Anda di halaman 1dari 17

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/354854269

Panduan Mudah untuk Penganalisisan Data Kualitatif dengan NVivo20. Siri 8.

Conference Paper · September 2021

CITATIONS READS

0 1,661

1 author:

Kamarul Azmi Jasmi


Universiti Teknologi Malaysia
563 PUBLICATIONS   3,683 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Learning Enhancement in Digital Age View project

TEACHING AND LEARNING OF ISLAMIC EDUCATION PRESCHOOL TEACHERS View project

All content following this page was uploaded by Kamarul Azmi Jasmi on 26 September 2021.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


Panduan Mudah untuk PengAnalisisan Data Kualitatif dengan NVivo2020
Kamarul Azmi Jasmi
Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Universiti Teknologi Malaysia
qamar@utm.my

Suggested Citation:
Jasmi, Kamarul Azmi (2021). Panduan Mudah untuk PengAnalisisan Data Kualitatif dengan
NVivo2020. Bengkel Reka Bentuk Penyelidikan Kualitatif dan Analisis Data. Siri 8. Pada 25 dan
26 September 2021, bertempat Dewan Maya di https://utm.webex.com/meet/qamar anjuran
Pusat Pengurusan Siswazah Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS).

Abstract
Penggunaan komputer untuk memproses data kualitatif juga semakin luas. NVivo misalnya digunakan ribuan
pengkaji yang tersebar di lapan puluh negara, termasuk Malaysia. NVivo merupakan sebuah program komputer
yang direka bentuk untuk membantu dalam penganalisisan data kualitatif. Software ini dicadangkan untuk institut
pengajian tinggi dan membantu pengkaji dalam menganalisis data kualitatif. NVivo merupakan salah satu soft-
ware yang dikembangkan dari kod yang sederhana sampai ke sistem yang beraneka untuk membantu metodologi
penyelidikan kualitatif. Untuk memperdalam penggunaan software NVivo-NVivo2020, pensyarah dan pengkaji
perlu berbincang tidak hanya bagaimana menggunakan program ini tetapi juga masalah reka bentuk dan ana-
lisis pengkajian, pemilihan metodologi dan program analisis. Selain itu, pengkaji perlu membaca dan meninjau
kembali hasil penyelidikan sebelumnya sebagai bahan perkembangan untuk bahan kesimpulan. Pada bahagian
ini tumpuan diberikan kepada keistimewaan penggunaan NVivo dalam penyelidikan kualitatif, proses me-
masang program tersebut dan mengenali secara ringkas bahagian butang penting dalam program NVivo yang
dipasang. Penggunaan yang lebih mendalam NVivo ini adalah bergantung kepada individu untuk meneroka.
Namun perbincangan dalam artikel ini sudah memadai untuk seseorang menggunakan NVivo dalam penyelidi-
kan mereka di peringkat sarjana, Doktor Falsafah, dan penyelidikan di universiti.
References

