Anda di halaman 1dari 4

KONDISI PERABOT DAN HIASAN LEKAPAN

1.1 Definisi perabot dan hiasan lekapan


Perabot dan hiasan lekapan merupakan kelengkapan yang diperlukan bagi
memastikan operasi makanan dan minuman dapat dilaksanakan dengan sempurna.

1.2 Kondisi umum perabot dan hiasan lekapan - Terdapat beberapa langkah untuk membuat
pemeriksaan fungsi dan kemampuan peralatan ketika beroperasi adalah seperti senarai
semak, pemeriksaan peralatan, mengenalpasti kerosakan dan membuat laporan
penyelenggaraan. Ciri – ciri perlaksanakan kerja yang berkesan adalah seperti berikut:
 Simpan peralatan ditempat yang bersesuaian
 Jaga kebersihan terhadap peralatan berkenaan
 Buat pemantauan yang berlanjutan
 Menyediakan laporan yang lengkap mengenai sebarang kerosakan peralatan

i) Kandungan senarai semak untuk perabot – antara butiran yang terkandung didalam
senarai semak ini adalah:-
a) jenis perabot dan material pembuatanya
b) Kuantiti dan lokasi
c) fungsi dan kegunaan sesebuah perabot
d) Jangkamasa penggunaan perabot

ii) Pemeriksaan – Pemeriksaan yang dijalankan adalah bertujuan untuk memastikan


perabot sentiasa keadaan sempurna dan boleh digunakan dengan selamat.
a) Penggunaan perabot dengan teknik yang betul dan sesuai.
b) Boleh mengawal penggunaan perabot.
c) Membuat catatan terhadap kerosakan perabot sebelum, semasa dan selepas
penggunaan.

iii) Kenalpasti kerosakan


a) Mengenalpasti jenis kerosakan
b) Segera membuat laporan kerosakan perabot kepada pihak yang
bertanggungjawab
c) Seseorang pekerja perlulah boleh menyediakan dan membuat laporan kerosakan
perabot
d) Boleh mengumpul data dan maklumat laporan kerosakan dengan betul dan tepat
e) Boleh membuat penerangan terhadap laporan kerosakan yang disediakan
iv) Laporan penyelenggaraan
a) Membuat laporan penyelenggaraan terhadap kerosakan perabot
b) Menyimpan laporan penyelenggaraan sebagai rujukan dan rekod
c) Seseorang pekerja perlulah boleh menyediakan dan membuat laporan
penyelenggaraan perabot
d) Boleh mengumpul data dan maklumat laporan penyelenggaraan dengan betul dan
tepat
e) Boleh membuat penerangan terhadap laporan penyelenggaraan yang disediakan

1.3 Laporan/senarai kerosakan - Proses dan cara-cara untuk mengenalpasti keadaan


perabot yang baik dan selamat untuk digunakan adalah menitikberatkan beberapa
kriteria seperti berikut :

i) Jenis-jenis kerosakan
a) Terdapat pelbagai jenis kerosakan yang berlaku pada perabot dan hiasan lekapan
seperti:
 Calar
 Patah
 Koyak
 Goyang
 Tercabut
b) Semak terhadap keupayaan peralatan tersebut iaitu dari segi kemampuan untuk
menampung berat dan muatan ketika ianya digunakan. Seperti contoh ; almari
atau kabinet.
 Muatan: muat untuk digunakan menyimpan peralatan seperti linen, barang-
barang pinggan mangkuk, sudu garpu dan kertas-keetas dokumen sahaja.
 Berat: keupayaan hanya boleh menampung berat sesuatu barang hingga 100
kilogram pada satu masa.
ii) Laporan kerosakan perabot
a) Penjagaan persekitaran sekeliling terhadap perabot tersebut (kabinet/almari)
adalah seperti berikut :
 Elakkan permukaan sekeliling perabot tersebut terkena pada bahan asid untuk
mengelakan ianya terhakis.
 Elakkan perabot tersebut terkena pada geseran dengan mana-mana peralatan
yang kasar, bagi mengelakan permukaan perabot tersebut mudah tercalar dan
sebagainya.
 Jauhkan dan hindari perabot berkenaan daripada terdedah kepada cahaya
matahari untuk mengelakkan peralatan tersebut mudah luntur warna.
 Elakkan perabot tersebut terkena pada cecair pencuci atau air yang berlebih,
untuk mengelakkan ianya menyerap air kedalam permukaan perabot
berkenaan. ini kerana memudahkan permukaan perabot tersebut mengembang
dan terbuka.
 Jangan menyimpan dan memuatkan segala peralatan dengan terlebih muatan
untuk mengelakkan daripada mudah runtuh dan sebagainya.

b) Gunakan perabot tersebut dengan cara-cara penggunaan yang betul dan tepat
sepertiamana yang telah disarankan seperti:
 Almari / kabinet : digunakan untuk penyimpanan barang seperti dokumen,
pinggan mangkuk, sudu garpu dan semua jenis linen.
 Partition : digunakan untuk menutup ruangan atau bahagian yang terdedah
pada satu-satu sudut yang perlu didutup.
 Restroom : digunakan untuk berucap dan menyampaikan sebarang ucapana
pada satu majlis yang formal dan rasmi.
 Troli kayu : digunakan untuk mengangkat segala peralatan yang ringan dan
kurang daripada muatan atau berat yang telah disarankan penggunaanya.
iii) Laporan kerosakan perabot dan hiasan lekapan
a) Laporan kerosakan perabot dan hiasan lekapan yang mengikut prosedur dapat
membantu mengenali masalah-masalah kegagalan dan kerosakan pada sesuatu
tahap masa dan keadaan tertentu yang seterusnya dapat membantu kepada
pemilihan kaedah dan bahan yang sesuai untuk dilaksanakan. Pemilihan kaedah
yang terbaik dapat mengelakkan penyelenggaraan susulan pada komponen dan
peralatan yang sama dalam jangka masa yang terdekat.

b) Ikut langkah penggunaan yang betul:


 Gunakan peralatan berkenaan dengan prosedur yang betul.
 Elakkan penggunaan peralatan tersebut dengan cara yang membahayakan.
 Bersihkan peralatan tersebut setelah ianya digunakan.
 Simpan peralatan tersebut ditempat yang bersesuaian dengan keadaan

Anda mungkin juga menyukai