Anda di halaman 1dari 15

PUSAT PENGAJIAN & PERKHIDMATAN KAUNSELING DAN PSIKOLOGI

IJAZAH SARJANA MUDA KAUNSELING DENGAN KEPUJIAN

KPP 6213: PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN MANUSIA

TAJUK: PERKEMBANGAN DEWASA AKHIR

NAMA PELAJAR: SYIFAA’ BINTI MOHAMMAD NAHAR

MATRIC NO: M204038446

NAMA PENSYARAH:

CIK NAJAH BINTI MAT RAFAE


1
ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKA SURAT

1.0 DEFINISI 3

2.0 KONSEP DEWASA AKHIR 4

3.0 PERKEMBANGAN FIZIKAL 5-6

4.0 PERKEMBANGAN KOGNITIF 6-8

5.0 PERKEMBANGAN SOSIAL 8-9

6.0 PERKEMBANGAN EMOSI 9-13

7.0 KESIMPULAN 14

8.0 RUJUKAN 15

2
1.0 DEFINISI

Menurut Lugo dan Hershey (1997) mendefinisikan tahap lanjut usia atau dewasa akhir ini

kepada beberapa kriteria merujuk kepada aspek tertentu iaitu pertumbuhan dan

perkembangan fizikal, kognitif dan emosi. Menurut Lefrancois (1999) pula peringkat dewasa

akhir adalah pada umur 60-75 tahun. Manakala menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia

(WHO) mentakrifkan 65 tahun sebagai usia yang menunjukkan proses penuaan yang berlaku

dengan nyata dan seseorang dipanggil orang tua.

Menurut Hurlock (2002) pula, peringkat terakhir dalam perkembangan ini terbahagi

kepada usia tua awal yang bermula dari usia enam puluh hingga tujuh puluh tahun dan usia

tua yang bermula pada usia tujuh puluh tahun hingga akhir hayat seseorang. Secara

kronologi, usia tua ditakrifkan sebagai orang yang berumur 60 atau 65 tahun ke atas (Kalish,

1975; Bischof, 1976; Hurlock, 1980; Dixon dan Bouma, 1976).

Terdapat pelbagai definisi untuk tahap lanjut usia. Berpandukan kepada tahap umur,

tahap lanjut usia dapat dibahagikan kepada tiga sub-tahap iaitu:

1) Tahap awal tua bermula daripada 53 hingga 63 tahun.

2) Tahap pertengahan tua bermula daripada 65 hingga 70 tahun dan

3) Tahap tua sebenar apabila individu berusia daripada 70 tahun ke atas

Walaubagaimanapun, dewasa akhir selalunya dikira daripada umur 65 tahun ke atas.

3
2.0 KONSEP DEWASA AKHIR

Manusia mengalami beberapa peringkat perkembangan dalam hidupnya. Setiap

peringkat pembangunan mempunyai tempoh kritikal yang mesti diselesaikan, dan setiap

peringkat pembangunan memberi kesan kepada peringkat perkembangan seterusnya. (Erik H.

Erikson).

Sebelum menghadapi kematian, kebanyakkan manusia akan melalui peringkat yang di

panggil dewasa akhir di mana umur kronologi bagi tahap ini adalah 65 tahun keatas. Mereka

dikenali dengan panggilan tuawan, lanjut usia, warga tua (senior citizens), tahap umur

keemasan (golden-agers), tahap umur menuai (harvest years) dan sebagainya. Dewasa akhir

adalah tempoh di mana seseorang itu telah menunjukkan kemerosotan dari masa ke masa dari

segi saiz dan fungsi angggota badan.

Umur tua adalah tempoh penutupan dalam jangka hayat seseorang telah "berpindah" dari

tempoh sebelumnya yang lebih menyenangkan atau berpindah dari masa yang penuh dengan

manfaat. Apabila seseorang itu telah berganjak ke tahap ini, ia akan sentiasa mengingati

masa lampaunya biasanya yang penuh dengan sesalan dan cenderung ingin hidup masa

sekarang dan cuba melupakan masa lampau.

4
3.0 PERKEMBANGAN FIZIKAL

Perkembangan manusia mulai menurun pada tahap dewasa akhir. Pada tahap inilah fungsi

biologikal serta fisiologikal manusia menjadi lemah yang disebabkan proses penuaan.

