Anda di halaman 1dari 31

EDUP2033

Pedagogi

M4.1a 2. Proses pembelajaran


● Persepsi dan Penanggapan

Hjh. Badariah binti Hashim


Jabatan Sains,IPGK Ipoh

PDPLI AMBILAN JUN 2018 - Unit PPC2

16.7.2018
Bilik 58 Bangunan Sri Cempaka IPGK Ipoh
10.30 – 12.30 ptg
Hasil Pembelajaran Kursus, CLO
1. Menjelaskan konsep pedagogi,
pengertian dan prinsip-prinsip
pengajaran dan pembelajaran
(C2 kefahaman,LO1 pengetahuan)
Persepsi
Melakukan persepsi tidak hanya memberi perhatian kepada
rangsangan-rangsangan tetapi kita hendaklah memberi makna kepada
rangsangan-rangsangan yang tiba pada deria-deria kita (Ee Ah Meng,
1997)

Persepsi sebagai satu interpretasi yang memberi makna kepada


rangsangan yang diterima oleh deria seseorang itu Slavin (1997).
Persepsi
Persepsi merupakan satu proses apabila otak menerima maklumat dari
deria-deria, menyusun semula maklumat dan memberi makna
kepadanya.

Kebiasaannya, maklumat yang diterima adalah berdasarkan pengalaman


yang berkaitan, menginterpretasi dan membentukkan gambaran,
bayangan, makna atau konsep rangsangan tersebut

Contoh, jika sebuah motosikal lalu, seseorang itu mendengar bunyi


(deria pendengaran) tersebut dan dia telah pernah melihat objek
motosikal mengeluarkan bunyi tersebut (pada masa yang lalu).
Maka gambaran motosikal dengan cepat terbayang.
Akan tetapi, seseorang individu yang tidak ada pengalaman seperti itu
tidak akan mampu memberikan makna kepada bunyi ini.
Persepsi
Persepsi ialah satu proses kognitif yang mentafsir pengalaman.
Pengalaman diperoleh melalui organ-organ deria dan dihantar melalui
system saraf ke otak untuk ditafsirkan.
Akan tetapi dalam proses penafsiran tersebut, pengalaman yang sedang
dialami itu diproses dengan menghubungkaitkannya dengan
pengalaman lampau.
Oleh itu, pengalaman lampau mungkin mempengaruhi pentafsiran
pengalaman baru.
Oleh itu, persepsi melibatkan tindakan membezakan dan memilih gerak
balas.
Dengan demikian, persepsi menyedarkan pertalian serta perbezaan
kualiti dan kuantiti rangsangan

Kemampuan seseorang membuat persepsi untuk menimba maklumat


dari persekitaran akan meningkat dengan bertambahnya pengalaman
dan latihan.
Persepsi
Pengamatan ialah proses mental yang mentafsir segala objek dan
situasi, termasuk kualiti dan pertalian asalnya yang dikesan melalui
organ-organ deria seseorang, tetapi pentafsiran itu dipengaruhi oleh
pengalaman lampaunya.

Rangsangan yang dipersepsikan adalah sentiasa disusun dan


diorganisasikan dalam bentuk yang baik iaitu mudah, elok dan simetri.
Organisasi pengamatan merupakan proses mental yang menyusun
maklumat, membuat tafsiran dan membentuk konsep berdasarkan
pengalaman lampau.
Namun demikian, penetapan makna maklumat tersebut bergantung
kepada persepsi seseorang individu.
Individu akan memilih rangsangan yang bermakna bagi dirinya,
seterusnya megorganisasikan maklumat kederiaan dan seterusnya
menginterpretasikan rangsangan tersebut.
Teori Gestalt
(bentuk, pola atau tatarajah)

Teori gestalt menyatakan terdapat dua aspek penting iaitu gestalt dan
latar dalam persepsi manusia. Gestalt dan latar boleh bertukar
kedudukannya bergantung kepada salah satu aspek yang utama.

Ilustrasi di bawah mengandungi gestalt dan latar.


Teori Gestalt
Apabila kita memberi perhatian kepada gestalt (bahagian putih),
persepsi yang diperoleh ialah sebuah pasu bunga, manakala jika
perhatian ditumpu kepada latar (bahagian hitam),maka kita akan
melihat sebagai dua muka orang.

Ini adalah tergantung kepada pemilihan pemerhati tentang bentuk dan


latarnya.

