Anda di halaman 1dari 12

Hasil pembelajaran,

1. Memahami tentang zoo dan Akuarium 2. Memahami tentang taman botani dan Arboreta 3. Memahami tentang Bank Benih

Definisi Ex-situ

ZOO

Ex-situ Flora

AKUARIUM

Ex-situ Fauna

TAMAN BOTANI & ARBORETA

BANK BENIH

Soalan. Terima kasih

Literally "out of place" and the opposite of In-Situ ("in place".) Ex-situ Conservation is the practice of protecting rare plants outside of their native habit, typically through the collection and storage of germplasm in a seedbank (or genebank). A germplasm is a collection of genetic resources for an organism. For plants, the germplasm may be stored as a seed collection or, for trees, in a nursery. Ex-situ - pemuliharaan terhadap fauna dan flora di luar habitat semulajadi mereka.

Balik

Flora spesis tumbuhan diambil dari lapangan atau daripada habitat asalnya akan dipelihara dalam kawasan yang disediakan. Sampel atau spesis tumbuhan yang diambil merangkumi biji benih, debunga, bahagian vegetative seperti propagul, sel dan tisu kultur. Pemuliharaan kepentingan : jenis ini mempunyai beberapa tujuan dan

untuk memelihara sumber germplasma yang semakin terancam, menyediakan bahan untuk penyelidikan biologi secara berterusan, simpanan germplasma untuk rujukan dan kegunaan di masa akan datang

Balik

fauna spesis yang dikategorikan sebagai terancam atau akan mengalami kepupusan akan dilindungi dan dibiakbaka dalam kurungan atau habitat buatan manusia sebelum dilepaskan ke habitat semula jadi mereka apabila saiz populasi spesis tersebut telah pulih dan mempunyai habitat yang sesuai.

Pemuliharaan ex situ hidupan liar fauna dijalankan di zoo , aquarium dan program pembiakaan kurungan manakala pemuliharaan flora dijalankan di taman botani, arboreta dan bank benih.
Pemuliharaan kepentingan : jenis ini mempunyai beberapa tujuan dan

untuk memelihara sumber germplasma yang semakin terancam, menyediakan bahan untuk penyelidikan biologi secara berterusan,

simpanan germplasma untuk rujukan dan kegunaan di masa akan datang


Balik

Balik

Zoo telah berubah daripada pusat pameran haiwan mamalia seperti zirafah, gajah dan lain-lain kepada pusat perlindungan dan pemuliharaan. Matlamat zoo kini secara umumnya adalah untuk memantapkan program pembiakbakaan hidupan liar dan hidupan yang terancam kepupusan. Zoo juga menjalankan program pendidikan dan kesedaran kepada masyarakat tentang keperluan aktiviti pemuliharaan hidupan liar. Zoo merupakan tempat rekreasi, pusat rujukan dan penyelidikan hidupan liar. Spesies terancam akan dibiakbaka kurungan sehingga mencapai saiz populasi yang sesuai sebelum dilepaskan ke habitat semula jadi. Di Malaysia zoo yang aktif menjalankan program pembiakbakaan adalah Zoo Melaka dan Zoo Taiping manakala Zoo Negara dijadikan pusat rekreasi penyelidik. utama dan tempat rujukan serta penyelidikan oleh para

Balik

Aquaria mempamerkan spesis marin yang menarik dan luar biasa seperti singa laut, ikan lumba-lumba dan lainlain kepada pengunjung aquaria. Fokus aquaria kini telah berubah kepada pendidikan pemuliharaan spesis marin yang terancam kepupusan. Membangunkan teknologi pembiakbakaan spesies marin yang jarang ditemui. Program pembiakbakaan spesies marin dijalankan di pusat penetasan, aquarium serta habitat air buatan. Penyelidikan tentang teknologi pembiakbakaan spesies marin juga sedang dibangunkan. Di negara kita terdapat beberapa aquaria seperti di KLCC pusat penetasan penyu di Tanjung Bidara Melaka, Segari Perak dan Pasir Panjang, Kelantan.

Taman botani adalah tempat di mana pelbagai tumbuhan di tanam dengan tujuan sebagai pusat rujukan pendidikan, penyelidikan, perhiasan serta rekreasi. Arboreta pula adalah fokus kepada sesuatu jenis tanaman atau famili tumbuhan sahaja seperti taman herba, taman paku pakis, taman orkid, kebun buahbuahan dan lain-lain. Pelbagai organisasi terlibat secara aktif membangunkan taman botani untuk memulihara pelbagai spesies flora yang terdapat di dunia. Fokus taman botani kini tertumpu kepada usaha menanam tumbuhan yang jarang di temui dan tumbuhan tumbuhan yang diancam kepupusan.

Antara taman botani yang terkenal sebagai pusat rekreasi dan pusat penyelidikan adalah seperti berikut iaitu Taman Botani Rimba Ilmu, Universiti Malaya; Pusat Penyelidikan Botani, Semengoh, Sarawak; Taman Pertanian Bukit Cahaya, Shah Alam; Pusat Orkid dan Stesyen Penyelidikan Pertanian, Tenom, Sabah; Taman Botani Putrajaya, Taman Botanikal Melaka, Taman Botani Pulau Pinang dan Taman Botani Kepong. Pembangunan taman botani atau arboreta adalah satu usaha yang perlu diberi tumpuan memandangkan banyak spesies flora yang terdapat di hutan negara kita merupakan spesies endemik iaitu hanya terdapat di rantau Asia Tenggara sahaja.
Balik

Balik

Taman botani dan institut penyelidikan telah membangunkan bank germplasma tumbuhan-tumbuhan yang dinamakan bank benih. Di bank benih terdapat koleksi pelbagai benih daripada tumbuhan liar mahupun tanaman. Bank benih juga memainkan peranan untuk mengumpul koleksi benih bagi spesies tumbuhan yang diancam kepupusan atau kehanyutan variasi genetik. Benih tumbuhan di simpan dalam keadaan kering atau pada suhu rendah berupaya mengekalkan benih dalam jangka masa yang panjang. Kemudian benih ini akan dicambahkan untuk menghasilkan populasi baru dan sebahagiannya digunakan untuk menambah koleksi benih di bank benih.

Anda mungkin juga menyukai