Akibatnya, daya ketahanan manusia terhadap persekitaran dan penyakit semakin

berkurangan. Majoriti dikalangan mereka akan mengalami kesukaran dalam menjalani

aktiviti fizikal sehingga memerlukan bantuan insan lain manakala sebahagian daripada

mereka pula mengalami penyakit kronik seperti kanser, parkinson dan alzheimer.

Pada tahap ini akan berlakunya kemerosotan kekuatan di bahagian anggota badan seperti

sendi, pinggang, lutut dan sebagainya disebabkan kalsium makin berkurangan mengikut usia.

Seterusnya kaki juga mula mengecil, tulang belakang menjadi semakin pendek, rambut

gugur, kulit kepala mula mengecut dan kekuatan gusi dan gigi berkurangan. Kebanyakan dari

mereka mengalami masalah pendengaran, penglihatan dan menjadi pelupa. Dianggarkan

sebanyak 40 ke 45 peratus golongan yang berusia 65 tahun ke atas dan lebih 80% yang

berusia lebih 70 tahun mempunyai masalah pendengaran (portal MyHealth).

Selain itu juga, gerak balas juga menjadi lambat. Ini menyebabkan warga emas bertindak

lambat terhadap situasi yang tidak disangka. Hal ini berlaku disebabkan fungsi saraf otak

menjadi perlahan, keupayaan otot menurun dengan pertambahan umur, koordinasi tangan-

mata yang lambat, mengalami masalah sendi terutama leher dan bahu hingga menyukarkan

mereka memusingkan kepala serta pengurangan bilangan neurons. Apabila bilangan neurons

5
berkurangan maka tindak balas untuk sampai ke otak menjadi perlahan, disebabkan itu

mereka ini akan lambat untuk bertindak balas.

Dari segi luaran kita sendiri dapat lihat bahawa mereka di tahap ini ada yang beruban,

kulit yang berkedut, pengecutan fizikal (terutama dikalangan wanita) disebabkan

osteoporosis akibat kehilangan kalsium dan pergerakan dan kadar reaksi yang perlahan.

4.0 PERKEMBANGAN KOGNITIF

Kelajuan maklumat diproses makin berkurangan pada masa dewasa akhir ini. Terdapat

beberapa bukti bahawa mereka ini kurang mampu mengeluarkan maklumat atau informasi

yang telah disimpan dalam ingatan mereka. Walaupun kelajuan perlahan-lahan menurun,

namun terdapat variasi individu dalam kemahiran ini.

Menurut David Wechsler di Desmita (2008) penurunan kebolehan mental adalah

sebahagian daripada proses penuaan organisma sacara umum, kebanyakan kajian

menunjukkan bahawa selepas mencapai puncak antara umur 45-55 tahun, kebanyakan

kebolehan orang terus berkurangan, hal ini juga berlaku pada tahap dewasa akhir.

Penurunan intelektual orang tua biasanya tidak dapat dielakkan, disebabkan oleh pelbagai

factor seperti penyakit, kebimbangan atau kemurungan. Melihat kepada keupayaan

intelektual orang tua pada dasarnya dapat dikekalkan. Salah satu faktor yang dapat

mengekalkan keadaan ini adalah untuk menyediakan persekitaran yang boleh merangsang

atau melatih kemahiran mereka.


6
Isu mengenai penurunan intelektual selama tahun-tahun pada masa dewasa akhir

merupakan suatu hal yang provokatif (Santrock, 2004). Horn (1980) berpendapat bahawa

beberapa kemampuan memang menurun, sementara kemampuan lainnya tidak. Horn

menyatakan bahawa kecerdasan yang mengkristal (crystallized intelligence) iaitu

sekumpulan informasi dan kemampuan-kemampuan verbal yang dimiliki oleh seseorang

individu akan meningkat dan seiring dengan peningkatan usia. Sedangkan kecerdasan yang

mengalir (fluid intelligence) iaitu kemampuan seseorang untuk berfikir secara abstrak akan

menurun secara pasti sejak masa dewasa akhir ini.

Schaie (1984) membuat penelitian longitudinal tentang hal tersebut dan mendapati

bahawa ternyatanya tidak ditemukan oleh penurunan intelektual pada masa dewasa akhir,

setidaknya sampai usia 70 tahun. Pada tahun 1994, Schaie membuat penelitian sekali lagi dan

beliau mendapati bahawa penurunan di dalam kemampuan-kemampuan mental rata-rata

dimulai pada usia 74 tahun.

Banyak kajian didapati bahawa kecepatan memproses informasi mengalami penurunan

pada masa dewasa akhir. Penelitian lain membuktikan bahawa orang-orang dewasa lanjut

kurang mampu mengingat kembali informasi yang telah disimpan dalam ingatannya.