Menurut Ridzuan Hussin (2009) yang penting bagi teori gestalt ialah
bagaimana para murid memproses maklumat untuk menentukan apa
yang mereka pelajari.
Cara-Cara Meningkatkan Kebolehan Persepsi

1. Kepekaan pancaindera
Persepsi berlaku melalui maklumat yang diterima oleh pancaindera
seseorang.
Oleh itu, kita memerlukan organ-organ deria yang sihat dan tajam untuk
membuat persepsi yang tepat.

Oleh itu, guru haruslah sentiasa memerhatikan keadaan murid.


Mereka yang mempunyai masalah pancaindera hendaklah dihantar ke
hospital untuk mendapatkan rawatan.
Cara-Cara Meningkatkan Kebolehan Persepsi
2. Peluang menggunakan pancaindera sendiri.
Pembentukan persepsi kadangkala dipengaruhi oleh pengalaman dan
pengetahuan sedia ada.
Kedua-dua unsur itu digunakan oleh murid-murid untuk mentafsirkan
sesuatu keadaan yang sedang dialaminya.

Persepsi menjadi tidak tepat sekiranya, pengalaman dan pengetahuan


sedia ada salah.

Dalam proses pembelajaran, murid-murid haruslah diberi peluang untuk


mengalami perkara-perkara yang dipelajari dengan menggunakan
seberapa banyak deria yang mungkin.

Guru hendaklah menggunakan berbagai-bagai alat bantu mengajar dan


latihan praktis untuk memupuk pemahaman dan mengukuhkan
pengalaman murid.
Cara-Cara Meningkatkan Kebolehan Persepsi

3. Penumpuan
Persepsi yang tepat memerlukan seseorang itu menumpukan sepenuh
perhatian terhadap sesuatu perkara yang dipelajari.

Untuk meningkatkan persepsi, murid-murid hendaklah dilatih


menumpukan sepenuh perhatian dan minat terhadap sesuatu
pengalaman yang sedang dihadapi.
Cara-Cara Meningkatkan Kebolehan Persepsi

4. Urutan penyampaian
Pengetahuan dan pengalaman sedia ada penting kepada murid-murid
untuk menguasai perkara-perkara yang baru.

Penguasaan pengalaman baru dapat ditingkatkan melalui persepsi yang


tepat.

Dalam pembelajaran, guru hendaklah mengembangkan pengetahuan


sedia ada pada murid ke bidang baru.
Oleh itu guru perlu mengajar daripada apa yang telah diketahui kepada
apa yang tidak diketahui; dari konkrit kepada abstrak,dll.
Cara-Cara Meningkatkan Kebolehan Persepsi
5. Pemikiran yang aktif
Dalam proses pembelajaran, murid-murid hendaklah sentiasa berfikiran
aktif dan sedar di sepanjang perkembangan pembelajaran. Murid-murid
hendaklah digalakkan dan dilatih mengemukakan soalan apabila mereka
menghadapi masalah dalam pelajaran.

Pemikiran aktif dapat dilaksanakan melalui pelajaran dengan dengan


menggunakan kaedah perbincangan, perbahasan, kuiz, inkuiri,
eksperimen, pedekatan induktif dan deduktif.

Murid hendaklah mempunyai pemikiran yang kritikal terhadap


penyampaian guru untuk mengelakkan pembentukan persepsi yang
salah disebabkan pengajaran yang tidak tepat.
Cara-Cara Meningkatkan Kebolehan Persepsi
6. Bimbingan
Bukan semua murid mempunyai kebolehan yang sama untuk
membentuk pengamatan pada masa yang sama.
Kadang-kadang amat sukar untuk membentuk pengamatan yang tepat
dalam setengah-setengah situasi.

Guru boleh mengemukakan soalan yang dapat memberi panduan


kepada murid untuk membuat kesimpulan yang betul.
Penanggapan
Hilgard, Atkinson dan Atkinson (1979) telah menerangkan penanggapan
sebagai sifat-sifat umum bagi suatu kelompok objek atau idea.
Penanggapan merupakan suatu proses pembentukan konsep.

Bruner (1973) menggunakan perkataan pengkategorisasikan sebagai


pembentukan konsep iaitu membuat kategori dengan membezakan
perkara-perkara atau benda-benda yang beraneka jenis mengikut ciri-
ciri yang sama.
Contoh, haiwan diklasifikasikan berdasarkan sifat-sifat khusus seperti
jenis binatang yang terbahagi kepada mamalia, reptilia dan amfibia.
Cara pengkategorisasi ini membolehkan kita mengenal pasti,
memahami, mempelajari ataupun mengingati mereka dengan lebih
mudah lagi.
Penanggapan
Penanggapan merupakan satu proses pembentukan konsep. Konsep
ialah idea spesifik.

