Anda di halaman 1dari 4

TOPIK 1 : SOSIOLOGI SUKAN

1(a).Apakah yang dimaksudkan dengan sosiologi sukan?


-Sosiologi sukan bermaksud kajian saintifik mengenai struktur dan proses sosial dalam
masyarakat berkaitan dengan sukan.

(b).Nyatakan dua langkah meningkatkan penglibatan wanita dalam sukan ?


-Pakar motivasi sukan memberikan galakan dan dorongan kepada wanita untuk
menceburkan diri dalam aktiviti sukan.
-Menghapuskan salah faham tentang hukum dan larangan agama terhadap wanita yang
melakukan aktiviti fizikal.

(c).Apakah yang dimaksudkan dengan sosialisasi ke dalam sukan dan sosialisasi menerusi
sukan?
Sosialisasi ke dalam sukan
Individu memilih untuk melibatkan diri ke dalam sukan kerana minat dan juga kesan dari
pengaruh, dorongan serta impak agen-agen sosialisasi sukan.
Agen-agen sosialisasi sukan
-Keluarga
-Rakan sebaya
-Sekolah
-Media massa
-Kemudahan atau prasarana
-Kerajaan
-Komuniti
Sosialisasi menerusi sukan
Sukan menjadi alat kepada proses sosialisasi
Perbezaan antara proses sosialisasi ke dalam sukan dan proses sosialisasi menerusi sukan

Sosialisasi ke dalam sukan Sosialisasi menerusi sukan


• Individu memilih untuk melibatkan • Sukan menjadi alat kepada proses
diri ke dalam sukan kerana minat sosialisasi
dan juga kesan dari pengaruh, • Elemen dalam sukan seperti sikap
dorongan serta impak agen-agen bekerjasama, toleransi, berdisiplin
sosialisasi sukan. serta menghormati individu
• Age-agen sosialisasi sukan membantu dalam pembentukan
-keluarga, rakan sebaya, media sikap, nilai dan perlakuan individu.
massa, sekolah , komuniti
2(a). Nyatakan kemahiran pengurus sukan dalam sesebuah organisasi.
-Kemahiran komunikasi
Proses menghantar dan mengproses maklumat
-Kemahiran Teknikal
Menyediakan belanjawan, merancang jadual pertandingan
-Kemahiran Konseptual
Berkeupayaan berfikir secara abstrak , memupuk idea dan memahami
organisasi secara keseluruhan
(b)Jelaskan kaedah penyelenggaraan peralatan dalam memastikan peralatan sukan boleh
digunakan.
Penyelenggaraan Berkala
-Dikenali sebagai penyelenggaraan berkawal
-Dilakukan dari semasa ke semasa mengikut jadual yg telah ditetapkan

• Penyelenggaraan mencegah
-kerja-kerja yg dilakukan terus untuk mencegah dan menghalang daripada
kegagalan dan kerosakkan peralatan sukan , gelanggang
• Penyelenggaraan membaiki
-Kerja-kerja pembaikan dan pemulihan apabila berlaku kerosakan kepada alatan
sukan

Penyelenggaraan Tidak Berkala


-Merupakan penyelenggaraan yang tidak terancang dan tidak berjadual

(c)Terangkan empat peranan utama pengurus sukan dalam sesebuah organisasi.


1. Pengantara antara pasukan dengan pihak pengurusan
2. Penjaga kebajikan pasukan
3. Pengurus bajet
4. Penajaan pasukan
5. Penyampai maklumat

3.(a)Apakah faktor yang menyebabkan individu akan melibatkan diri dalam aktiviti berbentuk
kesenggangan dan rekreasi?
Faktor intrapersonal – Faktor yang melibatkan keadaan psikologi individu
yang bertindak menghalang penglibatan aktiviti bersukan
cth:tekanan , kebimbangan, keagamaan

Faktor interpersonal- Faktor melibatkan interaksi atau hubungan antara individu seperti
kesulitan mencari pasangan yang sesuai untuk bermain seperti sukan badminton,
Konsep kesenggangan dan rekreasi
Kesenggangan
Masa terluang yang digunakan untuk melakukan aktiviti yang menyeronokkan dan
memberikan kepuasan kepada seorang individu .

