Anda di halaman 1dari 3

Soalan1 : Sebagai seorang guru di dalam kelas nyatakan 3 masalah yang anda hadapi semasa P&P dalam penyerapan

nilai-nilai murni.

Dalam usaha untuk mencapai matlamat negara bagi merealisasikan wawasan 2020, maka aspek nilai-nilai murni tidak boleh dipisahkan atau diabaikan begitu sahaja. Nilai-nilai murni ini perlulah selari dengan aspek pembangunan negara dan menjadi asas dalam pembentukan masyarakat. Pendidikan di sekolah merupakan contoh pendidikan formal. Disinilah pelajarpelajar dididik dan diajar untuk menjadi insan yang berilmu, berakhlak dan berdisiplin. Untuk kepentingan negara, tenaga rakyat yang diperlukan bukan sahaja dilihat dari segi bilangan, jenis pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki bahkan perlu juga dilihat dari segi nilai-nilai disiplin yang perlu diterima. Dari segi sikap, mereka perlu jujur dan dedikasi terhadap kerja. Mereka bukan sahaja perlu cekap bahkan mereka perlu boleh berfikir dan bertindak dengan baik sama ada secara sendiri mahupun secara beramairamai dengan berpandukan punca-punca akhlak yang mulia. Tegasnya, individu yang dilahirkan daripada sistem persekolahan negara perlu selaras dengan tujuan pembangunan kemanusiaan (Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979). Bagi melahirkan generasi pelajar yang bertanggungjawab serta memiliki sifatsifat yang mulia, pengamalan nilai-nilai murni perlu disisipkan melalui semua mata pelajaran. Ini bermakna guru dikehendaki menerapkan pengetahuan nilai-nilai murni di dalam mata pelajaran yang mereka ajar. Nilai-nilai murni sememangnya diterapkan dalam pendidikan di sekolah dan terdapat dalam sukatan mata pelajaran. Nilai-nilai murni adalah kompenan bersepadu terpenting yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara. Ia perlu disepadukan ke dalam setiap mata pelajaran pendidikan Islam dan moral. Nilai-nilai murni adalah berteraskan nilai-nilai kerohanian iaitu baik hati, berhemah tinggi, hormat menghormati, kasih sayang, adil, kebersihan fizikal dan mental, jujur, rajin, bekerjasama, bersemangat kemasyarakatan, sederhana, bersyukur dan berdikari (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1992). Penerapan nilai-nilai murni di dalam proses pengajaran dan pembelajaran haruslah tidak dipandang remeh oleh guru dan ia bukan hanya sekadar ditulis di dalam

buku rancangan mengajar tetapi seharusnya guru-guru

menerapkan unsur nilai-nilai

murni di dalam pengajaran. Sebagai seorang guru kita memegang amanah untuk menjalankan dasar-dasar negara. Peranan guru di dalam menjalankan dasar ini amatlah besar dan penting. Walaupun pelaksanaan penerapan nilai-nilai murni dijalankan oleh guru tetapi terdapat kekangan yang terpaksa dihadapi oleh guru seperti:
a) Kekangan masa menyebabkan sukar untuk melaksanakan penerapan nilai-nilai

murni dalam pengajaran . Pentadbir yang menekankan kepada penghabisan silibus dan kecemerlangan akademik semata-mata.
b) Sukar untuk mendapatkan buku mengenai penerapan nilai-nilai murni bagi

memantapkan lagi pemahaman guru bagi melaksanakan penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran.
c) Bilangan pelajar yang ramai dan juga datang dari pelbagai etnik menyukarkan

pelaksanaan penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran. Pandangan guru-guru terhadap masalah yang dihadapi haruslah diambil kira dalam keberkesanan pelaksanaan penerapan nilai-nilai murni . Walaupun terdapat kekangan yang dihadapi guru haruslah melaksanakan penerapan nilai-nilai murni kerana merekalah yang berkuasa dalam melaksanakan kurikulum di dalam kelas. Dalam apa jua proses pengajaran dan pembelajaran, guru memainkan peranan yang penting sebagai agen perantaraan ilmu. Dengan itu, dalam proses menerapkan nilainilai moral, guru terlebih dahulu perlu mempunyai sahsiah yang baik untuk dicontohi oleh semua pelajar. Justeru itu, setiap pelajar perlu menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam menghubungkan ilmu pengetahuan yang mereka pelajari dengan kehidupan seharian. Para pelajar hendaklah memahami dan menghayati tanggungjawab mereka sebagai pelajar yang bermatlamatkan menuntut ilmu dengan penuh disiplin di samping membina akhlak yang mulia dan terpuji Bagi memastikan nilai-nilai murni ini dikuasai oleh pelajar, maka objektif tentang penguasaan nilai ini telah didokumentasikan dalam kurikulum sekolah. Umpamanya dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Salah satu daripada objektifnya

ialah untuk membolehkan pelajar menghayati nilai-nilai yang bersesuaian dengan kehendak masyarakat dan negara. Pelajar-pelajar di sekolah merupakan aset yang penting bagi sesebuah negara. Mereka merupakan tenaga muda yang bakal menjadi harapan negara untuk memimpin generasi akan datang, penyambung budaya, penggerak kemajuan dan pelopor pembangunan bagi sesebuah masyarakat. Oleh itu, para pendidik harus mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk mengatasi masalah ini, supaya dapat melahirkan warganegara yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Anda mungkin juga menyukai