Anda di halaman 1dari 34

PENGENALAN

Semua pelajar Reka Bentuk dan Teknologi pada semester 5 diwajibkan mengambil
kursus RBT 3093 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan dan Ikan Hiasan. Sabjek ini
diwajibkan kerana subjek ini dilihat mampu dapat mengingkat potensi pelajar dalam semua
aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai
persediaan untuk menyediakan diri sebagai seorang guru sekolah rendah. Tambahan pula,
subjek ini terkandung dalam sukatan pelajaran sekolah rendah. Kepentingan kursus
antaranya adalah pelajar dapat mengenalpasti dan menghuraikan kepentingan memelihara
haiwan kesayangan dan ikan hiasan serta potensinya di masa hadapan, di samping itu juga
pelajar mampu menganalisis maklumat dari pelbagai sumber mengenai teknologi
pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan. Selain itu, pelajar dapat didedahkan
bagaimana ingin membuat perancangan, dapat mengurus serta melaksanakan projek
pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan mengikut perancangan yang telah
dibuat.
Dalam

subjek ini, haiwan kesayangan yang dipilih dan diamanahkan untuk

dipelihara adalah hamster. Hal ini kerana hamster adalah dalam kategori haiwan yang jinak
dan mudah untuk dipelihara kerana tidak memerlukan kos yang banyak dan ruang yang
luas. Tambahan pula, proses menjaga hamster sangat mudah bermula dari kediamannya,
iaitu mengemas sangkarnya dan membersihkan najis serta menukar habuk kayu
sehinggalah memandikan,mengeringkan dan merapikan hamster tersebut. Manakala bagi
ikan hiasan pula, pelajar dikehendaki untuk membela dan menjaga ikan, menghias dan
membuat dekorasi di dalam akuarium. Semua aspek ini akan dipelajari oleh pelajar dan
mereka akan membuat pendokumentasian terhadap apa yang telah dipelajari tersebut.
Kemuncak bagi subjek ini adalah pelajar akan menghadapi satu amali yang akan
dilaksanakan setelah semua isi kandungan dalam subjek RBT 3093 ini tamat dipelajari.

1.0

PENGENALAN KEPADA IKAN HIASAN

Ikan adalah anggota vertebrata poikilotermik (berdarah sejuk) yang hidup di air dan
bernafas dengan insang. Ikan merupakan kelompok vertebrata yang pelbagai jenis dengan
jumlah spesies lebih dari 27,000 di seluruh dunia. Secara taksonomi, ikan tergolong
kelompok paraphyletic yang hubungan kekerabatannya masih diperdebatkan; biasanya ikan
dibagi menjadi ikan tanpa rahang (kelas Agnatha, 75 spesies termasuk lamprey dan ikan
hag), ikan bertulang rawan (kelas Chondrichthyes, 800 spesies termasuk hiu dan pari), dan
sisanya tergolong ikan bertulang keras (kelas Osteichthyes).
Ikan hiasan dipelihara untuk menceriakan kawasan di sudut rumah, pejabat atau
kelas. Ini juga memberikan ketenangan kepada kita di samping menghayati kehidupan
alam akuatik. Ikan hiasan dipelihara sebagai hobi yang menarik dan menyeronokkan.
Bahkan, boleh dijadikan sumber pendapatan yang lumayan.
Ikan hiasan atau lebih dikenali sebagai ornamental fish diperingkat antarabangsa
merupakan ikan yang mendapat keistimewaan daripada penggemar atau peminat ikan
hiasan diseluruh dunia. Ikan yang mempunyai berbagai-bagai spesis ini mempunyai nilai
pasaran yang agak tinggi bagi sesetengah spesis. Bagi memelihara ornamental fish ini,
anda hendaklah mempunyai serba sedikit ilmu mengenai penjagaannya seperti kualiti air,
cara pemberian makanan, proses pembersihan kolam atau akuarium dan lain-lain lagi
supaya tidak berlaku kematian atau kecederaan pada ikan dalam waktu yang singkat.
Pengetahuan ini dapat mengelak keadaan yang boleh memudaratkan kesihatan ikan hiasan
tersebut dan membantu pemilik daripada mendapat kerugian.
Ikan yang sesuai dipelihara di dalam akuarium mestilah bukan dari jenis ikan
liar yang ditangkap dari habitat semula jadi. Ikan yang jinak dan telah sesuai dipelihara di
dalam akuarium boleh dibeli dari kedai ikan hiasan atau dibiakkan sendiri. Ikan yang
ditangkap dari habitat semula jadi adalah sukar dipelihara di dalam akuarium kerana ianya
belum dapat menyesuaikan diri hidup di dalam kurungan.
Untuk mempunyai akuarium yang cantik pemilihan jenis ikan untuk dipelihara adalah
penting. Tidak semua jenis ikan boleh dipelihara di dalam satu komuniti akuarium. Ikan
pemangsa mestilah dipelihara di dalam akuarium yang hanya mengandungi jenis ikan itu

sahaja kerana ia memakan ikan-ikan kecil lain yang terdapat dalam akuarium. Hanya ikan
yang boleh hidup secara komuniti sahaja boleh dipelihara dalam akuarium mengandungi
pelbagai jenis ikan.

