Anda di halaman 1dari 16

Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 5 (1)

Jalan P5A/5, Presint 5

6200 Wilayah Persekutuan Putrajaya

Bersempena dengan meraikan Hari Alam Sekitar Sedunia, satu pameran seni cetak
bertemakan “Sayangilah Hidupan Liar” akan dianjurkan oleh muzium dan galeri seni.

Anda dikehendaki menghasilkan menghasilkan sebuah karya seni cetak berwarna. Teknik
yang telah ditetapkan ialah cetak-tinggi/ cetak timbul (relief) di atas kertas beredsi 10
(minima). Saiz imej/ blok hendaklah berukuran kertas A4.
ISI KANDUNGAN
PENGARGAAN

Allhamdulillah saya ucapkan ke hadrat illahi di atas kurniannya saya dapat juga
menyiapkan Kerja Kursus Seni Visual Kertas (970/3) penggal 3 yang bertemakan
“kemerdekaan” mengikut masa yang telah ditetapkan.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada
kedua- dua ibu bapa saya, Ku Irdawaty dan Fahrul Hakim kerana membantu saya secara
langsung dan tidak langsung dari segi kewangan, dorongan, nasihat dan bimbingan sepanjang
proses saya melakukan kerja kursus ini penggal 3 tahun 2022. Tanpa bantuan mereka, saya
tidak mungkin dapat menjayakan tugasan ini.

Seterusnya, jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada Cikgu Syed Omar sebagai
seorang guru seni yang sering memberi bimbingan diperlukan kepada anak muridnya dengan
menggunakan ilmu pengetahuan dan pengalamannya yang luas dalam bidang seni visual.

Di Samping itu, saya ingin mengucapkan juga terima kasih kepada rakan-rakan yang tidak
jemu menjawab persoalan saya berkaitan dengan kerja kursus dan kesudian masa mereka
untuk membantu saya semasa melaksanakan kerja kursus ini dan pihak-pihak yang berkaitan
dalam memastikan kerja kursus ini mencapai objektifnya.

Terdapat pelbagai cabaran dan rintangan sepanjang proses saya menyiapkan Kerja Kursus
Seni Visual Kertas 3 (970/3) namun saya dapat menghadapinya dengan bantuan pelbagai
pihak dan inisiatif saya tersendiri sehinggakan saya berjaya dengan jayanya menyiapkan
kerja kursus ini.

Yang Benar,

Wan Iman Hakim Bin Fahrul Hakim


1.0 PENGENALAN

Kerja Kursus Kajian Seni Visual kertas 3 (970/3) ini telah diwujudkan oleh Majlis
Peperiksaan Malaysia (MPM) kepada pelajar-pelajar tingkatan 6 penggal 3 sejak sistem
modular diperkenalkan. Setiap pelajar mengambil mata pelajaran seni visual diwajibkan
untuk membuat kerja kursus seni visual ini. Oleh itu, pihak MPM telah mengeluarkan satu
manual pelaksanaan kerja kursus seni visual ini bagi membolehkan pelajar mendapat
maklumat dan sumber idea untuk menjayakannya. Tema yang telah dikeluarkan oleh pihak
MPM ialah “Sayangilah Hidupan Liar” dengan menggunakan teknik cetak-tinggi/cetak
timbul (relief) di atas kertas beredisi 10 (minima).

Berdasarkan soalan pengkaryaan yang bertema “Sayangilah Hidupan Liar”, hidupan liar
amat penting bagi kelangsungan manusia. Hidupan liar mempunyai nilai intrisik dan
menyumbang kepada aspek-aspek ekologi, genetik, sosial, ekonomi, sains, pendidikan,
kebudayaan, rekreasi dan estetik pembangunan mampan dan kesejahteraan manusia. Hidupan
liar juga merujuk kepada spesies yang belum dikinakkan.

Menurut soalan, pengkaji diminta untuk menghasilkan sebuah karya seni cetak bewarna
menggunakan teknik yang telah ditetapkan iaitu cetak-tinggi/cetak timbul (relief). Menurut
Roslan Md. Noor, seni cetak merupakan salah satu cabang seni halus atau seni rupa yang
mempunyai media dan tekniknya yang tersendiri. Selain seni catan, lukisan, arca dan seni
cetak juga mempunyai hubungannya dengan perkembangan sejarah dan budaya seni visual di
Malaysia. Perkembangan seni cetak negara bukan seseuatu yang baru namun bidang ini
didapati kurang popular kerana seni catan sentiasa mendominasi dalam sebarang aktiviti seni
rupa tanah air sejak dahulu.

