Anda di halaman 1dari 19

PROGRAM PENGAJIAN LUAR KAMPUS

PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)


UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

TUGASAN KUMPULAN :
ISU EKONOMI PASCA COVID-19 GOLONGAN B40

VKMB1011
PEMBANGUNAN MASYARAKAT I

: HILDA BINTI SAGULU (275991)


: ZURINA BINTI ETONG (276364)
NAMA AHLI
: AMSYAR SYAFIQ BIN AMIR LAMJA (275948)
: JENEKOH TIGA (276000)
KUMPULAN : K (PJJUUM KOTA KINABALU)

DISEDIAKAN UNTUK:

DR. MAWARNY BINTI MOHD REJAB


( KUMPULAN : K )

TARIKH HANTAR:

12 OGOS 2020
Isi Kandungan

Bil Perkara Muka Surat

1. Abstrak 3

2. Pengenalan 4-6

Masalah Yang Dihadapi Golongan B40 Akibat


3. 6-10
Covid-19
Halangan Dan Cabaran Yang Dihadapi B40 Akibat
4. 10-11
Covid-19
Cadangan Dan Langkah-Langkah Mengatasi
5. 11-14
Masalah Golongan B40 Pasca Covid-19

6. Kesimpulan 14-15

7. Rujukan 15-16

8. Lampiran 17-19

2
ISU EKONOMI PASCA COVID-19 GOLONGAN B40

ABSTRAK
Dunia telah dikejutkan dengan penularan wabak Covid-19 yang bermula dari negara China.
Negara Malaysia juga turut terkesan dan telah mengakibatkan kematian sebanyak 125 orang
(5 Ogos 2020) dan jumlah kumulatif kes adalah 9,023 orang. Topik yang dibincangkan di
dalam penulisan ini adalah berkenaan dengan isu ekonomi pasca Covid-19 bagi golongan
B40. Sememangnya tidak dinafikan golongan B40 merupakan kumpulan yang amat ketara
dan sangat terkesan di dalam tempoh yang sukar pada ketika ini. Dari segi aspek sosial,
impak yang sangat jelas adalah rakyat turut mendepani kehidupan normal baharu
bersandarkan Peraturan Dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh
Kerajaan Malaysia. Sementara itu, ekonomi bagi golongan B40 juga terkesan disebabkan
pemberhentian pekerja terutamanya yang bekerja di dalam sektor pelancongan, perindustrian,
perniagaan kecil-kecilan, pengangkutan dan beberapa sektor yang lain. Oleh itu, kerajaan
perlu mengambil peranan yang utama dalam menangani krisis yang berlaku ke atas golongan
B40 yang amat memerlukan sokongan dari segi bantuan kewangan, bekalan makanan,
rawatan kesihatan dan juga pekerjaan.

KATA KUNCI : GOLONGAN B40

3
1.0 PENGENALAN

Sejak negara kita dilanda wabak penyakit berbahaya iaitu Covid-19 seawal bulan
Januari 2020, penularan wabak ini mencetuskan kebimbangan yang dirasai oleh semua warga
rakyat di seluruh dunia. Menurut sumber rujukan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia,
Corona Virus (CoV) adalah sejenis virus yang boleh menyebabkan jangkitan saluran
pernafasan. Terdapat beberapa jenis Corona Virus seperti Severe Acute Respiratory
Syndrome Coronavirus (SARS) dan Middle East Respiratory Syndrome-Related Coronavirus
(MErs-CoV). Coronavirus terbaru yang ditemui di China adalah Coronavirus 2019 (COVID-
19). Jangkitan Coronavirus boleh menyebabkan spektrum gejala daripada selesema biasa
kepada radang paru-paru (pneumonia) yang teruk. Status statistik terkini bagi Covid-19 yang
telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (7 Ogos 2020) kumulatif kes berjumlah
9,063 dengan jumlah kes kematian sebanyak 125 orang.

Melalui perutusan Khas oleh YAB Tan Sri Dato‟ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd.
Yassin, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan Kawalan Perintah Pergerakan (PKP)
yang telah berkuatkuasa pada 18 Mac 2020. Hal ini demikian kerana bagi mengambil
langkah-langkah pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit daripada terus merebak
dengan cara memutuskan rantaian COVID-19 terutamanya kepada pesakit yang dijangkiti
daripada kontak yang tidak dikenali. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, PKP yang telah
dilaksanakan turut memberi kesan kepada 33.8 juta penduduk di Malaysia yang terdiri
daripada 76.6 peratus tinggal di bandar dan 23.4 peratus di luar bandar.