Ianya bagi

Ikan sebagai

mencantikkan

perhiasan di rumah

kawasan dan menjadi

atau penyeri rumah

daya penarik bagi


sesuatu tempat.

PENGENALAN

Salah satu daripada


aktiviti mengisi
masa lapang dan

Ikan yang dipelihara


di dalam bekas atau
kolam

Mengindahkan
ruang tempat
kediaman

Menghayati alam
akuatik

sebagai hobi pada


masa lapang

TUJUAN
MEMELIHARA
IKAN HIASAN

memberi
ketenangan

Sebagai sumber
pendapatan

menambahankan
pengetahuan
berkaitan dengan
hidupan akuatik

2.0 MENGENAL PASTI BAHAGIAN LUAR I KAN

Sisi
k

Sirip dorsal

Garisan lateral

Mata

Sirip kaudal /
ekor

Mulut

Penutup
insang
Sirip
pektoral

Sirip pelvik

Sirip anal

Sisik
Badan ikan diliputi oleh sisik yang berfungsi sebagai pelindung dari musuh,
kecederaan dan penyakit .

Sirip
Anggota ikan yang menolong untuk bergerak di dalam air ialah sirip. Sirip terdiri dari
jenis iaitu sirip berpasangan dan tidak berpasangan. Sirip tidak

dua

berpasangan ialah seperti

sirip ekor (kaudal), sirip dorsal dan sirip anal berfungsi membantu supaya ikan bergerak
lurus dan sebagai kemudi pergerakan ikan di dalam air. Sirip berpasangan ialah seperti sirip
pektoral dan sirip pelvik berfungsi untuk kesetabilan, berundur berpusing dan mengapung.

Garis lateral
Garis lateral terdapat seperti bintik-bintik di sisi badan bermula dari tutup insang
hingga ke ekor. Ia berfungsi untuk mengesan pergerakan objek lain di dalam air.
Organ deria ini juga berfungsi sebagai telinga.

Insang
Ikan bernafas di dalam air menggunakan insang. Air disedut melalui mulut nya
melalui tutup insang. Semasa air mengandungi oksigen bergerak melalui
akan diserap ke dalam badan ikan.

dan keluar

insang

oksigen

3.0 LANGKAH AWAL SEBELUM MEMELIHARA IKAN HIASAN

Perkara yang perlu diambilkira sebelum memelihara ikan hiasan ialah mempunyai
ilmu yang mencukupi. Kita perlu mengambil berat mengenai apa yang akan kita lakukan.
Oleh itu, tujuan pemeliharaan ikan hiasan kita boleh memulakan dengan membaca buku
mengenai pemeliharaan ikan ataupun mendapat idea daripada mereka yang telah lama
memelihara ikan perhiasan. Sangat penting untuk mengetahui cara penjagaan ikan hiasan
supaya apa yang dilakukan tidak gagal dan mendatangkan kerugian. Selain itu, ia juga
sebagai penambahan ilmu kepada kita.
Tempat yang sesuai untuk memelihara ikan juga perkara yang perlu diambil kira
sebelum memelihara ikan hiasan. Jika kita menggunakan akuarium kaca, pastinya akuarium
itu sangat berat. Kita perlu menyediakan tempat yang sesuai yang berdekatan dengan
punca air dan punca elektrik. Ini memudahkan kita untuk menukar air dan menghidupkan
lampu dan motor pam penapis air. Malahan ia juga memudahkan kita untuk melakukan
penyelenggaraan mingguan dan mengurangkan kekotoran di rumah kita.

4.0 JENIS JENIS IKAN HIASAN


4. 1 IKAN GUPPY

Ikan Guppy (Poecilia veticulata) boleh didapati di perairan Venezuela, kepulauan


Barbados dan Trinidad, utara Brazil dan Guyana.
Ikan betina mencapai saiz 6.0cm dan ikan jantan 3.0cm.
Ikan jantan mempunyai pelbagai warna dan bentuk serta menjadi bahan pemerhatian
dan kajian genetik.
Ciri-ciri:
a) dapat hidup dalam air kotor.
b) membiak secara beranak.
c) sangat subur, aktif dan dapat berkembang dalam keadaan terkurung.
d) boleh mengambil pelbagai jenis makanan.
e) cepat matang dan kurang penyakit.
f) dapat hidup dalam suhu air 60-1000F.
g) tidak bergaduh dan tidak merasa takut atau malu.

