Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAHKU SEJAHTERA

SEKOLAHKU SEJAHTERA dilancarkan dan diperkenalkan oleh Menteri Pendidikan, Datuk


Dr Razi bin Jidin pada 21 Februari 2022 di Putrajaya. Konsep ini memberi penekanan terhadap
nilai murni secara semula jadi dalam pengajaran dan pembelajaran. Konsep ini juga
membolehkan murid meneroka pelbagai cabang ilmu, idea dan penemuan baharu yang sentiasa
kreatif dan inovatif dalam penyelesaian masalah. Pada pendapat saya, konsep ini wajar
diaplikasikan dalam kalangan murid dan warga sekolah kerana dapat mewujudkan suasana
sekolah yang aman, menggembirakan, selesa, membina dan inklusif kearah mencapai
kesejahteraan masyarakat.

Terdapat 14 elemen yang terkandung didalam perkataan ‘SEJAHTERA’ antaranya ialah


Selamat, Seronok, Sihat, Etika dan Empati, Jati Diri, Adab Sopan, Harmoni, Tekun, Teliti dan
Terampil, Eksplorasi, Rasional dan Artikulasi. Sekiranya semua warga sekolah mengamalkan
kesemua elemen ini, maka tidak mustahil satu hari nanti kita dapat melahirkan satu generasi yang
cemerlang dan terbilang dalam pelbagai aspek kehidupan mereka. Antara elemen yang boleh
diamalkan di sekolah adalah elemen Selamat, Seronok dan Sihat. Sebagai contoh, dalam kita
merasa gembira ketika melaksanakan pelbagai aktiviti sekolah seperti merentas desa, sambutan
Hari Guru dan sebagainya, keselamatan kesemua warga sekolah juga mestilah dititikberatkan
oleh semua pihak

Seterusnya, kita juga boleh menerapkan elemen Etika dan Empati. Bukan hanya guru-guru
sahaja, malah warga sekolah yang lain seperti tukang sapu, pengawal keselamatan, makcik
kantin, malah rakan-rakan yang lain juga perlu kita hormati. Sekiranya kesemua murid saling
hormat menghormati antara satu sama lain, maka sudah pasti gejala-gejala seperti ejek dan buli
dapat dibanteras. Selain itu, kita juga mestilah mempunyai rasa empati terhadap orang lain.
Murid-murid boleh membantu guru dengan membawa barang-barang yang banyak, guru-guru
dan murid-murid membantu tukang sapu dengan tidak membuang sampah merata-rata di
kawasan sekolah, alangkah indahnya sekiranya semua pihak dapat merealisasikan nilai-nilai
empati di sekolah.
Jati diri dan Adab Sopan ini juga sangat penting dalam membentuk identiti diri serta
sahsiah diri yang terbilang. Hal ini secara tidak langsung dapat membentuk ‘Harmoni’ yang
diimpikan oleh setiap warga sekolah di Malaysia. Elemen Tekun, Teliti dan Terampil juga sangat
penting dalam melahirkan warga sekolah yang sentiasa berusaha untuk melakukan yang terbaik
demi kecermelangan sekolah mereka.
Kesimpulannya, saya ingin menegaskan bahawa konsep ini sangat wajar diaplikasikan
dalam kalangan murid dan warga sekolah. Terdapat banyak kelebihan-kelebihan kita boleh
perolehi sekiranya kita semua bersama-sama menyokong serta menerapkan konsep yang telah
diperkenalkan oleh Menteri Pendidikan ini.

Anda mungkin juga menyukai