Anda di halaman 1dari 18

ETIKA DAN PATRIOTISME DALAM SUKAN

Atlet dan bakal atlet negara haruslah berdisiplin, bermoral dan mempunyai perasaan cinta akan tanah air (patriotik). Perlakuan atlet adalah melambangkan imej negara. Sikap atlet yang positif adalah seperti berikut:

semangat kesukanan semasa bertanding. akur/patuh kepada peraturan/undang-undang. segala keputusan pertandingan dipatuhi & dihormati. mengelak mengambil tindakan sendiri secara melulu.

SEJARAH PERKEMBANGAN SAINS SUKAN Peringkat Awal

Aktiviti sukan telah dikesan sejak zaman tamadun Yunani, Rom, China dan Islam.

1762 Jean Jacques Rousseau telah menerbitkan buku Emile. Beliau telah menggalakkan setiap individu melibatkan diri dalam sukan keranan aksi pergerakan sukan adalah satu bentuk aktiviti yang ideal.

1777 Era perindustrian bermula dngan penciptaan enjin stim oleh James Watt. Masa pekerjaan bertambah dan ini menyebabkan ramai orang tidak ada masa untuk rekreasi.

1789 Rusuhan dan penaklukan penjara Bastile, perancis telah memulakan Revolusi Perancis di mana pembahagian masyarakat mengikut kelas (golongan bangsawan dan petani) telah dihapuskan.

Pada kurun ke-18, aktiviti sukan seperti tennis, lumba kuda dan lawan pedang adalah terhad kepada golongan atasan.

Pada awal & pertengahan abad ke-20, mata pelajaran Pendidikan Jasmani telah dimasukkan dalam kurikulum sekolah Amerika Syarikat dan England. Pada masa itu penglibatan sukan adalah cenderung kepada kaum lelaki sahaja. Kebanyakkan aktiviti berbentuk ketenteraan.

Peringkat Pertengahan

1878, Edward Muybridge telah mencipta kaedah pengambaran aksi berjalan dan larian manusia dan kuda.

H. Piper (1907) berbangsa Jerman telah menggunakan elektromiogram (EMG) untuk mengukur impuls elektrik yang dihasilkan oleh otot manusia semasa pergerakan. Kaedah ini telah digunakan dalam aksi sukan pada tahun 1970an dan 1980an.

Pada pertengahan abad ke-20, kajian sains berkaitan dengan sukan seperti antropometri, biologi, biomekanik, fisiologi & sosiologi mula berkembang dengan pesat. Hasil kajian & sumbangan para saintis telah dibukukan & dijilidkan dalam jurnal.

Peringkat Terkini

Para saintis kini telah menggunakan kaedah & alatan yang canggih dan berteknologi tinggi. Ini terbukti dengan kehadiran 2,000 saintis sains sukan semasa Kongres Sains Sukan Dunia anjuran Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) kali ke-3, di Atlanta pada 1995.

Penyelidikan sains sukan mulanya berlandas kepada pendidikan jasmani (1950an). Dan kemudian berkembang menjadi satu disiplin tersendiri pada akhir tahun 1960an dan awal 1970an.

Contohnya ; M.R. Yeadon (1993) seorang pakar matematik mengkaji aksi kuang hadapan dan kuang belakang dalam gimnastik.

kajian saintifik dalam sukan telah menghasilkan atlit bertaraf bertaraf dunia di negara Asia. Penemuan servis sepak kuda dalam sepak takraw telah dikaji oleh saintis sukan negara Thailand.

Penyelidik sukan Korea telah merekacipta kasut memanah yang dapat membantu meningkatkan prestasi sukan itu.

PERKEMBANGAN SAINS SUKAN DI MALAYSIA

1968, Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) ditubuh, dengan tujuan bagi menganjur dan melaksanakan program pembangunan sukan sekolahsekolah di Malaysia.

Dasar Pelajaran kebangsaan telah dibentuk, ia menakankan domain psikomotor, kognitif & afektif.

1977, Universiti Malaya telah dimasukkan pendidikan jasmani dalam kursus Diploma Pendidikan.

Universiti Putra Malaysia telah memulakan pengambilan siswazah program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PJ), dan 1996 program sarjana sains sukan ditawarkan.

1995, UM memulakan Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan, diikuti Institut Teknologi MARA, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Utara Malaysia.

2000 Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan mata pelajaran sains sukan sebagai satu pelajaran elektif wajib untuk pelajar tingkatan 4, Sekolah Sukan Bukit Jalil & Bandar Penawar. 2001 Sains.

SKIM PERSIJILAN KEJURULATIHAN SUKAN KEBANGSAAN

Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan telah diwujudkan oleh Majlis Sukan Negara. Tugas lembaga ini adalah :

mewujudkan skim pensijilan kejurulatihan kebangsaan. menyusun & menggubal kurikulum kejurulatihan. Bertindak sebagai penyelaras dalam semua kegiatan kejurulatihan di antara persatuan sukan kebangsaan yang mengawal sukan.