Warna ikan jantan lebih cantik dan menarik. Sirip dorsal dan caudal diubahsuai untuk
mencantikkan lagi.
Induk jantan polygamous iaitu mengawan dengan beberapa ekor induk betina.
Ikan ini mengeluarkan anak yang menetas daripada telur yang disenyawakan dalam
perut induk betina.
Benih lembaga (embryo) berkembang daripada telur yang tersenyawa tanpa
mengambil makanan daripada induk betina.
Induk jantan mempunyai gonopodium iaitu organ intromittant yang diubahsuai jalur
(ray) keempat, kelima dan keenamnya di sirip anal.

Sperma mensenyawakan telur di dalam rongga ovari (ovarium cavity), dimana telur
ini akan menetas dan anak-anak ikan akan hidup bergantung kepada yolk-sac
sehingga tiba masa kelahirannya.
Telur-telur mengambil masa 30-40 hari sebelum anak-anak dikeluarkan daripada
perut betina.
Apabila dilahirkan anak-anak ikan sudah boleh berenang bebas dan memakan
bahan-bahan makanan yang terdapat di dalam air.
Kebanyakannya membiak tanpa musim dan anak dihasilkan sepanjang tahun.
Induk betina boleh menyimpan sperma di oviduktus.
Satu pengawanan (mating) dapat menghasilkan 4 atau 5 kumpulan anak. Ikan-ikan
dalam kumpulan ini memerlukan air yang agak masin untuk membiak dengan subur.
Apabila sirip anal ikan jantan mulai tajam, ia diasingkan daripada betina.
Ikan betina yang besar dan sihat dipilih sebagai induk.
Apabila ikan betina ini matang ia dipasangkan dengan bapanya. Anak-anak ikan
yang terhasil daripada pasangan ini diasingkan antara jantan dan betina.
Ikan betina yang dipilih daripada kumpulan ini dipasangkan pula dengan datuknya.
Ini dilakukan seterusnya sehingga strain yang dikehendaki diperolehi.
Setiap kali kumpulan anak dihasilkan pemilihan terhadap strain yang dikehendaki
dijalankan dan strain yang tidak dikehendaki dibuang

4.2 IKAN EMAS


Pembiakan ikan Emas dijalankan dengan meluas di Negeri Johor, Perak dan Pulau
Pinang.
Jenis yang terdapat di pasaran termasuklah Oranda, Pearlscale, Comet, Pompom,
Moor, Teleskop, Lionhead dan Ranchu.
Perbezaan antara Ikan Emas Jantan dan Ikan Emas Betina

Ikan jantan lebih kurus (slender) berbanding dengan ikan betina yang gemuk dan
bulat (rounded).
Ikan jantan juga dikenali daripada sirip pektoralnya yang terdapat biji mutiara kecil.
Biji-biji ini jelas kelihatan setelah ikan matang atau pada musim pembiakannya.
Untuk menjaga ikan emas, ikan perlulah ]dipelihara di dalam:
a) kolam tanah berukuran 0.01 - 0.1 hektar, atau
b) tangki simen berukuran 5m x 5m x 0.3m.
Makanan yang diberikan:
a) pellet yang mengandungi 30-35% protein.

b) sisa gandum yang diadun bersama fish meal, diberi 2 kali sehari.
Induk yang diternak di dalam tangki simen biasanya diberi makanan yang tidak
mengotorkan air seperti pellet timbul, Moina sp, cacing tubifex atau cacing darah
(blood worm).
Pembiakan ikan emas
Sebelum pembiakan, induk jantan dan betina diasingkan selama seminggu.
Pembiakan biasanya dijalankan pada waktu pagi.
Tangki 2m x 2m dan kedalaman 0.3m diisi air yang telah disimpan selama 3 hari.
Kiambang (Eichornia crassipes) dijadikan media untuk mengumpul telur.
Akar kiambang tersebut dibersih dan direndamkan dalam 20ppm larutan metilene
biru selama 10-15 minit sebelum digunakan.
Di dalam tangki pembiakan, 10 pasangan induk dilepaskan.
Ikan mulai mengawan pada waktu malam atau awal pagi.
Telur yang dihasilkan terlekat pada akar kiambang.
Keesokannya induk-induk dikeluarkan daripada tangki pembiakan.
Telur tersenyawa ditetaskan dengan diberi pengudaraan dan aliran air. Ia menetas
dalam tempoh 30 - 35 jam.
Anak-anak yang baru menetas yang masih diperingkat yolk-sec bergantung pada
akar kiambang sehingga 3 hari dan tidak perlu diberi makan.

4.3 IKAN TIGER BARB

Berasal dari India, Malaysia, sebahagian Negeri China dan Afrika.

