Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada dr serta rakan-rakan sekalian,

Soalan 1 (Adakah guru dianggap profesional dalam profesion perguruan?)

Menurut pengetahuan dan pemahaman saya bahawasanya ya guru juga dikategorikan


sebagai salah satu profesion profesional. Terlebih dahulu saya menjelaskan secara
umum akan maksud profesion tersebut, menurut Lieberman(1958) profesion merujuk
kepada suatu perkerjaan dalam melaksanakan fungsi sosial yang turut penting dalam
kehidupan masyarakat. Hal ini juga dijelaskan lagi dengan lebih terperinci iaitu ia
merupakan bidang yang mempunyai ciri-ciri berkepentingan, misalnya kemahiran
intelek, latihan ikhtisas secara menyeluruh, khidmat yang dimahukan oleh
masyarakat, menikmati otonomi individu mahupun secara berkumpulan, golongan
yang lebih mementingkan mutu perkhidmatan, kod etika serta mempunyai organisasi
tersendiri dalam menguruskan soal-soal yang berhubung kait dengan pendidikan.
Melalui rujukan tentang profesion di atas menjelaskan sememangnya guru turut di
kategorikan sebagai seorang yang profesional kerana khidmat mereka terbatas tidak
kira melewati ruang tempat, masa dan ketika. Menurut Sufean Hussin (1996)
menyokong pandangan akan profesion perguruan kerana terdapat pelbagai kriteria
yang menunjukkan bahawa perguruan adalah bertaraf profesional dan kesemua
kriteria tersebut adalah selaras dengan apa yang digariskan oleh Liebermean. Para
guru yang terlatih dalam tempoh tertentu mampu mengalas dan memikul
tanggungjawab mereka sebagai seorang pendidik profesional yang cekap serta
menggunakan sebarang bahan dan sumber-sumber diberikan dengan sebaik mungkin.
Selain itu, bidang perguruan telah diasaskan oleh sebuah kod etika yang mana ia
menggariskan akan tatasusila serta tingkah laku para guru di dalam perkhidmatan
sosial dengan berpegang pada konsep aspirasi dan kehendak negara tersebut.

Soalan 2 (Mengapa guru perlu ambil bahagian dalam membuat keputusan di


sekolah?)

Menurut pandangan Owens dan Razali Mat zin (1998), membuat sesuatu keputusan
merupakan satu proses yang sangat penting dan ia juga di anggap sebagai intipati dan
nadi dalam pengurusan sesebuah organisasi yang terlibat. Keputusan tersebut hanya
dapat tercapai sekiranya beberapa pihak yang terlibat sebulat suara dan mempersetujui
idea serta perbahasan semasa membincangkan kata sepakat bagi menyelesaikan
sesuatu perkara. Misalnya, di sebuah sekolah keputusan harus dipersetujui oleh semua
pihak dalam sekolah terbabit tidak kira dari wakil kakitangan,guru besar mahupun
para guru. Namun begitu, pada awalnya peranan dalam membuat sebarang keputusan
bagi sebarang idea mahupun permasalahan yang berlaku di sekolah merupakan
tanggungjawab seorang pengetua mahupun guru besar, hal ini kerana mereka
beranggapan bahawa kuasa dalam sistem peraturan dan kawalan tersebut dikuasai
secara muthlak oleh mereka. Kewujudan sikap seperti ini menyebabkan mereka
menolak unsur-unsur penglibatan bagi sebuah keputusan terutamanya dalam
penglibatan para guru. Ekoran itu, Abdul Ghani Abdullah et al.(2005) melihat
pelaksanaan pengupayaan yang terhad ini dapat dilihat sebagai mencabar kewibawaan
seorang guru besar di peringkat sekolah apabila tindakan kuatkuasa dalam
menentukan keputusan dan risiko tanggungjawab diserahkan secara muthlak keatas
mereka keranaia mampu memberikan kesan buruk sekiranya guru besar tersebut
beranggapan ia sebagai helah daripada menerima sebarang risiko. Oleh hal yang
demikian, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha untuk mengurangkan atau
menepis anatomi guru besar dalam sesebuah sekolah dengan cara menggalakan
pengurusan secara setempat dan pengamalan budi bicara dalam pengurusan
KPM(2002). Ekoran itu, terdapat pelabagai amalan konsep telah diterapkan dalam
sistem pengstrukturan semula pendidikan sebagai contoh desentralisasi, pengupayaan
dan pengurusan setempat. Konsep-konsep yang diwujudkan dalam sistem pendidikan
bagi bertujuan meningkatkan autonomi pengurusan sekolah terutama ia lebih
berfokuskan kepada pemprosesan dalam membuat sebarang keputusan dan
penyelesaian masalah dalam sebuah sekolah. Pengstrukturan semula pendidikan
terbabit adalah satu usaha yang mana ia selari dengan perkembangan dalam
pengurusan organisasi awam yang lain (Ahmad Sarji Abdul Hamid. 1993). Usaha
yang dilakukan dapat membuka mata dan menyedarkan para guru bahawa penglibatan
mereka dalam menyuarakan pendapat serta idea mereka bagi mencari satu keputusan
tidak kira dalam apa sahaja permasalahan sedang berlaku di sekolah adalah selari
dengan profesionalisme keguruan. Pihak KPM mengharapkan agar penglibatan guru
dalam membuat keputusan di pengurusan sekolah dapat membantu para pentadbir
sekolah terbabit bagi mendapatkan keputusan yang muktamad. Disamping itu, pihak
pentadbir khususnya guru besar mahupun pengetua sebaiknya memastikan sentiasa
komitmen dan bermotivasi yang tinggi dalam organisasinya dan juga dapat
mempertingkatkan ketersediaan para guru dalam menggalas sebarang tanggungjawab
terutamanya dalam skop pengajaran mereka dan memperbaiki kelemahan dalam
sistem pengajaran. Jelaslah bahawa penglibatan guru perlu dalam membuat
keputusan di sekolah terbabit kerana mereka peka dengan perkembangan akan inovasi
terbaaru di dalam proses pengajaran dan pembelajaran,mereka berkempimpinan,
membantu dalam menyumbangkan idea bernas dan mereka merupakan orang terdekat
dengan para pelajar sekiranya permasalahan yang melibatkan pelajar tersebut. Akhir
kata, meski kurang mendapat perhatian dari pihak guru dalam melibatkan diri secara
khusus untuk membantu membuat keputusan, guru besar sebaiknya menerapkan dan
menegaskan agar semua guru-guru dapat melibatkan diri memberikan sebulat suara
dalam apa sahaja keputusan yang guru besar nyatakan semasa sesi mesyuarat
dijalankan. Meskipun penglibatan kurang dari guru kerana terdapat segelintir kurang
penglibatan diri dalam mesyuarat yang pihak sekolah jalankan.

Sumber:

Abdul Ghani Abdullah et al. 2005.


Ahmad Sarji Abdul Hamid. 1993.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2002.
Lieberman. 1958.
Owens dan Razali Mat zin. 1998.
Sufean Hussin. 1996.

Anda mungkin juga menyukai