Billy, Wong. 2018a. NVivo 12 tutorial - Coding and Uncoding. United Kingdom: Universiti of Reading.
Billy, Wong. 2018b. NVivo 12 Tutorial - Introduction to Import, Memo And Annotation. United Kingdom:
Universiti of Reading.
Billy, Wong. 2018c. NVivo 12 tutorial - Word Frequency and Text Search. United Kingdom: Universiti of
Reading.
Bogdan, R. C., & Biklen, S. K. 1992. Qualitative Research for Education. Boston: Allyn and Bacon.
Corbin, J., & Strauss, A. 2008. Basics of Qualitative Research: Techniques and Procedures for Developing Ground-
ed Theory. 3rd ed. Thousand Oaks, CA: Sage Publications.
Creswell, J.W. 1994. Research Design: Qualitative & Quantitative Approaches. Thousand Oaks: Sage Publica-
tions.
Creswell, J.W. 2005. Educational Research: Planning, Conducting, and Evaluating Quantitative and Qualitative
Research. London: Prentice Hall.
Felder, Richard M. , & Spurlin, Joni 2005. “Applications, Reliability and Validity of the Index of Learning
Styles”. International Journal of Engineering Education, 21(1), 103-112.
Glaser, Barney G , & Strauss, Anselm L. 1967. The Discovery of Grounded Theory: Strategies for Qualitative Re-
search. Chicago: Aldine Publishing Company.
Golafshani, Nahid. 2003. “Understanding Reliability and Validity in Qualitative Research”. The Qualitative
Report, 8(4), 597-606.
Hull, Uni Library. 2019a. NVivo 12: Getting Started With Your First Project [Video and Presantation]. Unit-
ed Kingdom: University of Hull.
Hull, Uni Library. 2019b. NVivo 12: Project Maps [Video and Presantation]. United Kingdom: University of
Hull.
Ingeris-Melayu, Kamus. 1992. Kamus Ingeris-Melayu Dewan (An English-Malay Dictionary). Kuala Lumpur, Ma-
laysia: Dewan Bahasa dan Pustaka & Kementerian Pendidikan Malaysia.
Jasmi, Kamarul Azmi. 2012a. Analisis Data dalam Penyelidikan Kualitatif. Kertas Kerja dalam Kursus Penyelidi-
kan Kualitati/siri 3. Felda Residence Tg. Leman, Mersing. https://www.researchgate.net/
publication/293097661_Analisis_Data_dalam_Penyelidikan_Kualitatif
Jasmi, Kamarul Azmi. 2012b. Kesahan dan Kebolehpercayaan dalam Kajian Kualitatif. Kertas Kerja dalam Kur-
sus Penyelidikan Kualitatif Siri 1 2012. Puteri Resort Melaka. http://eprints.utm.my/41093/1/
KamarulAzmiJasmi2012_Kesahan%26KebolehpercayaanKajianKualitatif.pdf
Marshall, C., & & Rossman, G. B. 1989. Designing Qualitative Research. Newbury Park, CA: Sage.
Mayring, Philipp. 2014. Qualitative Content Analysis: Theoretical Foundation, Basic Procedures and Software So-
lution. Mannheim: Gesis: Leibniz-lnstitut fur Sozialwissenschaften.
Meehan, Ben 2019. Creating Cases From Focus Groups in NVivo 12. Ireland: QSR International.
Merriam, S.B. 1997. Qualitative Research and Case Study Applications in Education. San Francisco: Jossey-Bass.
Neuman, W.L. 2006. Social Research Methods: Qualitative and Quantiative Approaches. Toronto: Pearson.
Noble, Helen, Smith, Joanna, (). . , et al. 2015. “Issues of validity and reliability in qualitative research”. Evi-
dence-Based Nursing, 18(2), 34-35.
Patton, M. Q. 1990. Qualitative Evaluation and Research Methods. 2nd ed. Newbury Park, CA: Sage Publica-
tions, Inc.
QSR, International. 2019a. NVivo 12 Overview. Australia: QSR International.
QSR, International. 2019b. Our History. Tarikh akses pada, 2019, di laman http://
www.qsrinternational.com/about-us/our-history
QSR, International. 2019c. Run a Matrix Coding query in NVivo for Mac | NVivo How-to Video #11 of 14.
Australia: QSR International.
Reichardt, C. S., & D., Cook. T. 1979. Beyond Qualitative Versus Quantitative Methods. Beverly Hills, CA:
Sage.
Rowe, Deborah. 2018. NVivo 12 for Windows Basics 1_Starting a Project and Importing Files. USA: Vander-
bilt University.
Taylor, S. J., & Bogdan, R. 1984. Introduction to Qualitative Research Methods: The Search for Meanings. 2nd
ed. Toronto: John Wiley and Sons.
PANDUAN MUDAH UNTUK PENGANALISISAN DATA
KUALITATIF DENGAN NVIVO2020*
Prof. Madya Dr. Kamarul Azmi Jasmi
Akademi Tamadun Islam
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Universiti Teknologi Malaysia
qamar@utm.my

PENGENALAN
Pada ketika ini penggunaan metode kualitatif di pusat penyelidikan dan universiti semakin
meluas dan berkembang dengan pesatnya. Keadaan ini mendorong para pengkaji kuantitatif,
seperti sosiologi, psikologi, kedoktoran, dan disiplin ilmu lain begitu tertarik untuk mengikuti
jejak langkah para pengkaji antropologi yang sejak awal menggunakan pendekatan kualitatif
dalam kajian mereka.

