Anda di halaman 1dari 4

BIODIVERSITI DAN ADAPTASI BBR 26403

UNTUK PERHATIAN : PN.RUHANI NOR BINTI RUHMAT KUMPULAN 1































BIODIVERSITI DAN ADAPTASI BBR 26403

UNTUK PERHATIAN : PN.RUHANI NOR BINTI RUHMAT KUMPULAN 1

Malaysia adalah negara yang kaya dengan sumber semula jadi. Sumber-sumber ini terdiri
daripada pelbagai spesis flora dan fauna. Untuk memupuk kesedaran dan minat dalam kalangan
pelajar tentang pembelajaran botani dan zoologi, kita haruslah menyediakan ruangan dan
memberi peluang kepada mereka untuk mempelajari hidupan flora dan fauna.
Botani ialah satu disiplin dalam biologi mempelajari sains dalam kehidupan tumbuhan.
Kita dapat mengenali pertumbuhan, pembiakan, metabolisme, perkembangan dan genetik
kehidupan tumbuhan. Biologi tumbuhan merangkumi fotosintesis, respirasi, percambahan biji
benih, pengangkutan air, ketahanan fizikal, persaingan, pendebungaan, taburan tumbuhan, kitar
hidup, kemandirian, Pengkelasan, nama ilmiah dan nama tempatan. Manakala, Zoologi pula
berasal daripada perkataan greek kuno iaitu zoon bererti haiwan dan logos bererti kajian atau
pengetahuan. Dimana murid dapat mengenali bahawa haiwan terdiri daripada invertebrata dan
vetebrata serta habitatnya.
Salah satu cara untuk semaikan semangat dalam bidang ilmu botani terhadap kanak-
kanak ialah dengan menubuhkan kelab pencinta alam dimana murid dapat pendedahan awal
untuk mengkaji tentang tumbuhan dan proses hidupnya dengan lebih mendalam. Kelab seperti
ini ditubuhkan untuk menanam semangat cintakan alam yang bersih, indah serta murid dapat
mengenali dan menerokai bidang sains botani sejak alam persekolahan lagi. Dengan ini, murid
akan mendapat kesedaran tentang sains botani. Landskap merupakan salah satu cara untuk
meningkatkan minat murid serta ilmu pengetahuan dalam bidang sains botani. Melalui program
sebegini murid dapat mengenali cara pembiakan penanaman, penyenggaraan tumbuh-tumbuhan
serta landskap.
Selain daripada itu, bagi membantu pelajar meneroka dunia semula jadi, guru perlulah
membawa dunia semula jadi ke kelas dan menggabungkan lebih pembelajaran berasaskan
aktiviti merentasi kurikulum. Ini akan dapat membantu pendidik menarik minat pelajar dengan
berkesan. Program seperti Jom Kenali Tanaman Kita dalam pendidikan Sains perlu diadakan
untuk membangunkan sumber pendidikan dalam sains semula jadi, termasuk botani, ekologi dan
pemuliharaan alam sekitar dan biodiversiti melalui program interaktif dan berasaskan aktiviti. Di
samping itu, murid dapat mempelajari tentang bahagian-bahagian tumbuhan dan fungsi
tumbuhan, pembiakan seks dan pembiakan aseks. Murid-murid juga akan dapat mengenali
keperluan asas tumbuh-tumbuhan. Oleh itu, guru harus menggunakan bahan-bahan pembelajaran
yang sesuai. Tunjuk cara juga boleh dilakukan dengan menggunakan bahanbahan yang ada di
BIODIVERSITI DAN ADAPTASI BBR 26403

