Anda di halaman 1dari 2

DASAR PENGOPERASIAN PENDIDIKAN RENDAH WAJIB

Pengenalan

Dasar ini bertujuan memastikan setiap ibu bapa warganegara yang menetap di Malaysia yang
mempunyai anak mencapai umur enam tahun pada hari pertama tahun persekolahan semasa,
mestilah mendaftarkannya di sekolah rendah. Di samping itu juga, ibu bapa perlu memastikan anak
yang didaftarkan akan terus menjadi murid di sekolah rendah sepanjang tempoh pendidikan rendah.

Penyataan Dasar

Pendidikan wajib adalah satu undang-undang yang memerlukan setiap ibu bapa warganegara


Malaysia yang menetap di Malaysia hendaklah memastikan bahawa jika anaknya mencapai umur
enam tahun pada hari pertama bulan Januari dalam tahun persekolahan semasa, anak itu didaftarkan
di sekolah rendah. Tempoh pendidikan wajib adalah selama enam tahun, iaitu tempoh pendidikan
rendah.

Punca Kuasa

•Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) : Subseksyen 29A(1), (2), (3) dan (4).

•Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 14/2002: Pelaksanaan Pendidikan Wajib di Peringkat Rendah 2003
bertarikh 27 November 2002.

•Garis Panduan Pelaksanaan Pendidikan Wajib di Peringkat Rendah tahun 2003.

Kaedah Pelaksanaan

•Melaksanakan proses pendaftaran yang bermula dengan permohonan dan pengesahan sebelum
kanak-kanak mendaftar pada hari pertama persekolahan.

•Mematuhi kriteria pelaksanaan pendidikan wajib dari segi tempoh pendidikan dan kanak-kanak yang
terlibat.

•Peringatan dari segi implikasi perundangan berikutan kegagalan ibu bapa memastikan anaknya
mengikuti pendidikan wajib.
Penalti

Kegagalan ibu bapa memastikan anaknya mengikut pendidikan wajib merupakan satu kesalahan dari
segi undang-undang. Ibu bapa yang disabitkan dengan kesalahan boleh dikenakan denda tidak
melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Tarikh Kuatkuasa

1 Januari 2003.

Anda mungkin juga menyukai