Gambar 1 NVivo2 Versi Demontrasi


Tujuan utama mereka berubah ialah kerana “mereka tidak lagi ingin disebut sebagai seorang ahli
statistik.” Peluang ini tidak disia-siakan oleh para pemogram komputer, jika sebelumnya penyelidik
hanya mengenal SPSS sebagai software pemprosesan data kuantitatif. Maka, sekarang ini, pelbagai jenis
software pemprosesan data kualitatif, seperti AtlasTi, CDC EZ-Text, HyperQual, dan Nud*Ist
diperkenal. Software terkini yang membantu dalam memproses data kualitatif yang sedang berkembang
pesat ialah program NVivo. Program ini berasal daripada program NUD*IST yang diperkenalkan
oleh Tom Richards (QSR, 2019b)

QR-Code 1 NVivo 12

*
Kertas Kerja dibentangkan dalam Bengkel Reka Bentuk Penyelidikan Kualitatif dan Analisis Data pada 25 dan 26
September 2021, Siri 8 bertempat di Dewan Maya: https://utm.webex.com/meet/qamar anjuran Pusat Pengurusan
Siswazah Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS).
2

Program NVivo2 mula diperkenalkan pada tahun 2002 (Gambar 1). Pada ketika ini NUD*IST
berkembang agak pesat dan NVivo2 diperkenalkan dengan versi percuma sebagai demontrasi
penggunaan kepada para penyelidik. Namun program ini belum begitu kukuh sehinggalah
dilancarkan NVivo7, barulah program ini mendapat tempat yang banyak dalam kalangan para
penyelidik kerana sifat yang mudah untuk mengawal data dalam penyelidikan kualitatif. Pada
asasnya program NVivo7 barulah digunakan secara komersial mula-mula direka bentuk dan
diedarkan oleh QSR International. Program NVivo ini mengalami ovulasi yang sangat cepat kepada
NVivo8 pada 2008, NVivo9 pada 2010, NVivo9.1 dan NVivo9.2 pada 2011, dan NVivo 10
pada 2012, NVivo11 pada 2015, NVivo12 pada 2018 (QSR, 2019b) (Gambar 2), NVivo20
pada tahun 2020. NVivo2020 dianggap sebagai NVivo yang paling mantap untuk penyelidikan
sebagaimana yang ditunjukkan oleh (QSR, 2019a)

Gambar 2 Software NVivo7

Gambar 3 Software NVivo12


Penggunaan komputer untuk memproses data kualitatif juga semakin luas. NVivo misalnya
digunakan ribuan pengkaji yang tersebar di lapan puluh negara, termasuk Malaysia. NVivo
merupakan sebuah program komputer yang direka bentuk untuk membantu dalam penganalisisan
data kualitatif. Software ini dicadangkan untuk institut pengajian tinggi dan membantu pengkaji
dalam menganalisis data kualitatif.
NVivo merupakan salah satu software yang dikembangkan dari kod yang sederhana sampai
ke sistem yang beraneka untuk membantu metodologi penyelidikan kualitatif. Untuk memperdalam
3

penggunaan software NVivo-NVivo2020, pensyarah dan pengkaji perlu berbincang tidak hanya
bagaimana menggunakan program ini tetapi juga masalah reka bentuk dan analisis pengkajian,
pemilihan metodologi dan program analisis. Selain itu, pengkaji perlu membaca dan meninjau
kembali hasil penyelidikan sebelumnya sebagai bahan perkembangan untuk bahan kesimpulan.