Jenis maserba kecuali beberapa spesies seperti Lampan Sungai (Puntius


swanenfeldii) dan Lampan Siam (Puntius altus) ialah jenis maun.
Boleh menyesuaikan diri dalam semua kualiti air.
Ternakan di dalam akuarium (jenis yang kecil) memerlukan sistem penapisan dan
pengudaraan.
Spesies Ikan Barb:

Tiger Barb (Barbus tetrazona)

Tiger barb tempatan (Barbus pentazone)

Golden Barb (Barbus schuberti)

Cherry barb (Barbus conchonius)

Black Ruby barb (Barbus nigrofasciatus)

Rosy barb (Barbus conchonius)

Cantik, aktif, mudah dipelihara dan mudah dibiakkan.


Dapat hidup 2-3 tahun (digalakkan dipelihara secara monospesies).
Jenis-jenis baru yang laris di pasaran ialah:

'Green barb' - belang besar berwarna hijau berkilat.

'Albino barb' (spesies 'Tiger barb') - berwarna kemerah-merahan.

'Rosy barb' - mempunyai sirip dorsal, ventral dan ekor panjang ('long-finned Rosy
Barb'

Perbezaan Ikan Tiger Barb jantan dan betina

Ikan Tiger Barb Jantan

Ikan Tiger Barb Betina

1) Warna ikan jantan lebih cerah

1) Warna ikan betina agak pucat.

2) Perut ikan jantan berbentuk langsing

2) Setelah mencapai kematangan ikan

apabila mencapai kematangan.


3) Ikan jantan lebih agresif.

betina mempunyai perut yang lebih


buncit
3) Kurang agresif.

Penjagaan Ikan Tiger Barb

Peringkat yolk-sec mengambil masa selama 3 hari.


Pada hari ke-4 anak ikan diberi makanan air hijau (green water) yang mengandungi
hidupan seni zooplankton daripada jenis Rotifer dan Brachionus.
Apabila berumur seminggu, anak ikan diberi makan Moina sp.
Apabila berumur 2 minggu, anak ikan diternak di dalam kolam asuhan dan diberi
makanan tambahan seperti pellet halus. Baja perlu ditambah ke dalam kolam
asuhan.

4. 4 IKAN ANGEL
Ikan Angel boleh membesar sehingga 15cm.
Ikan ini disukai kerana tahan lasak.
Makanan utama ialah Blood worm, Daphnia sd, Moina sp, Jejentik dan Pelet.
Ciri-ciri ikan Angel (Pterophyllum sclare):
a)
b)
c)
d)
e)

Bahagian atas kepala berwarna coklat kehitaman.


Warna bahagian bawah tubuhnya kelabu berkilat.
Tubuhnya pipih dan hujung mulutnya tajam.
Sirip dorsal dan anal terbuka lebar ke arah ekor.
Bahagian dada terdapat sepasang sirip yang terjuntai menjangkau ke
berwarna putih.

Perbezaan ikan angel jantan dan ikan angle betina


Ikan jantan:

Ikan betina

ekor

1) Badan lebih besar.


2)

Pada pandangan atas, perutnya pipih

dan kepala lebih besar.


3)

Bahagian atas antara mulut dan sirip

dorsal (dahi) berbentuk cembung.


4) Warna lebih terang.
5) Liang genital kecil panjang.
6) Lebih agresif.

1) Badan lebih kecil.


2)

Pada pandangan atas, perutnya

besar dan kepala lebih kecil.


3)

Bahagian antara mulut dan sirip

dorsal rata.
4) Warna tidak secerah ikan jantan.
5)

Liang genital lebih tebal apabila

matang.
6) Kurang agresif.

Cara penjagaan Ikan Angel

Induk ikan diternak di dalam tangki kaca gentian, tangki simen atau akuarium.
pH air antara 6.5 hingga 7.0.
Ikan Angel matang apabila berumur 7 bulan dan berukuran lebih kurang 7.5cm.
Makanan induk antaranya ialah Moina sp, Daphnia sp dan Blood worm yang diberi 2

kali sehari.
Ikan Angel yang dipelihara secara berkumpulan memilih pasangannya sendiri.
Pembiakan Ikan Angel
Induk ikan diternak di dalam tangki kaca gentian, tangki simen atau akuarium.
pH air antara 6.5 hingga 7.0.
Ikan Angel matang apabila berumur 7 bulan dan berukuran lebih kurang 7.5cm.
Makanan induk antaranya ialah Moina sp, Daphnia sp dan Blood worm yang diberi 2
kali sehari.
Ikan Angel yang dipelihara secara berkumpulan memilih pasangannya sendiri.
Induk ikan diternak di dalam tangki kaca gentian, tangki simen atau akuarium.

Ikan Pembersih/Ikan Bandaran

Contoh ikan pembersih bersaiz sederhana


Ikan pembersih ini dikenali juga sebagai ikan bandaran atau ikan bandaraya kerana
sifatnya yang dapat membersihkan akuarium, terutamanya cermin akuarium. Ikan ini
memakan sisa-sisa makan dan juga bahan kumuh ikan hiasan. Kebiasaannya akuarium
yang mempunyai ikan pembersih ini kelihatan lebih bersih berbanding dengan akuarium
ikan hiasan tanpanya walaupun tidak dibersihkan (cermin) selama beberapa minggu.

