Anda di halaman 1dari 8

2.

0 Komunikasi Dalam Matematik


Menurut Kamus Dewan, komunikasi bermaksud menyampaikan buah fikiran, bertukartukar idea atau maklumat.

Sillar (1988) pula menakrifkam komunikasi sebagai penghantaran, penerimaan atau penukaran maklumat, pendapat atau idea dengan tulisan, pertuturan atau imej visual atau manamana kombinasi ketiga-tiga unsur tersebut supaya bahan yang dikomunikasikan difahami dengan jelas.

Komunikasi amat penting dalam kehidupan harian kerana ianya mempunyai tujuan tertentu seperti menyampaikan mesej, memberi maklumat ataupun menyelesaikan masalah. Komunikasi secara umumnya dibahagikan kepada dua jenis iaitu komunikasi interpersonal dan komunikasi intrapersonal. Kedua-dua jenis komunikasi ini berlaku dengan adanya ransangan yang mencetuskan komunikasi. Selepas berlakunya komunikasi yang sempurna ia akan memberi impak atau kesan yang tertentu. Proses dalam komunikasi digambarkan dengan rajah di bawah.
Ransangan

Interpersonal

Intrapersonal

Kesan

Komunikasi boleh ditakrifkan sebagai "satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea, dan fikiran seseorang individu kepada individu atau sekumpulan individu yang lain". Ia merupakan proses interaksi yang bererti antara hidupan dan merangkumi kedua-dua perbuatan menghantar matklumat; dan proses un tuk bertukar-tukar maksud supaya dapat menghasilkan pemahaman. Komunikasi boleh mengambil bentuk, baik secara lisan mahupun tidak, misalnya bahasa gerak-geri, bahasa isyarat, sentuhan, hubungan mata, dan penulisan.

Komunikasi boleh dilihatkan sebagai proses untuk menghantar maklumat yang tertakluk kepada tiga tingkat peraturan semiotik:

1. Sintaks (sifat tanda dan simbol yang formal) 2. Pragmatik (berkenaan dengan hubungan antara tanda/ungkapan dan pengguna) 3. Semantik (kajian tentang hubungan antara tanda, simbol, dan maknanya).

Oleh itu, komunikasi merupakan interaksi sosial antara sekurang-kurangnya dua ejen berinteraksi yang berkongsi satu set tanda serta satu set peraturan semiotik yang sama. Perbualan merupakan sejenis komunikasi yang kedua-dua pihaknya saling menghantar dan menerima maklumat. Teori pengawalan bersama memerihalkan komunikasi sebagai satu proses selanjar yang kreatif dan dinamik, dan bukannya penukaran maklumat yang berasingan. Komunikasi yang berkesan boleh dilaksanakan melalui kaedah berikut:

I. Komunikasi secara Lisan Komunikasi secara lisan merupakan proses interaksi yang aktif yang melibatkan aktiviti-aktiviti psikomotor seperti melihat, mendengar, menyentuh, merasa dan menghidu. Komunikasi secara lisan dilaksanakan sebagai hubungan dua hala antara guru dengan murid, murid dengan murid, dan murid dengan bahan. Antara komunikasi secara lisan yang berkesan dan bermakna bagi pembelajaran matematik adalah seperti berikut: Bercerita dan bersoal jawab dengan menggunakan perkataan sendiri Menyoal dan menjawab soalan Temu bual berstruktur dan tidak berstruktur Perbincangan dalam bentuk forum, seminar, perbahasan, sumbang saran dan sebagainya Pembentangan dapatan tugasan

II. Komunikasi Secara Bertulis Komunikasi secara bertulis merupakan proses penyaluran idea dan maklumat tentang matematik yang dipersembahkan secara bertulis. Kerja bertulis biasanya dihasilkan daripada sumbang saran, perbincangan dan pemikiran yang boleh dilaksanakan melalui tugasan. Penulisan juga boleh menggalakkan murid untuk memikirkan isi kandungan matematik dan melihat perhubungan antara konsep-konsep dengan lebih mendalam. Antara komunikasi secara bertulis yang boleh dilaksanakan melalui tugasan adalah seperti berikut:

Latihan Jurnal Buku skrap Folio Portfolio Projek Ujian bertulis

III. Komunikasi Secara Perwakilan Perwakilan matematik membolehkan murid menghubungkaitkan antara idea matematik yang tidak formal, intuitif dan abstrak dengan bahasa harian murid. Contohnya; 6xy boleh dihuraikan sebagai luas bagi satu kawasan berbentuk segi empat tepat dengan panjang sisi-sisinya, 2x dan 3y. Ini dapat menyedarkan murid bahawa sesetengah kaedah perwakilan itu lebih berkesan dan berguna jika mereka mengetahui penggunaan elemen perwakilan matematik tersebut. Komunikasi secara perwakilan pula adalah proses menganalisis sesuatu masalah Matematik dan menterjemahkan daripada satu mod ke mod yang lain. Mod-mod tersebut ialah : Konkrit Semi konkrit Simbol Situasi sebenar Bahasa

Kepentingan Komunikasi Dalam Matematik

Pendapat tentang pentingnya komunikasi dalam pembelajaran matematika juga diusulkan NCTM (2000: 63) yang menyatakan bahwa program pembelajaran matematika sekolah harus memberi kesempatan kepada siswa untuk:.

