Anda di halaman 1dari 2

Sekolah Sejahtera

Majlis pelancaran Sekolahku Sejahtera telah dirasmikan oleh YB Datuk Dr. Radzi
Jidin, Menteri Kanan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada
21 Februari 2022.
Terdapat 14 elemen yang diterapkan bagi pelaksanaan insiatif Sekolahku
Sejahtera iaitu, selamat, seronok, sihat, etika, empati, jati diri, adab sopan,
harmoni, tekun, teliti, terampil, eksplorasi, rasional dan yang terakhir artikulasi.
Nilai-nilai murni ini perlu disisipkan melalui semua mata pelajaran dan
diperkukuhkan melalui pembentukan budaya sekolah yang positif secara bersepadu
untuk memastikan penerapan nilai-nilai murni akan berhasil dan berkesan.
Konsep penerapan nilai murni merupakan strategi utama bagi memastikan
tercapainya matlamat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek. Nilai-nilai tersebut dapat membentuk sikap dan
pemikiran manusia di mana penghayatan nilai-nilai murni akan membolehkan
seseorang itu membuat keputusan yang wajar dan bertanggungjawab.
Matlamat penerapan nilai-nilai murni melalui pendidikan ialah untuk
melahirkan insan dan juga warganegara yang baik serta memiliki akhlak mulia.
Objektif penerapan nilai murni ialah menjalankan amanah dengan dedikasi,
melatih diri dengan disiplin, meningkatkan hasil atau produktiviti dan berusaha
untuk mencapai kecemerlangan. Nilai murni ini dapat dilaksanakan sepenuhnya
melalui pendidikan.
Dalam hal ini, program-program kurikulum, budaya sekolah, komitmen dan
dedikasi guru memang tidak dinafikan bahawa ianya faktor terpenting dalam
mewujudkan sekolah sejahtera. Kurangnya penekanan nilai-nilai murni dalam
kalangan guru akan menimbulkan kurangnya kefahaman dan penghayatan nilai-
nilai murni dalam kalangan pelajar. Keadaan ini mungkin wujud kerana guru
merupakan orang yang kerap berinteraksi dengan pelajar.
Tanpa proses menerapkan nilai murni ke dalam mata pelajaran yang diajar,
cita-cita untuk melahirkan generasi cemerlang dalam semua aspek tidak akan
berhasil kerana hanya melalui penerapan nilai murni dalam pendidikan mampu
mendidik insan yang rasional, amanah, bertimbang rasa, bertanggungjawab dan
memiliki sifat-sifat mulia yang dipersetujui agama dan masyarakat. Maka, kita
perlulah memahami kesemua elemen yang ada pada insiatif Sekolahku Sejahtera.
Kesimpulannya, kita perlulah memahami kesemua elemen yang ada pada
insiatif Sekolahku Sejahtera kerana elemen-elemen tersebut amatlah penting untuk
kita menjadi orang yang beramanah, berdisiplin dan berusaha mencapai
kecemerlangan.

Anda mungkin juga menyukai