Anda di halaman 1dari 2

Usaha memperkasakan pertahanan negara

1) Mengutamakan perpaduan dan intergrasi perpaduan


- Semangat Bersatu padu akan menjadikan rakyat sebagai satu pasukan
keselamatan yang tidak boleh dipereratkan oleh pihak musuh.
- Kekuatan dalam perpaduan seperti pepatah Bersatu teguh, bercerai
roboh. Semangat ini mengelakkan rakyat dipengaruhi oleh anasir-anasir
luar yang bertujuan memusnahkan kedaulatan negara. Tuntasnya,
faktor Bersatu padu meningkatkan pertahanan negara.

2) Memantapkan semangat patriotisme


- Semangat patriotic dalam kalangan anak watan dapat menjadi
penggerak untuk setiap rakyat mempertahankan negara.
- Semangat patriotic dan kesetiaan yang tinggi perlu ditanam dalam diri
setiap rakyat.
- Contohnya, mendorong rakyat untuk menyertai aktiviti
mempertahankan keselamatan negara berupaya menerapkan semangat
cinta akan negara.

3) Memperkasakan pasukan keselamatan


- Pasukan keselamatan negara harus dilengkapi dengan kepimpinan,
logistic, dan sumber manusia yang berkualiti.
- Kemahiran dan keupayaan anggota juga haruslah ditingkatkan melalui
kursus serta Latihan.
- Pasukan keselamatan negara juga harus dilengkapi dengan peralatan-
peralatan dan senjata yang moden untuk menunjukkan keseriusan
negara mempertahankan kedaulatan negara.
Halangan yang dihadapi dalam usaha memperkasakan pertahanan negara
1) Lambakan pendatang asing
- Kemasukan pendatang asing akan mengancam keselamatan keselesaan
masyarakat di negara ini.
- Pendatang asing yang tidak diawasi akan bebas untuk bergerak dalam
negara dan membawa masuk budaya yang kurang baik.
- Tujuan kedatangan pendatang asing ke negara ini ialah untuk
mendapatkan kekayaan dengan cepat. Oleh itu, mereka melakukan apa
sahaja untuk dapat kekayaan. Sebagai contoh, merompak, menculik dan
sebagainya.
- Kesannya, kadar jenayah dalam negara meningkat dan keselamatan
negara juga terancam.

2) Penyalahgunaan teknologi dan maklumat


- Teknologi maklumat dan komunikasi dapat digunakan untuk
mencerobohkan maklumat tentang keupayaan pertahanan negara.
Misalnya, mengubahsuai ciri-ciri perkakasan, perisian atau mana-mana
komponen sesebuah system keselamatan dalam usaha mengancam
keselamatan negara.
- Selain itu, teknologi maklumat dan komunikasi juga digunakan dalam
menyebarkan isu-isu sensitive yang mewujudkan suasana tidak aman
dalam negara. Perbuatan ini dilakukan oleh pihak musuh untuk
memecahkan masyarakat agar keselematan negara menjadi lemah dan
pencerobohan mudah dilakukan.

3) Kewujudan golongan pelampau


- Golongan pelampau merupakan golongan yang berfikiran sempit dan
mempunyai pandangan politik atau agama yang melampau atau taksub
- Fahaman politik dan agama yang melampau dan taksub menyebabkan
ketidakselesaan kaum-kaum lain dan menyebabkan perpecahan dalam
kalangan masyarakat
- Terdapat juga Gerakan pelampau yang bersifat pengganas yang boleh
menggugat keamananan negara.

Anda mungkin juga menyukai