Rekreasi
Aktiviti yang terancang yang dilakukan untuk memenuhi masa lapang bukan untuk tujuan
pertandingan tetapi untuk memperoleh keseronokkan, ketenangan minda dan merehatkan
minda.
Perbezaan

Rekreasi Kesenggangan
Mempunyai objektif yang khusus Lebih kepada sekadar hobi
Perlu membuat perancangan Boleh dilakukan bila-bila masa sahaja
Untuk mencapai matlamat tertentu Hanya untuk keseronokkan

(b)Apakah definisi pengurusan risiko?


Proses menggunakan analisis risiko untuk membuat keputusan bagi mencapai objektif bagi
sesuatu projek dan menerima sebahagian risiko
(c)Nyatakan kaedah pengurusan risiko yang selalu dilakukan bagi mengurangkan berlakunya
risiko
1.Mengelakkan risiko
2.Pemindahan Risiko
3.Mengurangkan kebarangkalian
4.Pengekalan Risiko

4(a)Jelaskan fungsi makronutrien dan mikronutrien kepada seorang atlet

Makronutrien terdiri daripada karbohidrat, lemak dan protein.Fungsi utama makronutrien ialah
merupakan sumber utama tenaga. Selain itu, mengekalkan tahap glukosa dalam darah.
Mikronutrien terdiri daripada vitamin,kalsium, natrium ,zat besi dan air.Digunakan untuk
membantu proses penyerapan mineral dan menguatkan gigi dan tulang.

(b) Takrifkan maksud indeks glisemik dan nyatakan contoh setiap satunya.
Kadar penyerapan karbohidrat dan kepantasannya menjadi glukosa dalam darah dikira
sebagai satu indeks atau petunjuk.Sebagai contoh, Indek Glisemik rendah (<55) ialah yogurt
.Indeks Glisemik Sederhana (56-69) ialah nasi putih .Indeks glisemik tinggi (70>) ialah
tembikai.
Bahagian B
5.(a)Perihalkan secara ringkas polarisasi kaum
-Bermaksud pola-pola kaum yang menguasai jenis-jenis permainan.Seperti kaum tertentu
sahaja yang memon-Pelaopoli sukan itu, Contohnya, badminton dikuasai oleh kaum Cina.

(b)Jelaskan langkah dalam meningkatkan penglibatan wanita dalam sukan di Malaysia.


-Memastikan peraturan tidak mebataskan penglibatan wanita dalam sukan.Contohnya, isu
pakaian peserta wanita yang bersesuaian.
-Memastikan sekurang-kurangnya satu acara khusus bagi wanita dalam sukan.Contohnya,
sukan wanita setiap tahun di peringkat komuniti, kelab dan sektor swasta,.
-Meningkatkan bilangan wanita dalam semua peringkat kepimpinan dan pengurusan
sukan.Contohnya, jurulatih wanita dan pengadil wanita.
-Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada pelajar perempuan di sekolah menengah
yang cemerlang dalam aktiviti kecergasan dan rekreasi.Seperti olahragawati kejohanan
sukan sekolah.

(c) Huraikan dua peranan sukan sebagai satu industri meningkatkan sumber pendapatan di
negara ini.
-Kadar pertukaran wang asing.Apabila sesebuah negara menganjurkan acara sukan yang
besar seperti komanwel, ini akan meningkatkan kehadiran pelancong asing ke negara ini.Ini
secara tidak lansung meningkatkan kadar pertukaran mata wang asing di Malaysia.
-Yuran Penyertaaan.Sesetengah sukan seperti Liga Super Malaysia mengenakan caj
kutipan tiket kepda penonton.Kehadiran penonton ramai akan meningkatkan penjualan tiket.

6.(a)Jelaskan perbandingan antara sistem liga dengan system kalah mati. (6markah)

Sistem Liga Sistem Kalah Mati


Mengambil masa yang lama Mengambil masa yang singkat
Memerlukan kos yang tinggi Hanya memerlukan kos yang rendah
Bilangan pegawai yang banyak Bilangan pegawai yang sedikit

(b)Huraikan factor-faktor yang diberi perhatian dalam menganjurkan sesuatu kejohanan di


sekolah anda. (9markah)

Anda mungkin juga menyukai