Dalam pada itu, sememangnya tidak dinafikan golongan B40 merupakan kumpulan
yang amat ketara dan sangat terkesan di dalam tempoh yang sukar pada ketika ini. Melalui
sumber rujukan (https://edubestari.com/kumpulan-b40-m40-t20/) golongan B40 adalah
kumpulan isi rumah yang mempunyai pendapatan 40% terendah dengan merujuk kepada isi
rumah yang berpendapatan di bawah RM4,849.00. Pendapatan isi rumah kurang daripada
RM2,208.00 sebulan juga dikategorikan di bawah paras kemiskinan mengikut Garis Panduan
Kemiskinan (PGK). Merujuk rencana (Farhan Kamarulzaman) sebanyak 56% yang telah
dibelanjakan oleh golomgan B40 bagi keperluan makanan, pakaian serta perumahan dengan
purata pendapatan bulanan berjumlah RM 2,848.00. Kenyataan ini disokong oleh penyelidik
Dr. Carmelo Ferlito daripada Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) yang

4
mana penyelidik ini mengatakan „Miskin Bandar adalah Miskin‟ dan tidak seharusnya
memandang Kumpulan B40 ini adalah sama bagi semua keadaan.

Tercetusnya kemunculan Covid-19, kesan terhadap ekonomi negara turut terjejas


menyebabkan pekerja-pekerja yang terlibat dalam sektor pelancongan, perindustrian,
pengeluaran, pengangkutan dan perniagaan menghadapi masalah hilang perkerjaan serta
putus mata pencarian bagi menyara kehidupan keluarga. Melalui Artikel Astro Awani (Datuk
M Periasamy, Penganalisis politik MIC) bagi sektor perkhidmatan turut terkesan pada era
pasca Covid-19 melalui laporan yang telah dikeluarkan oleh Perbadanan Pembangunan
Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), sektor perkhidmatan yang menjadi penyumbang
utama pertumbuhan ekonomi sekitar 53.9 % kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
telah tersasar berikutan dengan impak Covid-19 yang melanda di negara Malaysia. Kesan
daripada kejatuhan harga minyak dan komoditi di pasaran dunia, sekaligus mengurangkan
kuasa beli rakyat.

Melalui Artikel Free Malaysia Today (Achim Schmillen), Kerajaan Malaysia


melancarkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin (PRIHATIN) telah membantu rakyat
Malaysia yang terjejas akibat daripada penularan wabak Covid-19. Hal ini terbukti apabila
kerajaan telah mengambil langkah yang proaktif bagi membantu golongan B40 yang perlu
diberi perhatian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dalam fasa
pemulihan ekonomi dan seterusnya untuk jangka masa panjang. Antaranya adalah seperti:

a) Bantuan Sara Hidup (BSH)

Pemberian Bantuan Sara Hidup telah diagihkan pada bulan Julai 2020 yang
melibatkan peruntukan RM3.2 bilion. Dengan adanya bantuan ini, sekaligus ini dapat
membantu ekonomi golongan B40.

b) Bantuan Kewangan Secara Tunai

Langkah ini menyediakan bantuan jangka pendek untuk mengurangkan tekanan


kewangan, menyokong usaha pemulihan ekonomi jangka sederhana serta merangsang
perbelanjaan semasa kemerosotan ekonomi.

5
c) Pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

Golongan B40 dapat menggunakan wang KWSP melalui i-Lestari bagi meringankan
beban dan seterusnya dapat berbelanja untuk menyara keluarga.

Dalam pada itu, kenyataan Profesor Dr. Laily Paim, Presiden Persatuan Ekonomi
Pengguna dan Keluarga Malaysia, bersetuju golongan B40 perlu dibantu kerana adanya
golongan B40 yang mana pendapatan terjejas disebabkan diberhentikan kerja, bercuti tanpa
gaji ataupun mereka tidak dapat turun bekerja (peniaga kecil-kecilan) akibat daripada
Perintah Kawalan Pergerakan.

Oleh itu, fokus kerajaan pada masa kini bagi memastikan pemulihan pasca Covid-19,
EPU dan Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) dalam proses merangka pelan jangka masa
panjang untuk pemulihan ekonomi pasca Covid-19 melalui RMK-12 akan bermula selepas
pelan pemulihan jangka masa pendek dan sederhana selesai dilaksanakan. Justeru, RMK-12
perlu dirangka sebaik mungkin bagi memastikan semua pihak khususnya rakyat mendapat
manfaat ketika seluruh dunia berhadapan perkara luar biasa akibat krisis COVID-19. (Datuk
Seri Mustapa Mohamed).