Gambar 4 NVivo20

Pada bahagian ini tumpuan diberikan kepada keistimewaan penggunaan NVivo dalam
penyelidikan kualitatif, proses memasang program tersebut dan mengenali secara ringkas bahagian
butang penting dalam program NVivo yang dipasang. Penggunaan yang lebih mendalam NVivo
ini adalah bergantung kepada individu untuk meneroka. Namun perbincangan dalam artikel ini
sudah memadai untuk seseorang menggunakan NVivo dalam penyelidikan mereka di peringkat
sarjana, Doktor Falsafah, dan penyelidikan di universiti.

KEISTEMEWAAN PENGGUNAAN NVIVO


Setelah diamati secara mendalam dan berdasarkan pengalaman pengkaji sendiri dalam penggunaan
software ini, boleh disimpulan terdapat enam keistimewaan yang terdapat pada NVivo20 yang
sudah memadai bagi pengkaji kualitatif untuk menggunakannya secara maksimum, iaitu memudahkan
pengkaji untuk mengkoding tema daripada data; membuat hubungan data dengan data eksternal;
menambahkan atribut informan; mengatur sistem koding dengan tersusun; mencari semula kod,
teks verbatim, dan lain-lain; dan membantu pengkaji untuk mereka bentuk model kajian berdasarkan
dapatan model asas dapatan kajian.

MEMULAKAN PENGGUNAAN NVIVO 20


Selepas memasang program NVivo20, para penyelidik boleh melihat beberapa bahagian penting
dalam NVivo20 sebagaimana yang ditunjukkan dalam QR-Code 2 (Hull, 2019a). Melalui video
QR-Code 1 ini menunjukkan bahawa NVivo20 direka bentuk secara mudah dan mesra
pelanggan, melalui penyediaan kemudahan butang yang mudah diakses.
4

QR-Code 2 Mengexplorasi NVivo20


Berikut ini bahagian penting NVivo20 sebagaimana yang ditunjukkan dalam Gambar
5. Berdasarkan Gambar 5. ada tiga bahagian penting dalam program NVivo20, iaitu Navigation
View, List View, dan Detail View.

Navigation View
Kotak Navigation View yang berfungsi untuk memudahkan pengkaji untuk mengatur dan
mengakses semua item projek dari segi peyimpanan dan pengurusan. Komponen dari sebuah
projek yang terdapat dalam Navigation View seperti yang ditunjukkan dalam Jadual Gambar 4.
Dalam Nagivastion View ini terdapat beberapa perkara dalamnyanya, iaitu Data, Codes, Cases,
Notes, Search, Maps, dan Output. Semua fail yang ditranskrip atau disusun dalam bentuk pelaporan
akan diletak dalam fails. Pengkategorian data hanya dibuat dalam file clafication.

Gambar 5 Kotak Kerja NVivo20


5

Gambar 6 Notes, Search, Maps, dan Output dalam Navigation View

Fail lain dalam bentuk bermacam-macam kategori yang bukan dalam bentuk transkrip dan
laporan boleh diletakkan di Externals. Codes dibahagikan kepada empat cabang, iaitu Node,
Sentiment, Relationships, dan Relationship Types. Nodes merupakan tempat asas para penyelidik
membuat tema, sub tema, dan sub-sub tema. Cases pula dibahagian kepada dua bahagian, iaitu
Cases dan Case Classifications. Pada bahagian ini pelbagai jenis pelaporan yang berbentuk
attribute boleh digunakan sepertimana melihat perbezaan data dari sudut perbezaan jantina,
kategori umur, jenis sekolah, dan sebagainya.
Baki daripada Navigation View ialah Notes, Search, dan Maps sepertimana yang ditunjukkan
dalam Gambar 5. Notes terbahagikan kepada empat bahagian, iaitu Memos, Framewor Matrices,
Annotation, dan See Also Link. Manakala Search pula dibahagian kepada lima bahagian, iaitu
Queries, Query Results, Node Matrices, Sets, dan Search Folders. Pelaporan jadual matriks dibina
pada bahagian ini. Maps pula bahagian untuk membina model dapatan kajian. Akhir sekali,
ialah Output, iaitu yang terdapat dalamnya Reports dan Extract.