Kecepatan memproses informasi secara pelan-pelan memang akan mengalami penurunan

pada masa dewasa akhir, namun factor individual differences juga berperanan dalam hal ini.

Nancy Denney (1986) menyatakan bahawa kebanyakan kes kemampuan mengingat dan

memecahkan masalah untuk mengukur bagaimana orang-orang dewasa lanjut melakukan

7
aktiviti-aktiviti yang abstrak atau sederhana. Denney menemukan bahawa percakapan untuk

menyelesaikan masalah-masalah praktis, sebenarnya justeru meningkat pada usia 40-an dan

50-an. Pada penelitian lain, Denney juga menemukan bahawa individu pada usia 70-an tidak

lebih teruk dalam pemecehan masalah-masalah praktis bila dibandingkan mereka yang

berusia 20-an.

Pada tahap ini, mereka akan menjadi pelupa dan sukar mengingat. Mereka juga sukar

untuk mengendalikan dua perkara serentak disebabkan banyak perkara yang membataskan

pergerakan mereka seperti sukar menumpukan pemanduan jika diajak berborak. Di samping

itu, pada tahap ini mereka akan menjadi masalah cepat penat oleh itu mereka kurang peka

terhadap soal keselamatan.

5.0 PERKEMBANGAN SOSIAL

Pekembangan sosial dewasa tua akan berubah. Mereka akan cenderung kearah lain

selepas bersara dari perkerjaan mereka seperti beribadat dan membuat kerja amal. Satu kajian

menyatakan bahawa warga emas yang lebih dekat dengan agama menunjukkan tahap

kepuasan hidup yang tinggi, harga diri dan optimis. Keperluan rohani (keagamaan) sangat

penting dalam memberikan ketenangan dalaman, terutama bagi orang tua. Nabi berkata

"Semua penyakit mempunyai ubat kecuali penyakit tua." Keperluan untuk membuat khidmat

sosial & tunaikan tanggungjawab sivik adalah lebih tinggi ketika ini.

Pada tahap ini juga, individu akan lebih suka meluangkan masa bersama orang

tersayang dan juga banyak menghadiri majlis-masjlis ilmu dan keraian. Hal ini kerana

8
mereka ingin berjumpa rakan-rakan lama untuk berbual, menambah ilmu pengetahuan dan

supaya diingati sebagai seorang yang baik.

Individu yang mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang kerjaya akan dihormati

sebab sumbangan yang besar. Mereka yang berjaya di peringkat ini akan berpuas hati dan

bersyukur atas takdir tuhan. Individu juga berasa tenang menanti saat untuk meninggal dunia

sebab dia telah berjaya menyempurnakan segala tanggungjawab terhadap keluarga dan

masyarakat. Bagi yang gagal dalam hidup, mereka akan sering rasa kecewa dan perasaan ini

sering menghantui diri mereka. Walau bagaimanapun, pengakhiran hidup juga yang paling

penting.

6.0 PERKEMBANGAN EMOSI

Memasuki usia tua, kebanyakan warga tua kurang bersedia untuk menghadapi usia tua,

sehingga menyebabkan mereka kurang dapat menyesuaikan diri dan menyelesaikan masalah

yang dihadapi (Widyastuti, 2000). Kemunculan rasa yang ditinggalkan, tidak lagi diperlukan,

tidak dapat untuk menerima realiti baru seperti penyakit yang tidak sembuh, kematian

pasangan adalah sebahagian kecil daripada perasaan yang tidak menyenangkan yang mesti

dihadapi lebih lanjut. Ramai individu di peringkat ini perlu membuat penyesuaian emosi

terhadap hakikat bahawa suami atau isteri akan meninggal dunia.

Pada tahap dewasa akhir ini, golongan warga emas lebih bersikap sensitif. Keadaan ini

dapat dilihat apabila emosi mereka mudah tersentuh walaupun hal yang diperkatakan tidak

9
sebesar mana. Emosi yang sensitif menyebabkan mereka merasa bahawa anak-anak tidak

senang dengan kehadiran mereka. Oleh itu, ada anak-anak yang boleh menerima keadaan ibu

bapa mereka walaupun dalam keadaan yang membebankan. Tidak kurang juga anak-anak

yang tidak sanggup menjaga ibu bapa mereka dengan alasan mereka tidak ada masa dan

sibuk dengan kerjaya mereka untuk menguruskan kehidupan ibu bapa mereka. Hal ini boleh

menyebabkan adanya di kalangan anak-anak yang sanggup menghantar ibu bapa mereka ke

rumah orang tua. Dengan anggapan bahawa ibu bapa mereka akan lebih terjaga dan selamat.