2.0 MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI GOLONGAN B40 AKIBAT


COVID-19

Akibat penularan wabak ini telah menyebabkan ramai yang telah terkesan semasa
tempoh pandemik Covid-19. Di Malaysia golongan yang terjejas antaranya ialah golongan
B40. Pelbagai masalah yang timbul berikutan lanjutan tempoh PKP ini. Masalah yang
dihadapi oleh golongan ini akibat pandemik covid-19 ialah :

2.1 KEHILANGAN PEKERJAAN DAN SUMBER PENDAPATAN

Berita harian (10 Ogos 2020) kehilangan pekerjaan meningkat secara


mendadak semasa pandemik Covid-19. Menurut daripada Sistem Insurans Pekerjaan
(SIP) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), SIP telah melaporkan semasa
pandemik Covid-19 para peniaga terjejas teruk terutama sekali ialah golongan PKS
(perusahaan kecil & sederhana) hal ini telah menjejaskan banyak perniagaan dan
mendorong untuk golongan peniaga menutup perniagaan kerana tidak dibenarkan

6
untuk beroperasi. Kehilangan pekerjaan meningkat 50 peratus kepada 200 peratus
tahun ke tahun bagi setiap suku berikutnya. Kadar pengangguran juga dijangka
meningkat secara drastik kerana ramai yang telah diberhentikan kerja oleh majikan.
B40 merupakan golongan yang terjejas teruk semasa pandemik Covid-19, ini berlaku
di kalangan B40 dan ramai rakyat telah hilang sumber pendapatan untuk menampung
kehidupan seharian. Hal ini menyebabkan banyak perniagaan ditutup atau pun
diberhentikan untuk seketika kerana majikan terpaksa menanggung pelbagai hutang
dan tidak dapat untuk menjalankan perniagaan.

Oleh itu, isu-isu pemberhentian kerja menjadi topik hangat di media sosial.
Sebahagian daripada pekerja diberikan cuti tanpa gaji oleh pihak majikan kerana tidak
mampu untuk membayar gaji untuk tempoh ini. Perniagaan yang terjejas teruk ialah
dalam sektor perniagaan, sektor pembuatan dan sektor hiburan. Usaha pihak kerajaan
dalam menangani hal ini, iaitu Program ERP dan PSU telah diperkenalkan untuk
membantu para peniaga yang terjejas untuk mengekalkan pekerja mereka
diberhentikan ataupun tidak dibayar gaji.

2.2 KEWANGAN

Covid-19 telah memberi kesan dan implikasi kepada ekonomi negara dan
mengundang masalah kewangan golongan B40 yang berpendapatan rendah. B40
merupakan kumpulan yang terkesan teruk semasa tempoh ini. Kumpulan B40
terpaksa menanggung pelbagai perbelanjaan kerana peningkatan kos sara hidup yang
meningkat semasa tempoh pandemik. Menurut Astro Awani (09 April 2020), terdapat
tiga pecahan golongan B40. Pertama, pendapatan rendah dengan pendapatan bulanan
antara RM2,164.00 hingga RM4,360.00 merangkumi 1.68 juta isi rumah. Kedua,
pendapatan rendah dengan pendapatan bulanan sebanyak RM980.00 hingga
RM2,160.00 merangkumi 1.08 juta isi rumah. Ketiga, kategori miskin berpendapatan
di bawah RM980.00 sebulan yang mmepunyai 24,700 isi rumah. B40 juga merasa
kegelisahan berkenaan dengan isu-isu ekonomi yang semakin merundum semasa
tempoh pandemik Covid-19 terjadi.

Moratorium yang telah diwujudkan oleh pihak kerajaan bagi membantu


golongan-golongan yang terjejas teruk semasa tempoh ini. Namun itu, ada sesetengah
golongan ini berhutang untuk keperluan sendiri dan ingin memenuhi kehendak diri

7
untuk sesuatu yang tidak berguna semasa tempoh ini seperti membeli barangan
elektronik, alat komunikasi dan barangan perhiasan yang sebenarnya tidak sama
sekali menjadi keperluan turut dibeli dan diguna pakai, akhirnya berlakunya
pembaziran. Oleh itu, simpanan duit golongan B40 semakin berkurangan tanpa
mendapat sumber pendapatan serta tiada aliran duit masuk. Apabila hal ini terjadi
golongan ini terpaksa berhutang untuk menampung kos sara hidup seharian.

2.3 KEPERLUAN HARIAN (MAKANAN)

Pastinya keperluan yang utama adalah makanan. Menyediakan stok makanan


yang mencukupi mengikut jumlah ahli keluarga adalah sangat penting. Isi rumah
golongan B40 turut terjejas teruk dan kehilangan punca pendapatan untuk menyimpan
bekalan makanan semasa pandemik Covid-19. Walau bagaimana pun pelbagai
bantuan yang telah diberi oleh pihak kerajaan dalam membantu golongan miskin dan
golongan yang terjejas seperti (BSH) Bantuan Sara Hidup. Sumbangan makanan dan
barang keperluan harian juga turut disalurkan dari pelbagai badan bukan kerajaan
seperti NGO, pertubuhan sukarelawan, badan amal dan badan kebajikan.