List View dan Detail View


Semua Navigation View jika diklik akan menunjukkan List View. Sebagai contoh jika diklik
Fails makan akan ditunjukkan senarai fail yang diimport pada bahagian kanan. Ketika salah satu
fail tersebut diklik, maka akan keluar pula satu tingkat yang menunjukkan secara lengkap isi
verbatim data.
6

QR-Code 3 Mereka bentuk projek dan mengimport fail


ASAS PENGGUNAAN NVIVO
Asas utama penggunaan NVivo dalam penyelidikan ialah memahami cara membina fail untuk satu
projek, mengimport fail transkrip temu bual, kumpulan fokus, pemerhatian, dan dokumen analisis
ke dalam NVivo. Setelah dimport, nota lapangan atau memo akan dibina bagi data yang diimport
tersebut. Seterusnya, proses membina tema, sub tema, dan sub-sub tema daripada verbatim data
yang diimport. Kemudian, membuat pelaporan dalam bentuk jadual matriks tema, sub tema, dan
sub-sub tema dengan disilangkan bersama jenis data. Akhir sekali ialah mengeksport jadual matriks
data ke Excel, mencuci data, dan menyusun data ke word.

Mereka Bentuk Satu Projek


QR-Code 2.3 merupakan video yang menceritakan bagaimana seseorang penyelidik hendak
memulakan satu projek dalam NVivo20, mengimport fail, dan membuka fail yang ingin dianalisis
(Rowe, 2018).

QR-Code 4 Memo dan anotasi QR-Code 5 Coding dan uncoding


Salah satu kesa han penting datang ialah terdapat nota lapangan yang berbentuk memo dan
anotasi, iaitu nota penerangan yang mendalam dan kritikal (Ingeris-Melayu, 1992). Setiap data
verbatim wajib memiliki nota lapangan yang dikhususkan untuk menyentuh aspek luaran sesuatu
data utama (Golafshani, 2003; Felder & Spurlin, 2005; Jasmi, 2012b; Noble et al., 2015).
Pembinaan memo dan anotasi ini boleh dilihat dalam Qr-Code 4 (Billy, 2018b).

Menganalisis Data
Menganalisis data merupakan proses terpenting dalam sesebuah kajian. Pengkaji akan mengkod petikan
yang dipetik untuk membina tema, sub tema, atau sub-sub tema. Pengkodan ini boleh dilakukan
7

secara manual atau autocode dalam sistem NVivo20 ini. Koding secara manual dilakukan untuk
selain data kumpulan fokus atau focus group sebagaimana yang ditunjukkan dalam QR-Code 5 (Billy,
2018a). Manakala focus group pula pula merupkan koding yang berbentuk auto coding
sebagaimana yang ditunjukan dalam QR-Code 6 (Meehan, 2019).

QR-Code 6 Autocodings kumpulan focus QR-Code 7 Matrix Coding Query

Membuat Laporan Jadual Matriks


Membuat laporan jadual matriks merupakan cara pelaporan yang paling ringkas dan padat untuk data
tembual berbanding membuat pelaporan dalam bentuk model. Untuk menghasilkan jadual
matrik, penyelidik perlu menggunaan Matrix Codding Query dalam bahagian Navigation View,
Seacrh, dan Queries sebagaimana yang ditunjukan dalam QR-Code 7 (QSR, 2019c).

Mengeksport Jadual Matriks ke Excel dan Word


Proses terakhir daripada analisis data ialah mengeksport pula data yang siap dianalisis dalam jadual
matrik ke Excel dan akhirnya ke word bagi memboleh pengkaji membuat pelaporan dalam Word
hasil dapatan kajian mereka.

