Anda di halaman 1dari 5

Persamaan Antara Teori-teori Pembelajaran

Teori Behavioris

Teori Kognitif

Merupakan psikologi pendidikan. Dikemukakan oleh pakar-pakar psikologi. Merupakan teori pembelajaran yang sesuai untuk digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Menjadikan proses pembelajaran menjadi lebih berkesan. Memberi latihan kepada murid untuk mengukuhkan pegetahuan mereka. Guru perlu memberi peneguhan kepada murid-murid untuk memberi ganjaran kepada murid yang berlakuan baik dan dendaan kepada yang membuat salah. Menggalakkan suasana pembelajaran yang kondusif dan mesra untuk meningkatkan tahap pembelajaran murid. Memerlukan murid untuk mengaitkan pembelajaran baru dengan sedia ada. Guru digalakkan untuk memberi motivasi kepada muridmurid. Ini dapat memberi keyakinan kepada murid-murid.

Teori Konstruktivisme

Perbezaan Antara Teori-Teori Pembelajaran


Teori-Teori Pembelajaran Teori Behaviorisme Teori Kognitif Teori Konstruktivisme

Pelopor

B.F. Skinner, Ivan Pavlov, E.L. Throndike, J.B. Watson

Ausubel, Bruner, Gagne

Jean Piaget, Lev Vygotsky

Pengertian

Menitikberatkan kepada perubahan tingkah laku sebagai akibat daripada adanya interaksi stimulus dan respon.

Menitikberatkan kepada pembelajaran yang berorientasi terhadap intelektual. Pembelajaran akan lebih berhasil jika disesuaikan dengan tahap perkembangan murid-murid.

Menitikberatkan kepada proses belajar sebagai kegiatan membangun pengetahuan dengan cara mencuba memberi makna pada pengetahuan yang dikira sesuai dengan pengalamannya.

Pembelajaran

Rangsangan dan gerak balas. Apabila seseorang diberi rangsangan, dia akan memberi gerak balas yang setimpal dengannya. Peneguhan boleh diberi untuk menggalakkan atau memberhentikan sesuatu perlakuan.

Setiap orang mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam dirinya. Pembelajaran terhasil apabila pengetahuan baru dapat dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada.

Pembelajaran berlaku apabila murid dapat membina pengetahuan sendiri berdasarkan pengalaman sendiri. guru tidak memberi pengetahuan secara langsung, tetapi membimbing murid untuk mendapatkan pengetahuan sendiri.

Prinsip-prinsip Pembelajaraan

Behavioris menekankan prinsip cuba jaya. Hukum Pembelajaran Thorndike: a) Hukum Kesediaan b) Hukum Latihan c) Hukum Kesan Peneguhan Skinner: a) Peneguhan positif b) Peneguhan negatif c) Hukuman Prinsip Eksperimen Pavlov: a) Setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. b) Pembelajaran berlaku akibat kaitan antara rangsangan dan gerak balas. c) Pembelajaran yang berlaku akibat perkaitan di antara dua rangsangan dinamakan pelaziman.

Prinsip Kognitif Jean Piaget: a) b) c) d) Skema Asimilasi Akomodasi Adaptasi

Hieraki Pembelajaran Gagne: a) Pembelajaran isyarat b) Pembelajaran gerak balas c) Pembelajaran rangkaian motor d) Pembelajaran bahasa e) Pembelajaran diskriminasi f) Pembelajaran konsep g) Pembelajaran prinsip h) Pembelajaran penyelesaian masalah

a) Menekankan pembelajaran berpusatkan murid. b) Pembelajaran berlaku melalui proses aplikasi pengetahuan. c) Pembelajaran berlaku melalui interaksi dengan orang lain. d) Pembinaan pengetahuan dapat diajar dan dibimbing mealui proses scaffolding. e) Pembelajara baharu bergantung pada pengetahuan sedia ada. f) Guru berperanan sebagai fasilitator.

Peranan Guru

- Menyediakan rangsangan kepada murid agar mereka memberi tindak balas.