Keterdesakan pihak kerajaan dalam melaksanakan perintah kawalan


pergerakan menyebabkan pelbagai impak negatif dapat dilihat serta memberi kesan
kepada seluruh rakyat. Namun begitu, pihak kerajaan haruslah menangani, mengawal
penyakit ini agar tidak merebak lebih luas agar dapat membangunkan semula
ekonomi negara secara perlahan-perlahan dan golongan B40 dapat bekerja serta
menjalankan perniagaan seperti biasa untuk membeli barang keperluan makanan,
minuman dan pelbagai lagi keperluan harian.

2.4 RAWATAN KESIHATAN

Sejak kes virus ini berlaku, rawatan kesihatan menjadi satu amalan yang
sangat penting di kalangan rakyat semasa Covid-19. Golongan B40 amat terjejas
kerana segelintir golongan ini tidak mampu untuk menyediakan barangan penjagaan
kesihatan seperti pelitup muka, penyembur pembasmi kuman dan pembersih tangan.
Kos untuk barangan ini amatlah tinggi kerana stok untuk rawatan kesihatan selalunya
kehabisan stok dan tidak mencukupi. Selain itu, beberapa kawasan lain juga

8
menghadapi gangguan bekalan topeng muka. Berikutan kejadian ini, Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan bahawa
kementerian itu memberi perhatian terhadap kekurangan bekalan topeng muka dan
memberi amaran kepada peniaga untuk tidak menaikkan harga topeng muka
sementara kekurangan bekalan dan jika ingkar, mereka boleh dikenakan kompaun
oleh kementerian. Sesetengah farmasi seperti Caring Pharmacy menasihati pelanggan
untuk tidak membeli topeng muka dalam kuantiti yang banyak pada masa yang sama
mengambil kira keperluan pelanggan lain. Farmasi itu hanya menetapkan bahawa
pelanggan hanya boleh membeli maksimum 1 kotak topeng muka pada satu masa.
Pada 10 Februari, sebanyak 17 peniaga di Selangor telah dikenakan kompaun oleh
Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna kerana menaikkan harga topeng
sewenang-wenangnya.

2.5 PERGERAKAN & PENGANGKUTAN (LUAR BANDAR)


Pada 18 Mac 2020, telah di umumkan bahawa negara Malaysia telah
mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (Movement Control Order) iaitu PKP.
Lanjutan daripada pengisytiharan tersebut, langkah-langkah susulan telah diambil
bagi menyelaras dan memperincikan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan mesyuarat
penyelarasan antara agensi kerajaan pada 17 Mac untuk memperincikan pelaksanaan
Perintah Kawalan Pergerakan agar tindakan ini dapat berjalan dengan baik dan lancar
demi memastikan keperluan orang ramai kepada perkhidmatan-perkhidmatan asas
tidak terjejas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa, yang
bermula 12.00 tengah malam, 18 Mac 2020.

Apabila Perintah Kawalan Pergerakan (Movement Control Order) iaitu PKP


dilaksanakan, pergerakan telah diterhadkan di Malaysia dan jalan-jalan utama telah
disekat untuk pemeriksaan kesihatan kepada orang ramai. Ramai yang telah terjejas
terutamanya golongan B40 yang tinggal di luar bandar. Golongan B40 yang tingal di
luar bandar masih ada yang tidak diberi perhatian oleh pihak kerajaan kerana
kemudahan di luar bandar masih lagi tidak lengkap dan perjalanan untuk pergi ke
daerah ataupun kampung-kampung sangatlah jauh. Bukannya mudah untuk golongan
ini keluar kerana sangat sukar bagi mereka yang tidak mempunyai kenderaan sendiri
dan pengangkutan awam juga telah diberhentikan seketika agar penularan wabak ini

9
tidak merebak di tempat awam mahupun di dalam ruang pengangkutan awam.
Segelintir golongan B40 yang berkemampuan memiliki kenderaan sendiri, mereka
dapat keluar daripada kawasan mereka untuk mendapatkan bekalan harian tetapi
sekatan pergerakan ini hanya membenarkan satu ataupun dua penumpang dalam satu
kereta semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