PENGANALISISAN DATA UNTUK PEMBINAAN TEMA DI NVIVO20


Aspek terpenting sebuah kajian ialah penganalisisan terhadap data verbatim bagi membentuk tema
berdasarkan objektif kajian yang dijalankan. Data kualitatif berbeza dengan data kuantitatif. Hal
ini kerana data kualitatif merupakan data berbentuk temubual dan laporan, maka sudah tentu
pengkaji akan mendapati data tersebut ibarat lautan yang luas yang perlu dipecah-pecahkan
mengikut tema dan kategori. Penggunaan NVivo khususnya NVivo20 sangat membantu kerana
mudahnya penyelidik untuk membentuk tema dan mengkelompokkan setiap data dengan tema
dan kelompok yang tersusun. NVivo ialah alat sahaja, dan NVivo ini tidak boleh memahami
data tersebut, yang memahami dan yang membentuk tema dan kelompok ialah pengkaji sendiri
mengikut kefahaman mereka sebagai penyelidik.
Setelah pengkaji mengimport verbatim data kajian dalam NVivo20, mereka boleh membuka
fail tersebut di Fails dengan melakukan klik sebanyak dua kali. Verbatim data tersebut akan terbuka
dan pengkaji mula membuka tingkap Code dan Node. Ketika ini para penyelidik boleh mula
membuat kod tema untuk data yang dibaca dan ditandakan serta mengheret data yang mempunyai
makna bagi membentuk kod tema bagi petikan tersebut. Cara bagaimana kod tema dibina adalah
sebagaimana yang ditunjukan dalam Qr-Code 5.

ASAS PELAPORAN DALAM TESIS


Perlu diketahui bahawa asas penggunaan dalam NVivo20 atau lainnya tidak berapa penting
sangat untuk pelaporan dalam tesis. Hasil yang dikehendaki dalam pelaporan tesis seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 1.
8

Rajah 1 Perkara terpenting Penggunaan NVivo untuk tujuan analisis dan pelaporan
Oleh itu, NVivo bukanlah sesuatu yang terlalu susah untuk digunakan bagi penganalisisan
dan pelaporan untuk penyelidikan di peringkat sarjana atau Doktor Falsafah. Tiga pengetahuan
dan penggunaan NVivo seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1 sudah memadai untuk mereka
menyiapkan analisis dan laporan penyelidikan.

PENGGUNAAN NVIVO20 UNTUK TAHAP TINGGI


Selain penggunaan biasa NVivo20 seperti dibincangkan dalam sub tajuk dan sub-sub tajuk yang
lalu, NVivo20 juga digunakan untuk analisis tahap yang lebih tinggi, iaitu menganalisis data yang
sudah dilakukan mengikut attribut seperti jantina, jenis sekolah, kelompok umur, dan lain-lain;
menganalisis data berdasarkan pencarian kata kunci (text search); menganalasisis data berdasarkan
jumlah kata kunci.

Penganalisisan Data Berdasarkan Attribut


Sekiranya data yang ada kepada para penyelidik merupakan data yang yang sangat minimum. Data
yang ada tersebut boleh dibincangkan dalam pelbagai sudut agar hasil data tersebut dilihat sangat
konfrehensif. Caranya ialah selain daripada membincangkan data berdasarkan tema yang dibina,
pengkaji juga boleh membincangkan data berdasarkan perbezaan jantina, perbezaan jenis sekolah,
kelompok umur, tahap pengalaman bekerja, dan lain-lain bentuk yang sesuai (Jasmi, 2012a).
9

Qr-Code 8 Analisis Attribut Qr-Code 9 Carian Perkataan dan Bilangan


Setelah analisis coding dilakukan, data Fails yang ada boleh dikategori dan coding yang dibina
tersebut pula boleh dipecah dan dianalisis secara pelbagai kes (Cases) dengan perbezaan demegrafi
responden dan informan. Kaedah pembinaan kes dan attribut sebagaimana yang ditunjukkan
dalam Qr-Code 7.

Penganalisisan Data dengan Penggunaan Jumlah Perkataan dan Carian Text


Penggunaan carian teks dalam NVivo20 adalah antara cara mudah untuk membina coding
secara automatik. Hal ini kerana salah sata cara untuk membina tema dan sub tema adalah
melalui kata kunci perkataan (Glaser & Strauss, 1967; Reichardt & D., 1979; Taylor & Bogdan,
1984; Marshall & & Rossman, 1989; Patton, 1990; Bogdan & Biklen, 1992; Merriam, 1997;
Creswell, 1994, 2005; Neuman, 2006; Corbin & Strauss, 2008; Jasmi, 2012a; Mayring, 2014).
Oleh itu, membuat pencarian perkataan dan diletakkan sebagai autocoding lebih memudahkan
pengkaji selain dengan menganalisis secara tematik atau membaca satu persatu teks kajian. Panduan
untuk membuat kiraan perkataan dan carian perkataan sebagaimana yang ditunjukkan dalam Qr-
Code 2.9 (Billy, 2018c).