Konsep tentang bahan maujud lebih mudah difahami berbanding


dengan konsep abstrak. Konsep “sel” dan “burung” lebih mudah
dinyatakan. Konsep “tenaga”, “keikhlasan” merupakan konsep yang agak
rumit untuk difahami kerana tiada bahan maujud dapat digunakan
untuk menerangkan maksudnya.
Penanggapan
Proses penanggapan seseorang biasanya dipengaruhi oleh
pengalamannya.
Pada peringkat awal ia membentuk konsep bergantung kepada
pengalamannya sendiri

Contoh, seorang kanak-kanak mula mengenali seekor kucing putih


melalui bunyi “miau”nya.
Apabila ia melihat seekor kucing hitam yang mengeluarkan bunyi yang
sama, maka ia mendapat kesedaran hubung kait haiwan ini dengan
pengalamannya yang pertama tadi.
Melalui hubungan ini, kanak-kanak itu dapat mengenal pasti bahawa
haiwan itu juga ialah seekor kucing.

Samb…
Penanggapan
Seterusnya, kanak-kanak itu akan mengamati sifat-sifat lain kucing
seperti bentuk, saiz, binaan luar dan tabiat.
Maka ia dapat membezakan kucing daripada benda dan haiwan lain.

Pengalaman-pengalaman itu membolehkan kanak-kanak itu mengecam


rupa kucing sebaik sahaja ia melihatnya.
Pembentukan konsep tentang kucing bagi kanak-kanak tersebut telah
lengkap.
Cara-cara Meningkatkan Penanggapan
a. Pengalaman dan kebolehan
Pembentukan penanggapan berlaku melalu persepsi yang terhasil
daripada kesedaran dan penumpuan terhadap sesuatu pengalaman
yang tertentu.
Tanpa pengalaman tidak akan mujud konsep atau tanggapan.
Seseorang yang mempunyai pengalaman yang luas akan lebih mudah
memperoleh sesuatu konsep den dengan tepat.
Dalam situasi pembelajaran, pengalaman secara terus dalam aktiviti
pembelajaran dapat meningkatkan pembentukan konsep
Pelajaran hendaklah disampaikan kepada murid mengikut taraf
kebolehan mereka.
Murid-murid dalam kelas yang sama dapat dibahagikan kepada
kumpulan-kumpulan kecil mengikut kebolehan mereka.
Mereka mempelajari tajuk yang sama mengikut taraf pencapaian
masing-masing.
Cara-cara Meningkatkan Penanggapan
b. Pengetahuan guru
Guru hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan yang luas dan
mendalam tentang isi kandungan akan disampaikan kepada murid.

Guru hendaklah menyampaikan sesuatu konsep dengan jelas supaya


mudah difahami oleh murid-murid.

Guru hendaklah menggunakan pelbagai contoh yang sesuai untuk


membantu murid-murid membentuk penanggapan yang betul.
Cara-cara Meningkatkan Penanggapan
c. Komunikasi
Bahasa merupakan saluran komunikasi penting dalam bilik darjah.
Elakkan Bahasa daerah.
Guru hendaklah menjelaskan perkataan dan istilah baru kepada murid-
murid
Pengajaran guru haruslah menggunakan perkataan-perkataan yang
tepat dan sesuai dengan perbendaharaan kata yang ada pada murid-
murid.
Perkataan yang digunakan semasa guru memberi penerangan mestilah
tepat dan tidak umum maksudnya.
Contoh, apabila menghuraikan sesuatu rupa bentuk bangunan , pastikan
guru menghuraikan sifat-sifat pondok, banglo, rumah teres, rumah
Panjang, iglo, rumah papan dan kondominium.
Pemahaman terhadap penerangan guru merupakan satu langkah
penting untuk murid-murid membentuk penanggapan yang betul.
Cara-cara Meningkatkan Penanggapan
d. Alat bantu mengajar
Alat bantu mengajar seperti carta, model, slaid, filem dan bahan maujud
hendaklah digunakan oleh guru untuk membantu dalam penyampaian.

Alat bantu mengajar yang digunakan itu mestilah sesuai supaya murid
dapat memahami sesuatu konsep dengan betul.

Guru hendaklah mahir menggunakan alat bantu mengajar itu.