3.0 HALANGAN DAN CABARAN YANG DIHADAPI OLEH GOLONGAN B40


AKIBAT COVID-19

Umum mengetahui bahawa negara telah dikejutkan dengan serangan wabak penyakit
pandemik Covid-19 bermula di Wuhan, Cina dan menjadi ancaman wabak berbahaya kepada
Malaysia bermula sekitar Januari 2020. Pandemik Covid -19 ini tidak dapat dinafikan telah
memberikan cabaran dan halangan yang sangat besar terhadap golongan B40 di Malaysia.
Antara halangan dan cabaran tersebut ialah pengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac 2020. Perintah Kawalan Pergerakan ini dilaksanakan bagi
tujuan mengekang penularan wabak penyakit tersebut. Golongan B40 merupakan golongan
yang paling ramai keluar menjalankan urusan harian di luar pada setiap hari namun dalam
masa yang sama kita tidak mampu menolak bahawa situasi ini telah memendekkan langkah
hampir semua orang dan rutin harian tidak dapat dilaksanakan seperti biasa. Sebagai contoh,
golongan ini terkekang dari keluar bekerja mencari rezeki terutamanya bagi yang bekerja
sendiri. Golongan yang bekerja sendiri agak sukar untuk memohon pelepasan pergerakan di
atas jalan raya semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan kerana tidak
mempunyai bukti bersurat untuk menjalankan pekerjaan disebabkan tiada majikan. Hal ini
menyebabkan golongan B40 yang berada di dalam lingkungan situasi ini sukar mencari mata
pencarian bagi menyara diri sendiri dan keluarga sekaligus menyumbang kepada isu tekanan
hidup dan masalah rumahtangga.

Cabaran dan halangan lain terhadap golongan B40 semasa berlakunya serangan
wabak penyakit Covid-19 ini juga ialah penutupan sektor-sektor tertentu yang menjadi punca
sumber rezeki mereka. Terdapat ramai daripada golongan ini yang menjalankan pekerjaan
sendiri sebagai pembekal kepada sektor-sektor dan industri tertentu yang juga merupakan
sektor dan industri yang paling banyak menerima impak akibat serangan wabak Covid-19.
Contohnya, bekalan peralatan atau bahan-bahan mentah dan basah tidak mempunyai
permintaan bagi sektor pelancongan semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan

10
kerana sektor ini telah mendapat arahan untuk ditutup buat sementara. Keadaan ini
menjejaskan perolehan para pembekal di samping turut mengalami kerugian besar dari segi
kos penyimpanan dan operasi bekalan.

Selain itu, usaha meraih semula pelanggan untuk membeli barangan atau
mendapatkan perkhidmatan golongan ini semula sebagai peniaga atau usahawan kecil turut
mengalami kesukaran. Sejak isu pandemik Covid-19 melanda, situasi jual-beli di dalam
negara mengalami perubahan yang ketara. Sikap berhati-hati terhadap penyakit tersebut di
kalangan masyarakat kini telah menyebabkan banyak ruang perniagaan tidak dapat diteruskan
selain daripada arahan penutupan kebanyakan tempat oleh kerajaan. Keadaan ini lebih ketara
terhadap golongan B40 yang menjalankan perniagaan secara sederhana dan kecil-kecilan.
Mengambil contoh usahawan kecil-kecilan yang membuka perniagaan makanan dan
barangan kraftangan dengan menjadikan pelancong luar dan dalam negara sebagai pembeli
utama, kini kebanyakan jualan mereka tidak mendapat pulangan memuaskan malah ada yang
terpaksa menghentikan perniagaan akibat tiada pembeli dan tidak mampu menanggung kos
operasi perniagaan. Arahan penutupan sempadan negara bagi mengelak orang luar memasuki
negara ini sebagai pelancong yang dilihat mempunyai kuasa beli besar bagi mengekang
penularan penyakit tersebut telah menjejaskan dan melumpuhkan pendapatan perniagaan para
peniaga dan usahawan kecil ini.

Cabaran yang seterusnya ialah kesukaran mendapatkan pekerjaan dan mata pencarian
yang stabil menyumbang kepada peningkatan kadar pengangguran nasional. Isu ini menjadi
antara fokus masalah utama di musim ancaman wabak penyakit Covid-19 bagi golongan
B40. Golongan ini adalah golongan yang paling ramai bekerja di syarikat-syarikat dan
industri-industri swasta yang paling banyak memberi cuti tanpa gaji atau memberhentikan
pekerjanya akibat ancaman penyakit tersebut dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan
tertentu berbanding sektor kerajaan. Terdapat banyak perniagaan dan industri sektor swasta
yang menerima impak negatif sehingga ada yang terpaksa gulung tikar kerana tidak dapat
meneruskan perjalanan perniagaan lagi. Hal ini menyebabkan syarikat dan industri tersebut
terpaksa melaksanakan pemberhentian pekerja atau memberi cuti tanpa gaji sehingga keadaan
terkawal dan pulih untuk mereka dipanggil semula. Keadaan ini telah menyebabkan ramai di
kalangan kumpulan B40 kehilangan pekerjaan dan untuk mendapatkan semula pekerjaan juga
agak sukar dengan situasi seperti ini. Alternatif mencari sumber pendapatan lain turut
menghadapi kepayahan dengan pelbagai kekangan yang dikenakan buat masa sekarang oleh
pihak kerajaan yang menyebabkan banyak peluang bagi menjana pendapatan tertutup.

