Anda di halaman 1dari 3

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TASIK

KALI KE 1 / 2018

Tarikh : 15 Mac 2018

Masa : 2.15 Petang

Tempat : Bilik Mesyuarat SK Seri Tasik

KEHADIRAN

1. Pn Juriah Binti Jupri


2. En Ahmad Hadzhir Bin Abdul
3. En Azman Bin Abd Majid
4. Pn. Rosmaniza Binti Abdullah
5. Pn Junainah Binti Bakar
6. Pn Adila Farhana Binti Ali Ahmad
7. En Md Zulhairry Bin Mokhtar
8. En.Ahmad Shahrir Bin Said
9. Pn Normala Binti Mohammad
10. En.Rizal Bin Pathudin
11. Cik Alia Nathara Binti Abdullah

TIDAK HADIR

1. En Mohd Nizam Bin Mohamed Ali


2. En Qamarul Izuan Bin Kamaruzzaman

PERKARA

1. UCAPAN PENGERUSI MESYUARAT


1.1 Pengerusi mesyuarat Pn. Juriah Binti Jupri mengalu-alukan kehadiran
semua AJK dalam Mesyuarat Pengurusan Aset Alih Kerajaan bil. 1/2018
yang telah diadakan pada hari ini dan merupakan mesyuarat pertama bagi
sesi 2018. Pengerusi juga mengucapkan tahniah kepada semua AJK
Pengurusan Aset yang masih kekal untuk sesi 2018 ini.

1.2 Sekalung tahniah juga untuk Cik Alia Nathara yang kini berada didalam
AJK Pengurusan Aset Kerajaan bermula sesi 2018 ini.
2. MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT KALI KE 1 / 2018

2.1. En.Md Zulhairry Bin Mokhtar mencadangkan minit mesyuarat disahkan.

2.2. En.Ahmad Shahrir Bin Said menyokong minit mesyuarat disahkan.

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
Tiada perkara berbangkit.

4. AGENDA MESYUARAT

4.1. LAPORAN TINDAKAN PELUPUSAN


4.1.1. Untuk setakat hari ini belum ada tindakan pelupusan aset alih kerajaan
dibuat bagi peralatan seperti komputer, mesin cetak berwarna dan
sebagainya.
4.1.2. Penilaian untuk peralatan aset alih kerajaan adalah berdasarkan
nombor surat beranak bagi setiap peralatan tersebut.
4.1.3. Bagi tugas pelupusan peralatan ICT adalah dibawah bidang kuasa Pn.
Adila Farhana Bt Ali dan Pn.Wan Zaimah Bt Wan Setapa
Tindakan : Makluman

4.2. LAPORAN TINDAKAN SURCAJ/TATATERTIB


4.2.1. Tiada sebarang laporan surcaj/tatatertib.
Tindakan : Makluman

4.3. MASALAH-MASALAH BERKAITAN DENGAN PENGURUSAN ASET


4.3.1. Makluman dari Ketua Kerani berkenaan dengan perlabelan untuk
setiap peralatan yang masih belum lengkap sepenuhnya dan perlu
diselesaikan dengan kadar segera.
Tindakan : JK Pemeriksaan & Perlabelan
En.Azman,En.Qamarul dan Pn.Normala

4.3.2. Urus tadbir aset perlu lebih teliti kerana didapati peralatan seperti troli
berada dimerata-rata dan bukan ditempat sepatutnya.
Tindakan : Makluman

4.3.3 Menurut Cik Alia Nathara bagi peralatan yang sudah melebihi 15 tahun
dan rosak perlu dibuat pelupusan segera serta maklumat tentang
peralatan tersebut juga perlu di hapuskan dalam sistem HRMIS.
Tindakan : JK Pelupusan & Hapus Kira
En.Mohd Nizam,En.Zullhairy,En.Rizal dan
JK Pengurusan Maklumat dan Perlabelan
Aset Dalam HRMIS Cik Alia

4.3.4 Berkenaan dengan peralatan seperti mesin cetak dan mesin fotostat
hendaklah juga dimasukkan segala butir maklumat didalam sistem
HRMIS.
Tindakan : JK Pengurusan Maklumat dan Perlabelan
Aset Dalam HRMIS Cik Alia

4.3.5 Pengerusi cadangkan setiap aset yang telah dilupuskan perlu ada bukti
bercetak serta wujudkan fail borang pelupusan.
Tindakan : JK Pelupusan & Hapus Kira
En.Mohd Nizam,En.Zullhairy,En.Rizal

4.4. LAPORAN PEGAWAI STOR


4.4.1. Tiada laporan daripada pegawai stor.

5. HAL-HAL LAIN
5.1. Pengerusi mencadangkan agar setiap tugas JawatanKuasa dinyatakan
dengan jelas supaya tiada masalah berbangkit.
Tindakan : SU PAAK

5.2. En. Azman turut mencadangkan supaya diwujudkan carta alir untuk setiap
aset yang diterima.
Tindakan : JK Terimaan dan Pendaftaran
Pn. Adila,Pn.Junainah,Pn.Nor Razzikin

6. UCAPAN PENANGGUHAN
6.1. Pengerusi memutuskan keputusan mesyuarat JK PAAK kali Ke 1/2018 akan
ditangguhkan.

Disediakan oleh : Disemak dan Diperakukan oleh :

……………………………… ………………………………..
Ahmad Shahrir Bin Said Juriah Binti Jupri
SU JK PAAK Pengerusi JK PAAK

Anda mungkin juga menyukai