Anda di halaman 1dari 5

Adakah guru dianggap profesional dalam profesion perguruan?

Terangkan dengan contoh yang


berkaitan.

Perguruan merupakan suatu bidang yang berkaitan dengan guru yang mengajar atau
melaksanakan pengajaran di sekolah atau di institut-institut pendidikan lain untuk
menyampaikan ilmu kepada anak murid atau masyarakat. Pada pandangan saya, jawatan guru
memang layak dianggap satu pekerjaan profesional. Hal ini tidak boleh dipertikaikan lagi
kerana, ciri-ciri pekerjaan ini banyak mengandungi ciri-ciri sebuah pekerjaan yang
profesional. Mungkin sesetengah orang yang tidak terlibat dalam profesion ini menganggap
pekerjaan ini tidak profesional kerana tugas guru hanya mengajar sahaja. Namun, sekiranya
mereka terlibat secara langsung dalam pekerjaan ini, barulah mereka sedar bahawa seorang
guru bukan hanya perlu mengajar, tetapi perlu juga melakukan banyak tugas lain yang
bukannya senang untuk dilakukan oleh orang yang tidak berpengalaman. Mohd yusof (1977)
menyatakan bahawa golongan guru adalah golongan professional kerana mereka telah
dididik, dilatih secara khusus dalam bidang pengajaran-pembelajaran dan telah diperakui
melalui beberapa peringkat persijilan. Justeru itu, golongan guru sebagai satu kumpulan yang
berkhidmat untuk masyarakat boleh diterima sebagai kumpulan professional kerana golongan
ini menepati kebanyakkan kriteria yang ditetapkan, Antaranya satu sijil iktisas diploma atau
sijil perguruan diwajibkan untuk mengiktiraf seseorang guru yang bertauliah di Malaysia.
Seterusnya, kebanyakkan penyelidik menyatakan bahawa suatu kerjaya boleh dikategorikan
sebagai professional apabila kumpulan tersebut telah menjalani Latihan yang insentif dan
terperinci, berpengetahuan teknikal, berkebolehan, mempunyai pengkhususan, berdedikasi
iaitu berkhidmat dengan cekap dan berkesan pada masyarakat, di hormati oleh masyarakat
dan mempunyai satu etika pekerjaan. Hal ini disokong oleh Langford (1978) yang
menyatakan bahawa untuk dikategorikan sebagai ahli professional, selain memiliki
Pendidikan akademik yang asas golongan tersebut perlu mengikuti satu kursus yang lengkap
dan Latihan professional
Pada pandangan saya, jawatan guru memang layak dianggap satu pekerjaan profesional. Hal
ini kerana guru merupakan agen kepada pemangkin pembangunan negara dalam melahirkan
individu lain bertaraf profesional. Mungkin kita lupa lahirnya seorang arkitek, lahirnya
seorang jurutera, lahirnya seorang doktor adalah daripada didikan seorang guru. Ilmu, nilai
dan etika yang dimiliki oleh seorang guru sebenarnya meletakkan guru di satu tahap yang
boleh dianggap profesional. Sudah menjadi lumrah hidup, seorang guru diberikan
kepercayaan dan tanggungjawab dalam membentuk peribadi dan masa depan seorang pelajar.
Hal ini menunjukkan profesion keguruan itu mempunyai status yang tinggi dalam
masyarakat.  Tambahan pula menurut Lieberman dalam Mok Soon Sang (2004),
seorang tokoh pendidik Amerika Syarikat menyatakan sesuatu pekerjaan boleh digolongkan
sebagai satu profesion haruslah mengandungi ciri-ciri seperti:

 Pekerjaan itu merupakan perkhidmatan yang unik dan penting dengan matlamat
yang jelas untuk masyarakat dan negara.

 Pekerjaan menggunakan banyak keupayaan dan kebolehan intelek semasa memberi


perkhidmatan.

 Orang profesional yang pernah mendapat latihan khusus dalam sesuatu bidang


kemahiran ikhtisas mengikut satu tempoh masa tertentu.

Profesion keguruan mempunyai takrifan tersendiri untuk meletakkannya sebaris dengan


kerjaya profesional lain. Melalui ciri-ciri yang disenaraikan oleh Leiberman, kerjaya guru
boleh dilihat sebagai kerjaya profesional. Tanpa kita sedar sebenarnya, guru adalah kerjaya
yang sangat unik dan penting kepada negara.

Mengapakah guru perlu mengambil bahagian dalam membuat keputusan di sekolah?