-Menyediakan amalan disiplin bilik darjah yang mesra. -Aplikasi teknik peneguhan yang sesuai. -Menyediakan suasana pembelajaran yang dapat membawa kepada perasaan rasa berjaya.

-Membantu murid membuat perbandingan maklumat baharu dengan maklumat sedia ada murid.
-Susun atur penyampaian P&P secara teratur dan menggunakan bahasa yang sesuai dengan peringkat umur murid. -Gunakan bahan-bahan penyampainan pengajaran yang ada kaitan dengan pengetahuan sedia ada murid.

-Merancang P&P dengan teliti dan mengambil kira keupayaan murid. -Adakan gerak kerja kumpulan dan perbincangan kumpulan untuk mewujudkan interaksi yang berkualiti. -Berperanan sebagai fasilitator dan membimbing murid-murid semasa dalam aktiviti kumpulan.

Peranan Murid

-Memberi gerak balas yang setimpal dengan rangsangan yang diberi oleh guru. -Latihan, penggunaan pengetahuan dan kemahiran perlu dipraktikkan dengan kerap untuk mengukuhkan pembelajaran.

-Mengaitkan maklumat yang baru dengan pengetahuan sedia ada sendiri. -Membuat banding beza antara pengetahuan sedia ada dan pengetahuan baharu.

-Bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri. -Sentiasa menambah ilmu pengetahuan sendiri agar membina ilmu baharu sendiri. -Mengadakan perbincangan kumpulan dengan rakan-rakan.

Kekuatan

-Sesuai untuk melatih kanak-kanak yang masih memerlukan bantuan daripada orang dewasa. -Guru tidak perlu mengambil masa yang lama untuk memberi penerangan yang panjang tentang pembelajaran kepada murid-murid. -Menekankan kemahiran lisan berbanding kemahiran membaca dan menulis.

-Membolehkan murid berfikiran lebih kreatif dan berdikari. -Membantu murid untuk memahami bahan belajar dengan lebih mudah. -Melatih dan meningkatkan motivasi murid agar dapat membuat tugasan dengan konsisten. -Meningkatkan kemampuan murid untuk menyelesaikan masalah.

-Memberi peluang kepada murid untuk mempersembahkan idea dengan jelas dengan menggunakan bahasa pelajar sendiri. sendiri. -Menggalakkan muridmurid untuk belajar secara hands-on dan minds-on. -Mendorong murid untuk berfikir secara kreatif dan imaginatif -Murid dapat mengingati sesuatu konsep dengan lama.

-Pembelajaran berlaku dalam keadaan sehala, hanya berpusatkan guru. -Terlalu tertumpu kepada rangsangan dan gerak balas yang ditunjukkan. Sekiranya tiada rangsangan, maka murid tidak akan memberi tindak balas. -Penambahan ilmu pengetahuan lebih tertumpu kepada buku teks. Murid diminta untuk mempersembahkan kembali isi yang telah diajar.

Kelemahan

-Keberkesanan sebuah pembelajaran tidak dapat dilihat hanya dengan seorang pelajar saja, sebaliknya kemampuan setiap pelajar haruslah diperhatikan.
-Guru diminta untuk mengikuti keadaan pembelajaran murid. -Suasana yang kondusif dan kemudahan pembelajaran yang sesuai perlu disediakan agar murid yakin dengan apa yang mereka pelajari.

-Oleh sebab murid membina pengetahuannya sendiri, maka murid mungkin akan mendapat pengetahuan yang tidak selaras dengan pengetahuan yang sebenar. Maka, miskonsepsi akan berlaku. -Memerlukan masa yang panjang.

-Guru yang tidak bertanggungjawab akan mengabaikan tugasnya sebagai seorang pembimbing.

Kesimpulannya, ketiga-tiga teori pembelajaran yang dibuat banding beza di atas mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing. Mereka harus dihubungkaitkan supaya dapat menerapkan kekuatan masing-masing dalam pembelajaran. Guru juga harus sedar bahawa teori-teori pembelajaran adalah fleksibel digunakan. Maka, guru bolehlah mengaplikasikan mereka mengikut kesesuaian.

Anda mungkin juga menyukai