11
4.0 CADANGAN DAN LANGKAH MENGATASI MASALAH EKONOMI
GOLONGAN B40 PASCA COVID-19

Meskipun terdapat banyak halangan dan cabaran yang menimpa ekonomi golongan
B40 semasa tempoh kemuncak wabak penyakit akibat serangan Covid-19 di Malaysia yang
melanda baru-baru ini, langkah-langkah untuk membantu mengatasi masalah yang dihadapi
golongan ini di fasa pasca Covid-19 harus disegerakan bagi terus menjamin kelangsungan
hidup mereka. Antara langkah-langkah yang boleh diambil bagi memastikan matlamat
membantu ini tercapai ialah golongan B40 hendaklah memanfaatkan sepenuhnya sokongan
pendapatan langsung dalam bentuk tunai seperti yang telah diumum dan disalurkan oleh
pihak kerajaan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan
Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA). Pengisian PRIHATIN dan PENJANA ini
antaranya ialah moratorium bayaran pinjaman institusi perbankan, kemudahan i-Lestari iaitu
pengeluaran Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pengurangan kadar
minimum caruman pekerja KWSP, subsidi upah yang dilaksanakan Pertubuhan Keselamatan
Sosial (PERKESO), bayaran one-off RM500 kepada pemandu e-Hailing, dan Bantuan
Prihatin Nasional (BPN) (Pelaksanaan Pakej Prihatin Rakyat melalui Tengku Zafrul, 2020).
Bantuan di bawah PRIHATIN ini bertujuan bagi mengurangkan tekanan kewangan dan
meringankan aliran tunai (cashflow) dan bebanan kewangan yang ditanggung oleh rakyat dan
peniaga dari semua golongan termasuklah golongan B40 ini. Dengan „lebihan tunai‟ yang
diperolehi melalui bantuan tersebut, golongan ini diharap dapat membuat simpanan sebaik-
baiknya bagi tujuan kegunaan lebih utama di masa hadapan atau menggunakan „lebihan
tunai‟ tersebut membina perniagaan kecil-kecilan yang relevan kepada orang ramai pada
pasca Covid-19 ini seperti perniagaan makanan secara kecil-kecilan yang boleh membantu
meneruskan kelangsungan hidup.

Selain itu, Kemudahan Bantuan Khas (Special Relief Fund) yang disediakan melalui
Tabung Khas Bank Negara Malaysia (BNM) boleh dipohon bagi golongan ini yang
menjalankan sebarang perniagaan di bawah Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
Kemudahan ini bertujuan membantu usahawan PKS agar dapat meneruskan perniagaan dan
mengekalkan pekerja mereka serta menyokong pertumbuhan dalam keadaan ekonomi
semasa. Pembiayaan tanpa cagaran ini berjumlah maksimum RM1 juta dan tempoh
pembiayaan maksimum adalah selama lima (5) tahun setengah termasuk enam (6) bulan
penangguhan bayaran balik. Golongan B40 yang mempunyai perniagaan di bawah PKS yang
berasa terjejas akibat krisis Covid-19 ini seharusnya mengambil langkah menjadikan

12
kemudahan ini sebagai salah satu peluang bagi membantu meneruskan nadi perniagaan
sekaligus membantu para pekerja yang sedia ada untuk dapat terus bekerja dan memperoleh
sumber kewangan melalui gaji yang terus dibayar.

