembuskan udara dengan kuat pada


permukaan atas kertas. Didapati
kertas bergerak ke atas.

3. Ini disebabkan semasa udara


dihembus, halaju udara pada
permukaan atas kertas lebih tinggi
daripada permukaan bawah.

4. Menurut prinsip Bernoulli, apabila


halaju bendalir tinggi tekanannya
akan berkurangan.

5. Manakala bahagian bawah kertas


mengalami tekanan tinggi kerana
halaju udara yang rendah.

6. Perbezaan tekanan ini menghasilkan


suatu daya paduan yang mengangkat
kertas ke atas.

Menarik kan? Bolehla pembaca mencuba


eksperimen ringkas ini di rumah.

Prinsip Bernoulli dalam


Aliran Cecair
1. Apabila cecair mengalir melalui suatu
tiub seragam, tekanannya berkurang
secara seragam kerana air mengalir dari
kawasan yang bertekanan tinggi ke
kawasan bertekanan rendah. Paras air
berkurang dari tiub 1 ke tiub 3.

2. Air yang mengalir dalam tiub yang


sempit lebih cepat daripada yang melalui
tiub yang luas sungguhpun jumlah air
yang mengalir adalah sama. Kawasan tiub
yang alirannya cepat mempunyai tekanan
yang paling rendah. Berdasarkan gambar,
air di tiub 2 mengalir laju dan mempunyai
tekanan air yang rendah.

3. Air mengalir paling perlahan pada tiub


3, diikuti tiub 1 dan air mengalir cepat di
tiub 2. Manakala tekanan air pada tiub 3
paling tinggi, tekanan air pada tiub 1
tinggi dan tekanan air rendah pada tiub 2.

Download

MobioTV Open

Prinsip Bernoulli dalam


Kehidupan Seharian
1. Prinsip Bernoulli dan
Keretapi

Anda pernah menaiki keretapi? Pernah


menunggu berhampiran landasan
keretapi dan berasa seakan-akan anda
tertarik kearah keretapi apabila ia
melintasi anda? Haa, itulah Prinsip
Bernoulli yang berlaku tanpa kita sedari.

1. Jika keretapi bergerak sangat laju,


udara berhampiran landasan
keretaapi juga bergerak laju. Jadi,
apabila halaju bertambah, maka
tekanan akan berkurang.

2. Apabila tekanan berkurang, orang


yang berdiri berhampiran landasan
akan berasa tertarik kearah keretapi.
Oleh sebab itu, kita tidak digalakkan
menunggu keretapi berdekatan
landasan.

2. Prinsip Bernoulli dan Sayap


Pesawat

Selain itu, sayap kapal terbang yang


berbentuk aerofoil juga menggunakan
Prinsip Bernoulli.

1. Apabila kapal terbang bergerak,


udara akan mengalir di atas sayapnya
yang berbentuk aerofoil. Udara
bergerak dengan lebih laju di
bahagian atas berbanding bahagian
sayap bawahnya.

2. Ini menyebabkan tekanan udara di


bahagian sayap atasnya lebih rendah
daripada bahagian bawah. Perbezaan
tekanan ini akan menghasilkan daya
angkat dan membolehkan ia terbang.

3. Semakin besar luas permukaan


bawah sayap semakin besar daya
angkat akan dihasilkan. Daya angkat
ini tadi, lebih besar daripada daya
graviti jadi kapal terbang boleh
terbang di udara.

4. Jadi untuk menyimpulkan teori ini,


aerofoil ialah mekanisma yang
menghasilkan daya angkat supaya
kapal terbang boleh terbang.
Sayapnya yang berbentuk aerofoil
berfungsi untuk memberi daya
angkat yang tinggi serta
mengurangkan daya geseran atau
rintangan diantara permukaan kapal
terbang dengan udara.

3. Prinsip Bernoulli dan


Spoiler Kereta

Download

MobioTV Open
Prinsip ini juga diguna pakai dalam reka
bentuk badan sesebuah kereta.
Pengaliran udara ataupun angin perlu
dioptimumkan bagi memberi
keseimbangan semasa pemanduan. Jika
diperhatikan hampir semua kereta lumba
dan kereta berkuasa tinggi dilengkapi
dengan spoiler. Ada juga sesetengah
kereta mempunyai sekurang-kurangnya
spoiler kecil di bahagian belakang bonnet.
Fungsinya adalah untuk mengurangkan
daya angkat.

Apabila kereta bergerak, halaju angin di


bahagian bawah spoiler adalah lebih
tinggi berbanding halaju angin yang
bergerak di bahagian bawah. Mengikut
Prinsip Bernoulli, kawasan bendalir yang
berhalaju tinggi akan mempunyai
tekanan yang rendah dan sebaliknya.
Maka, wujudnya perbezaan tekanan
udara di kedua-dua kawasan tersebut.

Perbezaan tekanan diantara kawasan


atas dan bawah kereta akan
menghasilkan daya paduan ke bawah
yang disebut sebagai daya turun. Daya ini
bertindak seperti suatu beban pada
bahagian kereta bagi mengelakkan kereta
daripada terangkat dan juga dapat
menambahkan cengkaman pada tayar
apabila kereta dipandu sangat laju.