Cara-cara Meningkatkan Penanggapan
e. Menghubungkaitkan pengalaman
Penanggapan melibatkan kebolehan menghubungkaitkan pengalaman
dan pengetahuan lampau dengan perkara yang sedang dipelajari

Khususnya diperingkat pengenalan, murid-murid hendaklah dapat


mengaitkan bahan pelajaran ini dengan pelajaran lampau atau dengan
pengalaman seharian.

Melalui latihan praktis, murid-murid akan menggunakan seberapa


banyak deria untuk memperoleh pengalaman baru dan seterusnya
membentuk konsep selanjutnya.
Cara-cara Meningkatkan Penanggapan
f. Menilai perkembangan
Untuk memastikan sesuatu konsep dapat diperoleh oleh murid-murid,
guru hendaklah menguji kefahaman mereka dari semasa ke semasa
serta peringkat demi peringkat sebelum pelajaran selanjutnya diajarkan.

Dalam satu pelajaran, guru boleh sentiasa bersoal jawab dengan murid
untuk menguji kefahaman mereka tentang pelajaran yang sedang
disampaikan.

Selepas beberapa waktu pelajaran berkaitan dengan sesuatu topik, guru


haruslah menilai perkembangan murid-murid untuk memastikan
mereka telah mengikuti pelajaran itu denga betul.
Penilaian seperti ujian pendek hendaklah diadakan selepas satu unit
pelajaran sebelum memasuki unit baru.
Cara-cara Meningkatkan Penanggapan
g. Kaedah mengajar
Pembelajaran yang aktif dapat memperbaiki penanggapan.

Kaedah mengajar hendaklah menarik, mencabar dan mendorong murid-


murid berfikir untuk membentuk sesuatu konsep.
Contoh, kaedah induktif,deduktif, interaktif dan interpretif merupakan
beberapa cara yang memerlukan murud-murid menggunakan mental
kemahiran untuk membuat kesimpulan daripada pengamatan.

Kaedah tersebut, menyebabkan murid-murid tidak akan menerima


bulat-bulat sahaja segala perkara atau konsep yang disampaikan.
Guru-guru boleh membetulkan murid daripada membentuk prasangka.
Penerapan Cara-Cara meningkatkan Pengamatan dan
Penanggapan Dalam Persediaan dan Pengajaran

Cara-cara meningkatkan persepsi dan memperkembangkan


penanggapan murid-murid hendaklah dirancangkan oleh guru sebelum
pengajaran.
Cara-cara itu berkaitan dengan pendekatan, kaedah, prosedur
pengajaran dan penggunaan contoh-contoh yang sesuai.
Penerapan Cara-Cara meningkatkan Pengamatan dan
Penanggapan Dalam Persediaan dan Pengajaran

b. Kaedah dan Teknik penyampaian


Berbagai-bagai kaedah dan Teknik digunakan untuk meningkatkan
persepsi dan penanggapan untuk mencapai pembentukan konsep.
Kaedah atau Teknik hendaklah dapat memberi peluang kepada murid-
murid untuk menggunakan seberapa banyak pancaindera mereka untuk
membuat persepsi dan penanggapan, serta menggalakkan murid-murid
berfikir, menganalisis data dan membuat kesimpulan sendiri.

Contoh, kaedah pengajaran interaktif, eksperimen, kajian luar, kaedah


projek, peta konsep, rajah Venn,dll.
Penerapan Cara-Cara meningkatkan Pengamatan dan
Penanggapan Dalam Persediaan dan Pengajaran

c. Alat bantu mengajar


Alat bantu mengajar yang berbentuk visual dan bukan visual.
Bentuk visual: gambar, carta, model, filem dan slaid.
Bukan visual: demonstrasi, lakonan.

D. Prosedur pengajaran
Penyampaian pelajaran hendaklah bertingkat-tingkat mengikut urutan
langkah yang sesuai, biasanya daripada mudah kepada yang lebih
kompleks.
Segala aktiviti dalam pelajaran hendaklah mempunyai kesinambungan
Persepsi dan Penanggapan
pancaindera,otak
Alam rangsangan pemprosesan Penanggapan
persepsi kognitif
sekitar (konsep)

Proses ringkas persepsi dan pengamatan.

Persepsi dan penanggapan dipengaruhi oleh pengalaman yang sedia ada


pada seseorang.

Segala pembelajaran khususnya pembelajaran akademik melibatkan


persepsi dan pembentukan tanggapan melalui proses kognitif.

Fungsi mental yang terlibat dalam memproses maklumat dikenali


sebagai proses kognitif.
Sekian

Anda mungkin juga menyukai