Anda di halaman 1dari 1

1. Peranan guru dalam mewujudkan kesedian belajar dalam kalangan murid.

 Guru haruslah kreatif mempelbagaikan kaedah pengajaran


 Guru haruslah mengggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai dengan tahap
kesediaan murid-murid untuk belajar
 Menggunakan bahan pengajaran yang berbentuk visual dan audio seperti video dan
slide show
 Menerapajn gaya oengajran secara penerangan, demonstrasi, sumbang saran untuk
mempengaruhi tahap kognitif, emosi dan fizikal murid-muird.
 Guru perlu membuat pemeringkatan isi kandungan pelajaran
 Guru perlu mendedahkan kepada murid tentang kemahiran atau pemikiran asas tentang
bidang pembelajaran tersebut terlebih dahulu sebelum mendedahkan kepada murid
tersebut dengan bidang pembelajaran yang lebih tinggi.
 Aktiviti pemulihan dan pengayaan juga adalah satu cara yang boleh dilakukan oleh guru.

2,a  Nyatakan pengertian  proses  pesepsi dalam  pengajaran dan pembelajaran.

  Proses persepsi bermula daripada rangsangan luar yang dikesan oleh organ-organ
deria iaitu mata, telinga, hidung, lidah ataupun kulit. Ransangan yang dikesan akan
menghasilkan impuls yang dihantar ke otak melalui sistem saraf. Kemudian, otak akan
berusaha mentafsir maklumat yang diterima berdasarkan kepada pengalaman yang
berkaitan, mengintrepretasi dan membentuk gambaran, bayangan, makna atau konsep
rangsangan tersebut. Contoh, melalui deria mata, ransangan kilat dari awan tebal masuk
ke mata seseorang dan membentuk imej di retina yang terletak di belakang otak dan
impuls dihasilkan dan dihantar ke otak melalui saraf optik. Otak kemudian mentafsir dan
menterjemahkan maklumat yang diterima dan kemudian barulah konsep kilat dapat
dibentuk. Maka, pengamatan dapat dirumuskan sebagai proses mental atau kognitif di
mana otak menerima maklumat daripada rangsangan luar yang dikesan oleh organ deria
dan membentuk konsep rangsangan tersebut.

2.b Tunjukkan cara guru mempertingkatkan persepsi murid dalam proses  pembelajaran

 Guru perlu memastikan murid-murid terlibat dengan sepenuhnya dan mempunyai


motivasi intrinsik yang tinggi dalam mengikuti pengajaran dan pembelajaran. Hal ini
boleh dilakukan dengan menggunakan strategi-strategi dan pendekatan yang berbeza
seperti kuiz, perbincangan, inkuiri penemuan, eksperimen dan banyak lagi yang
menumpukan kepada pengamatan supaya mereka dapat meningkatkan kefahaman
murid-murid dalam pelajaran.
 Guru juga boleh menyentuh aspek kognitif dan pengalaman murid itu.Sebagai contoh,
terdapat dua kucing oren besar dan kucing oren kecil dalam sesebuah gamabr.Apabila
gamabr tersebut diberikan kepada pelajar, pelajar akan menduga bahawa kucing oren
besar tersebut merupakan ibu kepada kucing oren kecil tersebut.Hal ini ditambah pula
pengalaman murid itu dalam memelihara kcuing di rumah.

 Guru juga boleh menyusun objek dan benda-benda maujud dalam persekitaran mereka
untuk mempengaruhi pengamatan murid-murid. Contohnya pengamatan murid-murid
terhadap gambarajah, tulisan atau lukisan.

Anda mungkin juga menyukai