Anda di halaman 1dari 2

PERSATUAN PENDUDUK PPR SERI SEMARAK (PPM-007-14-28032006)

D-2-6 PPR SERI SEMARAK,


JALAN 2/54B, SETAPAK,
53300 KUALA LUMPUR.
Tel: +6019 638 5481
Email: serisemarak@yahoo.com Facebook : www.facebook.com/serisemarak

Rujukan Kami: PPRSS/002/11/22 Tarikh: 29 November 2022

En. Muhamad Hasif Bin Hussin,


Jabatan Pembangunan Komuniti & Kesejahteraan Bandar
Section Pembangunan Sosial
Tingkat 16, Menara DBKL 3,
Bandar Wawasan, Kg Baru,
50300 Kuala Lumpur.

Ybhg Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN MAKANAN DAN PERALATAN GOTONG ROYONG (GORO)


UNTUK PROGRAM CEGAH WABAK DENGGI ANJURAN PERSATUAN PENDUDUK PPR
SERI SEMARAK DENGAN KERJASAMA JABATAN KESIHATAN DAN ALAM SEKITAR
DBKL PARLIMEN SETIAWANGSA

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah adalah dirujuk.

2. Hasil mesyuarat dan perbincangan bersama Jabatan Kesihatan & Alam Sekitar DBKL
yang bertarikh 29 November 2022 kami telah dimaklum bahawa peningkatan kes denggi yang
tinggi di kawasan PPR Seri Semarak dan telah dikategorikan sebagai kawasan Hotspot Denggi.

3. Sehubungan dengan itu seperti yang dipersetujui pada mesyuarat tersebut pihak
Persatuan Penduduk PPR Seri Semarak dengan kerjasama Jabatan Kesihatan dan Alam
Sekitar Parlimen Setiawangsa akan mengadakan program gotong – royong seperti ketentuan
berikut:
Tarikh : 4 November 2022 (Ahad)
Tempat : PPR Seri Semarak, Jalan Ayer Keroh Setapak
Masa : 8.00 Pagi – 12.00 Tengahari
Tajuk Program : GOTONG ROYONG CEGAH WABAK DENGGI
4. Di antara pengisian program ini adalah termasuk memusnahkan tempat – tempat yang
menjadi pembiakan nyamuk aedes dan memupuk kesedaran penduduk tentang perlunya
mejaga kebersihan kawasan bagi memastikan tiada tempat pembiakan jentik-jentik.
5. Bagi menjayakan program ini, kami ingin memohon jasa baik dari pihak tuan untuk
menembekalkan kami makanan tengahari dan juga peralatan GORO dengan jumlah seperti
berikut:
Makanan.
a. Makanan Tengahari Kuantiti: 400 orang
PERSATUAN PENDUDUK PPR SERI SEMARAK (PPM-007-14-28032006)
D-2-6 PPR SERI SEMARAK,
JALAN 2/54B, SETAPAK,
53300 KUALA LUMPUR.
Tel: +6019 638 5481
Email: serisemarak@yahoo.com Facebook : www.facebook.com/serisemarak

Peralatan GORO.
a. Cangkul Kuantiti: 15 Batang
b. Scoop Basket Kuantiti: 15 Unit
c. Scoop Shovel Kuantiti: 15 Batang
d. Plastik Sampah Kuantiti: Secukupnya
e. Sarung Tangan Kuantiti: Secukupnya
f. Tong Sampah RORO Kuantiti: 3 unit

6. Kesudian pihak tuan untuk mempertimbangkan serta meluluskan permohonan ini amat
kami hargai dan disanjung tinggi.

Sekian, terima kasih.

“BERSATU KE ARAH MASYARAKAT CEMERLANG”


Yang benar,

…………………………………………………...
(AZMI ABDUL AZIZ)
Pengerusi

Anda mungkin juga menyukai