Anda di halaman 1dari 3

Catur, Thanos, dan Metafora Hidup

 April 2, 2019
 Pendapat
TAGS: CATUR , HIDUP , METAFORA , THANOS

Oleh: adiHJ
Saya kembali ketagih untuk bermain catur selepas diberi tugasan untuk mereka poster
pertandingan catur. Malah, saya menghabiskan masa berjam-jam dengan membaca
artikel, menonton klip-klip video di YouTube dan terus memuat turun aplikasi
permainan catur ke dalam telefon pintar. Kini, hari-hari saya dihabiskan dengan
banyak bermain catur berbanding aktiviti lain.

Dulu masa sekolah rendah, saya banyak meluangkan masa bermain catur bersama
abah. Kadang-kadang permainan itu akan berlanjutan selama sejam atau lebih. Waktu
itu, saya tidak pernah merasakan bahawa permainan catur ini akan menghantui hidup
saya sekarang.

Tapi, seperti kebanyakan kanak-kanak pada waktu itu, bermain catur sangatlah tidak
menyeronokkan jika dibandingkan dengan hiburan lain; bermain bola, mandi sungai,
membaca komik dsb. Jadi, saya menceraikan catur daripada hidup saya dan berharap
ia tidak muncul semula seperti bekas teman wanita saya pada masa hadapan.

Saya silap.

Masuk tingkatan lima, pada era yang kita panggil ‘darah muda’. Waktu rakan-rakan
sibuk mahu mengikuti ideologi sub-budaya yang paling hebat, juga waktu ketika
pelajar lelaki sibuk bertanding untuk menjadi orang yang pertama dapat memenangi
hati pelajar perempuan junior paling popular di sekolah, tidak dilupakan, siapa yang
paling berdisiplin di antara semua pelajar dan menjadi anak emas guru disiplin, saya
mewakili sekolah dalam pertandingan catur—ini berlaku secara tidak sengaja.

Kata kawan saya pada waktu itu, ‘chess  ni permainan untuk orang yang tidak boleh
bersaing dalam sukan lain’. Walaupun saya memegang rekod tanpa kalah di sekolah;
termasuk mengalahkan guru pembimbing, tapi, apa yang kawan saya kata itu ada
betulnya. Ya lah, bermain catur tidak memerlukan kau untuk berlatih seperti atlet
lain. Malah, kau tidak akan terkenal di sekolah berbanding mereka yang mewakili
sekolah dalam sukan mainstream seperti bola sepak atau olah raga. Lebih teruk lagi,
kau tidak akan menjadi lagenda di sekolah. Kau hanya akan jadi si  nerd  yang bermain
catur walaupun kau menang pertandingan antara sekolah. Kemenangan kau tidak akan
diumumkan di perhimpunan sekolah, sebab tiada siapa pun tahu adanya pemilihan
untuk mewakili sekolah dalam pertandingan catur melainkan orang yang secara tidak
sengaja lalu depan bengkel automotif seperti saya. Piala kemenangan kau itu lebih
kecil berbanding piala tempat ketiga dalam sukan lain. Dan, diletakkan sebaris
dengan piala penyertaan lain di dalam kabinet trofi di bilik guru.
Di sekolah, permainan catur ini diletakkan dalam satu keranda bersama koir,
syarahan, debat (yang saya juga pernah menjadi wakil sekolah, menang dan juga
tidak dihargai) dan aktiviti lain di dalam dewan. Dalam erti kata lain, bermain catur
tidak akan membuat kau menjadi cool,  tapi jadi nerd.  Dan saya masih lagi
menjadi nerd  pada hari ini. Dan maaflah, ironinya, dunia sudah menjadi lebih
seronok dengan penglibatan orang-orang nerd  dalam memajukan dunia.

Maaf. Tapi, begitulah.