Langkah seterusnya ialah dengan membantu memberikan latihan dan kemahiran


pekerjaan yang bersesuaian kepada golongan B40 yang paling terjejas iaitu kelompok ibu
tunggal, Orang Kurang Upaya (OKU) dan orang asli yang mempunyai sistem sokongan
sosial yang terhad selain rata-rata mereka ini mempunyai tahap pendidikan yang rendah-
sederhana. Pihak kerajaan dan agensi-agensi tertentu seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA)
dicadangkan turut memberi perhatian terhadap golongan ini dengan mengadakan program
pemberian latihan dan kemahiran seperti pembuatan kek dan pastri, menjahit, kemahiran
kimpalan dan lain-lain berdasarkan keboleh-upayaan golongan ini. Dalam masa yang sama,
golongan ini juga harus dibantu dari segi usaha memasarkan produk-produk dan
perkhidmatan mereka dengan memberi pengetahuan berkaitan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT). Contohnya, dengan membekalkan kemudahan internet dan komputer riba
secara percuma dan mengajar cara memasarkan produk secara atas talian (online) melalui
pelantar (platform) seperti Facebook Live dan Instagram TV yang lebih cepat
penyampaiannya kepada orang ramai di samping membantu mengurangkan pertemuan
langsung di musim tularnya wabak penyakit berbahaya ini. Melalui pendekatan ini, golongan
B40 yang dimaksudkan tersebut dapat menjana pendapatan dengan hasil dipasarkan melalui
kemahiran dan latihan yang telah dipelajari sekaligus mengurangkan masalah pengangguran
dan masalah sosial kesan ancaman wabak penyakit Covid-19 yang melanda baru-baru ini.

Langkah dan cara lain yang turut difikirkan relevan di masa kini juga ialah golongan
B40 ini disarankan melibatkan diri dalam sektor ekonomi gig. Ekonomi gig atau “Gig
Economy” merupakan sistem pasaran bebas yang memberi kebebasan kepada organisasi dan
pekerja untuk menjalani kontrak kerja suka sama suka tanpa menggajikan pekerja sepenuh
masa. Dalam erti kata lain, anda menjadi pekerja bebas (freelancer) yang berkemampuan
untuk bekerja secara fleksibel tanpa perlu bekerja secara rutin dari jam 9 pagi hingga 5
petang (Shah. A, 2019). Pasca Covid-19 kini banyak menutup ruang dan peluang untuk
mencari punca pendapatan kepada banyak golongan termasuklah golongan B40 kerana usaha
untuk mengekang penularan wabak penyakit tersebut masih kekal diteruskan selagi vaksin
atau ubat bagi penyakit ini tidak ditemui. Bagi golongan yang menerima impak kehilangan
pekerjaan, sikap terlalu memilih pekerjaan hendaklah dielakkan kerana misi utama pada
ketika ini adalah usaha untuk mendapatkan sumber rezeki bagi meneruskan kelangsungan

13
hidup. Melalui pelbagai pekerjaan yang boleh dilakukan melalui trend ekonomi gig yang
lebih menumpukan penggunaan teknologi digital, golongan B40 yang memerlukan pekerjaan
boleh menjalankan perkongsian ekonomi atau „sharing economy‟ melalui perkhidmatan
penghantaran makanan seperti Food Panda, Grab Food, Morefun dan lain-lain. Ciri-ciri
perkhidmatan yang mudah iaitu kerja yang fleksibel, berpadanan dengan usaha dan bebas.

5.0 KESIMPULAN

Hasil daripada tugasan ini dapat disimpulkan bahawa isu pandemik Covid-19 yang
melanda dunia dan Malaysia khususnya bermula sekitar Januari 2020 telah memberi impak
yang sangat besar di bidang ekonomi kepada masyarakat negara ini dan tidak dapat dinafikan
bahawa golongan B40 merupakan golongan paling ketara menerima kesannya sekaligus
memperlihat bahawa kumpulan ini mempunyai tahap kerentanan tinggi berkaitan isu
ekonomi semasa.

Pelbagai masalah yang dihadapi golongan B40 akibat serangan Covid-19 antaranya
kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan, mengalami masalah kewangan, berdepan
masalah menyediakan keperluan harian, isu rawatan kesihatan selain masalah pergerakan
serta pengangkutan terutama yang berada di luar bandar. Tidak terhenti di situ, terdapat
cabaran dan halangan tambahan pula yang mendepani golongan ini semasa situasi pandemik
Covid-19 berlangsung antaranya pengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan
bermula 18 Mac 2020 menyebabkan orang ramai diminta berada di rumah dan tidak
melakukan aktiviti luar seperti biasa, penutupan sektor-sektor tertentu yang menjadi sumber
kepada pembekal untuk membekal barang dan perkhidmatan, kesukaran meraih dan
mendapatkan semula pelanggan dalam perniagaan hingga menyebabkan perniagaan terpaksa
gulung tikar dan kesukaran mendapatkan pekerjaan dan sumber mata pencarian bagi
meneruskan kelangsungan hidup akibat banyak sektor ditutup dan pergerakan ke mana-mana
yang dihadkan.