Pada pendapat saya, guru perlu mengambil bahagian dalam membuat keputusan di sekolah
kerana mereka adalah orang yang paling dekat dengan murid-murid dan berada pada
kedudukan yang baik untuk menentukan keperluan dan kebolehan murid. Hal ini disokong
oleh Pashiardis (1994) yang berpendapat guru akan mengambil peranan yang lebih baik
dalam keseluruhan kejayaan sekolah sekiranya mereka aktif dalam proses membuat
keputusan. Selain itu, penglibatan guru dalam membuat keputusan juga dapat memberi guru
rasa terpengaruh untuk membuat keputusan malahan memberi mereka pengetahuan akan
kepentingan sesuatu keputusan/tindakan itu dibuat. Hal ini disokong oleh Mualuko, Mukasa
dan Judy (2009) yang mendapati guru-guru yang diberi galakan untuk terlibat dalam
membuat keputusan secara kolaboratif lebih komited terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran berbanding rakan-rakan mereka yang lain. Guru-guru menjadi lebih komited
apabila pendapat mereka didengar dan mereka turut terlibat dalam membuat keputusan di
sekolah. Sebaliknya, mereka akan berasa terpinggir apabila tidak terlibat dalam proses
membuat keputusan dan menjadikan mereka tidak komited kepada sekolah dan pembelajaran
murid (Insim-Park, 2005). Justeru, guru-guru harus diberi lebih ruang dan peluang untuk
turut terlibat dalam proses membuat keputusan di sekolah (Norhayati Azmi, 2006). Namun
begitu, Walaupun guru digalakkan untuk turut melibatkan diri dalam proses membuat
keputusan tetapi pengetua mempunyai akauntibiliti dan keputusan terakhir masih
di tangannya. Justeru, kepimpinan pengetua adalah penting memandangkan setiap keputusan
yang dibuat akan memberi implikasi kepada warga sekolah khususnya murid dan guru.
Assalamualaikum Dr. Pada pendapat saya, guru-guru perlu mengambil bahagian dalam
membuat keputusan di sekolah kerana ia mampu memberi manfaat dan menyumbang kepada
kepentingan sekolah. Menurut Norazlinda & Surendran (2013), penglibatan guru dalam
membuat sesuatu keputusan mampu memberi sumbangan kepada kepentingan dan peranan
guru di sesebuah sekolah. Hal ini kerana, penglibatan guru dalam membuat keputusan
mampu menjana idea-idea yang dapat memajukan sesebuah sekolah ataupun memperbaiki
kelemahan sedia ada. Contohnya, peranan guru adalah diperlukan dalam membuat keputusan
mengenai keperluan murid di sesebuah sekolah dalam konteks kurikulum. Guru-guru boleh
mencadangkan kepada pihak pentadbir mengenai pendekatan-pendekatan terbaik yang boleh
dilaksanakan dalam kapasiti masing-masing untuk meningkatkan tahap pemahaman murid
dalam pembelajaran. Pendekatan seperti kelas tambahan, kelas pemulihan dan kelas intensif
antara idea-idea yang bernas disumbangkan oleh guru sewajarnya mendapat pertimbangan
pihak pentadbir untuk dilaksanakan. Sekiranya penglibatan yang kolaboratif dapat
disumbangkan oleh guru di dalam proses membuat keputusan di sekolah, ia pasti akan dapat
memberi manfaat dan menyumbang kepada kepentingan sekolah.

Assalamualaikum Dr. pada pendapat saya Perguruan adalah satu profesion yang
bermatlamatkan pembentukan insan dan ihsan manusia yang sempurna agar manusia yang
sempurna itu mengerti tentang peranan dan tanggungjawab mereka terhadap diri sendiri,
masyarakat, alam yang mereka diami serta terhadap keesaan yang Maha Pencipta. Menurut
perspektif agama, kedudukan seorang guru adalah setaraf dan semulia dengan pemimpin
negara dan tugas mendidik ahli masyarakat merupakan satu ibadah yang dituntut. Dari segi
konsep profesionalisme adalah satu nilai yang berkait rapat dengan fungsi pekerjaan
seseorang. Ia perlu wujud dalam diri seseorang jika matlamat pekerjaan menuju ke arah
keberkesanan, produktiviti, kecekapan dan tanggungjawab. Profesionalisme pada asasnya
dianggap suatu nilai yang murni jika individu mengamalkan tanggungjawab mereka dengan
penuh dedikasi, tidak mementingkan diri atau suka memilih pekerjaaan. Profesionalisme
seseorang guru berkait rapat dengan mutu pendidikan di beberapa segi, seperti sikap dan nilai
guru dalam pengajaran umpamanya, akan mempengaruhi minat, sikap dan nilai pelajar.
Begitu juga dengan pendekatan yang digunakan turut memberi pengaruh terhadap tingkah
laku, tahap penerimaan dan kefahaman pelajar dengan pembelajaran. Mutu pendidikan
berhubung dengan personaliti guru yang akan menentukan iklim pembelajaran pelajar.
Justeru itu jawatan guru memang layak dianggap satu pekerjaan professional. Sebagai
contoh, seorang guru gigih untuk menyempurnakan tanggungjawab terhadap pelajar dan
sekolah dengan mewujudkan suasana pembelajaran yang sihat dan berkesan dalam bilik
darjah, pengawalan bilik darjah serta keberkesanan menanamkan sikap serta nilai-nilai murni
pembelajaran di kalangan pelajar

Anda mungkin juga menyukai