1. Menghubungkaitkan bahan konkrit dan gambar rajah dengan idea-idea dan situasi matematik.

2. Membuat refleksi dan menjelaskan pemikiran terhadap idea dan situasi matematik.

3. Merefleksikan benda-benda nyata, gambar, dan diagram ke dalam idea matematik.

4. Menghubungkaitkan bahasa harian dengan bahasa matematik dan symbol.

5. Mengolah situasi kehidupan harian kepada model matematik dengan menggunakan bahasa matematik atau simbol matematik.

6. Membina pemahaman yang sama tentang sesuatu idea matematik termasuk definisi.

7. Menyedari bahawa perwakilan, perbincangan, pembacaan, penulisan dan pengamatan matematik merupakan aspek penting dalam pembelajaran dan penggunaan matematik.

8. Membuat konjektur, menyusun hujah, merurnuskan definisi, dan generalisasi.

9. Menghargai nilai dan peranan simbol matematik dalam mengembangkan idea matematik.

10. Melahirkan idea matematik secara lisan atau bertulis dengan kefahaman yang mendalam.

11. Mengemukakan soalan lanjutan dan meminta penjelasan mengenai idea-idea matematik berdasarkan pengetahuan sedia ada.

12. Mengungkap takrifan matematik dan membuat pengitlakan melalui penyiasatan.

13. Membuat model situasi atau persoalan menggunakan kaedah lisan, bertulis, konkrit, grafik, dan algebra.

Komunikasi melalui Interaksi Sosial - Membina dan memperkembangkan Pengetahuan Matematik

1. Piawai

komunikasi

menitikberatkan

betapa

pentingnya

kanak-kanak

dapat

bertutur,menulis, menggambarkan dan menjelaskan konsep matematik.

2. Komunikasi dalam matematik membantu perkembangan bahasa untuk menjana idea dalam pembelajaran yang aktif dengan menyampaikan idea kepada orang lain.

3. Komunikasi merupakan langkah untuk kanak-kanak berkongsi idea dalam memahami konsep matematik. yang melibatkan aktiviti mendengar, membaca dan berfikir dan secara langsungnya membantu mengembangkan kemahiran intelektual kanak-kanak.

4. Corak komunikasi atau interaksi yang biasa dilihat di prasekolah adalah interaksi guru dengan murid, murid dengan murid dan murid dengan bahan-bahan di sekeliling mereka. Aktiviti yang boleh dilaksanakan boleh secara lisan dan bertulis. Antara aktiviti bertulis seperti membuat latihan, membina projek dan menghasilkan buku skrap, manakala aktiviti lisan seperti bercerita, kuiz, perbincangan dan persembahan hasil kerja

5. Kepentingan komunikasi kepada kanak-kanak prasekolah: a)Membentuk keyakinan dalam diri murid-murid. b) Melatih murid-murid menjadi pendengar yang aktif. c)Membina kefahaman murid-murid mengenai math dengan lebih mendalam. d) Menjana minda murid-murid untuk mengaitkan idea-idea baru dengan kehidupan seharian.

6. Komunikasi guru yang berkesan dapat membantu kanak-kanak untuk memahami konsep matematik dengan mudah. Imbas kembali zaman persekolahan anda di mana anda tidak atau kurang memahami konsep matematik yang hendak disampaikan oleh guru kerana komunikasi yang tidak berkesan.

7. Komunikasi melalui interaksi sosial berperanan penting dalam membina pengetahuan matematik dalam minda pelajar. Interaksi sosial sebenarnya merupakan salah satu ciri persekitaran semula jadi yang dialami oleh individu-individu yang normal.

8. Mengikut Ginsburg & Baron (1993), satu pendekatan yang dikatakan berguna haruslah yang boleh merangsangkan, secara spontan, minat dan penglibatan kanak-kanak dalam persekitaran yang semula jadi dan menolong mereka memperkembangkan dan melengkapi pengetahuan matematik tidak formal itu. 9. Dalam pembelajaran matematik, cara-cara untuk berkomunikasi idea-idea matematik melalui interaksi sosial ialah melukis atau menulis perwakilan, bercakap, menanya, memberi komen, mengkritik, membukti, memberi penjelasan, memberi pendapat, mendengar dan sebagainya. Mengikut NCTM (1989), perwakilan melibatkan perterjemahan satu masalah atau idea kepada satu bentuk yang baru, yang selalunya melibatkan gambarajah, simbol, tatatanda. Manakala apabila kanak-kanak dalam kumpulan kecil berbincang dan menyelesaikan masalah, mereka boleh mengaitkan bahan yang mereka tahu dengan istilah matematik yang mungkin mereka tidak biasa lihat atau dengar.