Namun begitu, langkah-langkah sepadan bagi membantu memulihkan semula


masalah ekonomi golongan B40 ini di fasa pasca Covid-19 perlu diambil dan dilaksanakan
segera dengan bantuan pelbagai pihak dan diri individu golongan ini sendiri. Antara langkah-
langkah tersebut ialah dengan memanfaatkan sepenuhnya bantuan yang diberikan oleh pihak
Kerajaan Malaysia seperti yang diumumkan dan disalurkan melalui Pakej Rangsangan
Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara

14
(PENJANA), mengambil peluang melalui Kemudahan Bantuan Khas (Special Relief Fund)
yang disediakan oleh Tabung Khas Bank Negara Malaysia (BNM) bagi penerusan perniagaan
di bawah Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), pemberian latihan dan kemahiran
pekerjaan yang bersesuaian kepada golongan B40 yang paling terjejas, mempunyai sistem
sokongan sosial yang terhad, mempunyai tahap pendidikan yang rendah-sederhana dan
melibatkan diri dalam sektor ekonomi gig atau “gig economy”.

Justeru, diharap agar masalah, halangan dan cabaran ekonomi yang dihadapi oleh
golongan B40 semasa berlakunya isu wabak penyakit Covid-19 ini dapat membuka mata dan
fikiran golongan ini agar tidak bersikap terlalu selesa dan hendaklah sentiasa bersiap-siaga
menyiapkan diri dari segi persediaan ekonomi untuk menghadapi sebarang kemungkinan
perubahan iklim ekonomi dunia. Langkah-langkah dan cara-cara membantu mengatasi
ekonomi golongan ini pada pasca Covid-19 yang telah dibincangkan diharap dapat membantu
ramai golongan ini sekaligus memulihkan kembali aliran ekonomi negara Malaysia.

15
6.0 RUJUKAN

i. BHONLINE. (04 Jun 2020). Refleksi ketidaksamaratan pekerjaan dan pendidikan isi
rumah B40. di muat turun daripada http://www.astroawani.com/berita-
malaysia/covid-19-refleksi-ketidaksamarataan-pekerjaan-dan-pendidikan-isi-rumah-
b40-237417

ii. BHONLINE. (04 Jun 2020). Kehilangan pekerjaan meningkat 42 peratus pada suku
pertama-
PERKESO. di muat turun daripada
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/06/696090/kehilangan-pekerjaan-
meningkat-42-peratus-pada-suku-pertama-perkeso

iii. BHONLINE. (30 March 2020). „Perlu berijimat,duit simpan makin habis‟. Di muat
turun
daripada https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2020/03/671017/perlu-berjimat-
duit-simpan-makin-habis

iv. BHONLINE. (30 April 2020). Sabah hari ini benarkan dua orang dalam satu kereta.
Di muat turun daripada
https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2020/04/683496/sabah-hari-ini-
benarkan-dua-orang-dalam-satu-kereta

v. Covid-19: Panic and the Malaysian Economy. (2020). [Photograph].

Https://Www.Google.Com/Search?Q=isu+pandemic+covid&sxsrf=ALeKk02AxIW5

BBvvMynXOLQ3bOjxSzG-

Ow:1597246183398&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=2ahUKEwjWkoXb_ZXr

AhXowzgGHUqlBn4Q_AUoAXoECAsQAw&biw=1366&bih=657#imgrc=sVwqPfr

ua3EL_M.

16
vi. MYMETRO. (26 Mac 2020). „PKS terjejas teruk,ramai dah putus asa‟. Dimuat turun
daripada https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/03/558942/pks-terjejas-teruk-
ramai-dah-putus-asa

vii. Pelaksanaan Pakej Prihatin Rakyat melalui Tengku Zafrul. (2020). Kementerian
Kewangan Malaysia. Diakses daripada
https://www.treasury.gov.my/flipbook/laksana1 pada 10 Ogos 2020

viii. Shah, A. (09/12/2020). Apa itu ekonomi gig? Adakah Malaysia Terkesan?
Azmir Shah. Diakses daripada www.azmirshah.com/apa-itu-ekonomi-gig/ pada 10
Ogos 2020.

ix. SINARHARIAN. (16 Mac 2020). Covid-19 : Perintah Kawalan pergerakan diseluruh
negara bermula 18 Mac 2020. di muat turun daripada
https://www.sinarharian.com.my/article/74100/KHAS/Koronavirus/Covid-19-
Perintah-Kawalan-Pergerakan-di-seluruh-negara-bermula-18-Mac

17
7.0 LAMPIRAN

The Prime Minister’s Special Message on COVID-19 – 16 March 2020

Pandemik COVID-19 dan kebergantungan kepada media

18
Covid-19: Panic and the Malaysian Economy

Petikan Artikel Daripada Media Massa

19

Anda mungkin juga menyukai