Menurut soalan juga, pengkaji telah ditetapkan teknik apa yang perlu digunakan iaitu
cetak-tinggi/cetak timbul (relief). Menurut Muhammad Faiz (2012), relief print atau cetak
timbul adalah salah satu dari beberapa macam teknik print atau cetak yang memiliki acuan
permukaan timbul atau meninggi dimana berfungsi sebagai penghantar tinta (baik monokrom
atau polikrom). Sedang bahagian yang kasar atau permukaan yang tidak timbul merupakan
bahagian yang tidak akan terkena tinta atau disebut bahagian negatif. Salah satu sifat cetak
timbul adalah bila acuannya sendiri diamati baik-baik, maka permukaan acuan akan nampak
sebagai permukaan yang berukir atau berelief.

Maka fokus kerja kursus seni visual ini ialah untuk memahami menganalisis dan mengkaji
tema “Sayangilah Hidupan Liar” dan menghasilkan satu karya bertujuan pameran
menggunakan teknik cetak-tinggi/cetak timbul (relief) di atas kertas beredisi 10 (minima).
Proses karya dan maklumat-maklumat telah dicatat dan direkod untuk tujuan bukti dan
lampiran di dalam folio.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Bagi melaksanakan kerja kursus seni visual 970/3 Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
tahun 2022, pengkaji telah menjalankan kajian berdasarkan objektif di bawah:

2.1 Menepati pemilihan tema yang ditetapkan oleh pihak Majlis Peperiksaan Malaysia
(MPM) iaitu “Sayangilah Hidupan Liar”.

2.2 Menepati kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak MPM dalam melaksanakan
Kerja Kursus Seni Visual Kertas 3 (970/3).

2.3 Mengkaji secara terperinci tentang tema “Sayangilah Hidupan Liar supaya dapat
memahami secara kritikal tentang tema dan secara tidak lansung dapat memberi pendedahan
kepada pengkaji mengenai satu kajian yang bersifat ilmiah.

2.4 Mengkaji proses penghasilan cetak bewarna menggunakan teknik cetak-tinggi/cetak


timbul (relief)

2.5 Mengenal pasti alatan atau media yang digunakan untuk menghasilkan catan

2.6 Mengenal tokoh-tokoh cetak bewarna di tanah air dan di barat serta mengkaji tokoh
cetak-tinggi/cetak timbul (relief).
3.0 PERMASALAHAN KAJIAN

Masalah atau isu dalam kajian ini adalah tema itu sendiri iaitu “Sayangilah Hidupan
Liar”. Pengkaji perlu mengenali secara lebih terperinci tentang definisi dan maksud yang
berkaitan dengan tema yang diberikan iaitu “Hidupan Liar”. Menurut buku Geografi
Tingkatan 3, hidupan liar ialah spesies haiwan liar atau burung, samaada dilindungi atau
dibiar bebas, vertebrata atau invertebrata, hidup atau mati, matang atau tidak matang dan
samaada boleh dijinakkan atau dibiarkan dalam kurunngan atau tidak. Cara pemakanan
haiwan dapat dibahagikan kepada tiga kategori iaitu karnivor, herbivor dan omnivor.

3.1 CARA PEMAKANAN

3.1.1 KARNIVOR

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, karnivor atau daging dapat ditakrifkan
sebagai haiwan yang memakan daging sebagai sumber makanan utamanya. Haiwan dalam
kategori karnivor memakan daging untuk mendapatkan tenaga dan nutrisi yang diperlukan
untuk terus hidup, baik secara langsung mahupun tidak langsung. Haiwan-haiwan yang
bergantung pada daging haiwan untuk nutrisinya disebut karnivor obligat dan haiwan-haiwan
yang juga memakan sumber bukan haiwan disebut karnivor fakultatif. Karnivor yang
menduduki puncak rantai makanan disebut predator peringkat tertinggi.

Contoh haiwan karnivor: Harimau


Harimau merupakan sejenis mamalia pemangsa kucing besar karnivor. Harimau
merupakan spesies kucing jinak yang paling terkenal (selain singa). Harimau biasanya
berbulu kemerahan atau perang berkarat, bulu dadanya berwarna keputihan, "berjambul"
putih melilit mukanya, dan belang-belang yang berwarna perang, kelabu atau hitam. Setiap
subspesies harimau memiliki bentuk dan kepadatan belang yang berlainan dari subspesies
yang lain (di samping juga corak warna bulunya; misalnya, harimau Siberia berwarna lebih
pudar berbanding subspesies yang lain). Kebanyakan harimau memiliki lebih 100 batang
belang. Harimau ialah haiwan yang biasanya gemar bersendiri dan berkelakuan kewilayahan,
dan sering memerlukan kawasan habitat yang amat luas untuk menampung keperluan
memburu mangsanya. Dan kerana mudah didapati di sebilangan kawasan di dunia yang
paling padat kependudukan manusianya, menyebabkan sering terjadinya konflik antara
harimau dan manusia.