Jika dilihat dari pandangan kaca mata orang, tindakan sesetengah anak-anak ini yang

menghantarkan ibu bapa ke rumah orang tua adalah tindakan yang negatif. Hal ini ibarat kata

pepatah "seorang ibu boleh menjaga sepuluh orang anak, tetapi sepuluh anak belum tentu

boleh menjaga seorang ibu".

Pada usia lanjut, pelbagai masalah dan kecelaruan akan timbul sama ada dari segi emosi,

fizikal, mental dan juga biological. Sokongan sosial yang kuat daripada keluarga dan

masyarakat sekitar diperlukan untuk membantu warga tua ini berhadapan dengan kehidupan

yang serba mencabar. Bagi warga tua yang ditinggalkan oleh anak-anak mereka untuk

mereka untuk belajar, bekerja dan sebagainya mereka akan mengalami sindrom yang dikenali

sebagai sindrom sarang kosong.

Tidak dapat ditolak anggapan masyarakat umum bahawa individu yang berada di tahap

dewasa akhir lebih banyak penyakit dan tidak kurang juga gangguan emosi. Antara gangguan

emosi yang sering dihadapi ialah kemurungan atau depresi, reaksi parahoid, hipochondriasis,

ingatan masa lampau.

10
 Kemurungan - Reaksi kemurungan di tahap lanjut usia dapat

diperhatikan jelas apabila mereka memperlihatkan perasaan dan tingkah

laku bersedih hati yang ekstrim. Mereka yang dilanda murung tidak

suka untuk mengadakan hubungan sosial, bersifat pessimis, mempunyai

konsep-kendiri yang rendah, daya mental mereka menjadi begitu lemah

sekali dan lain-lain gangguan fizikal. Individu lanjut usia yang dilanda

kemurungan didapati sukar untuk membuat sesuatu keputusan

walaupun berhubung dengan hal-hal yang terlalu mudah untuk diatasi.

Pertuturan mereka menjadi lambat, begitu juga dengan pergerakan

fizikal. Dari segi simpton fizikal, didapati mereka yang berada dalam

keadaan kemurungan melaporkan mereka tidak lalu makan, berat badan

menurun, keletihan yang keterlaluan terutama sekali di waktu pagi,

sukar untuk tidur dan sering terjaga dalam tidur di waktu malam.

 Paranoid - Individu lanjut usia yang dilanda kemurungan selalu juga

mempunyai reaksi paranoid. Paranoid atau berperasangka tidak

menentu dan berperasangka tidak baik terhadap orang lain ini selalunya

berlaku di kalangan individu lanjut usia yagn mempunyai masalah-

masalah berhubung dengan kepancainderaan. Mereka yang tidak dapat

mendengar dengan baik, atau tidak dapat melihat dengan jelas atau

berkurang daya perasa selalunya mempunyai reaksi paranoid. Masalah

paranoid di kalangan masyarakat lanjut usia ini selalunya mudah untuk

diatasi terutama sendiri reaksi paranoid yang berpunca daripada

kehilangan daya kepancainderaan

11
 Hipochondriasis - Hipochondriasis merupakan suatu contoh daripada

kecelaruan kefungsian di kalangan individu lanjut usia yang banyak

berlaku di kalangan kaum wanita daripada kaum lelaki. Hipochondriasis

ialah tingkah laku dan sikap individu yang sering merasai mereka

mempunyai penyakit tertentu, padahal dalam keadaan yang sebenarnya,

mereka tidak mempunyai apa-apa masalah berhubung dengan penyakit

yang dijangkakan itu. Pada umumnya mereka yang dilanda simpton

hipochondriasis melaporkan mereka sentiasa berada dalam keadaan

kesihatan yang tidak memuaskan, sakit dan perlukan rawatan yang

intensif. Disebabkan gangguan ini, mereka sering kali berada dalam

keadaan ketakutan dan ketegangan. Mereka yang menghadapi gangguan

hipochondriasis selalunya terdiri daripada mereka yang terlalu

mengambil berat tentang diri dan kesihatan badan. Mereka tidak dapat

menerima kenyataan yang keupayaan fizikal dan biologikal mereka

berubah apabila umur meningkat, telah terutama sekali apabila berada

di tahap lanjut usia.