5.0 MENGENAL DAN MEMILIH JENIS MAKANAN IKAN HIASAN


Makanan pellet jenis terapung adalah sesuai untuk makanan ikan yang mempunyai
bentuk mulut menghala ke atas dan pertengahan kepala seperti ikan Swordtail, Guppy atau
Angel. Makanan tenggelam pula sesuai untuk diberikan kepada ikan yang mempunyai
bentuk mulut yang menghala ke bawah seperti ikan Corydoras atau Loach.
Pemakanan ikan Hiasan
Ikan hiasan boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan utama berdasarkan jenis
permakanannya.

Ikan karnivor
Ikan yang memakan benda-benda hidup
seperti ikan kecil atau haiwan lain dikenali
sebagai ikan pemangsa atau karnivor.

Ikan

pemakan

plankton

(organisma mikro di dalam air)

Ikan yang memakan mikro

Biasanya
ikan pemangsa bersaiz besar,

organisma di dalam air dikenali

mempunyai gigi yang tajam dan rahang

sebagai ikan pemakan plankton.

yang kuat. Makanan ikan karnivor ialah

Contoh ikan ini ialah seperti ikan

seperti cengkerik, anak ikan, katak atau ulat.

Barb, ikan Tetra dan kebanyakan

Contoh ikan karnivor ialah ikan Sebarau,

jenis ikan semasa peringkat anak.

Oskar dan ikan Arowana.

Ikan omnivor

Ikan herbivor
Sesetengah

ikan

hiasan

memakan tumbuhan dan ianya


dikenali sebagai herbivor. Ikan ini
tidak sesuai dipelihara di dalam
akuarium yang ditanam tumbuhan
akuatik. Contoh ikan herbivor ialah
ikan Lampam dan Tiger Barb.

Ikan omnivor ialah ikan yang


memakan pelbagai jenis makanan
seperti plankton, tumbuhan reput,
daging haiwan atau pellet.
Kebanyakan ikan hiasan ialah jenis
ini kerana ianya telah
menyesuaikan diri untuk hidup di
dalam tangki. Contoh ikan omnivor
ialah ikan Pelaga, Oscar, dan
cichlid.

Pemakanan ikan hiasan di dalam akuarium


Ikan yang dipelihara di dalam akuarium boleh diberi makan plankton atau makanan
kering, cacing atau makanan hidup seperti cengkerik, ulat atau lain-lain bergantung kepada
jenis ikan yang dipelihara. Oleh kerana ikan mempunyai pelbagai cara pemakanannya,
makanan ikan hiasan juga perlu disediakan berdasarkan sifat ikan yang dipelihara.
Kebanyakan ikan yang dipelihara di dalam akuarium pula telah lama menyesuaikan diri di
dalam sekitaran tangki, pemakanannya juga banyak dipengaruhi oleh sekitarannya. Ikan
hiasan akan memakan apa sahaja makanan yang diberikan kepada terutamanya apabila
ikan telah lapar.

Makana
n hidup

Makana
n
rumusa
n

Makanan
ikan
hiasan
boleh
dibahagika
n kepada 4
kumpulan

Makana
n basah

Makana
n
kering

a.

Makanan hidup

Makanan hidup terdiri dari plankton iaitu organisma halus yang terdapat di dalam air, cacing,
ulat roti, jejentik nyamuk, udang, anak ikan, cengkerik, lipas dan sebagainya.

Blood worm

Ulat roti

Plankton

Plankton

b.

Makanan kering

Makanan kering ialah seperti cacing yang telah diawet atau roti.

c.

Makanan basah

Makanan basah ialah seperti kerang, hati lembu, sayuran seperti salad atau bayam.

d.

Makanan rumusan

Makanan rumusan ialah terdiri dari pellet , emping, stick yang telah sedia diproses oleh
kilang membuat makanan. Iannya yang boleh dibeli dari kedai ikan hiasan atau pembekal
makanan haiwan.

Pellet

Emping

6.0 MENGENAL PASTI PENYAKIT IKAN HIASAN


Faktor-faktor yang menyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit ialah seperti berikut:

Keadaan suhu air dalam akuarium yang terlalu sejuk


Air di dalam akuarium terlalu kotor kerana tidak ditukar selama beberapa lama.
Ikan yang cedera atau mengalami luka akibat dipindahkan tempat.

Antara penyakit penting ikan hiasan ialah:

a. Penyakit rintik putih


Penyakit ini disebabkan parasit yang melekat pada sisiknya. Ia berlaku apabila suhu
air terlalu sejuk. Ikan yang sakit perlu dipindahkan ke dalam tangki lain. Ianya boleh
dirawat menggunakan larutan methylene blue dan campuran sedikit garam biasa ke
dalam air. Terdapat juga ubat yang telah tersedia dan boleh didapati dari kedai akuarium.

b.