3.1.2 HERBIVOR

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, herbivor merujuk kepada binatang yang
memakan tumbuh-tumbuhan sahaja atau dikenali sebagai maun. Herbivor memakan autritof
seperti tumbuh-tumbuhan, alga serta bakteria yang menjalankan fotosintesis. Spesies yang
memperoleh bahan makanan dari tumbuhan mempunyai bentuk rahang yang bersesuaian
dengan pemakanannya. Haiwan-haiwan herbivor mempunyai sistem pencernaan yang
merumahkan enzim tertentu berkeupayaan mengurai komponen tertentu yang sukar
dipecahkan secara fizikal.

Contoh haiwan herbivor: Zirafah


Zirafah merupakan haiwan herbivor yang mendapatkan makanan di persekitaran
savana kering, namun mempunyai kelebihan dari segi ketinggian. Diet zirafah
kebanyakannya adalah meragut daun akasia dan aprikot liar, selain pucuk, buah dan
tumbuhan yang lain. Malah, kebanyakan pokok seperti akasia telah membangunkan strategi
tumbuh tinggi dan mempunyai duri tajam dan panjang bagi mengelakkan dimakan haiwan.
Zirafah pula membentuk gabungan ciri-ciri seperti leher yang panjang, lidah, tengkorak, pipi
dan bahu yang panjang membolehkan mereka mencapai puncak pokok. Biasanya dahan kecil
ditarik masuk ke dalam mulut zirafah dengan menggunakan lidahnya yang panjang dan
kemudiannya kepalanya ditarik sementara daunnya disisir melalui giginya yang jarang seperti
penggerat. Biasanya zirafah memerlukan kawasan ragut sekitar 160 kilometer persegi (62
batu persegi). Makan, minum dan aktiviti lain berlaku pada pagi dan petang sekitar 12 jam
berehat pada malam, waktu tengah hari yang panas pula ditumpukan kepada pengunyahan
mamahan agar banyak nutrien dapat diserap lanjut sepanjang pencernaan.

3.1.3 OMNIVOR

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, definis bagi omnivor adalah organisma yang
memakan haiwan dan juga tumbuhan. Haiwan omnivor dibezakan dari yang lain kerana
mereka boleh makan sayur-sayuran dan haiwan. Hal ini demikian kerana tubuh omnivor tidak
dapat bertahan hidup hanya dengan memakan daging kerana sistem pencernaannya
memerlukan serat dan nutrien mineral organik lain yang disediakan oleh tumbuhan. Selain
itu, mereka juga perlu makan makanan yang tinggi kalsiumnya agar tetap sihat.

Contoh haiwan omnivor: Anjing


Anjing dianggap sebagai subspesies bagi serigala atau Canis familiaris apabila
dianggap sebagai spesies tersendiri merupakan salah satu anggota bagi genus Canis, yang
membentuk sebahagian daripada canid-canid keserigalaan, dan merupakan karnivor darat
yang paling banyak. Anjing dan serigala kelabu yang ekstan merupakan takson-takson
bersaudara kerana serigala moden tidak berkait rapat dengan serigala yang pertama kali
dibelajinakkan, yang menandakan bahawa leluhur langsung bagi anjing telah pupus. Anjing
merupakan spesies pertama yang dibelajinakkan dan telah dibiakbakakan secara terpilih
selama beralaf-alaf untuk pelbagai tingkah laku, kemampuan deria, dan sifat fizikal.
Hubungan panjangnnya dengan manusia telah menyebabkan anjing menjadi sesuai secara
unik terhadap tingkah laku manusia dan anjing mampu berkembang atas pemakanan yang
kaya dengan kanji yang sepatutnya tidak cukup untuk spesies canid lain. Anjing sangat
berbeza-beza dari segi rupa bentuk, saiz, dan warna. Anjing memainkan banyak peranan
untuk manusia, seperti perburuan, penggembalaan, penarikan muatan, perlindungan,
pembantu polis dan ketenteraan, teman, dan, lebih kini, pembantu individu kurang upaya dan
peranan terapi. Pengaruh ini terhadap kemasyarakatan manusia telah memberinya nama
gelaran "sahabat baik manusia".
4.0 TEKNIK-TEKNIK CETAKAN

A)Cetakan  Merupakan proses


membuat cetakan
Timbulan
dengan meletakkan
(relief) dakwat atau warna
pada permukaan tapak
cetakan yang terdiri
daripada blok kayu
atau lino
 Hasil permukaan
acuan merupakan imej
yang terhasil di
permukaan kertas