Melaksanakan apa-apa tugasdari masa ke semasa berhubung dengan kejurulatihan yang diarah oleh Menteri belia & Sukan.

Skim Pensijilan Kejurulatihan adalah satu program pembangunan dan pendidikan kejurulatihan yang seragam dan berterusan, dan terdiri 3 komponen:

Sains sukan prinsip-prinsip am kejurulatihan & sumber manusia Pengkhususan sukan kemahiran, teknik & strategi khusus kepada Sukansukan tertentu.

Praktikal amalan kejurulatihan

Pengajian Sains Sukan di Institut Pengajian tinggi Malaysia:


Universiti Malaya Universiti Putra Malaysia Universiti Pendidikan Sultan Idris Universiti Teknologi Malaysia Universiti Teknologi MARA Universiti Utara Malaysia Universiti Sains Malaysia

Bidang kerjaya/pekerjaan untuk graduan Sains Sukan :


jurulatih sukan fisiotrapis pakar pemakanan pendidik (guru)/pensyarah pengurus firma/pusat sukan pentadbir kelab sukan dan kecergasan kaunselor sukan pengulas/wartawan sukan saintis sukan jururunding program sukan pengurus

PENGURUSAN SUKAN

Pengurusan bekerja melalui orang lain untuk menyelesaikan sesuatu tugasan yang dapat membantu organisasi mencapai objektifnya. Maksud sukan oleh Synder & Spreitzer (1989), aktiviti yang dipertandingkan mengikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh badan sukan tersebut.

Definisi Pengurusan Sukan

Kelly, Blanton & Bertel (1990) sebarang gabungan kemahiran-kemahiran berkaitan dengan perancangan, pengelolaan, pengarahan, pengawalan, pengurusan bajet, kepimpinan dan penilaian dalam kontek sesebuah organisasi atau jabatan di mana produk atau perkhidmatan berkaitan dengan sukan.

Pengurusan sukan wujud dalam dua bentuk :

Satu bidang usaha professional di mana wujud pelbagai karier (kerja) pengurusan yang berkaitan dengan sukan.

Satu program persediaan akademik professional yang ditawarkan

Fungsi Pengurusan Sukan 1. merancang 2. menyediakan bajet 3. mengelola 4. menyediakan jadual pertandingan 5. mengawal 6. mengarah 7. membuat keputusan 8. menilai

3 elemen utama yang menentukan kejayaan dalam pengurusan sukan :

persediaan profesional sikap profesional perkembangan profesional

Sistem Pertandingan

Pertandingan Pertandingan merupakan satu pelan penyertaan yang dirancang bertujuan untuk memilih pemenang disamping menghayati semangat kesukanan.2 cara pertandingan bagi menguji kemajuan individu ialah:

pertandingan melawan pencapaian individu dengan skor terdahulu atau melawan skor purata.

pertandingan melawan individu lain.

Maklumat yang perlu dikenal pasti oleh pengelola : a. jenis pertandingan b. masa yang diperlukan c. alatan & kemudahan yang ada d. agihan perlawanan yang adil e. pegawai & petugas-petugas yang diperlukan f. kewangan g. bilangan penyertaan undang-undang dan peraturan pertandingan h. penentuan pemenang & pemain yang sah.

Sistem Pertandingan a. Pertandingan berbentuk kejohanan (cth : Kejohanan Golf Terbuka, kejohanan badminton, olahraga, dll) b. Pertandingan liga (cth : liga satu pusingan, 2 kumpulan, 3 kumpulan & 4 kumpulan) c. Pertandingan kalah mati d. Pertandingan cabar-mencabar

KEPENTINGAN SAINS SUKAN Kerjaya Prestasi sukan Kesihatan Rekreasi Ekonomi

KERJAYA - Peluang-peluang pekerjaan dan pendidikan dalam bidang sukan yang berkaitan adalah luas.

PRESTASI SUKAN - Kaedah dan teori yang saintifik dapat meningkatkan prestasi sukan. KESIHATAN - Pengetahuan sains sukan dapat membantu atlet meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan secara menyeluruh. REKREASI - Pengetahuan sains sukan dapat diaplikasikan dalam pelbagai aktiviti fizikal atau rekreasi.

EKONOMI - Sukan merupakan satu bidang perniagaan yang dapat memberi pulangan yang lumayan.

ATRIBUSI

DEFINISI Merupakan sesuatu yang kita fikirkan tentang diri kita dan persepsi kita terhadap kesan dan akibat tindakan yang dilakukan.

DIMENSI PENYEBAB

Lokus Penyebab faktor yang mempengaruhi hasil keputusan atau punca sesuatu kejadian.