Penyakit kulat
Kulat akan tumbuh pada luka pada badan ikan sekiranya tidak diberi rawatan awal.
Bahagian yang sering dijangkiti kulat ialah sirip, mulut dan badan yang terdapat luka.
Kulat ini kelihatan seperti kapas yang tumbuh pada bahagian luka yang terbuka. Ia boleh
dirawat menggunakan larutan methylene blue

yang dimasukkan ke dalam air atau

menyapukan terus pada luka yang dijangkiti kulat itu. Ikan yang dijangkiti kulat perlu
diasingkan dari ikan sihat.

c.

Penyakit bakteria
Ikan yang dijangkiti bakteria biasanya akan berubah warna menjadi pudar, sisiknya

mengembang atau perutnya menjadi buncit. Penyakit bakteria boleh menyerang ikan
disebabkan oleh

mutu air yang tidak baik, pemakanan yang tidak sesuai atau ikan

mengalami stress. Penyakit ini boleh dirawat menggunakan antibiotik yang boleh dibeli
dari pembekal ubat tempatan dengan bimbingan Pegawai Perikanan.

7.0 CARA MEMBERSIHKAN AKUARIUM DAN AKSESORI

1.

Basuh akuarium dan aksesori dengan menggunakan air sabun.

2. Tanggalkan setiap kotoron.


3. Kemudian, cuci akuarium dan aksesori dengan larutan garam.
4. Bilaskan dengan air bersih.
5. Keringkan.

Aksesori Akuarium
tunggul kayu
tong (hiasan)
pagar
tumbuhan aquatik
Latar belakang akuarium

8.0 CARA MEMASUKKAN IKAN KE DALAM AKUARIUM

1.

Letakkan beg ikan ke dalam tangki akuarium selama 20 hingga 30 minit.

2.

Tujuannya ialah untuk menyamakan suhu air di dalam bekas plastik dan air di dalam
akuarium.

3.

Buka beg plastik dan biarkan ikan keluar dengan sendirinya bersama air daripada

beg

plastik.

9.0 CARA MENJAGA AKUARIUM


Penjagaan harian
Beri makan sekali atau dua kali sehari. Makanan adalah mencukupi apabila dapat
dihabiskan oleh ikan dalam masa 2 hingga 3 minit.
Perhatian kelakuan ikan. Sekiranya tedapat tanda-tanda ikan tidak normal atau sakit
seperti berenang dalam keadaan luar biasa, berpusing-pusing, terdapat kecederaan,
berubah warna, sisiknya tanggal atau kembang, ikan tersebut perlu diasingkan dan
diberi rawatan.
Ikan yang mati perlu dibuang.
Pastikan semua peralatan pengudaraan, penapis dan lampu berfungsi dengan baik.
Ukur kualiti air seperti nilai pH, ammonia, oksigen dan karbon dioksida menggunakan
alat yang disediakan.

Penjagaan mingguan
Setiap minggu atau sekurang-kurangnya 2 minggu air perlu diganti sebanyak atau
bahagian dari isipadu tangki.
Cantas tumbuhan akuatik yang tumbuh terlalu tinggi
Bersihkan bahagian hadapan cermin tangki.
Padamkan semua peralatan elektrik seperti pam penapis dan lampu buat sementara
waktu.
Siphonkan kotoran yang terdapat di dasar tangki.
Cucikan kapas penapis dengan air bersih.
Tambahkan air dalam tangki seniggga ke paras asal.
Perlu diingat supaya tidak memberi makan dengan berlebihan sebelum bercuti pada
hujung minggu. Ikan tidak akan mati sekiranya tidak diberi makanan selama beberapa
hari sebaliknya akan lebih mebahayakan ikan sekiranya diberi makan dengan
berlebihan.

10.0 MENGENAL PASTI DAN MEMILIH TUMBUHAN AKUATIK UNTUK HIASAN


DALAM AKUARIUM

Ciri utama kesesuaian tumbuhan akuatik untuk akuarium ialah tahan hidup di dalam air dan
mempunyai bentuk yang menarik sebagai hiasan dalaman akuarium.
Kepentingan tumbuhan akuatik di dalam akuarium ialah untuk menyerap bahanbahan toksik yang dihasilkan dari perkumuhan ikan dan sisi makanan yang tidak
habis dimakan oleh ikan. Sisa makanan dan bahan perkumuhan akan mendak ke
dalam substrat di dasar akuarium dan menjadi baja kepada tumbuhan akuatik.
Tumbuhan akuatik mengeluarkan oksigen kedalam air hasil dari proses fotosistisis.
Gas oksigen ini akan digunakan oleh ikan untuk proses pernafasan.
Tumbuhan akuatik juga berdungsi sebagai tempat ikan kecil berlindung dari ikan
yang menjadi musuhnya, menjadi tempat persembunyiannya dan tempat berehat.
Ikan herbivor juga akan memakan daun-daun tumbuhan akuatik.

