Anda di halaman 1dari 1

Bagi faktor peruncitan, tindakan yang perlu diambil adalah Online retail.

Online retail yang beroperasi di


beberapa bahagian dalam negara dapat membantu mengimbangi kerugian dalam industri peruncitan. Di
Mumbai terutamanya antara tempat yang paling banyak menggunakan Online retail kerana mempunyai
kepadatan penduduk yang tinggi iaitu sekitar 1.3 juta orang. Melalui kaedah ini, penduduk atau orang
ramai mendapat kemudahan untuk mendapatkan barangan runcit, dapur dan lain-lain. Kaedah ini agak
mendapat sambutan kerana prosesnya mudah dan cepat.

Selain itu, bagi faktor perindustrian, pihak majikan perlu mengambil pekerja yang lengkap vaksinasi.
Hal ini perlu dititik beratkan dalam etika dan prosedur pengambilan pekerja sesuatu kilang atau industri.
Pekerja-pekerja mempunyai risiko yang rendah untuk terkena jangkitan Covid-19 kerana penyakit ini
mudah merebak seperti mana yang kita tahu. Andai sesuatu kilang mempunyai pesakit Covid-19 yang
aktif, banyak perkara akan diambil tindakan seperti kilang akan ditutup sementara dan pekerja akan
dikuarantin.

Seterusnya, untuk pertanian, seseorang itu perlu lengkap vaksinasi dan tidak bergejala. Di ladang atau
kebun besar tidak mempunyai pekerja yang ramai seperti di kilang. Namun, cegah sebelum terlambat
supaya tindakan dan denda daripada pihak kesihatan dapat dielakkan. Pekerja perlu mematuhi SOP yang
ditetapkan seperti memakai pelitup muka dan menjaga jarak semasa membuat kerja. Dalam sektor
pertanian, kerugian adalah di tahap minimum kerana pada musim Covid-19, India masih mengimport
hasil pertanian ke negara luar antaranya Malaysia.

Di samping itu, untuk faktor pengangkutan, tindakan yang diambil adalah menggalakan penggunaan
‘call’ telefon supaya dapat memenuhi permintaan pelanggan untuk kedestinasi dengan cepat dan
mudah. Pelanggan perlu mendapatkan nombor telefon pemandu teksi, bas atau yang lain terlebih
dahulu untuk membuat panggilan. Di India, ramai yang menggunakan khidmat pengangkutan ini, kerana
ramai diantara mereka tidak mampu memiliki kenderaan sendiri.

Anda mungkin juga menyukai