10. Salah seorang ahli konstruktivisme, von Glasersfeld (1990) berpendapat bahawa pengetahuan matematik bukanlah dibina secara terasing dari perkara-perkara lain. Setiap abstraksi yang dibuat oleh individu, ke atas perkara yang berkaitan dengan pengalaman, adalah terkawal oleh interaksi sosial dan kolaborasi dan komunikasi yang dibuat olehnya dengan ahli kumpulannya yang mana beliau dibesarkan bersama. Tiada individu boleh mengelakkan daripada mewujudkan persesuaian yang berkaitan dengan domain persetujuan persekitaran sosial.

11. Mengikut Blumer (1969) dan Bauersfeld (1988), peluang-peluang bagi kanak-kanak membina pengetahuan matematik wujud apabila mereka berinteraksi dengan guru dan rakan sebayanya. Pembinaan matematik yang dihasilkan oleh kanak-kanak dikatakan bukan wujud secara tersendiri. Sebaliknya, pembinaan-pembinaan itu terkawal oleh kewajipan masing-masing untuk membentuk interpretasi yang boleh disesuaikan dengan pembinaan ahli dalam komuniti bilik darjah. Cobb (in press) (dalam Cobb, Wood & Yackel, 1990) pula mengatakan dalam komunikasi berciri matematik, makna-makna dirundingcarakan.

12. Peranan komunikasi melalui interaksi sosial dalam pembinaan dan memperkembangkan pengetahuan matematik pelajar juga dikemukakan oleh Davidson (1990) dalam menyatakan cara-cara bagaimana pembelajaran koperatif kumpulan kecil boleh membantu mengatasi masalah pelajar seperti perasaan kecewa, takut kepada matematik, mengelak matematik dan lain-lain lagi. Beliau mengatakan:
o o

kumpulan kecil dapat memberi sokongan sosial untuk mempelajari matematik, interaksi kumpulan boleh membantu semua ahli kumpulan mempelajari konsepkonsep dan strategi penyelesaian masalah,

dalam memperbincangkan penyelesaian-penyelesaian yang dikemukakan pelajar boleh memujuk antara satu sama lain dengan argumen yang logik,

pelajar-pelajar boleh memperbincangkan kelebihan penyelesaian-penyelesaian yang dikemukakan,

pelajar-pelajar dalam kumpulan boleh bantu antara satu sama lain untuk menguasai fakta dan prosedur-prosedur pengira yang perlu dalam konteks permainan, memahami masalah-masalah.

seseorang itu belajar melalui dengan bercakap, mendengar, menerangkan, dan melakukan proses berfikir secara bersendirian dan juga bersama-sama orang lain,

dalam kumpulan, pelajar-pelajar boleh mengatasi masalah yang mencabar yang mungkin di luar keupayaan individu.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, adalah penting bagi kita untuk meningkatkan pengetahuan kita tentang matematik. Ada lima tiang dalam belajar dan mengajar matematik yang dapat membantu pelajar untuk memahami matematik lebih baik. Tiang pertama adalah penyelesaian masalah dalam matematik yang memberitahu kita tentang strategi pengajaran yang digunakan untuk menyelesaikan masalah matematik. Ada banyak jenis penyelesaian masalah dan model penyelesaian masalah itu. Ttiang kedua adalah tentang komunikasi dalam matematik. Melalui tiang ini, kita dapat mengetahui bahawa komunikasi adalah sebahagian penting dari matematik. Komunikasi dalam matematik adalah cara berkongsi idea dan pemahaman mengklarifikasi. Tiang ketiga adalah penalaran matematik. Melalui penggunaan penalaran, pelajar dapat belajar bahawa matematik masuk akal.Tiang Selanjutnya adalah tentang Sambungan matematik yang menceritakan matematik mempunyai hubungan antara daerah lain. Pilihan terakhir adalah mengenai aplikasi teknologi. Seperti kita semua tahu, ada banyak akses pelaksanaan teknologi dalam matematik yang kita gunakan baru-baru ini, sebagai contoh, komputer dan kalkulator. Secara keseluruhan, lima tiang dalam matematik boleh membantu matematik pendidikan untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran kemahiran di kalangan guru dan pelajar.

Anda mungkin juga menyukai