Keperluan penanaman tumbuhan akuatik dalam akuarium

a.

Karbon dioksida

Tumbuhan memerlukan gas karbon dioksida untuk menjalankan proses fotosintisis


sebagaimana kita memerlukan oksigen untuk bernafas. Untuk pertumbuhan yang baik
gas karbon dioksida perlu dibekalkan kepada tumbuhan melalui gas karbon dioksida
yang khusus dan ada dijual di kedai akuarium. Sekiranya gas ini tidak dibekalkan
tumbuhan masih boleh hidup kerana gas karbon dioksida sedia terhasil di dalam air
melalui pernafasan ikan yang dipelihara di dalam akuarium.
b.

Baja

Baja diperlukan untuk membekalkan zat-zat mineral untuk proses pembesaran


tumbuhan akuatik. Baja berbentuk cecair atau biji perlu ditambahkan dari masa ke semasa
menggunakan baja yang boleh dibeli di pasaran mengikut kaedah yang dicadangkan.

c.

Cahaya

Cahaya diperlukan untuk proses fotosintesis. Oleh itu tangki akuarium mesti
dipasang lampu yang dinyalakan selama 10 hingga 12 jam setiap hari.

11.0 MENGENAL PASTI MUTU AIR AKUARIUM


a. pH air
pH air ialah kadar kemasaman air. Ia diukur dari nilai 1 hingga 14. Nilai 1 ialah paling
masam atau asidik dan nilai 14 merupakan keadaan yang paling alkali. pH air akuarium
yang paling sesuai ialah 6.5 hingga 7.5 iaitu sekitar neutral. Untuk menentukan nilai pH
boleh menggunakan kertas litmus. Nilai pH air perlu dipastikan dari masa ke semasa
untuk mengelakkan ianya terlalu asidik.

b. Suhu
Ikan dapat hidup dengan baik pada suhu sekitar 26 o hingga 27oC. Suhu yang terlalu
tinggi atau terlalu rendah boleh menyebabkan ikan mati. Suhu yang sejuk di bawah 26 oC
menyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit. Biasanya keadaan suhu dan iklim di
negara kita tidak memerlukan pemanas kerana tiada musim sejuk. Suhu bilik adalah
cukup sesuai untuk ikan hidup dengan baik.

c. Bahan beracun
Bahan beracun yang wujud di dalam air ternakan ialah ammonia dan nitrate. Ianya
terhasil dari proses perkumuhan ikan yang dipelihara iaitu bahan buangan urin dan najis.
Oleh kerana sistem tangki kita adalah sistem yang seimbang, bahan beracun ini tidak
akan memberi kesan kepada kehidupan ikan kerana ianya telah ditukar kepada bahan
makanan dan baja yang berguna untuk tumbuhan akuatik di dalam akuarium. Proses
penukaran bahan beracun ammonia dan nitrat kepada baja dilakukan oleh tindakan
bakteria di dalam penapis pasir di dasar akuarium.

12.

LANGKAH PENYEDIAAN AKUARIUM

Sediakan tapak filter


pada akuarium.

Letakkan jaring atau


kain kasa atas tapak
filter.

LANGKAH
1
Letakkan
pasir halus
untuk lapisan
pertama

Letakkan baja untuk


tumbuhan akua bagi
lapisan kedua.

Pada lapisan akhir, letakkan pasir


yang hendak digunakan iaitu
setebal 1.5 cm

LANGKAH
2
Tanamkan
tumbuhan akua yang dikehendaki. pastikan

Masukkan air ke dalam akuarium sehingga 50% penuh.

akar tumbuhan tersebut kena pada baja yang telah


diletakkan.

LANGKAH 3

Susunkan aksesori dan batuan mengikut pelan.

Pasangkan dan hidupkan pam angin

Masukkan air selebihnya sehingga paras air 2 cm dari


bibir akuarium.

LANGKAH 4

Sediakan lampu

LANGKAH 5

sukatkan Ph dan suhu air

Memberi makanan kepada


ikan

Masukkan tablet Co2


kedalam reactor

LANGKAH 6

Masukkan ikan hiasan

Nyalakan lampu dan


pasangkan penutup
akuarium

Mengemas, membersihkan dan mengembalikan alatan yang telah digunakan

12.1

BAHAN PENYEDIAAN AKUARIUM

batubatuan

tanah
baja

pasir

Bahan
penyedia
an
akuarium

Undergravel

moonstone
s

tiub
udara

12.2

PERALATAN PENYEDIAAN AKUARIUM IKAN HIASAN

span,
baldi,
getah,
sifon

akuarium
kaca
bersaiz
10
hingga
30 gelen
air

penutup
akuariu
m

makana
n ikan

penyau
k ikan

Peralatan
penyediaa
n
akuarium
ikan
hiasan

antiklorin

plug
elektrik

cecair
penaik
dan
penurun
pH air

lampu

kertas
litmus

pam
udara

tangki

TEKNOLOGI PEMBIAKAN IKAN HIASAN

Pembiakan ikan hiasan ( jenis beranak)

Ikan membiak melalui proses persenyawaan iaitu induk betina bertelur dan induk
jantan mengeluarkan sperma. Proses persenyawaan ini pula berlaku sama ada di
dalam atau di luar badan induk ikan betina.