UNTUK PERHATIAN : PN.RUHANI NOR BINTI RUHMAT KUMPULAN 1

persekitaran mereka dan membuat ramalan atau hasilan yang mungkin terjadi. Eksperimen
mudah serta kajian lapangan atau lawatan luar menggalakkan pembelajaran inkuri dalam konteks
sebenar.
Lantaran itu, murid-murid juga boleh dibawa untuk mengunjungi tempat-tempat melawat
seperti Taman Pendidikan Sains.Taman Pendidikan Sains ini dibangunkan untuk menyediakan
kemudahan pembelajaran untuk pelajar-pelajar dalam bidang sains botani dan zoologi. Ia
mempunyai pokok bunga, pokok buah-buahan dan pokok-pokok kayu. Haiwan seperti burung
unta, ayam hiasan (ayam serama), arnab, rusa, kambing dan itik diternak di taman agar murid
dapat berinteraksi dengan mereka. Akuakultur kolam juga boleh didapati untuk kajian sains
akuatik. Lawatan seperti ini memberi ruangan kepada murid untuk mengenali tumbuhan dan
haiwan dengan lebih dekat lagi.
Seterusnya guru juga boleh meningkatkan rasa ingin tahu murid dalam bidang ilmu sains
botani dan sains zoologi dengan membawa murid melawat Pusat Sains Negara. Pusat Sains
Negara dapat mewujudkan kesedaran dan kefahaman mengenai sains di kalangan murid.
Pelbagai bahan pameran yang direka khas bagi merangsang, menarik dan menggalakkan murid-
murid meningkatkan minat dalam bidang sains. Secara keseluruhan, konsep yang ingin
diketengahkan pusat ini adalah untuk menghubungkan sains dan alam sekitar serta mengaitkan
sains dengan aspek kehidupan, pengetahuan dan aplikasinya dalam aktiviti harian.
Di situ juga, terdapat kawasan persekitaran Pusat Sains bertemakan landskap pendidikan
dan ciri utama landskap adalah kolam ekologi, taman herba dan taman permainan kanak-kanak.
Bahan pameran yang terdapat di landskap Pusat Sains Negara bertumpu kepada sains fizikal dan
biologikal serta saling melengkapi bahan pameran yang terdapat di galeri pameran. Galeri yang
ada juga terbahagi kepada beberapa pameran seperti akuarium yang memberi peluang kepada
murid merasai pengalaman berjalan melalui terowong akuarium dan melihat pelbagai ikan air
tawar tropika serta kehidupan dalam sungai. Di laluan ke alam sains, murid boleh meneroka
bidang ilmu botani dan zoologi serta memahami prinsip asas sains dan mengembara merentasi
dunia dalam bidang biologi.
Selain itu, guru-guru juga boleh menarik minat kanak-kanak dalam bidang ilmu botani
dengan mengadakan lawatan ke Taman Botani. Selain dapat melihat taman haiwan, taman iklim
empat musim, taman buah-buahan dan banyak lagi murid-murid boleh meneroka. Kunjungan
BIODIVERSITI DAN ADAPTASI BBR 26403

UNTUK PERHATIAN : PN.RUHANI NOR BINTI RUHMAT KUMPULAN 1

murid ke sini bukan sekadar melihat ilmu-ilmu sains tetapi membantu murid-murid yang
mempunyai minat yang tinggi terhadap bidang sains. Sifat ingin tahu seterusya meransang
tindakan supaya terus membuat pemerhatian, pertanyaan, ramalan, hipotesis dan konsep awal.
Hasil yang diperoleh daripada proses ini disebut penemuan atau dapatan. Pembelajaran inkuiri
penemuan dapat dilaksanakan melalui strategi penyoalan, perbincangan, tunjuk cara, eksperimen
dan pembelajaran kolaboratif. Kemahiran inkuri asas yang perlu kanakkanak pelajari adalah
bertanya soalan. Strategi penyoalan amat penting dalam kaedah inkuiri.
Zoo Negara adalah salah satu destinasi yang cukup popular dan pusat pembelajaran
terbaik mengenai kepelbagaian spesies haiwan. Di sini guru dapat meningkatkan rasa ingin tahu
serta mengamalkan pembelajaran inkuiri-penemuan di kalangan murid. Zoo Negara yang
dikelilingi kehijauan alam semula jadi memberikan pelbagai keseronokan. Situasi ini akan
menggalakkan pembelajaran berlaku dengan berkesan. Kini, Zoo Negara diubah ke konsep
terbuka dengan lebih daripada 90 peratus haiwan yang disimpan dalam kandang yang luas
dengan landskap alam semula jadi yang bersesuaian dengan habitatnya, sekaligus mendekatkan -
pengunjung dengan hidupan yang ada di situ.
Zoo Negara yang kini berusia 48 tahun mempunyai kira-kira 5,446 haiwan daripada 476
spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan. Antara haiwan yang boleh dilihat termasuk
gajah, harimau, pelbagai jenis burung, Orang Utan, rusa dan beruang. Murid-murid juga boleh
dibawa ke Taman Buaya. Di Taman Buaya, murid dapat melihat sendiri pelbagai spesis buaya di
seluruh dunia, ular sawa sepanjang 10 meter dan pelbagai spesis burung. Lawatan seperti ini
memberikan pengalaman baru kepada murid serta meningkatkan kefahaman murid mengenai
alam haiwan serta habitatnya.
Lawatan seakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan serta menarik minat murid
mengenai alam haiwan dan habitatnya. Lawatan seperti ini juga membolehkan murid-murid
melihat sendiri rupa sebenar haiwan dan tabiat haiwan-haiwan serta mengenali pelbagai jenis
haiwan dengan mata sendiri. Lawatan seumpama ini memberi banyak faedah kepada murid
melalui pengajaran secara langsung dan juga dapat menambah ilmu pengetahuan murid dengan
lebih mendalam berbanding selama ini yang hanya mengenali binatang menerusi bacaan dan
televisyen semata-mata.

Anda mungkin juga menyukai