B) Cetakan  Cetakan ini


Stensil atau memerlukan kain
Skrin sutera (organdi) yang
direnggangkan di atas
pemidang
 Cetakan Sutera
Saring, Stensil,
Sarigrafi
C) Cetakan  Juga dikenali sebagai
Lithografi cetakan Planografi
 Cetakan datar
menggunakan blok
batu kapur sebagai
 Teknik yang
digunakan ialah
teknik penolakan
minyak dengan air
 Kekalisan antara air
dan minyak dapat
menghasilkan cetakan
seakanakan lukisan
pensil
D)Cetakan  Dakwat atau warna di
Benaman dalam ukiran turisan
yang akan menjadi
imej
 Merupakan proses
membuat cetakan
melalui cara mengukir
pada plat logam atau
kayu dan meletakkan
dakwat atau warna ke
dalam hasil turisan
E) Cetakan  Corak gurisan yang
Gurisan Asid dihasilkan diatas
permukaan logam
yang telah disapu
dengan sejenis bahan
yang kalis asid
 Gurisan dibuat dengan
jarum etching di atas
permukaan logam
 Mesin digunakan
untuk menghasilkan
cetakan jenis ini
F) Cetakan  Kaedah yang paling
Kayu awal digunakan.
 Muncul di Ngeri
China pada kurun ke-
8.
 Berkembang ke
Eropah sekitar tahun
1418 Masihi dan
digunakan untuk
mencetak rakaan pada
kain.
 Cetakan bewarna
diperkenalkan pada
kurun ke-15 Masihi.
 Di Malaysia, cetakan
bermula dengan
mencetak kain sarung.
 Kaedah yang murah
dan mudah kerana
peralatan senang
didapati.
G) Cetakan  Pada sekitar tahun
Sutera Saring 1930-an, beberapa
artis Amerika Syarikat
memulakan hasil
karya mereka dengan
menggunakan teknik
cetakan ini
 Juga dikenali sebagai
cetakan stensil dan
sarigrafi
 Cetakan ini
memerlukan kain
sutera (organdi) yang
diregangkan pada
pemidang
 Imejnya dihasilkan
melalui keratan kertas
pendua, filem leker
atau skrin foto
 Berbeza dengan
cetakan lain, ia
menggunakan sekuji
untuk menyapu
dakwat atau warna di
atas permukaan kertas
5.0 PENENTUAN TEMA, KONSEP, SUBJEK DAN KANDUNGAN

5.1 TEMA

Hidupan liar ialah spesies haiwan liar, sama ada dilindungi sepenuhnya, vertebrata
atau invertebrata, hidup atau mati, matang atau tidak matang dan sama ada boleh dijinakkan
atau dibiakkan dalam kurungan atau tidak. Tema karya dan kerja kursus Seni Visual ini
berdasarkan arahan manual Kerja Khusus Pendidikan Seni Visual kod 970/3 dikeluarkan oleh
MPM dengan tema “Sayangilah Hidupan Liar” sempena hari alam sekitar dunia. Dalam
konteks ini calon akan mengekspresikan tema tersebut dengan gaya tersendiri dengan
sewajarnya.

5.2 KONSEP

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, konsep adalah pengertian am atau idea yang
mendasari sesuatu. Konsep memberi penghuraian kepada setiap sebutan atau konsep yang
digunakan dalam penyelidikan.

A) Konsep Minimalisme
Minimalisme adalah jenis artistik yang hanya menggunakan elemen minimal dan dasar.
Dengan ekstensi, minimalis dikaitkan dengan segala sesuatu yang telah dikurangkan menjadi
esensial dan yang tidak menghadirkan elemen apa pun yang melebihi aksesori.

B) Konsep Tradisional

Perkataan “tradisi” berasal dari bahasa latin, traditio yang ertinya “diteruskan”. Tradisi
merupakan suatu tindakan dan kelakuan sekelompok orang dengan wujud suatu benda atau
tindak laku sebagai unsur kebudayaan yang dituangkan melalui fikiran dan imaginasi serta
diteruskan dari satu generasi ke generasi berikutnya yang didalamnya memuat suatu norma,
nilai, harapan dan cita-cita tanpa ada batas waktu yang membatasi. Dalam erti kata lain,
tradisional atau tradisi merupakan cara pemikiran dan kelakuan sekolompok masyarakat di
suatu tempat yang diturunkan kepada generasi seterusnya.

C) Konsep Alam Sekitar

Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula jadi
di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar juga boleh dipanggil flora
dan fauna. Dalam seni visual, konsep alam sekitar ialah penggunaan flora yang pebagai
disertakan kegunaan warna semulajadi sepert warna hijau.

D) Konsep Ekspresionisme

Ekspresionisme adalah aliran seni rupa yang menganggap bahawa seni merupakan sesuatu
yang keluar dari diri pelukis, bukan dari peniruan alam dunia. Pelukis memiliki ingatan dan
cara pandang tersendiri dari apa yang pernah dilihatnya di alam, lalu diekspresikan pada
karyanya.

5.3 SUBJEK

Anda mungkin juga menyukai