Sekiranya proses persenyawaan berlaku di dalam badan induk ikan sperma jantan
dimasukkan ke dalam badan ikan betina melalui urogenital. Telur yang tersenyawa
itu disimpan dan berkembang membentuk anak di dalam badan ikan betina. Anak
yang telah sempurna dan boleh berenang bebas akan dilahirkan. Ikan yang bersifat
seperti ini dikenali sebagai ikan jenis beranak.

Sekiranya anak ikan dikandung mendapat bekalan makanan dan aliran darah
induknya dikenal sebagai viviparous.

Perbezaan jantina
Dalam spesiskan beranak, sirip anak ikan jantan diubahsuai menjadi struktur yang
digunakan untuk kemasukkan sperma ke dalam organ pembiakan ikan betina.
Struktur ini dikenali sebagai gonopodium. Kebiasanya ikan jantan dibezakan dengan
ikan betina dari perbezaan struktur ini.
Biologi pembiakan
Semasa mengawan ikan jantan akan memasukkan sperma ke dalam badan ikan
betina melalui gonopodium.
Ikan betina menyimpan sperma di dalam struktur yang dikenali sebagai oviduct
sehingga beberapa bulan. Sebanyak 4 hingga 5 kali perindukan (brood) boleh
dihasilkan dari satu pengawanan. Sebanyak 20 hingga 200 ekor anak dihasilkan
setiap kali beranak.

Penyediaan tempat pembiakan

Untuk mencapai kejayaan pembiakaan beberapa perkara perlu diambil kira iaitu :

Mutu air dengan kadar pH sekitar


7.5

Air baru dan bersih

Saiz tangka lebih 30 x30cm


dengan isipadu air lebih daripada
20 liter

Menyediakan sangkar pembiakan

Induk yang matang dan tidak


berpenyakit

Tangki pembiakan

Tangki pembiakan digunakan sebagai tempat mengumpul anak yang


dihasilkan dan tangki pembesaran. Anak ikan dihasilkan akan dipelihara di
dalam tangki yang sama sehingga boleh dipasarkan.

Menyediakan sangkar pembiakan

Semua jenis ikan hiasan beranak cenderung untuk memakan anak yang baru
dilahirkan.

Untuk menjaga keselamatan anak-anak ikan yang baru dilahirkan dari menjadi
mangsa kepada induknya sendiri atau ikan lain, sangkar yang diperbuat daripada
jarring netlon atau sebarang kotak plastic yang mempunyai lubang yang
membolehkan anak-anak ikan bebas keluar. Alat ini dikenali sebagai sangkar
pembiakan.
Ukuran sangkar adalah berbeza-beza bergantung kepada kesesuaian tangki p
embiakan yang digunakan.

Penjagaan anak ikan hiasan

Anak ikan yang dihasilkan boleh membesar di dalam tangki yang sama dan
pindahkan induk untuk pembiakan ketangki lain.

Untuk penghasilan secara komersial, anak ikan yang dihasilkan perlu ditangguk dan
dipindahkan ke dalam tangka lain atau kolam tanah. Ia menggalakkan pembesaran
anak ikan diberi makan Moina atau pellet dua kali sehari.

Setelah ikan berumur 3 hingga 4 bulan dan mencapai saiz yang sesuai ikan boleh
dipasarkan.

Pemilihan induk

induk ikan jantan dan betina perlu diasingkan


terlebih dahulu seblum anak ikan matang untuk
mengelakkan dari pembiakan tidak terkawal

ini bagi memastikan pembesaran yang baik


untuk induk dan anak yang dihasilkan.

induk perlu dipilh mengikut sifatsifat tertentu


yang dikehendaki

ikan yang cacat dan warna badan yang


kurang menarik tidak dijadikan induk.

Pengumpulan anak ikan

Untuk penghasilan ikan secara komersial pembiakan dijalankan dalam tangka


isi atau fiberglass yang 10 x 10m.
Ikan yang dihasilkan dikutip dari masa kesemasa untuk mengelakkan
kesesakan dan menggalakkan untuk terus menghasilkan zuriat lain.
Untuk menggelakkan pemangsaan ketas anak ikan yang baru dilahirkan
tangka tersebut perlu dibubuh tumbuh kualiti seperti keladi binting atau
Hydrillasap yang berfungsi sebagai tempat persembunyian.

Anda mungkin juga menyukai