Anda di halaman 1dari 1

Antara aktiviti yang boleh dilakukan bersama kanak-kanak yang speech deley ialah bermain diluar

rumah.Aktiviti ini dapat membantiu kanak-kanak meluaskan pandangan dengan perkara-perkara


yang baharu.Kanak-kanak dapat belajar benda baharu dan dapat meneroka lebih mendalam lagi
dengan perkara yang mereka tidak mengetahui sebelum ini contohnya apabila mereka melihat
burung yang bertebangan mereka terus mengetahui bagaimana cara burung tersebut menggunakan
sayapnya untuk terbang.Selain itu,bermain diluar dapat melatih kanak-kanak untuk lebih fokus dan
belajar dengan situasi sebenar di sekeliling mereka.Dengan ini mereka lebih percaya dan yakin
terhadap pembelajaran yang mereka belajar selama ini.

Selain aktiviti diluar rumah,ibu bapa juga boleh melakukan aktiviti seni.Ibu bapa boleh buat pelbagai
jenis art dengan anak-anak termasuklah aktiviti menggunting,mewarna,melukis dan pelbagai
lagi.Aktiviti seperti ini dapat meningkatkan kreativiti dan kemahiran berfikir.Aktiviti seni ini dapat
mengembangkan lagi idea-idea mereka dalam membuat sesuatu perkara.Bukan itu sahaja,aktiviti
seni ini juga dapat meningkatkan kemahiran motor halus kerana motor halus adalah aktiviti yang
melibatkan otot-otot dan sendi kecil seperti jari dan organ di mulut dan aktiviti seni juga melibatkan
kemahiran sensori dalam kalangan kanak-kanak .

Seterusnya,boleh melibatkan kanak-kanak tersebut dalam aktiviti menyanyi,menari dan


mengaji.kanak-kanak akan tertarik dengan perkara yang mereka minat terutamanya lagu.Apabila
mereka mendengar lagu ,mereka akan menyanyi,menari dan mengikut aksi-aksi yang mereka
pandang terutama sekali berkaitan dengan lagu yang mereka suka.Jadi ambil peluang untuk
menggunakan lagu untuk berinteraksi dengan kanak-kanak seperti speech deley ini.Perkara ini bukan
sahaja dapat mengeratkan hubungan malahan banyak kemahiran mereka boleh belajar dan menjadi
kreatif.Bagi kanak-kanak yang beragama islam pula,boleh mengajar mereka mengaji supaya mereka
tahu bukan sahaja huruf ABC sahaja yang penting malah huruf-huruf hijaiyah juga penting dalam
pembelajaran.

Akhir sekali,aktiviti sensori juga boleh dilakukan untuk kanak-kanak yang mempunyai speech deley
ini.Aktiviti sensori ini adalah mengenai dengan rangsangan deria.Rangsangan deria adalah aktiviti
sangat penting untuk kanak-kanak belajar.Oleh itu,guru-guru perlu melibatkatkan kanak-kanak
dengan aktiviti sensori ini seperti menyuruh kanak-kanak menyentuh pelbagai tekstur yang ada di
sekliling mereka contohnya membawa kanak-kanak menyentuh bunga,daun dan sebagainya.Selain
itu menyuruh kanak-kanak bau apa yang boleh di bau dan menyuruh kanak-kanak meniru dan
membuat pelbagai pergerakan seperti menyuruh mereka meniru pergerakkan kucing dan
sebagainya.Jadi aktiviti ini dapat meningkatkan rangsangan deria mereka.

Anda mungkin juga menyukai