 Ingatan masa lampau - Individu yang berada di tahap dewasa akhir

selalunya akan cuba mengingati masa lampau. Perkara yang

mendatangkan kebahagiaan atau kejayaan pada masa lampau mereka.

Ini akan membuat mereka rasa puas hati dan juga lega dalam

mengharungi kehidupan ini. Contohnya kejayaan ialah mendapat

pangkat yang tinggi dalam kerjayanya, dapat berbakti kepada

masyarakat dan lain-lain lagi. Kebahagiaan yang dikecapi

12
berkemungkinan ialah mendapat sebuah keluarga yang bahagia serta

anak-anak yang cemerlang. Kisah masa lampau yang positif ini akan

mendorong mereka untuk terus hidup dengan gembira, bahagia dan

tidak rasa bersalah dengan apa yang telah dilakukan. Tetapi bagi

perkara yang mendatangkan kesedihan, keburukan akan membuat

mereka ini merasa tidak puas hati dan kecewa dengan kehidupan yang

lalu. Kemungkinan besar mereka rasa rugi dengan apa yang telah

dilakukan pada usia remaja dan dewasa. Antara kekecewaan yang boleh

dilihat ialah melakukan maksiat, penceraian dan tidak berjaya dalam

kerjayanya. Hal ini juga dinyatakan oleh tokoh psikologi iaitu Erik

Erikson

 Demensia – demensia adalah kehilangan keupayaan kognitif (mental)

yang teruk sehingga boleh menjejaskan perlakuan sosial atau pekerjaan.

Kehilangan keupayaan kognitif menjejaskan daya ingatan, pemikiran

abstrak, penyelesaian masalah, pertimbangan, kebolehan membaca,

menulis, melukis dan bertutur. Dengan perkembangan demensia, warga

tua memerlukan pengawasan dan bantuan dalam kegiatan harian mereka

sebagai contoh semasa makan, membersihkan diri dan apabila

membuang air.

7.0 KESIMPULAN

13
Dewasa tua adalah tempoh lanjutan atau akhir dewasa (60 tahun dan ke atas). Individu ini

perlu memberi perhatian khusus. Kita tahu bahawa peringkat ini adalah peringkat refleksi diri

kehidupan masing-masing kerana sudah mencapai umur tua. Refleksi ini selalu berkisar kepada

kejayaan atau kegagalan yang telah ditempuhi dalam diri seseorang. Jika kejayaan yang telah

ditempuhi maka keseronokan dan kebanggaan akan memenuhi dada. Jika sebaliknya iaitu

kegagalan maka kehidupan mereka dipenuhi dengan penyesalan, kesengsaraan dan rasa tidak

berguna pada diri, orang lain, keluarga dan juga sahabat handai.

Namun kita tahu sebagai umat islam, Allah tidak akan mengukur seseorang itu dari masa

silam atau masa lampau tetapi kepada pengakhiran hayatnya. Jika seseorang itu penghakhiran

hayatnya baik dan bertaubat maka kehidupan individu tersebut selepas mati adalah baik. Maka

kita tidak boleh terlalu memikirkan masa lalu yang buruk dan seharusnya cuba perbaiki diri

menjadi lebih baik tidak kira peringkat umur kerana kita tahu bahawa ajal maut tidak mengenal

usia.

Kesimpulannya, pada peringkat ini adalah peringkat refleksi hidup seseorang. Sebagai

individu yang sudah berumur, diharapkan individu di peringkat ini cuba memperbaiki diri

menjadi seorang insan yang baik dan diharapkan pengkhiran hidup adalah baik.

8.0 RUJUKAN

14
1. . Kamarulzaman Kamaruddin (2021). Psikologi Perkembangan Panduan Untuk

Guru. Tanjung Malim, Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

2. Ryzky Dwi Fitri. Dewasa Akhir. Retrieved from

https://www.academia.edu/6273454/Dewasa_Akhir

3. Tiara Rizky Nur Amalia, Devani Chintiabadi, Puput Lestari, Ratih Ayu Wulandari,

Fauzia Salma (Jun 2013). Makalah Psikologi Dewasa Akhir. Retrieved from

https://imamri.wordpress.com/tag/tugas-perkembangan-dewasa-akhir/

4. http://www.psycholovegy.com/2012/05/masa-perkembangan-manusia-dewasa-

akhir.html

5. https://dewasaakhir.blogspot.com/

15

Anda mungkin juga menyukai