Jadi, dengan adanya spoiler pada badan


kereta, ia boleh seimbangkan kereta
tanpa terangkat ke atas walaupun kereta
itu ringan, contohnya kereta Formula 1
yang mempunyai spoiler di bahagian
hadapan dan belakang.

4. Prinsip Bernoulli dan


Bumbung Rumah

ANDA MUNGKIN BERMINAT

Diabetes hilang
selama-lamanya!
Lakukan ini
sebelum tidur
Normalife

Jika tekanan darah


mencecah 140/90,
membersihkan
saluran darah
Normalife

Kunci seks
sehingga 2 jam
pada umur 40+;
minum ini 1 jam
sebelum
Horsemen

Apabila angin kencang melalui bahagian


atas atap, tekanan disekelilingnya
ataupun di luar menjadi rendah manakala
tekanan udara dalam rumah menjadi
tinggi. Angin kencang yang bertiup
mempunyai halaju yang tinggi. Perbezaan
tekanan ini menghasilkan daya paduan
yang menyebabkan atap rumah
terangkat. Mana-mana atap yang
diperbuat daripada zink atau asbestos
akan mudah terangkat dan tercabut
apabila dilanda ribut kuat kerana atap
daripada jenis ini lebih ringan.

5. Prinsip Bernoulli di Atas


Jalan Raya

Apabila sebuah bas bergerak memotong


dengan laju di sebelah motosikal,
kelajuan udara disekeliling bas dan
motosikal adalah sangat tinggi dan
menyebabkan tekanan di kawasan
tersebut menjadi rendah.

Manakala kawasan di sebelah kiri


motosikal menjadi tinggi. Tambahan itu, ia
akan menghasilkan daya tolakan.
Akhirnya, motosikal tersebut tertolak
kearah bas tersebut. Bayangkan, jika
penunggang motorsikal tidak dapat
mengawal motorsikalnya, ini akan
menyebabkan kemalangan berlaku.

Kesimpulan
Terdapat pelbagai konsep Bernoulli yang
secara tidak sengaja diaplikasikan dalam
kehidupan seharian. Selain daripada
contoh di atas, terdapat juga contoh lain
seperti penggunaan alat Penunu Bunsen,
Karburetor, penyembur racun serangga
dan Hydrofoil pada kapal yang
menggunakan konsep yang sama seperti
Aerofoil.

Rujukan

1. Qin, R., & Duan, C. (2017, October).


The principle and applications of
Bernoulli equation. In Journal of
Physics: Conference Series (Vol. 916,
No. 1, p. 012038).

2. “PrinsipBernoulli.”2014,. Accessed 5
Oct. 2020.,

3. Astro Tutor TV. “Fizik | Tingkatan 4 |


Prinsip Bernoulli.” YouTube, 30 June
2020,Accessed 5 Oct. 2020.

4. Dik, Cikgu. “Ultrasfizik: Prinsip


Bernoulli Dan Spoiler
Kereta.” Ultrasfizik, 17 Mar. 2014,
Accessed 5 Oct. 2020.

5. Malek, Ir. Dr. Latifah, and Choong Li


Li. Kuasai Melalui Diagram : FIZIK SPM.
Shah Alam, Selangor, Sap Publications
(M) Sdn Bhd, 2014.

6. Seng Teek Foo. Success Physics SPM.


edited by Cheng Teik Yee, Selangor,
Malaysia Oxford Fajar Sdn. Bhd,
2008.

Farah Hazwani

Farah Hazwani Binti Makhtar marupakan


graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Fizik Gunaan
(Major Fotonik), Universiti Sains Islam Malaysia
(USIM). Beliau kini berkhidmat sebagai seorang
guru di sekolah swasta. Penglibatan beliau dalam
Root of Science sebagai penulis adalah sebagai
satu usaha dalam menyampaikan ilmu
bermanfaat kepada masyarakat.

PROMOTED CONTENT

This Video May Soon Be


Banned. Watch Before It's
Deleted
QUANTUM CODE

Resipi ini akan menjadikan payudara


anda lebih besar dalam 5 hari

BUST UP

Sakit lutut & belakang akan hilang jika


anda mencuba ini!

ARTROPANT

Loin dan sakit belakang


akan hilang! Inilah resipi
rumah saya!
ARTROPANT

Perut gemuk anda akan rata


dalam seminggu. Cuba ini!

GREEN COFFEE

Jika tekanan darah mencecah 140/90,


membersihkan saluran darah

NORMALIFE

5 herba ini dapat mengeraskan senjata


lelaki dalam 15 minit

XFINITE

Seluruh Malaysia terkejut!


Diabetes mudah dirawat
(lihat di sini)
INSULUX

Cara mengecutkan prostat


dan meningkatkan "rahsia
lelaki"!
PROSTANIL

Wanita berusia 64 tahun dengan wajah


bayi! Lakukan sebelum tidur

GOJI CREAM

Diabetes hilang selamanya! Lakukan ini


sebelum tidur

GLUCOPRO

Potong bil elektrik anda


sebanyak 90% dengan
rahsia ini
ELECTRICK

Diet untuk yang malas!


Perut dan muka mengempis
dalam 4 hari!
SAVINA

Sakit sendi sembuh dan kembali remaja


seperti 18 tahun!

ARTROPANT

Anda mungkin juga menyukai