MODEL DAPATAN KAJIAN


Model dapatan kajian merupakan model awal sebelum model kajian dihasilkan. Model ini
dibina daripada pengkodan paksi (axial coding) yang dibina daripada pengkodan terbuka (open
coding). Kebiasaannya, penyelidik sudah memahami bentuk pengkodan paksi ini berdasarkan
pengkodan terbuka yang terhasil daripada verbatim data. Model dapatan kajian boleh dibina
secara automatik sebagaiamana yang ditunjukan oleh QR-Code 10 (Hull, 2019b).

Qr Code 10 Projek Model

RUMUSAN
Artikel ini berjaya membincangkan serba sedikit tentang sejarah perkembangan NVivo,
keistimewaan program ini dalam penyelidikan, serta bagaimana mereka bentuk projek dan
mengenali serba sedikit tentang gambaran progaram NVivo20 ini. Selain itu, Asas penggunan
NVivo20 ini juga turut dibincangkan dalam aspek mereka bentuk projek, menganalisis data,
membuat laporan jadual matrik di NVivo20, dan mengesport kembali jadual matriks dalam
excel dan word.

RUJUKAN
Billy, Wong. 2018a. NVivo 12 tutorial - Coding and Uncoding. United Kingdom: Universiti
of Reading.
10

Billy, Wong. 2018b. NVivo 12 Tutorial - Introduction to Import, Memo And Annotation.
United Kingdom: Universiti of Reading.
Billy, Wong. 2018c. NVivo 12 tutorial - Word Frequency and Text Search. United Kingdom:
Universiti of Reading.
Bogdan, R. C., & Biklen, S. K. 1992. Qualitative Research for Education. Boston: Allyn and
Bacon.
Corbin, J., & Strauss, A. 2008. Basics of Qualitative Research: Techniques and Procedures for
Developing Grounded Theory. 3rd ed. Thousand Oaks, CA: Sage Publications.
Creswell, J.W. 1994. Research Design: Qualitative & Quantitative Approaches. Thousand Oaks:
Sage Publications.
Creswell, J.W. 2005. Educational Research: Planning, Conducting, and Evaluating Quantitative
and Qualitative Research. London: Prentice Hall.
Felder, Richard M. , & Spurlin, Joni 2005. “Applications, Reliability and Validity of the Index
of Learning Styles”. International Journal of Engineering Education, 21(1), 103-112.
Glaser, Barney G , & Strauss, Anselm L. 1967. The Discovery of Grounded Theory: Strategies for
Qualitative Research. Chicago: Aldine Publishing Company.
Golafshani, Nahid. 2003. “Understanding Reliability and Validity in Qualitative Research”. The
Qualitative Report, 8(4), 597-606.
Hull, Uni Library. 2019a. NVivo 12: Getting Started With Your First Project [Video and
Presantation]. United Kingdom: University of Hull.
Hull, Uni Library. 2019b. NVivo 12: Project Maps [Video and Presantation]. United Kingdom:
University of Hull.
Ingeris-Melayu, Kamus. 1992. Kamus Ingeris-Melayu Dewan (An English-Malay Dictionary).
Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka & Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Jasmi, Kamarul Azmi. 2012a. Analisis Data dalam Penyelidikan Kualitatif. Kertas Kerja dalam
Kursus Penyelidikan Kualitati/siri 3. Felda Residence Tg. Leman, Mersing.
https://www.researchgate.net/publication/293097661_Analisis_Data_dalam_Penyelidi
kan_Kualitatif
Jasmi, Kamarul Azmi. 2012b. Kesahan dan Kebolehpercayaan dalam Kajian Kualitatif. Kertas
Kerja dalam Kursus Penyelidikan Kualitatif Siri 1 2012. Puteri Resort Melaka.
http://eprints.utm.my/41093/1/KamarulAzmiJasmi2012_Kesahan%26Kebolehpercay
aanKajianKualitatif.pdf
Marshall, C., & & Rossman, G. B. 1989. Designing Qualitative Research. Newbury Park, CA:
Sage.
Mayring, Philipp. 2014. Qualitative Content Analysis: Theoretical Foundation, Basic Procedures
and Software Solution. Mannheim: Gesis: Leibniz-lnstitut fur Sozialwissenschaften.
Meehan, Ben 2019. Creating Cases From Focus Groups in NVivo 12. Ireland: QSR
International.
Merriam, S.B. 1997. Qualitative Research and Case Study Applications in Education. San
Francisco: Jossey-Bass.
Neuman, W.L. 2006. Social Research Methods: Qualitative and Quantiative Approaches. Toronto:
Pearson.
Noble, Helen, Smith, Joanna, (). . , et al. 2015. “Issues of validity and reliability in qualitative
research”. Evidence-Based Nursing, 18(2), 34-35.
Patton, M. Q. 1990. Qualitative Evaluation and Research Methods. 2nd ed. Newbury Park, CA:
Sage Publications, Inc.
QSR, International. 2019a. NVivo 12 Overview. Australia: QSR International.
QSR, International. 2019b. Our History. Tarikh akses pada, 2019, di laman
http://www.qsrinternational.com/about-us/our-history
11