Kestabilan sesuatu corak atau trend yang konsisten dalam satu tempoh masa tertentu yang ditonjolkan oleh individu.

Kebolehkawalan faktor penyebab suatu yang berlaku sama ada dalam kawalan individu atau di luar kawalan.

KESAN ATRIBUSI

Keagresifan satu tindakan yang kasar dalam suatu permainan. KLASIFIKASI KEAGRESIFAN

Keagresifan Ketara Keagresifan Instrumental Keagresifan Asertif

KEBIMBANGAN KEBIMBANGAN TRET

Ciri-ciri personaliti individu yang berkecenderungan melihat pelbagai situasi sebagai mengancam.

Mereka yang mengalami kebimbangan ini akan bertindak balas terhadap situasi pada tahap intensiti kebimbangan yang berlainan.

KEBIMBANGAN SEKETIKA

Merujuk kepada tahap kebimbangan semasa yang terhasil daripada tafsran individu terhadap rangsangan di persekitarannya pada waktu itu.

KEMAHIRAN MENGAWAL KEBIMBANGAN

Terdapat 4 jenis iaitu: 1. Terapi pernafasan berorentasikan fizikal yang mengawal tindak balas fisiologi. 2. Pemusatan memberi tumpuan kepada satu pusat pemikiran, pernafasan, bunyi dan objek. 3. Relaksasi latihan yang memusatkan perhatian kepada otot yang tegang. 4. Visualisasi latihan pergambaran sesuatu aktiviti secara sistematik dan simbolik dalam minda.

Psikologi sukan Peranan psikologis Kaitan antara psikologi sukan & prestasi konsep

KONSEP PSIKOLOGI SUKAN

Berkaitan dengan faktor-faktor, pengaruh dan kesan penglibatan dalam sukan, senaman, kecergasan, dan rekreasi.

Perkembangan kemahiran motor secara langsung mahupun tidak langsung. Satu bidang kajian saintifik tentang manusia dan perlakuan mereka dalam konteks sukan dan pergerakan.

Prinsip-prinsip psikologi yang diaplikasi dalam bidang sukan.

AHLI PSIKOLOGI SUKAN

Terdiri daripada penyelidikan psikologi sukan dan ahlipsikologi sukan gunaan. Berperanan sebagai membimbing dan mendidik atlit untuk berdikari dan meningkatkan kematangan.

Ahli psikologi sukan gunaan terbahagi kepada 2 kategori iaitu:

Ahli psikologi sukan Pendidik psikologi sukan

PERANAN AHLI PSIKOLOGI SUKAN

PENYELIDIK PSIKOLOGI SUKAN Mengendalikan penyelidikan dan mengkaji isu-isu berkaitan bidang psikologi sukan. PENDIDIK PSIKOLOGI SUKAN Mengajar psikologi sukan, menyampai ceramah dan kursus kepada jurulatih sukan serta bertindak sebagai konsultan dalam bidang sukan. AHLI PSIKOLOGI KLINIKAL Mengendalikan masalah yang berkaitan dengan sukan, masalah emosi dan personaliti atlet. Membantu masalah alkohol, penyalahgunaan dadah, kecelaruan makanan dan kemurungan

KAITAN ANTARA PSIKOLOGI SUKAN DENGAN PRESTASI KOGNITIF Tafsiran tentang perlakuan sebelum, semasa dan selepas. EMOSI Kesan dalaman yang berlaku akibat dari tafsiran. FIZIKAL Tindakan yang lahir dari tafsiran serta perasaan hati.

MOTIVASI

DEFINISI : proses kebangkitan dalam diri individu yang membantu usaha mengarah serta mengekalkan perlakuan yang diingini. (wann, 1997)

Dapat mempertingkatkan semangat dan inisiatif atlit untuk berjaya dalam bidang sukan.

Terbahagi 2 iaitu motivasi instrinsik dan motivasi ekstrinsik. Motivasi instrinsik- penyertaan dalam aktiviti disebabkan minat atau seronok melakukannya.

Motivasi ekstrinsik _ penglibatan dalam aktiviti disebabkan keinginan untuk mendapatkan ganjaran atau penghormatan.

MOTIVASI SUMBER INTRINSIK Melibatkan usaha dalaman untuk meningkatkan kecekapan diri atlet, memperbaiki pencapaian, berjuang, bersaing bagi mencapai kejayaan dan tidak dipengaruhi oleh ganjaran atau pengaruh luaran. MOTIVASI SUMBER EKSTRINSIK Berdasarkan faktor-faktor luaran seperti keinginan untuk mendapatkan ganjaran berbentuk kebendaan, puji-pujian, penghormatan atau anugerah tertentu serta

kebenaran dan galakan ibu bapa.

Anda mungkin juga menyukai