Sekarang, disebabkan saya masih lagi nerd,  saya lebih berminat dengan falsafah di
balik permainan catur. Chess is like a draw.  Kalau dua-dua pemain bermain dengan
baik, permainan akan seri. Atau, kalau kedua-dua pemain membuat kesilapan,
perlawanan juga akan menjadi seri. Bak kata Thanos, perfectly balance, as all things
should be.
Kalau ada berlaku kesilapan dalam permainan, maka pemain yang ada kelebihan
boleh mengambil kesempatan itu untuk memenangi perlawanan. Juga macam Thanos,
selepas ramai hero yang boleh mengalahkan dia mati, dia nampak itu sebagai suatu
kesempatan dan berjaya mengumpulkan kesemua infinity stones.

Bak kata Malique, gagal merancang, merancang kegagalan.

Tapi, kalau pemain itu gagal menggunakan sepenuhnya kelebihan dan kesempatan,
maka pemain lawan tadi berpeluang untuk menjadikan permainan itu seri atau
langsung menukarkannya kepada kemenangan. Macam Thanos juga, sarung
tangannya hampir dirampas oleh geng Avengers, tapi Star Lord  menjadi emosi dan
mengganggu proses. Justeru, membolehkan Thanos mengalahkan mereka semua dan
mendapatkan time stone  daripada Dr. Strange. Atau macam Thor, should’ve gone for
the head, bero.  Tapi tidak apa, dia seri dengan Thanos.
Dalam permainan catur, pemain yang paling sikit membuat kesilapan akan menang.
Juga macam Thanos, kesilapannya kecil, yakni tidak membunuh saja Thor pada awal
pertemuan mereka. Hal itu mengakibatkan Thor memperoleh tukul hibrid kapak
dengan nama paling cool  sekali dan mencederakan Thanos. Tapi, sekali
lagi, should’ve gone for the head, bero.
Walau bagaimanapun, amatlah sukar untuk bermain dengan sempurna dalam
permainan catur. Sedangkan mereka yang sudah bergelar  Grandmaster  (pencapaian
tertinggi dalam permainan catur), pun boleh melakukan kesilapan. Seseorang manusia
itu boleh menggerakkan buah catur dengan tujuan intuitif, ianya dipandu tapi
sepenuhnya ditentukan oleh logik dan pengiraan yang sempurna. Malah, selepas kau
membuat pergerakan, pemain lawan boleh mematahkannya atau memaksa kau untuk
mengubah strategi. Bayangkan, perlawanan di antara Nikolic vs Arsovic, memakan
masa selama 20 jam 15 minit dan berakhir dengan seri.  Again, perfectly balance, as
all things should be.  Hal ini menunjukkan setiap pergerakan yang kau lakukan, boleh
dibaca, malah dipatahkan oleh pihak lawan.
Tapi, apa kau boleh buat? Bak kata juara dunia, Magnus Carlsen  ‘chess is a very
difficult game. It’s very hard often to know whether you’re making the right decision
or the right evaluation. But, still it’s important to have confidence’.
Seperti hidup, kesempurnaan di mana kau boleh mencapai semua yang kau mahu itu
mitos. Yang ada, perfectly balance.  Kau hanya boleh meminimumkan kesilapan
untuk mencapai kemahuan. Kau juga harus bersedia untuk melakukan
pengorbanan. You cannot have it both ways.  Dalam permainan catur, kau terpaksa
bergerak, dan ia akan membuahkan hasil; sama ada baik atau buruk. Dengan
melakukan pergerakan, baru kau boleh nampak sama ada langkah itu akan
menyebabkan kekalahan atau kemenangan. Sedari itu, setiap pergerakan itu akan
membuka ruang kepada kelemahan. Jadi kau harus menutupnya dengan bantuan buah
catur yang lain.

Dalam hidup, kau tidak boleh bergerak sendiri. Kau perlukan bantuan orang atau
benda lain untuk kekal relevan di dunia. Sedangkan Goku pun minta tolong satu
cakerawala dalam misinya untuk mengalahkan Majin Buu. Sedangkan Hitler pun
perlu bantuan tentera untuk cuba menguasai dunia. Apatah lagi kita kan?

Bak kata Bobby Fisher ‘Chess is a search for truth ‘.  Dan kebenaran itu, akan jadi
lebih bererti apabila dihayati.

Sumber: https://borneokomrad.com/catur-thanos-dan-metafora-hidup/

Anda mungkin juga menyukai