QSR, International. 2019c. Run a Matrix Coding query in NVivo for Mac | NVivo How-to
Video #11 of 14. Australia: QSR International.
Reichardt, C. S., & D., Cook. T. 1979. Beyond Qualitative Versus Quantitative Methods. Beverly
Hills, CA: Sage.
Rowe, Deborah. 2018. NVivo 12 for Windows Basics 1_Starting a Project and Importing Files.
USA: Vanderbilt University.
Taylor, S. J., & Bogdan, R. 1984. Introduction to Qualitative Research Methods: The Search for
Meanings. 2nd ed. Toronto: John Wiley and Sons.
12

LAMPIRAN 1
Surat Jemputan Bengkel dan Tentatif Bengkel
13

BIODATA
Kamarul Azmi bin Jasmi menjawat jawatan Professor Madya di Akademi Tamadun Islam,
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia dan pernah berkhidmat
sebagai guru Pendidikan Islam di SM Sains Miri. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda
14

Pendidikan Islam, Ijazah Sarjana Pengajian Peradaban daripada Universiti Malaya, serta Ijazah
Doktor Falsafah (Pendidikan Islam) daripada Universiti Kebangsaan Malaysia.
Beliau aktif dengan aktiviti penulisan dalam jurusan Pendidikan Islam seperti buku, sumbangan
bab dalam buku, jurnal serta penulisan kertas kerja di persidangan peringkat kebangsaan dan
antarabangsa. Beliau menghasilkan beberapa buah buku karya individu dan karya bersama
antaranya berjudul Pendidikan Wuduk Mazhab al-Shafii (2007), Pendidikan Islam: Kaedah
Pengajaran dan Pembelajaran (2007), Pembaharuan dalam Dunia Islam (2007) Sekolah Agama
Penjana Generasi Berakhlak (2011), Penyeliaan Guru Dalam Pengajaran & Pembelajaran (2011),
Dasar Akidah Muslim (2011), Sekolah Agama di Malaysia: Sejarah, Isu & Cabaran (2012), Akidah
dan Akhlak dalam Pendidikan Islam (2016), Pembangunan Insan Soleh Menurut Perspektif
Imam al-Nawawi (2021) yang diterbitkan oleh Penerbit UTM serta Kaedah Pengajaran dan
Pembelajaran Tahfiz al-Quran (2016) dan Disiplin Puasa dalam Sekolah Ramadan (2019) yang
diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

View publication stats

Anda mungkin juga menyukai